Monday 25 July 2011

BILA HATI MENJERIT -:- "NAK BALIK TERENGGANU!!!"

TERENGGANU OH TERENGGANU...

RINDUnya nak balik TERENGGANU... Sebenarnya kampung Princess bukan di TERENGGANU tapi JOHOR. TERENGGANU ni kampung Princess's Beloved Husband. Tapi Princess lebih suka balik TERENGGANU sebab BEST... BEST sebab banyak makanan yang Princess suka dekat TERENGGANU. Suasana dekat kampung pun... Huish... BEST... Tenang, damai dan relaks je... Kalau balik TERENGGANU Princess suka duduk-duduk sambil berbual-bual bersama mak mertua dekat depan rumah. Indahnya saat itu... Disebabkan parent Princess ada di SABAH jadi Princess lebih senang balik ke TERENGGANU sebab sekurang-kurangnya ada juga orang bila kita balik kampung.

Tapi dalam keadaan Princess sekarang yang BEKERJAYA la kononnya ni memang susah la nak balik TERENGGANU lama-lama. Kalau balik ke TERENGGANU sekurang-kurangnya perlu ambil masa seminggu untuk duduk sana baru BEST. Tapi... Tahu-tahu je la... Susah nak cuti. Huhuhu...

Jadi, disebabkan keterbatasan inilah Princess nak sangat PERGI dari SINI. Lagi pun nak dekat PUASA dah kan. So, Princess nak jaga makan minum suami kat rumah. Biar bila dia balik dari kerja juadah untuk berbuka sudah tersedia. Sekarang ni pun bila dia balik dari kerja dia akan tunggu Princess untuk masak atau dia akan masak sendiri. So Princess tak nak la asyik dia saja masak kadang-kadang naik segan Princess. Tapi dia tak pernah merungut sebab dia tahu Princess bekerja. Insyallah, kalau Princess kuat Princess akan PERGI dari SINI seminggu selepas PUASA. Mungkin hari Khamis atau boleh jadi hari Jumaat. Bukan kerana masalah yang sentiasa melanda Princess tetapi kerana keterbatasan waktu yang Princess ada bersama suami. Jauh disudut hati Princess untuk pergi kerana masalah yang menimpa-nimpa Princess ini. Biasalah adat bekerja sentiasa ada masalah. Lagi pun, gaji suami Princess sudah terlalu cukup untuk menanggung kami berdua. Sebenarnya, Princess juga nak mulakan semula Business Princess yang terdahulu... Mengambil tempahan menjahit manik. Insyallah kalau masih ada customer yang masih mahukan servise ini.

So Insyallah... PUASA nanti Princess bersama suami akan balik ke TERENGGANU untuk berpuasa disana.

1 comment:

Adie Achim said...

Jalan-jalan cari blog.
Follow u! follow me back ok. TQ!