Friday 18 November 2011

BENGANG DENGAN PEREMPUAN ITU

Terlalu bengang dengan PEREMPUAN itu.... Huhuhu... Ayat tak agak... Bukan apa Princess rasa kecewa dengan seorang PEREMPUAN yang dulunya penah Princess panggil KAKAK dan pernah menjadi RAKAN dan SAHABAT. Hanya kerana dia berkawan dengan Princess's Beloved Husband dia nak naik tocang ke??? Firstly, ceritanya sungguh panjang........ Banyak coner sana sini...
Jadi nak diringkaskan cerita PEREMPUAN itu lebih dulu kenal Princess's Beloved Husband dari Princess sendiri. Mereka hanya kawan dan kebetulan PEREMPUAN itu kekasih kepada best friend Princess's Beloved Husband. Jadi bila dah berkawan faham-faham saja lah, tak kan kahwin pun tak nak jemput kan. So pada hari pernikahan Princess, Princess jemput PEREMPUAN itu. For the first, dia agak gembira. Tapi bila tiba masa dia nak pulang dia bersalaman dengan Princess and then she's cry. OH... Okay... Itu je Princess dapat cakap. Pada Princess mungkin dia menangis GEMBIRA atas perkahwinan Princess dan Princess's Beloved Husband. Tamat disitu...
Selang 6 bulan selepas itu kami bertemu di Port Klang. Kebetulan dia baru sampai dari Sarawak. Kami minum dan makan macam biasa. Keesokan harinya kekasih dia tu cerita pada Princess's Beloved Husband yang PEREMPUAN itu menagis bila nampak kami HAPPY TOGETHER. Okay sekarang on Princess mind (?????) Tanda soal. Kenapa yer??? Agak-agak lah kalau nak kongsi kegembiraan tu. First kau dah pernah nangis masa hari perkahwinan kitorang sekarang masa lihat kami bahagia pula. APAKAH??? Masih menjadi tanda soal okay. banyak persoalan ni... Princess mengaku pernah marah dia on Princess status (Facebook) about this matter. Tapi tentang perkara ini dia boleh buang Princess dari friend list kat Facebook. But with Princess's Beloved Husband dia still BERKAWAN. APAKAH??? Apa motif dia??? Still tanda soal...
Sekarang Princess nak lupakan kisah tu dan nak berkawan dengan dia semula tapi... Princess kecewa dengan sikap dia. Dia boleh kata yang Princess menjaja dan canang cerita tentang dia sana sini. Okay FINE, please tell me, I canang cerita YOU dekat siapa??? So sekarang it's up to PEREMPUAN itu la kan nak cakap apa tentang Princess. So sekarang Princess dah terCANANG cerita PEREMPUAN itu dekat BLOG... Ups....

Monday 31 October 2011

Keluhan rasa hati seorang Princess

Semenjak dua menjak ni Princess terlalu emosional.  Princess tak tahu kenapa?  Mungkin sebab dalam sebulan ni Princess   asyik menerima berita menggembirakan dari rakan-rakan dan saudara terdekat yang mereka telah selamat melahirkan seorang anak. Alhamdulillah pada mereka. Tapi dalam kegembiraan itu Princess TERselitkan satu kesediahan dalam hati. Bukan tidak gembira dengan berita-berita itu semua tapi.... Hati seorang perempuan. Bila ada yang sudah ada rezeki anak dan yang lain masih menunggu akan ada terselit suatu  kesedihan dan cemburu pada yang satu lagi. Kenapakah??? Lumrah kehidupan.... Hari demi hari berganti bulan Princess setia BERSABAR dan menunggu untuk dikurniakan seorang cahaya mata. Hanya air mata dapat menggambarkan kesedihan itu... Setiap hari DOA dipanjatkan kepada Allah S.W.T. Princess's Beloved Husband sentiasa memberi semangat. Dialah penguat hati ini. Dialah juga pendorong hati ini untuk terus bersabar. Setiap kali Princess merasa kesunyian tanpa cahaya mata itu dialah yang menyenangkan hati ini. Terima kasih SUAMIku...

WAHAI HATI JADI LAH KUAT....

Thursday 27 October 2011

SENSITIF + AIR MATA = EMOSI TAK MENENTU

Wahai hati, jadilah tabah...
Wahai hati, tinggikanlah kesabaran...
Wahai hati, kuatkanlah iman...

Wahai hati, itu semua ketentuanNya,
kita redha la dengan semua ketentuanNya,
Dia tahu apa yang terbaik untuk kita...

Wahai hati, bersabarlah...
Wahai hati, bersabarlah...
Wahai hati, bersabarlah...

Wahai hati, rezeki itu pasti ada,
kita terima sajalah apa yang telah ditulisNya,
Dia tahu apa yang terbaik untuk kita...

Wahai hati,
kita terima ketentuanNya,
kita redha ketentuanNya,
pasti ada hikmah disebalik semua ini...

Friday 14 October 2011

LAMANYA

Terasa lama sangat tak buka BLOG... Ada kot dalam sebulan lebih... Uh.. Uh.. Busy sikit dengan keadaan semasa. Hidup sebagai HOUSEWIFE sekarang ni membuatkan Princess menumpukan hanya pada rumah tangga, suami dan keluarga. Kehidupan inilah yang kena dengan jiwa sanubari seorang Princess ini. Biar dikatakan kolot atau apa saja hati Princess hanya pada suami dan keluarga...Walaupun diri ingin mencari kebebasan untuk bergerak tetapi hati masih setia disini. Keutamaan hanya pada keluarga. Bak kata dalam MOVIE Bini-bini ku Gengster -- SUAMI DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
Ahaha... Gila GEMPAK MOVIE tu... Tak cukup tengok kat CINEMA. Nak tunggu Original DVD dia plak.
Sebenarnya banyak benda Princess nak cerita sepanjang Princess tak berBLOGing ni... Tapi nak simpan dulu sebab boleh buat banyak entry di kemudian hari...

Wednesday 31 August 2011

SELAMAT HARI RAYA

Selamat Hari Raya Princess ucapkan kepada all bloggers yang beragama islam dan yang menyambut syawal. Alhamdulillah Syawal yang ditunggu-tunggu menjelma juga. Akan terasa rindu pada bulan Ramadhan. Insyallah jika dikurniakan umur yang panjang kita semua akan bertemu lagi Ramadhan yang akan datang... Insyallah...

Ok tahun ni Princess tak shopping raya pun.. Kenapa?? Sebab Princess rasa malas nak shopping dan kebetulan Princess ada komitmen lain yang lebih penting dari shopping raya.. Tahun ni Princess cuma memperbaharui baju tahun lepas... Sebab masih boleh digunakan lagi dan nampak baru lagi.. Princess rasa tak payah la membazir untuk beli yang baru jika yang lama masih elok untuk digunakan lagi. Princess buat biskut raya tahun ni, tapi satu jenis je. Itu pun Princess buat untuk Princess's lovely cousin. Entry akan datang Princess akan masukkan sedikit picture RAYA Princess dari biskut sehingga la dipagi RAYA okay.  Insyallah... Sebabnya tak boleh upload picture sekarang sebab tak masukkan picture dalam lappy lagi.

Apa-apa pun kepada semua Princess ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...

Tuesday 16 August 2011

BURN-BURN THE CAT & THE CLINIC

Tadi Princess dan Princess's Beloved Husband bawa Burn-Burn pergi KLINIK HAIWAN. Doktor kata Burn-Burn kena kurap. Aik... Cam mana boleh kena plak doktor. Padahal Burn-Burn tak pernah main kat luar rumah. Almaklumlah duduk rumah tingkat 7. Owh... Kesian Burn-Burn... Doktor kata tak teruk sangat sebab baru kena. Mula-mula doktor check up Burn-Burn. Timbang bagai. Berat Burn-Burn 3KG lebih. Uh.. Baru 8 Bulan dah 3KG lebih. Doktor cakap dia boleh bagi injection je. Doktor kata lagi injection ini teramat la sakit untuk HAIWAN. Doktor kata akan rasa pedih pada HAIWAN tu tapi untuk beberapa minit saja. Kesannya pada HAIWAN yang kena injection ini akan berlari satu klinik sebab sakit. So doktor sediakan satu cage kalau-kalau lepas kena injection ni Burn-Burn lari or whatever. Hmm... Princess just say okay. Princess's Beloved Husband pegang Burn-Burn dan Burn-Burn juga ditenangkan oleh doktor sebelum injection. Seperti biasa Princess tak boleh tengok jarum injection kerana terasa tersangatlah lemah. So Princess just memalingkan muka ke belakang tanpa melihat proses itu. Lagi pun Princess takut kalau-kalau Burn-Burn lari or menggila kat klinik tu sebab seperti apa yang doktor cakap injection itu adalah amat menyakitkan untuk HAIWAN. Okay... Jarum suntikan dah ada ubat so masa untuk injection... Menenangkan Burn-Burn yang suka bila orang usap kepalanya. Sekejap je.. Doktor kata "Okay dah siap..." Nak tau Burn-Burn macam mana. Just diam dan tunggu untuk didokong. Uh... Doktor kata bila sakit dia akan berlari satu klinik tapi, Burn-Burn diam je macam tak ada apa yang berlaku. Apakah??? Uhuhu... Doktor pun terkejut sebab Burn-Burn hanya diam je. Sebab doktor tu kata sebelum ni ada juga kucing-kucing yang menerima injection ini akan berlari satu klinik sebab sakit dengan injection tu. Tapi berasa pelik Burn-Burn tak lari pun. Doktor kata Burn-Burn ni kuat. Hehe... Ye la kuat la sangat bunyi kilat pun lari. Apa-apa pun klinik tu memang terbaik. Doktor kat situ pun sempoi dan sporting. Bila kita tanya doktor tu akan bagi penerangan yang lengkap apa dan tidak perlu kita lakukan pada kucing atau HAIWAN kita bila mereka sakit.

HAIWAN juga ada perasaan seperti manusia. Bila kita sakit tentu kita akan ke klinik. begitu juga HAIWAN. Bila dia sakit kita bawalah mereka ke klinik untuk rawatan yang selanjutnya.

Friday 12 August 2011

TEKANAN

Tekanan sangat-sangat... Dah nak dekat RAYA rasa tekanan yang amat buat Princess... Bukan sebab persiapan RAYA. Tapi tekanan apabila pulang beRAYA dikampung. Nak tahu kenapa?? Pasti ada saudara-mara yang tak lepas peluang untuk bertanya. "Eh dah ada BABY belum?", " Eh you tak pregnant lagi?", atau soalan biasa "Dah mengandung ke?". Oh... Disaster for Princess okay... Tekanan untuk menjawab soalan-soalan itu okay... Jawapan lepas diri " Belum ada rezeki makcik-makcik oi..." Puas hati... 
Menjadi lumrah orang yang sudah berkahwin untuk pregnant dan ada anak. Princess pun teringin sangat nak ada anak sendiri, nak ada BABY sendiri. Tapi mengertikah mereka? ALLAH belum beri rezeki anak kepada kami. Kalaulah mereka ada ditempat Princess dan mereasa betapa susahnya Princess nak mengandung, agak-agak mereka akan tanya tak soalan macam tu pada orang-orang yang macam Princess ni? Setiap hari Princess berdoa, mengharapkan keajaiban dari ALLAH. Menunggu ketentuan dari ALLAH. Doa Princess setiap kali selepas solat tidak pernah putus untuk meminta dikurniakan ZURIAT secepat yang boleh. Mereka hanya boleh berkata SABAR pada Princess. Itu saja yang mampu mereka ucapkan. Tapi... Perasaan Princess tak boleh menyembunyikan tekanan yang ada. Princess cuba untuk membahagiakan semua orang, ingin memberi ZURIAT kepada Princess's Beloved Husband. Ingin memberi WARIS kepada ibu dan ayah Princess. Ingin memberi kebahagian kepada keluarga Princess. Tapi... Hanya ALLAH saja yang tahu bila itu akan berlaku. Mungkin disebalik kelambatan ini ada hikmah disebaliknya. Hanya ALLAH saja yang tahu... Insyallah ada rezeki ada lah... Mungkun ALLAH ingin menguji sejauh mana keSABARan hambanya ini...

Tuesday 9 August 2011

SI PRINCESS : INGIN BERKONGSI PENGETAHUAN DISEBALIK KEMUSYKILAN PART 3

Alhamdulillah... Semakin ramai wanita diluar sana kini memakai tudung. Tapi sekarang sudah menjadi TREND kepada wanita-wanita diluar sana apabila mengenakan tudung perlu ada bonggol dibelakangnya. Perlukah? Okay find accept it as a TREND. Tapi adakah berbonggol itu dibolehkan dalam ISLAM???
Kemusykilan yang sentiasa bermain difikiran Princess hari demi hari, kerana apabila Princess keluar bershopping di MALL atau bersiar-siar, ternyata ramai para wanita yang memakai tudung berbonggol dibelakangnya. Princess tidak pernah mengenakan bonggol di kepala Princess sebab nampak tidak sesuai dengan Princess. Lagipun ia nampak tidak cantik pada mata Princess apabila mengenakan bonggol dikepala. Maaflah kepada wanita-wanita diluar sana yang terasa dengan apa yang Princess katakan. Itu hak masing-masing untuk bergaya cara apa. Tapi dalam bergaya itu kita harus tahu hukum yang dibolehkan atau tidak dibolehkan dalam ISLAM. Baiklah, Princess ingin berkongsi disebalik kemusykilan ini...

SUMBER DARI MR. GOOGLE

Dari mafhum hadith :-
"Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum aku pernah lihat. 1. Suatu kaum yang memiliki cemeti seperti ekor lembu untuk memukul manusia, dan 2. Perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok, kepala mereka seperti bonggol unta yang bergoyang-goyang. wanita seperti itu tidak akam masuk syurga dan mencium baunya, sedangkan baunya dapat tercium selama perjalanan sekian dan sekian " (hadith riwayat muslim)
Sanggul wanita : Tegahan daripada hadith Nabi Muhammad S.A.W.

Jadi pada fikiran anda... Boleh atau tidak kita berbonggol dalam mengenakan tudung???
Jawapannya adalah tidak boleh malah ia diHARAMkan...
Apa-apa pun jika ingin tahu lebih lanjut sila kemukakan soalan atau kemusykilan ini pada mereka yang lebih tahu seperti ustaz atau ustazah. Princess hanya berkongsi serba sedikit apa yang Princess tahu selebihnya silalah bertanya kepada yang lebih arif tentangnya...
Insyallah ilmu yang dikongsikan ini akan sampai kepada anda semua...
Renung-renungkanlah...

BERSAMA CHEF PRINCESS : MENU HARI INI (PUDING AIS KRIM)

Assalamualaikum semua...

Hari ni Princess nak kongsi apa yang Princess buat hari ni...
Princess baru saja selasai masak...
Masak apakah??

Hah... Apakah ini????

Zoom dengan lebih dekat...


Hik... Hik...
Juadah berbuka untuk Princess's Beloved Husband...

PUDING AIS KRIM
Atau
PUDING BUIH

Ok.. Ini bentuk sebelum dipotong okay...
Belum masuk waktu berbuka tak boleh potong okay nanti ada yang terliur.. 

Nak resepi??
Hmm... Okay... Chef Princess nak kongsi resepi PUDING AIS KRIM atau PUDING BUIH ni ye...

Baiklah puan-puan dan tuan-tuan sekalian sediakan pen dan kertas anda...

Bahan-bahan:
1 peket agar-agar
5 gelas air (atau mug)
1 tin susu cair
1 kotak santan (200ml)
6 biji telur (asingkan kuning telur dan putih telur)
1 1/4 cawan gula
Sirap secukup warna
Esen vanilla secukup rasa/bau
Sehelai daun pandan

Cara-cara:
1. Agar-agar, gula, air dan daun pandan dimasak sehingga agar-agar hancur. Bahagikan kepada 2 bahagian.    
2. Bahagian 1 - Pukul putih telur hingga kembang atau ringan. Apabila sudah kembang campurkan kedalam bahagian agar-agar pertama yang telah diwarnakan dengan sirap.
3. Bahagian 2- Kuning telur, susu cair, santan dan esen vanilla dicampur kedalam periuk. Pukul hingga sebati. Panaskan hingga berbuih. Masukkan bahagian agar-agar yang tinggal dan kacau hingga sebati.
4. Sendukkan kedua-dua bahagian kedalam loyang secara berselang-seli sehingga habis. Sejukkan.

SELAMAT MENCUBA...

Sunday 7 August 2011

BARU

Esok bermulalah kehidupan yang BARU...
Tanpa kekusutan yang bersemak difikiran...
Tinggalkan DUNIA yang lalu...
Kembali kepada DUNIA yang diinginkan...

Pemergian ini merupakan suatu kepuasan...
Itu bukan lagi DUNIA diri ini...
Itu bukan lagi milik hati ini...
Itu bukan lagi tempat diri ini...

Biar ia menjadi kenangan...
Biar ia menjadi sejarah...
Biar ia menjadi sebahagain diri ini dahulu...

Kini ingin yang BARU...
Melupakan segala kisah lalu...

KUSUT...
SERABUT...


--> Emosi yang kembali tenang

Friday 5 August 2011

RASA ~ B.E.B.A.S.

Hati terasa BEBAS...
Badan terasa BEBAS...
Otak juga terasa BEBAS...

Bila hati, badan dan otak tidak lagi terikat lagi...
Semua terasa indah...
Kehidupan terasa nyaman...
Kesenangan mula terasa...

Tapi tetap merasa musykil...
Tapi itu pilihan hati...
Itu pilihan badan...
Itu pilihan Otak...

Kehidupan yang menyenangkan......

HARI INI...

Hari ini nak letak...
Tapi hati berbelah-bagi...
Hari ini nak letak...
Tapi serba salah...

Kalau tak letak macam mana dengan kesihatan?
Dah lama menanggung...
Biar diri berehat...
Tak usah memikirkan...
Tak usah mengingatkan...
Biar diri BEBAS...

Berehat buat seketika dari DUNIA itu...
Untuk menumpukan pada DUNIA dalam diri...
BEBAS & REHAT...
Merehatkan diri kerana diri lebih penting...

Mencari ketenangan dalam kedamaian...
Mencari kehidupan dalam kesesakan...
Mencari kesenangan dalam kesakitan...

Kesakitan yang ditanggung harus ada penawarnya...
Bertawakal, redha dan berserah hanya pada ALLAH...
Dia yang menyembuhkan...
Dia yang mengubatinya...


Emosi yang tak menentu mengenangkan diri ini...

Thursday 4 August 2011

SI PRINCESS : INGIN BERKONGSI PENGETAHUAN DI SEBALIK KEMUSYKILAN PART 2

Kali ini Princess ingin berkongsi sedikit pengetahuan di sebalik kemusykilan yang sentiasa bermain difikiran kita walaupun dah berkurun lama menjadi umat islam di muka bumi ALLAH yang ESA ini. 
Adalah seorang dua akak-akak kat office ni tanya kat Princess
"Kalau pergi check up doktor pastu doktor ambil darah kita dengan cara cucuk injection batal puasa tak." Uhuhuhu... So Princess jawab "Tak batal sebab doktor bukan memasukkan sesuatu pada rongga badan kita." 
And then akak tu jawab, " Oh ye ke. Akak ingat dah terbatal puasa akak sebab doktor ambil darah tadi. Akak pun dah minum ni." Uh... Pulak...
Lepas tu ada sorang hamba ALLAH ni pulak bercakap. "Kalau mencarut boleh batal puasa kan?" Eh... ada ke? Setahu Princess, puasa itu tak akan terbatal dengan mencarut tapi hanya kurang mendapat pahala puasa. So walaupun Princess sudah menjawabnya tapi terdapat kemusykilan. Jadi dengan ligatnya tangan Princess pergi la search kat MR. GOOGLE. Ok Princess nak kongsi sikit apa yang Princess dah search kat MR. GOOGLE ok..

SUMBER DARI MR. GOOGLE :-
Puasa akan batal dengan salah satu daripada perkara di bawah ini : 
1.
Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.
 2.
Memasukkan sesuatu ke dalam dubur(jalan belakang) atau qubul(jalan depan) dengan sengaja .
 3.
Muntah dengan sengaja (jika termuntah, tidak batal puasa) .
 4.
Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak keluar mani.
 5.
Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan bersuka-suka seperti berpeluk-cium

dan sebagainya.
 6.
Kedatangan haid atau nifas.
 7.
Gila walaupun hanya sekejap masa.
 8.
Mabuk atau pengsan sepanjang-panjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
 9.
Bersalin.
 10.
Berbuka puasa sebelum yakin terbenam matahari.
 11.
Murtad - iaitu orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada dengan hati, perkataan

atau perbuatan.


Jika ingin tidak tahu perlu bertanya kepada orang-orang yang tahu atau nak selamat pergi tanya pada ustaz atau ustazah yang arif dalam bidang ini. Princess hanya ingin berkongsi apa yang Princess tahu. 
Jadi di bulan puasa ini :-
Jagalah mulut dari bercakap tentang perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa kita.
Jagalah mata dari melihat perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa kita.
Dan jagalah hati dari hasad dengki di bulan puasa ini.
Pendek kata semuanya perlu dijaga. Bukan saja di bulan RAMADHAN tetapi pada bulan-bulan lain juga.

SEMALAM PUNYA CERITA

Semalam lepas pergi klinik Princess balik rumah dan terus tido.
Oh ye... Princess dapat MC dari doktor ok... MC yang Princess tidak minta ok...
Semalam doktor nak bagi MC 1 hari, tapi Princess minta setengah hari je sebab hari ni Princess nak kerja. Huh.. Boleh... Orang dah bagi MC tak nak. Jual mahal... Ahaha..
Bukan jual mahal. Princess terlalu banyak keje kat office ok.. Nak settle itu lah... Nak settlekan yang ni lah... Banyak yang nak disettlekan. Nak tak nak kena buat la juga.
Hari ni pun rasa badan masih panas. Masih menggagahkan diri untuk terus bekerja. Masih meletakkan semangat yang tinggi untuk terus menyelesaikan kerja yang sedia ada ni. Princess perlu menyelesaikan kerja-kerja Princess hari ni sebab esok...

Esok ada cerita... Hmmm.... Cerita apa???
Tunggu je lah...

Wednesday 3 August 2011

RASA & BETUL-BETUL

Entry semalam Princess bagi tau Princess RASA nak demam kan... Semalam malam memang betul-betul demam. Princess's Beloved Husband cakap semalam Princess demam panas, badan Princess panas sangat. So Princess's Beloved Husband yang jaga Princess semalam. Bagi makan ubat, lapkan badan Princess dengan tuala basah dan lekatkan Adult Cool Fever kat dahi Princess. Princess pun tak perasan sebab Princess tido. Hari ni pun rasa tak larat je nak bangun. Nak bangun sahur pastu nak bangun pergi office plak. Huh... Lagi la tak larat. Bila mana entry ini ditulis Princess ada kat office dan badan Princess panas plus tak larat. Sungguh tak larat...
Ouh... Pergi klinik la...

Tuesday 2 August 2011

RASA JE...

Hari ni rasa macam nak demam je... Tekak terasa sakit. Kepala pening. Badan terasa seram sejuk. Ha... Tu semua tanda-tanda nak demam la tu. Huish... Jauhkanlah dari demam Ya ALLAH. Bukan Princess tak terima dugaan dari ALLAH tapi...
For information Princess ada asthma (disebut oleh orang melayu SEMPUT). Jadi setiap kali Princess demam Princess akan kena asthma. Disebabkan itulah Princess tak mahu demam.

Sesiapa yang pernah kena asthma memang tak boleh blah ar dia punya rasa sakit tu. Kalau malam jangan cite la. Rasa separuh nyawa dah. Tak percaya? Kalau tak percaya cer tanya dengan mereka-mereka yang ada penyakit asthma ni. Memang azab la yang menanggungnya.
Tapi... Jangan terpedaya lakonan orang yang kena asthma kat TV ye. Itu semua tipu belaka. Princess dah cakap kan. Hanya yang ada penyakit asthma ni saja tahu bagaimana serangan asthma ni datang. Dia tak datang secara tiba-tiba tau. Asthma tak akan datang tiba-tiba.
Asthma ni dia menyerang secara perlahan-lahan. Mula-mula rasa mengah untuk sehari, pastu akan rasa sesak nafas sikit untuk sehari @ setengah hari, lepas tu bila malam atau waktu sejuk barulah kita akan rasa sesak nafas yang amat sangat. Nak tarik nafas tu rasa cam nak terkeluar urat kat badan. Jalan pun kena perlahan-lahan sebab bila banyak bergerak akan rasa tersangatlah mengah.
Huh... Azab tu... Biasanya klau Princess kena asthma Princess akan dapatkan rawatan kat klinik. Biasanya Princess akan minta untuk sedut oksigen je sebab senang. Lepas sedut oksigen baru la rasa kurang sikit beban didada ni... Sakit ooo... Lagi-lagi kat bahagian dada sebab disitulah terletaknya jantung kita.
Orang-orang yang seperti Princess ni kebanyakannya tak boleh makan benda-benda sejuk sebab akan lebih menggalakkan asthma itu datang.

Huh... Melalut pulak...
Just nak bagi tahu Princess RASA macam nak demam.

Monday 1 August 2011

RAMADHAN KALI INI

Alhamdulillah, berjumpa juga kita Ramadhan pada tahun ini. ALLAH masih sayangkan kita kerana memberi kita peluang sekali lagi untuk menikmati indahnya Ramadhan kali ini. Ramadhan kali ini memberi MAKNA yang mendalam bagi Princess...

Ramadhan kali ini adalah Ramadhan kali ke-2 Princess sebagai WIFE Princess' s Beloved Husband. Ramadhan kali ini juga adalah Ramadhan ke-2 Princess dan Princess's Beloved Husband menunggu kehadiran cahaya mata. Princess's beloved Husband kata kita sebagai hambaNya perlu banyak bersabar. Mungkin dengan hadirnya Ramadhan kali ini memberi sinar kepada kami. Mungkin ALLAH akan memberi rezeki cahaya mata kepada kami pada Ramadhan kali ini. Insyallah... Jika Allah mengurniakan Princess cahaya mata pada Ramadhan kali ini, rasa bersyukur yang teramat Princess rasakan. Insyallah...

Sekian lama Princess menunggu kehadiran cahaya mata dalam kehidupan kami berdua. Setahun berlalu mengajar kami erti bersabar. Dugaan bagi Princess dan Princess's Beloved Husband. Tapi Princess sangat bertuah kerana dikurniakan Beloved Husband yang memahami dan sentiasa memberi sokongan kepada Princess walaupun kadang-kala Princess terlalu tertekan kerana belum PREGNANT lagi. Diri Princess amat tertekan tambahan lagi sekarang Princess dikelilingi oleh bakal-bakal mama. See... Princess's sister in law pregnant, Princess's cousin pregnant, and Princess have 6 best friends in pregnant right now. Can you all imagine how hurts Princess feeling went see Princess's sister in law, cousin & friends in pregnant right now. It's so hurts...

Ramadhan kali ini, Princess akan tetap menunggu. Dan akan tetap bersabar sehingga ALLAH mengurniakan Princess cahaya mata yang Princess inginkan sejak Princess berkahwin setahun yang lalu.

Insyallah... Jika itu rezeki Princess...

SEDIA

Sudah bersediakah diri ini untuk PERGI dari SINI?

Hati ini hanya berserah...
Hati ini perlu kuat...
Hati ini perlu menerima sebarang kemungkinan...

Berilah kekuatan pada diri ini untuk PERGI dari SINI...
Ini bukan lagi tempat untuk diri ini...
Bukan lagi tempat untuk hati ini...
Bukan lagi tempat untuk jiwa ini...
Bukan lagi...

Diri harus BERANI untuk PERGI...
Kuatkan semangat...
Kuatkan diri...
Kuatkan hati...
Semuanya perlu KUAT...

Jika ingin BEBAS diri ini perlu KUAT...


Saturday 30 July 2011

SI PRINCESS : INGIN BERKONGSI PENGETAHUAN DI SEBALIK KEMUSYKILAN

Selamat hari SABTU kawan-kawan...

Hari ni Princess nak kongsi sedikit ilmu dengan semua. Semalam Princess terfikir... Boleh ke seorang wanita mencukur bulu keningnya???
Hmm... Yang bermain difikiran... Adakah ia dilarang dalam islam?

Mari Princess kongsi sedikit pengetahuan mengenai kemusykilan ini..

(SUMBER DARI GOGGLE)


Nabi haramkan cabut bulu di muka untuk cantik

Oleh: Professor Madya Dr Anisah Abdul Ghani

KAUM wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa. Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mencantikkan wajah. 

Antara cara dianggap boleh mencantikkan wajah dan rupa paras ialah dengan membentuk bulu kening atau alis mata dengan mencabut dan mencukur sebahagian atau kesemuanya sekali. Kemudian bulu kening akan dibentuk semula dengan alat solekan seperti celak dan pensil alis sehingga kelihatan lebih cantik dan menarik.

Amalan itu bukanlah perkara baru dalam dunia persolekan wanita tetapi sudah diamalkan wanita di zaman jahiliyyah sebelum kedatangan Islam dan berterusan hingga hari ini. Malah dengan kebanjiran pelbagai jenis alat solek di pasaran serta kepakaran yang ada, bulu kening atau alis yang sesuai dengan raut wajah seseorang boleh dibentuk dengan mudah. Walau bagaimanapun, wanita hari ini perlu memastikan apa yang dilakukan tidak bercanggah dengan ajaran Islam, termasuk bidang persolekan.

Merujuk kepada teks syarak berkaitan persoalan ini, terdapat dua hadith yang menegur secara langsung perbuatan mencukur bulu kening.

Perkara ini membabitkan satu riwayat tabf berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, puteri Rasulullah SAW. Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah RA mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya. Aisyah RA menjawab: “Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu.”

Hadith kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah.”

Mengenai hadith pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik. Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka, termasuklah bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantik

Mengenai hadith kedua pula, ulama menjelaskan pengertian al-Namisah. Ibn al-Athir berpendapat ia bermaksud wanita-wanita yang mencabut bulu-bulu yang terdapat pada kawasan muka dengan tidak menggunakan alat pencabut.

Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.

Abu Daud pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu kening atau mencukurnya dengan pisau pencukur sehingga kelihatan halus.

Keterangan di atas menunjukkan perkataan al-Namisah merangkumi semua pengertian iaitu mencabut bulu-bulu di muka untuk kelihatan cantik dan berseri.

Majoriti fuqaha berpendapat, mencabut atau mencukur bulu kening sehingga kelihatan halus adalah diharamkan sama ada kepada lelaki atau wanita kerana perbuatan itu termasuk dalam istilah mengubah ciptaan Allah sebagaimana dijelaskan dalam hadith kedua.

Namun demikian, bagi wanita yang mempunyai terlalu panjang atau terlalu lebat sehingga kelihatan jelik, bolehlah mencabutnya sekadar membolehkan kelihatan halus kerana ia tidak dianggap mengubah ciptaan Allah.

Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan.Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak.

Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak akan menggadaikan diri sendiri.



Sama-samalah kita renungkan untuk pengetahuan bersama.


Princess ~ Bagi Princess tak salah kalau nak cantik tapi biarlah cantik untuk suami bukan untuk orang lain. 

Friday 29 July 2011

DALAM KEADAAN YANG KEBINGUNGGAN

BINGUNG - MEMBINGUNGKAN - KEBINGUNGGAN

Macam orang tak betul la kau ni Princess.
Kau kenapa? Banyaknya la masalah kau Princess.
Kau kenapa? Banyaknya la tekanan kau Princess.
Dah kenapa???

Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Bingung la...
Sakit dengan semua ni...
Tak tahan la macam ni...
Princess nak rehat...
Rehat dari semua ni...
Rehat dari benda yang mengarut ni...
Rehat dari keadaan ini...

Boleh ke?

Hmm... Mengeluh ke Princess?
Tak la... Hembus nafas je...

Biar lah Princess... Dia nak buat apa pun...
Tapi... Macam mana kalau Princess dipanggil sekali lagi?
Hah??? Dipanggil sekali lagi?
Tak nak...
Tolonglah... Princess dah penat dengan semua ini.
Tolonglah... Princess tak nak dengar semua ini.
Tolonglah... Princess dah sakit dengan semua ini.

PENAT... SAKIT... TERTEKAN!!!
Tolonglah... Sudahlah... Cukuplah...

TOLONG HENTIKAN SEMUA INI!!!

Princess tak boleh hadapinya...

~Hanya luahan hati seorang Princess~
EMOSI yang dalam keadaan BINGUNG

~~P.R.I.N.C.E.S.S.~~

Kenapa Princess suka guna nama Princess walhal IBU & AYAH Princess dah bagi nama yang cukup indah pada Princess. Huhuhu... Kenapa eark???
Hmm... Sebab... Oups... Princess bukan suka berangan ye... Sebab Princess nak jadi macam Puteri Kayangan. Ahahaha... Ye ye je...
Princess suka guna nama PRINCESS. Sebab boleh buat Princess berangan sekejap yang Princess adalah PRINCESS or Tuan Puteri... Aha... Boleh??
Dulu Princess adalah seorang yang malas. Oups... Bukan terlalu malas ye. So IBU Princess selalu cakap cam ni. "Ni malas-malas ni nak jadi apa ha? Tuan Puteri pun tak malas macam ni tau." Aha... Sejak dimarah sebegitu Princess pun suka sangat la dengan perkatan Princess atau Puteri ni. So dengan itu lekatlah nama PRINCESS. Nama Princess juga Princess telah gunakan pada kawan-kawan Princess yang lain iaitu Princess Syu'ai & Princess Ika. Uhuhuhu.. Kami bertiga adalah BFF (BEST FRIEND FOREVER & BE FABULOUS FOREVER) okay...

So Princess akan tetap jadi Princess. Dan kamu tetap akan menjadi kamu. Jadilah apa yang kamu rasa berguna pada diri kamu. Kerana kamu tahu apa yang terbaik untuk kamu.

Thursday 28 July 2011

OH... BOLA.

Aiks... Bukan ke selama ni kau TAK tengok BOLA? Kenapa tetiba je kau cakap tentang BOLA ni?
Hahaha... Meroyan ke kau...
Uiks... Hahaha... Terkejutkan kalau dengar Princess nak tengok BOLA. Kenapa tetiba je kan. Ha... Kenapa ea? Ahahaha.. Princess pun tak tahu kenapa Princess nak tengok sangat BOLA.
HELLO... Malam ni Malaysia lawan Singapore OK... Ahahaha... Tetiba teruja pulak nak tengok perlawanan malam ni.
Princess tengok dekat rumah je kot. Since tengok BOLA minggu lepas masa Malaysia lawan Singapore dekat negara pihak lawan, Princess terlalu excited untuk tengok perlawanan akan datang OK... Boleh...

Sebenarnya Princess tak suka tengok BOLA. Princess's Beloved Husband pun tak tengok BOLA ok... So semenjak adik ipar Princess tinggal kat rumah kami dia selalu tengok BOLA. Sejak itulah Princess tengok BOLA. Tapi dalam tengok BOLA ni kadang-kadang terselit ke'DIVA'an kat dalam hati. Mana taknya boleh ke - MEMILIH NAK TENGOK GROUP MANA LAWAN GROUP MANA. Huish... Memilih kau Princess.
Kalau Princess rasa GROUP itu main tak best Princess tak mau tengok... Huh... Boleh...

So malam ni.... Marilah kita beramai-ramai duduk lepak depan TV sambil makan keropok Super Ring dan memberi sokongan kepada pasukan kita dalam menentang Singapore malam ini. Bagi semangat lebih sikit. Uhuks.. Terlebih sudah...
Chaiyok Malaysia... Chaiyok Malaysia... Yeargh!!!

Wednesday 27 July 2011

...BUKU INI...

Buat kesekian kalinya Princess terlalu meminati untuk membaca BUKU yang tebal. Oho... Bukan NOVEL yang selalu diminati oleh kaum HAWA. Tapi BUKU INI...

A DOCTOR IN THE HOUSE
(THE MEMOIRS OF TUN DR MAHATHIR MOHAMAD)




BUKU INI telah membuatkan Princess berusaha untuk mendapatkannya. BUKU INI membuatkan Princess bangga menjada rakyat Malaysia. BUKU INI juga membuatkan semangat Princess berkobar-kobar untuk mengejar cita-cita Princess. Insyallah...

Apa istimewanya BUKU INI? Istimewanya BUKU INI dihati Princess kerana ia ditulis sendiri oleh seorang inspirasi Princess iaitu TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD. Sedari kecil hingga dewasa Princess amat meminati TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD. Dialah inspirasi Princess dari kecil, kerana keazamannya untuk membina sebuah NEGARA yang maju, aman & damai sehingga sekarang telah membuatkan hati kecil Princess ingin jadi seperti dirinya.

So... Kalau boleh Princess nak BUKU INI menjadi milik Princess selamanya. Tak payah la pinjam-pinjam kat orang. Kalau pinjam tak boleh baca lama-lama. Jadi, kalau boleh Princess nak beli, sebab kalau beli ia akan jadi hak milik Princess. Hehehe... Ramai kawan-kawan Princess tanya. Kenapa nak sangat baca BUKU INI? Diorang tanya lagi Princess ni suka buku berunsur POLITIK ke? Huhuhuhu... Maaf.. Umur Princess baru 22 tahun. Jadi dengan umur begini layak ke Princess bercerita mengenai POLITIK? Princess pun sebenarnya tak suka bercerita atau bercakap mengenai POLITIK sebab Princess tak suka. Jadi, jawapan kepada kawan-kawan Princess itu adalah... Princess terlalu meminati TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD dan juga Princess nak tahu bagaimana perjalanan beliau sebelum beliau menjadi PERDANA MENTERI MALAYSIA. Dan juga dalam BUKU INI juga terkandung nasihat-nasihat disebalik cerita yang terdapat dalam BUKU INI. Hanya yang bijak saja mengetahuinya.

So... BUKU INI adalah impian Princess...
Biar ia menjadi koleksi peribadi Princess...
Kerana ia sungguh berharga jika tahu nilai isi kandungannya...

Monday 25 July 2011

BILA HATI MENJERIT -:- "NAK BALIK TERENGGANU!!!"

TERENGGANU OH TERENGGANU...

RINDUnya nak balik TERENGGANU... Sebenarnya kampung Princess bukan di TERENGGANU tapi JOHOR. TERENGGANU ni kampung Princess's Beloved Husband. Tapi Princess lebih suka balik TERENGGANU sebab BEST... BEST sebab banyak makanan yang Princess suka dekat TERENGGANU. Suasana dekat kampung pun... Huish... BEST... Tenang, damai dan relaks je... Kalau balik TERENGGANU Princess suka duduk-duduk sambil berbual-bual bersama mak mertua dekat depan rumah. Indahnya saat itu... Disebabkan parent Princess ada di SABAH jadi Princess lebih senang balik ke TERENGGANU sebab sekurang-kurangnya ada juga orang bila kita balik kampung.

Tapi dalam keadaan Princess sekarang yang BEKERJAYA la kononnya ni memang susah la nak balik TERENGGANU lama-lama. Kalau balik ke TERENGGANU sekurang-kurangnya perlu ambil masa seminggu untuk duduk sana baru BEST. Tapi... Tahu-tahu je la... Susah nak cuti. Huhuhu...

Jadi, disebabkan keterbatasan inilah Princess nak sangat PERGI dari SINI. Lagi pun nak dekat PUASA dah kan. So, Princess nak jaga makan minum suami kat rumah. Biar bila dia balik dari kerja juadah untuk berbuka sudah tersedia. Sekarang ni pun bila dia balik dari kerja dia akan tunggu Princess untuk masak atau dia akan masak sendiri. So Princess tak nak la asyik dia saja masak kadang-kadang naik segan Princess. Tapi dia tak pernah merungut sebab dia tahu Princess bekerja. Insyallah, kalau Princess kuat Princess akan PERGI dari SINI seminggu selepas PUASA. Mungkin hari Khamis atau boleh jadi hari Jumaat. Bukan kerana masalah yang sentiasa melanda Princess tetapi kerana keterbatasan waktu yang Princess ada bersama suami. Jauh disudut hati Princess untuk pergi kerana masalah yang menimpa-nimpa Princess ini. Biasalah adat bekerja sentiasa ada masalah. Lagi pun, gaji suami Princess sudah terlalu cukup untuk menanggung kami berdua. Sebenarnya, Princess juga nak mulakan semula Business Princess yang terdahulu... Mengambil tempahan menjahit manik. Insyallah kalau masih ada customer yang masih mahukan servise ini.

So Insyallah... PUASA nanti Princess bersama suami akan balik ke TERENGGANU untuk berpuasa disana.

Friday 22 July 2011

MENJELANG RAMADHAN

Menjelang RAMADHAN yang akan tiba ni ramai yang sudah buat persiapan. Specially persiapan untuk RAYA la kan. Tapi... Kenapa buat persiapan untuk RAYA??? Kenapa bukan persiapan untuk menyambut RAMADHAN??? Cer cite sikit... Kenapa mesti RAYA didahulukan berbanding RAMADHAN???
Bukankah BULAN ISLAM yang mulia ialah BULAN RAMADHAN???

Sekarang ni Princess lihat dikalangan rakan-rakan disekeliling Princess semuanya sibuk membuat persiapan untuk RAYA. Sekarang ni kita PUASA pun belum tapi mereka semua terlalu sibuk untuk fikir mengenai HARI RAYA. Kebanyakannya yang sibuk adalah dikalangan PEREMPUAN atau WANITA. Kalau tak percaya hujung minggu ni cuba pergi berjalan-jalan disekitar MALL atau kedai kain. Mesti sudah ramai para WANITA yang sibuk memilih kain untuk diri sendiri mahupun untuk keluarga mereka. Tak tertinggal juga kepada mereka yang sibuk memilih jenis corak & fabrik untuk langsir rumah mereka. Pendek kata semuanya nak nampak serba BARU pada MUSIM RAYA nanti.

Selain sibuk memilih corak & fabrik untuk dibuat BAJU RAYA. Ada juga yang sibuk memikirkan jenis kuih raya yang ingin dibuat & jenis kerepek yang ingin dibeli. Hui... Itu kan lama lagi. Merancang tidak salah tapi biarlah yang WAJIB didahulukan.

Bagi Princess pula, Princess tidak lagi membuat apa-apa persiapan untuk RAYA. Princess hanya membuat persiapan menjelang RAMADHAN sahaja. Maaf... Bukan mahu menunjukkan diri ini seorang yang baik. Tapi inilah kebenaran. Princess rasa biarlah yang WAJIB dahulu kita laksanakan. Yang sunat kita akan fikir kemudian. Sekarang ni Princess sedang cari jenis BUAH KURMA yang sedap & tahan lama. Mahal pun tak apa sebab Princess memang suka makan BUAH KURMA.

Bagi Princess BULAN RAMADHAN lah yang ditunggu-tunggu. Kerana, diBULAN RAMADHAN inilah kita akan mendapat berganda-ganda pahala setiap amal yang kita buat. Para Malaikat akan sentiasa menDOAkan kita jika kita mambuat amal ibadat dengan ikhlas ketika diBULAN RAMADHAN. DiBULAN RAMADHAN jugalah kita dapat menginsafi diri & menenangkan diri dengan setiap perkara kebaikan yang kita buat sepanjang BULAN RAMADHAN. Bagi Princess BULAN RAMADHAN adalah bulan yang sesuai untuk kita menenangkan jiwa dengan amal ibadat yang INSYALLAH akan diterima oleh ALLAH S.W.T. Insyalllah... BULAN RAMADHAN hanya sekali dalam setahun. Jadi kita gunakanlah masa-masa yang ada ini untuk membuat amal kebaikan selagi kita masih bernyawa di bumi tuhan ini. Jika kita ditakdirkan panjang umur Insyallah kita akan bertemu lagi BULAN RAMADHAN yang akan datang dan juga tahun-tahun akan datang.  

Untuk persiapan RAYA pula mungkin Princess akan fikir seminggu sebelum RAYA. Hahaha... Pasti ada yang terkejutkan. Ya... Seperti tahun lepas (tahun lepas is my first time RAYA as a WIFE) Princess beli baju lagi tiga hari nak RAYA dan tak langsung buat PREPARATION untuk RAYA di rumah. Sebabnya tahun lepas Princess beraya dirumah mak mertua. So tahun ini pun mungkin menyambut RAYA ala kadar sahaja sebab Parent Princess beraya dekat SABAH. Tahun ini mungkin Princess akan beraya dirumah nenek di BATU PAHAT, JOHOR bersama adik-adik Princess yang lain tanpa ibu dan ayah. OH.. Sedih... Huhuhu...

OK lah.. Apa-apa pun jalankanlah TANGGUNGJAWAB anda sebagai seorang MUSLIM pada BULAN RAMADHAN ini dengan penuh keikhlasan dan penuh ketenangan. Insyallah...

Kepada semua rakan-rakan Princess :-
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG PENUH KEBERKATAN INI...

Wednesday 20 July 2011

~NO TITLE~

Dipanggil sekali lagi...
Sudahlah...
Cukuplah...
Hati ini sakit dengan semua ini...
Badan ini terasa penat dengan semua ini...
Otak ini sudah pening dengan semua ini...
Diri ini sudah tidak larat dengan semua ini...

Walaupun diMARAH...
Walaupun diHERDIK...
Walaupun diSALAHkan...
Diri ini tidak mampu untuk menangis...
Kerana diri ini tahu sia-sia menangis kerana MEREKA...

Sudahlah...
Cukuplah...
Biarkan diri ini PERGI supaya semua masalah SELESAI...
Itu sahaja caranya...


Penat...
Sakit...

Diri ini yang merasa...

Kamu... Kamu... Kamu... DAN kamu...
Tidak merasa apa yang diri ini rasa...
Kerana kamu lebih TINGGI...
Dan diri ini hanya diBAWAH...

Tidak tahu apa yang diri ini rasa...
Tidak tahu apa yang diri ini alami...
Tidak tahu apa yang diri ini lalui...
Kerana kamu lebih TINGGI...

Sudahlah...
Cukuplah...

Biarkan DIRI ini PERGI... Jangan dihalang...

Saturday 16 July 2011

SHOPPING

SHOPPING... SHOPPING... SHOPPING...

Antara perkataan & perbuatan yang tidak dapat dipisahkan dengan insan yang bernama PEREMPUAN atau WANITA ialah SHOPPING atau MEMBELI-BELAH.
Bagi Princess SHOPPING boleh membuatkan Princess rasa tenang, ceria & BEBAS. Ya... BEBAS dari segala macam MASALAH. Sebab, bila kite asyik berSHOPPING kita akan meLUPAkan semua masalah dan fokus pada satu iaitu SHOPPING.
Dulu, sebelum kawin Princess suka SHOPPING dengan Princess's Best Friend Ever iaitu Nursyuhaidah or Princess Syu'ai. She's definitely like Princess. We together like Fashion, Makeup, Dress up and SHOPPING specially. Kami sering bertukar-tukar pendapat mengenai Dunia Fashion & Dunia Wanita. Bila kami keluar untuk SHOPPING bersama kami suka SHOPPING MAKEUP Stuff, DRESS, SHOES and BAGS. Ohohoho... Bila dapat SHOPPING banyak-banyak macam tu rasa BEBAS sangat-sangat. Princess rasa TENANG dan juga SENANG HATI.

Last night, Princess pergi SHOPPING. With Princess's Beloved Husband. Memandangkan kami keluar rumah sudah agak malam jadi kami hanya keluar SHOPPING area KLANG saja la... Bukan SHOPPING untuk kepuasan tapi SHOPPING untuk keperluan. Princess SHOPPING cermin mata & Princess's Beloved Husband SHOPPING kasut kerja. Huhuhuhu... Masih boleh mengawal diri untuk SHOPPING Dress and Bags. Eeeeeee... Semalam ada SALE pulak kat tempat kami SHOPPING. Huhuhu... Lagilah GERAM dibuatnya.. Princess's Beloved Husband cakap "Kalau sekarang nak SHOPPING nanti bila nak RAYA tak payah SHOPPING la ye?" - OH NO......... Rasa kecewa...
So dengan semangat yang kental Princess tahan juga untuk SHOPPING RAYA nanti. Ahahaha... Lantak lah... Princess will make sure untuk dapatkan GUESS BAG from Princess's Beloved Husband... Hahaha... Biar bertambah koleksi Princess's GUESS BAGS yang sedia ada banyak kat rumah... WINK...

Princess & GUESS tak dapat dipisahkan...      

Wednesday 13 July 2011

BIAR

BIAR...
BIAR diri di persalahkan...
BIAR diri sering di salahkan...
BIAR diri sentiasa merasa bersalah...
Hanya diri tahu apa yang BETUL...

Diri sentiasa menjadi mangsa...
Diri sering dipandang rendah...
Diri sering menjadi permainan hidup orang...
Tapi diri sentiasa memBIARkan...

Kenapa harus diBIARkan?
Kemana kekuatan diri?
Kenapa diri terlalu LEMAH?
Kemana semangat yang dibanggakan dulu?

BIAR...


Princess ingin memBIARkan...

~SABAH~

RINDUnya nak pergi SABAH... Pergi untuk meghirup udara segar dan nyaman diSANA. Pergi untuk meLUPAkan segala macam MASALAH yang ada diSINI. Pergi untuk bertemu PARENT and ADIK Princess. Pergi untuk menenangkan diri Princess yang begitu SERABUT. 

Tiba-tiba teringat akan TRIP tahun lepas. Semasa IBU Princess nak pindah ke SABAH. Princess ikut sekali you. But seribu kali sayang. Princess's Beloved Husband tak ikut sebab KERJA. So pergilah Princess dengan FAMILY sahaja. It's such a beautiful TRIP Princess have in Princess LIFE.

Banyak tempat yang Princess pergi masa kat SABAH. Ayah Princess as our Tourist Guide. Kami berjalan area Bandar Kota Kinabalu, Kundasang & Gunung Kinabalu. Woohoo... Seronok sangat-sangat...

Description :

BANDAR KOTA KINABALU - Lebih kurang Kuala Lumpur Town. Cuma tak banyak bangunan pencakar langit seperti KL. Makanan yang pelbagai dan jarang ditemui di Semenanjung. Bandar KK ni sebenarnya berdekatan dengan PANTAI. Princess suka PANTAI. Siapa kate barang-barang dekat SABAH mahal? Itu semua bohong belaka. Iyanya lagi murah berbanding Semenanjung. See Princess ter'SHOPPING' banyak..

Hasil yang sempat diREMBAT for first Picture.

Terlalu sibuk memilih baju yang KONON nya Princess MUAT untuk pakai.
IBU Princess cakap "Tak payah beli dulu, tunggu kecik sikit badan tu baru beli."
Macam boleh KECIK je Princess ni... HUHU 

  Belanja sakan Princess area Bandar KK. Antara tempat yang perlu pergi untuk SHOPPING ialah :-
~ Pasar Philippine = Tempat orang menjual & membeli MUTIARA
~ Pasar Gaia @ Pasar Tamu = Tempat untuk para pelancong SHOPPING sakan untuk beli SOUVENIR.
   Kat Bandar KK ada banyak Pasar Gaia @ Pasar Tamu ni. So tak kira kat area mana pun pergi harga tetap
   sama (MURAH).

KUNDASANG - Tempat ni dekat kaki GUNUNG KINABALU. Kawasan yang sungguh SEJUK & NYAMAN. Kalau dekat Semenanjung lebih kurang macam Cameron Highland. Kalau kat Cameron Highland banyak kebun teh kan. Tapi kalau kat Kundasang banyak kebun sayur & kebun buah. Kundasang juga boleh dijadikan DESTINASI untuk HONEYMOON. Kat Kundasang pun banyak tempat-tempat yang boleh dilawati antaranya British Memorial Park. Cantik sangat tempat dia sebab atas BUKIT dan juga hiasan dalam Memorial Park ni ala-ala British & Inggeris. SO SWEET..Kalau tak percaya cuba tengok picture di bawah :-

British Memorial Park 

Princess rasa seperti PUTERI KAYANGAN
Hahaha...



GUNUNG KINABALU - Siapa tak kenal Gunung Kinabalu sila angkat tangan... Pergi BUNUH DIRI. Kalau orang Malaysia tak kenal Gunung Kinabalu harus berasa MALU ok. Semua orang sedia maklum Gunung Kinabalu adalah tempat yang paling BEST untuk mendaki dan Gunung Kinabalu juga antara GUNUNG yang tertinggi di DUNIA. Huh.. Bangga menjadi anak Malaysia. Gunung Kinabalu juga merupakan sebuah destinasi percutian yang ideal bagi sesiapa yang sukakan kedamaian. Terdapat juga resort & homestay disekitar gunung ini. Walaupun Gunung Kinabalu ini antara yang tertinggi di Dunia tetapi para pendaki tidaklah sampai mendaki beratus-ratus Kilometer dari aras laut. Hanya beberapa Kilometer sahaja nak sampai kat puncak gunung. 



Picture di pintu gerbang permulaan untuk para pendaki mendaki Gunung Kinabalu.


So sampai disini sahajalah kisah pengembaraan Princess di BUMI BAWAH BAYU, SABAH.

Check it out our GEDIK'S ala-ala MODEL photo :


Princess with Ayah


Princess's Little Adik and Bro (ABANG)

Princess's Ibu and Bro (UDA)

KONON - Memasing ala-ala MODEL






TRIP yang SWEET sangat-sangat. Mesti ajak Princess's Beloved Husband pergi for HONEYMOON...