Saturday 25 June 2011

SABTU yang bermakna

Yes.. Akhirnya HONEYMOON juga kitorang. Dah setahun kawin baru nak HONEYMOON. Ini HONEYMOON fasa 1. Fasa 2 Insyallah dekat SABAH. Hahaha.. HONEYMOON pun ada fasa-fasa ye.. Disebabkan kesibukan kami berdua sepanjang setahun ini, baru sekarang kami berdua ada masa utk pergi bercuti. Sebelum ni bercuti untuk balik kampung saja. HONEYMOON kami tak lama 2 hari 1 malam je. Itu pun dekat PANTAI MORIB, BANTING. Sebab nya kami tak tahu mana nak pergi untuk habiskan waktu HUJUNG MINGGU kami. 

Skang ni tak ada gambar lagi. So hari Isnin nanti baru update BLOG ye.
Wahaha.. Sejak dah pandai ber'BLOG'ing ni FB dah jarang usik... HUHUHUHU.....


For my BELOVED HUSBAND - PRINCESS LOVE YOU SAYANG

Friday 24 June 2011

Ke'bengong'an Hari Ini

Hari ini, berbaju kurung songket berwarna pink. Rasa sungguh cute der... Tapi dalam terperasan cute itu terselit satu ke'bengong'an dalam diri..

Hari ni rasa 'BLUR' gila... Semua kerja buat tak menjadi.. Rasa down sangat-sangat. Macam hampeh pun ada. Rasa nak balik rumah tido je bagus. Hahahaha...

Tuesday 21 June 2011

BURN-BURN yang NakaL


BurN-BurN

Inilah kesayangan ku yang kedua selepas my Beloved Husband.
Nakal sangat-sangat. Terlalu nakal. Kalau dengan Husband aku kemain baik lagi.
Tapi bila dengan aku siap gigit-gigit bagai.

Ni time dia tengah tido. Time dia tido tulah time yang paling aku suka sebab nampak cute sangat-sangat. Cer tengok. Betul tak cakap aku?



Ha... Ni la bila dia dah celik. semua disergahnya. Burn-Burn ni suka sangat main cak-cak. Macam budak-budak. Kita sorok je belakang dinding ke, belakang pintu ke pastu kita cakap je "Cak... Mana Burn tu." Pastu cepat-cepat dia cari kite. Huhuhu... Kadang-kadang kelakar gak tengok kelakuan dia. Itulah dia Burn-Burn peneman hati yang lara. 

Monday 20 June 2011

CERITA SEMALAM

Bila kenangan lalu menjengah kedalam hati dan fikiran. Hanya memori menjadi ingatan. Pabila kisahnya mengungkap seribu cerita di jiwa maka Cerita Semalam bermain di minda.

Apa ada disebalik Cerita Semalam diriku... Teringat kisah 3 tahun yang lepas. Sebuah cerita yang menyingkap kepalsuan dalam perhubungan. Kejahatan diri ini 'terserlah' pabila menipu dirinya yang begitu setia, manakala kepada pihak yang lain menjanjikan impian yang kosong untuknya sehingga mempercayai diriku adalah untuk dirinya. Bolehkah ini dikatakan sebagai kepalsuan dalam perhubungan?

Biarlah aku menggelarkan dirinya sebagai 'F' panggilan untuk pihak ketiga dalam kepalsuan perhubungan ini. 'F' seorang yang ingin mengubah dirinya dari kenangan lampau yang menyelubungi dirinya. Ingin mengubah sikap kepada lebih baik. Tetapi cara untuk memajukan dirinya adalah salah bagiku. Ingin mengubah hidup jika ada perempuan yang sanggup membantunya untuk berubah. Aku menjadi perempuan itu. Tapi sikapnya yang terlalu berharap mambuatkan aku terlalu bosan dengan perhubungan itu. Berubah kerana seorang perempuan. Perkara yang membuatkan aku merasa perhubungan ini tidak akan menjadi kerana memerlukan bantuan dari seorang perempuan untuk berubah bukannya diri sendiri. Kerana itulah aku meninggalkan dirinya terkapai-kapai untuk menggengam tangan ini disaat dirinya memerlukan diriku. Dia perlu berubah, tapi bukan berubah kerana perempuan tetapi perlu berubah kerana diri sendiri. Bagaimana jika perempuan yang dimaksudkan itu meninggalkan dirinya, adakah dia akan kembali kepada perangai yang lama? Jika perempuan itu bukan jodohnya adakah dia akan berubah jika perempuan itu tidak bersamanya? Mengapa perlu perempuan wahai kaum Adam sedangkan umum mengetahui kaum Adam diciptakan untuk melindungi kaum Hawa. Kaum Adam diciptakan mempunyai kekuatan fizikal dan rohani. Tapi... Jika kamu menunjukan kelemahan kamu didepan kaum Hawa maka kamu akan dipandang rendah oleh kaum Hawa itu sendiri. Sedarlah wahai kaum Adam guna kekuatan kamu itu untuk melindungi dirimu serta sikapmu. Oleh kerana kelemahan itulah aku meninggalkannya tanpa khabar berita walaupun dia tetap mencari dan menantiku di penghujung jalan perubahan diri.

Kepada jodohku yang telah ditetapkan oleh Allah aku bersyukur kerana dirinya seorang lelaki yang matang. Dia seorang lelaki yang matang, berkeyakinan diri dan seorang lelaki yang mampu melindungi perempuan. Dia seorang lelaki yang malu untuk menunjukkan kelemahan didepan perempuan walaupun kelemahan itu kadang kala terserlah disebalik raut wajahnya yang tenang. Itulah jodohku, itulah kekasihku, dan itulah temanku. Seorang lelaki yang berjaya menambat hati ini dengan sikap yang matang dan tidak mengharapkan apa-apa. Itulah dia yang telah sah menjadi suamiku. Bagiku dialah nyawaku, dialah hela nafasku dan dialah kehidupanku. Kesetiaan darinya menjadi semangat bagiku. Cintanya menjadi kekuatan diri ini untuk meneruskan hidup. Dan hanya dirinya untuk diriku. Hidup bersamanya melenyapkan Cerita Semalam dalam diri ini.



Cerita Semalam seorang Princess

Thursday 16 June 2011

1 Tahun

Dah setahun aku berkahwin dan mendirikan rumahtangga bersama husband tersayang Tengku Mohd Syamzari. Selama setahun juga aku merasai pegalaman berkahwin pada usia muda. Aku berkahwin pada usia 21 tahun. Pada ku, umur 21 tahun itu adalah terlalu muda untuk bergelar isteri. Tapi Alhamdulillah, walaupun usia aku terlalu muda untuk bergelar isteri tetapi aku mempunyai suami yang banyak membimbing aku untuk menjadi isteri yang matang walaupun perangai aku terlalu kebudak-budakkan. Alhamdulillah juga mempunyai mak mertua yang faham dengan perangai menantu nya yang macam budak-budak ni. Sebab aku seorang yang manja tetapi bukan seorang yang sensitif dan juga seorang yang lembut tetapi kadang-kadang ada unsur-unsur untuk mengganas. Huhuhu.... Selama setahun ini juga aku belajar bagaimana untuk menjadi isteri yang baik, lemah lembut & juga solehah. Husband aku tak pernah marah aku sebab bila dia nak marah aku mesti gelak kan muka dia yang ala-ala nak marah tu. Bila aku gelak dia tak jadilah nak marah. Tapi kalau dia nak marah pasal perkara yang aku sendiri tau itu salah aku aku diam dan dengar je dia marah. Dia marah bukan tengking tapi marah nasihat dengan etika suara yang lembut.

Dah masuk setahun usia perkahwinan kami. Kini aku terlalu rasa ingin pregnant. Setahun aku menunggu untuk pregnant. Tapi masih tiada hasil. Semakin hari rasa ingin pregnant itu semakin menebal apabila ramai member-member, saudara mara & juga ipar aku pregnant.. Oh.. tak sanggup bila melalui semua ini.. Huhuhu.. Seperti dikelilingi oleh bakal-bakal mama. Bila pergi Mall aku akan menjauhi untuk melalui Baby's Side sebab akan membuatkan aku menangis dan sayu hati sebab tak pregnant lagi. Husband aku cool je. Bukan dia tak kisah dengan semua ni, tapi dia tak nak aku terlalu menyalahkan diri sendiri sebab tak pregnant lagi. Kalau ikutkan diri memang tak kisah lambat ke cepat ke, tapi aku kesian kat husband aku, kat ibu & ayah aku. Mungkin diorang teringin sangat nak tengok macam mana aku kalau pregnant. Mungkin husband aku teringin nak main dengan budak kecik. Ibu aku plak mesti teringin sangat nak tengok anak-anak aku berjalan dengan baju-baju yang dia belikan. Ayah aku plak mesti teringin nak dukung budak kecik. Indahnya kalau semua itu berlaku. Tapi soalnya sekarang.... Bila??? Bila aku akan mengandung? Bila aku akan dapat pegang anak sendiri, nak cium anak sendiri, nak main-main dengan anak sendiri. Sekarang hanya dapat berangan-angan & berusaha untuk terus memajukan diri hingga pregnant. Hehehe... Aku tidak pernah kecewa malah bahagia. Cepat atau lambat itu urusan Allah yang penting kite telah berusaha.

Semoga Allah mengurniakan aku dengan anak-anak yang soleh, solehah, bijak, pandai & elok rupa. Insyallah, rezeki untuk menimang cahaya mata ada tapi mungkin Allah mahu aku & suami bersedia menjadi ayah & ibu yang baik untuk anak-anak. Insyallah.....

Wednesday 15 June 2011

Parent

Oh... Rindunya kat ibu & ayah.. Nak jumpa jauh sangat.. Nun jauh di Kota Kinabalu, Sabah. Uh..Uh.. You all semua jangan keliru ye.. I bukan orang Sabah, tapi orang Johor. My father kerja as a Policeman like my husband. So disebabkan kerja ayah & ibu duk la kat Sabah bersama dengan adik aku yang paling bongsu. Tahun lepas diorang baru pindah duduk Sabah. Sedih gak la sebab perlu berjauhan dengan my father & mother tersayang. Akhir bulan lepas sempena cuti sekolah diorang balik ke semenanjung. Tak lama 2 minggu je. Time tu la nk berkepit dengan ayah aku sebab kami terlalu rapat. Hari Khamis minggu lepas diorang baru je berlepas dari KLIA ke KK. Huhuhu... Siap nangis sambil peluk ibu & ayah. Tak malu sungguh dah besar-besar pun nak nangis. Hahaha. Nasib baik la ada husband yang tak berapa nak pandai pujuk tu. Reda sikit tangisan yang tak berapa nak bergema tu. Huuhuhu..

Ape-ape pun aku tak nak ibu & ayah aku risau. So aku buat cool je bila diorang call. Hahaha... Menyembunyikan perasaan sedih di sebalik gelak tawa. Macam plastik. Ahahahaha....

For my ibu & ayah
-Princess love both of you.....

Tuesday 14 June 2011

~Kesayangan~

Minggu lepas mak & ayah mertua aku datang rumah bersama kak ipar & keluarga. Mereka dari Terengganu. Diorang datang saja untuk bercuti. Diorang sampai hari khamis. Jumaat & Sabtu aku kerja. Nasiblah husband aku kena layan diorang kat rumah. Dalam dua hari tu mak mertua aku je la yang masak sebab aku kerja. Kesian dia sebab datang rumah aku nak berehat tapi kena memasak plak.

Masuk kepada bab 'kesayangan' ni. Sebenarnya aku ni adalah kesayangan ayah mertua aku. Dia sayang sangat dengan aku. Tak tahu kenapa dia terlalu sayang kat aku. Mungkin sebab aku muda dari menantu-menantu dia yang lain. Tapi sebagai seorang manusia yang waras aku rasa malu juga la sebab ayah mertua aku terlalu manjakan aku dari menantu yang lain. Penah terjadi raya tahun lepas. First raya aku kat Terengganu. Husband & mertua aku bawa la ziarah rumah sedara mara kat Terenggau. Ada la sorang mak saudara dia tanya. "Ni menantu yang hari tu kawin dengan anak ke?" Ayah mertua aku cepat je jawab. "Ye la. Yang mana lagi. Ni menantu kesayangan saya ni." Oh..Oh.. Aku yang terasa malu mendengar serta merta men'senyum'kan diri. Ahahaha.. Tak boleh blah.

Kalau aku menantu kesayangan mertua aku. Husband aku plak kesayangan ibu & ayah aku. Huhuhuhu.. Sungguh adil sangat. Ibu & ayah aku selalu call aku. Pastu bila habis cakap dengan aku mesti tak lupa cakap "Kirim salam kat menantu kesayangan ayah/ibu ea." Huhuhu.. tak boleh blah gak ar. Tapi ia adalah adil bagi kami berdua. Menjadi menantu kesayangan kepada mertua masing-masing. Alhamdulillah, bila kita jujur, baik pada semua orang, kita akan jadi kesayangan orang. Tapi bila kite plastik, berpura-pura & tunjuk yang kita baik tapi sebenarnya hampeh memang tak la orang nak sayang apa lagi suka. Sebab kejujuran adalah perkara utama yang perlu ada dalam setiap perhubungan. Bukan sahaja hubungan dengan suami tapi dengan mak mertua, ayah mertua & juga sesiapa saja pasti kita akan disayangi jika kita bersikap jujur.

Pesanan dari Princess :
~Love everybody with honest~

GOSIP.......

Bila diri ini menjadi bahan gosip & menjadi bahan bualan bagi mak cik - mak cik yang duduk kat pengkalan polis marin yang sama dengan aku.. HUHUHU.. Glamour gak aku kadang-kadang.. Hahaha.. Bayangkan. Aku tak pernah bercakap mahupun berbual dengan orang tu. Tetiba dia gosipnya aku ni nak berhenti kerja. Hello.... Mana plak datangnya cerita itu. Wait la.. Kalau aku nak berhenti kerja sekali pun bukan sekarang.

Bila cerita dengan husband aku, dia boleh gelak je.. katenya "Biasalah, radio buruk. Bila dah tak ada cerita menarik diorang ubah la skrip yang panas. Agak-agak boleh meletup satu Pengkalan." Hahahaha... Lawaklah mak cik-mak cik ni.. Nak reka cerita pun agak-agak la kan. tuan empunya badan ni masih lagi bekerja & masih lagi meneruskan kerja seharian di office.

Aku rasa diorang as a mak cik- mak cik ni sooooo jealous dangan aku sebab aku bekerja & mereka hanya duduk rumah as a housewives. Oh..Oh.. Tak baiknya aku. Dulu aku jugak pegang title housewife tu. Coming soon pun insyallah aku akan pegang lagi title housewife ni. Huhuhu... Nasib la.. Tapi bila difikir-fikirkan balik memang best jadi housewife dari bekerja. Sebab rumahtangga terurus. Suami tak terabai sangat. Rumahtangga pun berjalan dengan lancar je. Memang kalau isteri bekerja bolah bantu suami dari segi kewangan. tapi bagi aku baik duduk rumah uruskan rumatangga. Mengenai wang boleh letak ketepi, yang penting hati suami kite kena jaga.

Pesanan kepada mak cik-mak cik di pengakalan...
-Sorry, saya bukan artis-

Tuesday 7 June 2011

5 JUNE 2011

5/6/2011 - Happy Anniversary Sayang

Didedikasikan kepada suamiku tercinta,
For our 1st Annivesary. Semoga perkahwinan ini kekal selamanya hingga ke syurga. Mudah-mudahan kita cepat-cepat dikurniakan dengan anak-anak yang comel, bijaksana, soleh & solehah. Perkahwinan ini sesuatu yang indah pernah terjadi dalam hidupku. Mengenali mu sesuatu yang hebat bagiku. Hidup dengan mu suatu anugerah yang tak ternilai pernah ku terima. 
Terima kasih utk segalanya...

With LOVE,
-Princess Nurul Atie-
Your lovely wife

Fanatik

Bila diri ini terlalu fanatik dgn husband sendiri. Hahaha... Kelakarkan. Kebanyakan orang akan fanatik pada artis atau org2 yang berpengaruh. Tapi aku.... Terlalu fanatik pada husband sendiri. Dia (husband aku) bukan artis terkenal mahupun bukan orang yang berpengaruh dekat Malaysia ni. Dia hanya seorang Polis, anak kepada mak mertua aku dan juga suami kepada ku. Mungkin kerana sayang, diri ini terlalu fanatik padanye. Kalau boleh pergi kerja pun nk bawa dia letak dalam beg. Hahaha.. Terlalu fanatiknya diri ini padanya.......

Wednesday 1 June 2011

Testing!

I love sequins & beads!! Saya sedia dan sudi menerima tempahan jahitan labuci dan manik. Sudi-sudi le hubungi saya.