Saturday 30 July 2011

SI PRINCESS : INGIN BERKONGSI PENGETAHUAN DI SEBALIK KEMUSYKILAN

Selamat hari SABTU kawan-kawan...

Hari ni Princess nak kongsi sedikit ilmu dengan semua. Semalam Princess terfikir... Boleh ke seorang wanita mencukur bulu keningnya???
Hmm... Yang bermain difikiran... Adakah ia dilarang dalam islam?

Mari Princess kongsi sedikit pengetahuan mengenai kemusykilan ini..

(SUMBER DARI GOGGLE)


Nabi haramkan cabut bulu di muka untuk cantik

Oleh: Professor Madya Dr Anisah Abdul Ghani

KAUM wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa. Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mencantikkan wajah. 

Antara cara dianggap boleh mencantikkan wajah dan rupa paras ialah dengan membentuk bulu kening atau alis mata dengan mencabut dan mencukur sebahagian atau kesemuanya sekali. Kemudian bulu kening akan dibentuk semula dengan alat solekan seperti celak dan pensil alis sehingga kelihatan lebih cantik dan menarik.

Amalan itu bukanlah perkara baru dalam dunia persolekan wanita tetapi sudah diamalkan wanita di zaman jahiliyyah sebelum kedatangan Islam dan berterusan hingga hari ini. Malah dengan kebanjiran pelbagai jenis alat solek di pasaran serta kepakaran yang ada, bulu kening atau alis yang sesuai dengan raut wajah seseorang boleh dibentuk dengan mudah. Walau bagaimanapun, wanita hari ini perlu memastikan apa yang dilakukan tidak bercanggah dengan ajaran Islam, termasuk bidang persolekan.

Merujuk kepada teks syarak berkaitan persoalan ini, terdapat dua hadith yang menegur secara langsung perbuatan mencukur bulu kening.

Perkara ini membabitkan satu riwayat tabf berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, puteri Rasulullah SAW. Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah RA mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya. Aisyah RA menjawab: “Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu.”

Hadith kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah.”

Mengenai hadith pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik. Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka, termasuklah bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantik

Mengenai hadith kedua pula, ulama menjelaskan pengertian al-Namisah. Ibn al-Athir berpendapat ia bermaksud wanita-wanita yang mencabut bulu-bulu yang terdapat pada kawasan muka dengan tidak menggunakan alat pencabut.

Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.

Abu Daud pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu kening atau mencukurnya dengan pisau pencukur sehingga kelihatan halus.

Keterangan di atas menunjukkan perkataan al-Namisah merangkumi semua pengertian iaitu mencabut bulu-bulu di muka untuk kelihatan cantik dan berseri.

Majoriti fuqaha berpendapat, mencabut atau mencukur bulu kening sehingga kelihatan halus adalah diharamkan sama ada kepada lelaki atau wanita kerana perbuatan itu termasuk dalam istilah mengubah ciptaan Allah sebagaimana dijelaskan dalam hadith kedua.

Namun demikian, bagi wanita yang mempunyai terlalu panjang atau terlalu lebat sehingga kelihatan jelik, bolehlah mencabutnya sekadar membolehkan kelihatan halus kerana ia tidak dianggap mengubah ciptaan Allah.

Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan.Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak.

Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak akan menggadaikan diri sendiri.



Sama-samalah kita renungkan untuk pengetahuan bersama.


Princess ~ Bagi Princess tak salah kalau nak cantik tapi biarlah cantik untuk suami bukan untuk orang lain. 

Friday 29 July 2011

DALAM KEADAAN YANG KEBINGUNGGAN

BINGUNG - MEMBINGUNGKAN - KEBINGUNGGAN

Macam orang tak betul la kau ni Princess.
Kau kenapa? Banyaknya la masalah kau Princess.
Kau kenapa? Banyaknya la tekanan kau Princess.
Dah kenapa???

Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Bingung la...
Sakit dengan semua ni...
Tak tahan la macam ni...
Princess nak rehat...
Rehat dari semua ni...
Rehat dari benda yang mengarut ni...
Rehat dari keadaan ini...

Boleh ke?

Hmm... Mengeluh ke Princess?
Tak la... Hembus nafas je...

Biar lah Princess... Dia nak buat apa pun...
Tapi... Macam mana kalau Princess dipanggil sekali lagi?
Hah??? Dipanggil sekali lagi?
Tak nak...
Tolonglah... Princess dah penat dengan semua ini.
Tolonglah... Princess tak nak dengar semua ini.
Tolonglah... Princess dah sakit dengan semua ini.

PENAT... SAKIT... TERTEKAN!!!
Tolonglah... Sudahlah... Cukuplah...

TOLONG HENTIKAN SEMUA INI!!!

Princess tak boleh hadapinya...

~Hanya luahan hati seorang Princess~
EMOSI yang dalam keadaan BINGUNG

~~P.R.I.N.C.E.S.S.~~

Kenapa Princess suka guna nama Princess walhal IBU & AYAH Princess dah bagi nama yang cukup indah pada Princess. Huhuhu... Kenapa eark???
Hmm... Sebab... Oups... Princess bukan suka berangan ye... Sebab Princess nak jadi macam Puteri Kayangan. Ahahaha... Ye ye je...
Princess suka guna nama PRINCESS. Sebab boleh buat Princess berangan sekejap yang Princess adalah PRINCESS or Tuan Puteri... Aha... Boleh??
Dulu Princess adalah seorang yang malas. Oups... Bukan terlalu malas ye. So IBU Princess selalu cakap cam ni. "Ni malas-malas ni nak jadi apa ha? Tuan Puteri pun tak malas macam ni tau." Aha... Sejak dimarah sebegitu Princess pun suka sangat la dengan perkatan Princess atau Puteri ni. So dengan itu lekatlah nama PRINCESS. Nama Princess juga Princess telah gunakan pada kawan-kawan Princess yang lain iaitu Princess Syu'ai & Princess Ika. Uhuhuhu.. Kami bertiga adalah BFF (BEST FRIEND FOREVER & BE FABULOUS FOREVER) okay...

So Princess akan tetap jadi Princess. Dan kamu tetap akan menjadi kamu. Jadilah apa yang kamu rasa berguna pada diri kamu. Kerana kamu tahu apa yang terbaik untuk kamu.

Thursday 28 July 2011

OH... BOLA.

Aiks... Bukan ke selama ni kau TAK tengok BOLA? Kenapa tetiba je kau cakap tentang BOLA ni?
Hahaha... Meroyan ke kau...
Uiks... Hahaha... Terkejutkan kalau dengar Princess nak tengok BOLA. Kenapa tetiba je kan. Ha... Kenapa ea? Ahahaha.. Princess pun tak tahu kenapa Princess nak tengok sangat BOLA.
HELLO... Malam ni Malaysia lawan Singapore OK... Ahahaha... Tetiba teruja pulak nak tengok perlawanan malam ni.
Princess tengok dekat rumah je kot. Since tengok BOLA minggu lepas masa Malaysia lawan Singapore dekat negara pihak lawan, Princess terlalu excited untuk tengok perlawanan akan datang OK... Boleh...

Sebenarnya Princess tak suka tengok BOLA. Princess's Beloved Husband pun tak tengok BOLA ok... So semenjak adik ipar Princess tinggal kat rumah kami dia selalu tengok BOLA. Sejak itulah Princess tengok BOLA. Tapi dalam tengok BOLA ni kadang-kadang terselit ke'DIVA'an kat dalam hati. Mana taknya boleh ke - MEMILIH NAK TENGOK GROUP MANA LAWAN GROUP MANA. Huish... Memilih kau Princess.
Kalau Princess rasa GROUP itu main tak best Princess tak mau tengok... Huh... Boleh...

So malam ni.... Marilah kita beramai-ramai duduk lepak depan TV sambil makan keropok Super Ring dan memberi sokongan kepada pasukan kita dalam menentang Singapore malam ini. Bagi semangat lebih sikit. Uhuks.. Terlebih sudah...
Chaiyok Malaysia... Chaiyok Malaysia... Yeargh!!!

Wednesday 27 July 2011

...BUKU INI...

Buat kesekian kalinya Princess terlalu meminati untuk membaca BUKU yang tebal. Oho... Bukan NOVEL yang selalu diminati oleh kaum HAWA. Tapi BUKU INI...

A DOCTOR IN THE HOUSE
(THE MEMOIRS OF TUN DR MAHATHIR MOHAMAD)




BUKU INI telah membuatkan Princess berusaha untuk mendapatkannya. BUKU INI membuatkan Princess bangga menjada rakyat Malaysia. BUKU INI juga membuatkan semangat Princess berkobar-kobar untuk mengejar cita-cita Princess. Insyallah...

Apa istimewanya BUKU INI? Istimewanya BUKU INI dihati Princess kerana ia ditulis sendiri oleh seorang inspirasi Princess iaitu TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD. Sedari kecil hingga dewasa Princess amat meminati TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD. Dialah inspirasi Princess dari kecil, kerana keazamannya untuk membina sebuah NEGARA yang maju, aman & damai sehingga sekarang telah membuatkan hati kecil Princess ingin jadi seperti dirinya.

So... Kalau boleh Princess nak BUKU INI menjadi milik Princess selamanya. Tak payah la pinjam-pinjam kat orang. Kalau pinjam tak boleh baca lama-lama. Jadi, kalau boleh Princess nak beli, sebab kalau beli ia akan jadi hak milik Princess. Hehehe... Ramai kawan-kawan Princess tanya. Kenapa nak sangat baca BUKU INI? Diorang tanya lagi Princess ni suka buku berunsur POLITIK ke? Huhuhuhu... Maaf.. Umur Princess baru 22 tahun. Jadi dengan umur begini layak ke Princess bercerita mengenai POLITIK? Princess pun sebenarnya tak suka bercerita atau bercakap mengenai POLITIK sebab Princess tak suka. Jadi, jawapan kepada kawan-kawan Princess itu adalah... Princess terlalu meminati TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD dan juga Princess nak tahu bagaimana perjalanan beliau sebelum beliau menjadi PERDANA MENTERI MALAYSIA. Dan juga dalam BUKU INI juga terkandung nasihat-nasihat disebalik cerita yang terdapat dalam BUKU INI. Hanya yang bijak saja mengetahuinya.

So... BUKU INI adalah impian Princess...
Biar ia menjadi koleksi peribadi Princess...
Kerana ia sungguh berharga jika tahu nilai isi kandungannya...

Monday 25 July 2011

BILA HATI MENJERIT -:- "NAK BALIK TERENGGANU!!!"

TERENGGANU OH TERENGGANU...

RINDUnya nak balik TERENGGANU... Sebenarnya kampung Princess bukan di TERENGGANU tapi JOHOR. TERENGGANU ni kampung Princess's Beloved Husband. Tapi Princess lebih suka balik TERENGGANU sebab BEST... BEST sebab banyak makanan yang Princess suka dekat TERENGGANU. Suasana dekat kampung pun... Huish... BEST... Tenang, damai dan relaks je... Kalau balik TERENGGANU Princess suka duduk-duduk sambil berbual-bual bersama mak mertua dekat depan rumah. Indahnya saat itu... Disebabkan parent Princess ada di SABAH jadi Princess lebih senang balik ke TERENGGANU sebab sekurang-kurangnya ada juga orang bila kita balik kampung.

Tapi dalam keadaan Princess sekarang yang BEKERJAYA la kononnya ni memang susah la nak balik TERENGGANU lama-lama. Kalau balik ke TERENGGANU sekurang-kurangnya perlu ambil masa seminggu untuk duduk sana baru BEST. Tapi... Tahu-tahu je la... Susah nak cuti. Huhuhu...

Jadi, disebabkan keterbatasan inilah Princess nak sangat PERGI dari SINI. Lagi pun nak dekat PUASA dah kan. So, Princess nak jaga makan minum suami kat rumah. Biar bila dia balik dari kerja juadah untuk berbuka sudah tersedia. Sekarang ni pun bila dia balik dari kerja dia akan tunggu Princess untuk masak atau dia akan masak sendiri. So Princess tak nak la asyik dia saja masak kadang-kadang naik segan Princess. Tapi dia tak pernah merungut sebab dia tahu Princess bekerja. Insyallah, kalau Princess kuat Princess akan PERGI dari SINI seminggu selepas PUASA. Mungkin hari Khamis atau boleh jadi hari Jumaat. Bukan kerana masalah yang sentiasa melanda Princess tetapi kerana keterbatasan waktu yang Princess ada bersama suami. Jauh disudut hati Princess untuk pergi kerana masalah yang menimpa-nimpa Princess ini. Biasalah adat bekerja sentiasa ada masalah. Lagi pun, gaji suami Princess sudah terlalu cukup untuk menanggung kami berdua. Sebenarnya, Princess juga nak mulakan semula Business Princess yang terdahulu... Mengambil tempahan menjahit manik. Insyallah kalau masih ada customer yang masih mahukan servise ini.

So Insyallah... PUASA nanti Princess bersama suami akan balik ke TERENGGANU untuk berpuasa disana.

Friday 22 July 2011

MENJELANG RAMADHAN

Menjelang RAMADHAN yang akan tiba ni ramai yang sudah buat persiapan. Specially persiapan untuk RAYA la kan. Tapi... Kenapa buat persiapan untuk RAYA??? Kenapa bukan persiapan untuk menyambut RAMADHAN??? Cer cite sikit... Kenapa mesti RAYA didahulukan berbanding RAMADHAN???
Bukankah BULAN ISLAM yang mulia ialah BULAN RAMADHAN???

Sekarang ni Princess lihat dikalangan rakan-rakan disekeliling Princess semuanya sibuk membuat persiapan untuk RAYA. Sekarang ni kita PUASA pun belum tapi mereka semua terlalu sibuk untuk fikir mengenai HARI RAYA. Kebanyakannya yang sibuk adalah dikalangan PEREMPUAN atau WANITA. Kalau tak percaya hujung minggu ni cuba pergi berjalan-jalan disekitar MALL atau kedai kain. Mesti sudah ramai para WANITA yang sibuk memilih kain untuk diri sendiri mahupun untuk keluarga mereka. Tak tertinggal juga kepada mereka yang sibuk memilih jenis corak & fabrik untuk langsir rumah mereka. Pendek kata semuanya nak nampak serba BARU pada MUSIM RAYA nanti.

Selain sibuk memilih corak & fabrik untuk dibuat BAJU RAYA. Ada juga yang sibuk memikirkan jenis kuih raya yang ingin dibuat & jenis kerepek yang ingin dibeli. Hui... Itu kan lama lagi. Merancang tidak salah tapi biarlah yang WAJIB didahulukan.

Bagi Princess pula, Princess tidak lagi membuat apa-apa persiapan untuk RAYA. Princess hanya membuat persiapan menjelang RAMADHAN sahaja. Maaf... Bukan mahu menunjukkan diri ini seorang yang baik. Tapi inilah kebenaran. Princess rasa biarlah yang WAJIB dahulu kita laksanakan. Yang sunat kita akan fikir kemudian. Sekarang ni Princess sedang cari jenis BUAH KURMA yang sedap & tahan lama. Mahal pun tak apa sebab Princess memang suka makan BUAH KURMA.

Bagi Princess BULAN RAMADHAN lah yang ditunggu-tunggu. Kerana, diBULAN RAMADHAN inilah kita akan mendapat berganda-ganda pahala setiap amal yang kita buat. Para Malaikat akan sentiasa menDOAkan kita jika kita mambuat amal ibadat dengan ikhlas ketika diBULAN RAMADHAN. DiBULAN RAMADHAN jugalah kita dapat menginsafi diri & menenangkan diri dengan setiap perkara kebaikan yang kita buat sepanjang BULAN RAMADHAN. Bagi Princess BULAN RAMADHAN adalah bulan yang sesuai untuk kita menenangkan jiwa dengan amal ibadat yang INSYALLAH akan diterima oleh ALLAH S.W.T. Insyalllah... BULAN RAMADHAN hanya sekali dalam setahun. Jadi kita gunakanlah masa-masa yang ada ini untuk membuat amal kebaikan selagi kita masih bernyawa di bumi tuhan ini. Jika kita ditakdirkan panjang umur Insyallah kita akan bertemu lagi BULAN RAMADHAN yang akan datang dan juga tahun-tahun akan datang.  

Untuk persiapan RAYA pula mungkin Princess akan fikir seminggu sebelum RAYA. Hahaha... Pasti ada yang terkejutkan. Ya... Seperti tahun lepas (tahun lepas is my first time RAYA as a WIFE) Princess beli baju lagi tiga hari nak RAYA dan tak langsung buat PREPARATION untuk RAYA di rumah. Sebabnya tahun lepas Princess beraya dirumah mak mertua. So tahun ini pun mungkin menyambut RAYA ala kadar sahaja sebab Parent Princess beraya dekat SABAH. Tahun ini mungkin Princess akan beraya dirumah nenek di BATU PAHAT, JOHOR bersama adik-adik Princess yang lain tanpa ibu dan ayah. OH.. Sedih... Huhuhu...

OK lah.. Apa-apa pun jalankanlah TANGGUNGJAWAB anda sebagai seorang MUSLIM pada BULAN RAMADHAN ini dengan penuh keikhlasan dan penuh ketenangan. Insyallah...

Kepada semua rakan-rakan Princess :-
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG PENUH KEBERKATAN INI...

Wednesday 20 July 2011

~NO TITLE~

Dipanggil sekali lagi...
Sudahlah...
Cukuplah...
Hati ini sakit dengan semua ini...
Badan ini terasa penat dengan semua ini...
Otak ini sudah pening dengan semua ini...
Diri ini sudah tidak larat dengan semua ini...

Walaupun diMARAH...
Walaupun diHERDIK...
Walaupun diSALAHkan...
Diri ini tidak mampu untuk menangis...
Kerana diri ini tahu sia-sia menangis kerana MEREKA...

Sudahlah...
Cukuplah...
Biarkan diri ini PERGI supaya semua masalah SELESAI...
Itu sahaja caranya...


Penat...
Sakit...

Diri ini yang merasa...

Kamu... Kamu... Kamu... DAN kamu...
Tidak merasa apa yang diri ini rasa...
Kerana kamu lebih TINGGI...
Dan diri ini hanya diBAWAH...

Tidak tahu apa yang diri ini rasa...
Tidak tahu apa yang diri ini alami...
Tidak tahu apa yang diri ini lalui...
Kerana kamu lebih TINGGI...

Sudahlah...
Cukuplah...

Biarkan DIRI ini PERGI... Jangan dihalang...

Saturday 16 July 2011

SHOPPING

SHOPPING... SHOPPING... SHOPPING...

Antara perkataan & perbuatan yang tidak dapat dipisahkan dengan insan yang bernama PEREMPUAN atau WANITA ialah SHOPPING atau MEMBELI-BELAH.
Bagi Princess SHOPPING boleh membuatkan Princess rasa tenang, ceria & BEBAS. Ya... BEBAS dari segala macam MASALAH. Sebab, bila kite asyik berSHOPPING kita akan meLUPAkan semua masalah dan fokus pada satu iaitu SHOPPING.
Dulu, sebelum kawin Princess suka SHOPPING dengan Princess's Best Friend Ever iaitu Nursyuhaidah or Princess Syu'ai. She's definitely like Princess. We together like Fashion, Makeup, Dress up and SHOPPING specially. Kami sering bertukar-tukar pendapat mengenai Dunia Fashion & Dunia Wanita. Bila kami keluar untuk SHOPPING bersama kami suka SHOPPING MAKEUP Stuff, DRESS, SHOES and BAGS. Ohohoho... Bila dapat SHOPPING banyak-banyak macam tu rasa BEBAS sangat-sangat. Princess rasa TENANG dan juga SENANG HATI.

Last night, Princess pergi SHOPPING. With Princess's Beloved Husband. Memandangkan kami keluar rumah sudah agak malam jadi kami hanya keluar SHOPPING area KLANG saja la... Bukan SHOPPING untuk kepuasan tapi SHOPPING untuk keperluan. Princess SHOPPING cermin mata & Princess's Beloved Husband SHOPPING kasut kerja. Huhuhuhu... Masih boleh mengawal diri untuk SHOPPING Dress and Bags. Eeeeeee... Semalam ada SALE pulak kat tempat kami SHOPPING. Huhuhu... Lagilah GERAM dibuatnya.. Princess's Beloved Husband cakap "Kalau sekarang nak SHOPPING nanti bila nak RAYA tak payah SHOPPING la ye?" - OH NO......... Rasa kecewa...
So dengan semangat yang kental Princess tahan juga untuk SHOPPING RAYA nanti. Ahahaha... Lantak lah... Princess will make sure untuk dapatkan GUESS BAG from Princess's Beloved Husband... Hahaha... Biar bertambah koleksi Princess's GUESS BAGS yang sedia ada banyak kat rumah... WINK...

Princess & GUESS tak dapat dipisahkan...      

Wednesday 13 July 2011

BIAR

BIAR...
BIAR diri di persalahkan...
BIAR diri sering di salahkan...
BIAR diri sentiasa merasa bersalah...
Hanya diri tahu apa yang BETUL...

Diri sentiasa menjadi mangsa...
Diri sering dipandang rendah...
Diri sering menjadi permainan hidup orang...
Tapi diri sentiasa memBIARkan...

Kenapa harus diBIARkan?
Kemana kekuatan diri?
Kenapa diri terlalu LEMAH?
Kemana semangat yang dibanggakan dulu?

BIAR...


Princess ingin memBIARkan...

~SABAH~

RINDUnya nak pergi SABAH... Pergi untuk meghirup udara segar dan nyaman diSANA. Pergi untuk meLUPAkan segala macam MASALAH yang ada diSINI. Pergi untuk bertemu PARENT and ADIK Princess. Pergi untuk menenangkan diri Princess yang begitu SERABUT. 

Tiba-tiba teringat akan TRIP tahun lepas. Semasa IBU Princess nak pindah ke SABAH. Princess ikut sekali you. But seribu kali sayang. Princess's Beloved Husband tak ikut sebab KERJA. So pergilah Princess dengan FAMILY sahaja. It's such a beautiful TRIP Princess have in Princess LIFE.

Banyak tempat yang Princess pergi masa kat SABAH. Ayah Princess as our Tourist Guide. Kami berjalan area Bandar Kota Kinabalu, Kundasang & Gunung Kinabalu. Woohoo... Seronok sangat-sangat...

Description :

BANDAR KOTA KINABALU - Lebih kurang Kuala Lumpur Town. Cuma tak banyak bangunan pencakar langit seperti KL. Makanan yang pelbagai dan jarang ditemui di Semenanjung. Bandar KK ni sebenarnya berdekatan dengan PANTAI. Princess suka PANTAI. Siapa kate barang-barang dekat SABAH mahal? Itu semua bohong belaka. Iyanya lagi murah berbanding Semenanjung. See Princess ter'SHOPPING' banyak..

Hasil yang sempat diREMBAT for first Picture.

Terlalu sibuk memilih baju yang KONON nya Princess MUAT untuk pakai.
IBU Princess cakap "Tak payah beli dulu, tunggu kecik sikit badan tu baru beli."
Macam boleh KECIK je Princess ni... HUHU 

  Belanja sakan Princess area Bandar KK. Antara tempat yang perlu pergi untuk SHOPPING ialah :-
~ Pasar Philippine = Tempat orang menjual & membeli MUTIARA
~ Pasar Gaia @ Pasar Tamu = Tempat untuk para pelancong SHOPPING sakan untuk beli SOUVENIR.
   Kat Bandar KK ada banyak Pasar Gaia @ Pasar Tamu ni. So tak kira kat area mana pun pergi harga tetap
   sama (MURAH).

KUNDASANG - Tempat ni dekat kaki GUNUNG KINABALU. Kawasan yang sungguh SEJUK & NYAMAN. Kalau dekat Semenanjung lebih kurang macam Cameron Highland. Kalau kat Cameron Highland banyak kebun teh kan. Tapi kalau kat Kundasang banyak kebun sayur & kebun buah. Kundasang juga boleh dijadikan DESTINASI untuk HONEYMOON. Kat Kundasang pun banyak tempat-tempat yang boleh dilawati antaranya British Memorial Park. Cantik sangat tempat dia sebab atas BUKIT dan juga hiasan dalam Memorial Park ni ala-ala British & Inggeris. SO SWEET..Kalau tak percaya cuba tengok picture di bawah :-

British Memorial Park 

Princess rasa seperti PUTERI KAYANGAN
Hahaha...



GUNUNG KINABALU - Siapa tak kenal Gunung Kinabalu sila angkat tangan... Pergi BUNUH DIRI. Kalau orang Malaysia tak kenal Gunung Kinabalu harus berasa MALU ok. Semua orang sedia maklum Gunung Kinabalu adalah tempat yang paling BEST untuk mendaki dan Gunung Kinabalu juga antara GUNUNG yang tertinggi di DUNIA. Huh.. Bangga menjadi anak Malaysia. Gunung Kinabalu juga merupakan sebuah destinasi percutian yang ideal bagi sesiapa yang sukakan kedamaian. Terdapat juga resort & homestay disekitar gunung ini. Walaupun Gunung Kinabalu ini antara yang tertinggi di Dunia tetapi para pendaki tidaklah sampai mendaki beratus-ratus Kilometer dari aras laut. Hanya beberapa Kilometer sahaja nak sampai kat puncak gunung. 



Picture di pintu gerbang permulaan untuk para pendaki mendaki Gunung Kinabalu.


So sampai disini sahajalah kisah pengembaraan Princess di BUMI BAWAH BAYU, SABAH.

Check it out our GEDIK'S ala-ala MODEL photo :


Princess with Ayah


Princess's Little Adik and Bro (ABANG)

Princess's Ibu and Bro (UDA)

KONON - Memasing ala-ala MODEL






TRIP yang SWEET sangat-sangat. Mesti ajak Princess's Beloved Husband pergi for HONEYMOON...

Tuesday 12 July 2011

MIMPI

Semalam Princess MIMPI Princess PERGI dari SINI. Pergi dari tempat yang membuatkan Princess sakit kepala setiap hari. Princess rasa BEBAS.. Tiada lagi masalah yang bermain di kotak fikiran Princess. Indah sungguh rasa itu. Nyaman sungguh setiap hela nafas Princess

Tapi semua itu hanya MIMPI seorang Princess. MIMPI yang mungkin hanya MIMPI dan TIDAK akan menjadi KENYATAAN.

Bolehkah semua itu menjadi KENYATAAN????
Princess nak hidup macam orang lain. BEBAS tanpa MASALAH.

P/S : Sekarang ingin membahasakan diri dengan perkataan PRINCESS. Lebih elok dari perkataan aku. Betul tak?

Monday 11 July 2011

~BUNTU~

Hati ini berbelah bahagi. Antara YA dan TIDAK.
Apa yang perlu dilakukan???
Fikiran ini terlalu BUNTU memikirkan keadaan diri.
Ingin bersenang-lenang tanpa masalah. Apa perlu aku tulis untuk menyatakan sebab aku perlu PERGI?
Apa yang aku perlu beritahu untuk menyatakan aku MALAS dengan semua ini?

~~MEMENINGKAN KEPALA~~

HATI ingin diSINI... Tetapi BADAN dan OTAK ingin BEBAS...

~~BUNTU~~

Rumitnya hidup ini... Perlu menempuhi hari dengan masalah yang TIDAK akan SELESAI selagi aku diSINI.

OTAK memberitahu - Selagi kau diSINI kau tidak akan senang
BADAN pula memberitahu - Selagi kau tidak pergi kau tak akan BEBAS seperti orang lain
Tapi HATI berkata - DiSINI lah tempatnya. Semuanya bermula disini. Kau dapat merasakan semua masalah yang tidak pernah kau hadapi. Lihat kau boleh mengatasinya. Kau seorang yang kuat. Kau boleh menghadapi semua ini. PERCAYALAH..

Tapi...
OTAK dan BADAN
Terus memberontak ingin PERGI...
HARUSKAH????
Apa yang perlu diri ini ikuti????
HATI, BADAN atau OTAK????


PRINCESS terlalu BUNTU

Monday 4 July 2011

MORIB KE BAGAN LALANG

Minggu lepas tak sempat nak ber'BLOG'ing. Banyak sangat kerja. So hari ni la nk cerita pasal HONEYMOON fasa 1 ni.

Hari tu aku cakap nak pergi HONEYMOON kat MORIB je. Tapi sebenarnya dah terlajak ke BAGAN LALANG. Husband aku cakap alang-alang sampai MORIB ape kate kite gi tengok view kat BAGAN LALANG. Lagi pun dari MORIB ke BAGAN LALANG cuma 34KM je. So dah alang-alang kan. Maka terlajaklah kami ke BAGAN LALANG.

Sebelum bertolak - MAKAN DULU
~MCD as our LUNCH~

Perjalanan yang agak-agak sungguh jauh...
Perjalanan hari itu... Redup tetapi panas.
Langit yang cerah & damai di kalbu...

Sampai je kat sana... Oh.. Sungguh terpesona dengan keindahan ciptaan tuhan. So dengan lancarnya aku berkata "Yang, kite check in area sini je la. View dia cantik sangat." So tibalah masa untuk mencari hotel or chalet. First-first usha kat hotel Seri Malaysia. Tapi full la plaks. Pastu try usha chalet-chalet yang ada. Semua full. Rasa cam give up je sebab hotel & chalet semua dah full. So the last chalet yang kami usha adalah di Resort Persatuan Nelayan Kawasan Sepang (PNK Sepang Resort). Alhamdulillah ada satu bilik je tinggal. So tanpa berfikir panjang kitorang terus check in. Harga pun boleh tahan. Tak terlalu mahal dan tak terlalu murah.

Chalet tempat kami menginap
PNK Sepang


Lepas check in bilik terus masuk dan solat zuhur. Lepas tu tidur time. Hahaha... Lagi pun waktu kami sampai tu betul-betul matahari terpacak atas kepala. So daripada berpanas baik kami tidur. Lepas asar baru lah time untuk berseronok. Berjalan-jalan dipersisiran pantai sambil gedik-gedik amik gambar. Sambil-sambil tu melihat view yang terbentang didepan mata. Sungguh indah waktu itu.





 ~KAMI SUKA GEDIK'S BERSAMA~

MR. TENGKU

MRS. TENGKU a.k.a. PRINCESS


Lepas solat maghrib kami keluar untuk makan. Ingat nak makan seafood tapi semua kedai seafood penuh. Pack gila dengan lautan manusia. So disebabkan kemalasan untuk beratur dan menunggu kami pergilah ke kedai yang tak berapa nak ramai orang. Kedai tu dah uzur sangat. Disebabkan terlalu lapar kami order la nasi goreng je. Bila makanan sampai kami makan tapi... Rasa makanan tu... Huhuhu.. Tak nak cakap la rasa dia cam ne. Disebabkan lapar kami habiskan la juga. Lepas makan kami jalan-jalan sekitar pantai. Tapi tak terlalu jauh sebab kawasan pantai tu tersangat la gelap.





Esok kami check out pukul 12.00 tengahari. Turun Morib dulu jalan-jalan kat area Pantai Morib. Pastu baru gerak balik ke Klang. Huhuhuhu...
Percutian yang tidak sempurna tetapi indah dengan kenangan bersama.



For my BELOVED HUSBAND. Thank you for that moment. It's such a beautiful and wonderful time with you. PRINCESS LOVE YOU SAYANG...