Tuesday 31 January 2012

TAK INGIN BERPISAH

Sejak bertemu dengannya buat pertama kalinya, hati ini terpaut dengan peribadinya. Peribadi yang boleh meruntun jiwa semua wanita. Dia bukanlah seorang yang romantik. Dia juga bukan seorang yang sentiasa meluahkan kata-kata cinta. Tapi hanya dengan mengambil berat dan sentiasa menjaga kehormatan ini, mejadikan diri ini tahu dia meluahkan kasih sayang dengan cara itu. Dia juga sentiasa membuat hati ini gembira hanya dengan senyumannya. Dia bukan jenis lelaki yang suka mengambil kesempatan diatas kelemahan seorang wanita. Dia begitu menjaga kehormatan dan maruah seorang wanita. Dia juga sentiasa menjaga tingkah lakunya dihadapan semua orang. Walaupun dimata umum dia tidaklah sekacak lelaki-lelaki lain tetapi diri ini tahu hatinya lebih kacak dari rupanya. Kerana agamanya diri ini terpikat. Kerana ketakwaannya kepada Allah dan agamanya dia telah berjaya memikat hati kecil ini. Saat dia menyatakan hasratnya untuk memperisterikan diri ini, diri ini terasa bertuah. Bertuah memiliki seorang lelaki yang baik dan sentiasa menjaga peribadinya.
Alhamdulillah, dia sekarang milik diri ini. Dia tetap seperti dulu. Menjaga solatnya, mejaga tingkah lakunya dan juga peribadinya. Sedikit pun tiada perubahan. Kerana peribadinya indah itu, diri ini tidak mahu berpisah dengan dirinya. Kerana diri ini terlalu menyayangi dia. Kerana diri ini terlalu mencintai dirinya. Cinta diri ini terlalu besar buat dirinya. tetapi cinta Allah lah paling besar di dunia ini. Kerana terlalu mencintainya diri ini tahu kita sebagai manusia tidak akan kekal di dunia ini. Jadi biarlah ajal dan maut sahaja yang memisahkan kami. Walaupun satu ketika nanti dia atau diri ini tiada di dunia yang fana ini tetapi diri ini mengharapkan kebahagaian yang selalu ada itu kekal. Kekal bersama kenangan antara dia dan diri ini...

PRINCESS MEMASAK UNTUK KESAYANGANNYA

Sejak berumahtangga ini banyak benda yang kita boleh belajar. Banyak benda juga yang kita dapat rasai dalam alam rumahtangga. Kadang kala suka kadang kala sedih ada jyga saat-saat yang membahagiakan tak ketinggalan juga masa-masa bergaduh. Tapi itu semua rencah dalam rumahtangga. Bak kata pepatah 'sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri'.

Seperti Princess, sejak berumahtangga banyak perkara yang dahulunya Princess tak tahu tapi sekarang ianya adalah perkara mudah. Misalannya, dahulu sebelum berkahwin semuanya mengharapkan ibu Princess. Nak-nak bab memasak. Memang tersangatlah tak suka untuk masak-memasak bagai ini. Lagi satu memang tak tahu pula nak masak ni macam mana, Princess cuma tahu masak air, nasi dan goreng telur bagai. Tegok itu punyalah pemalas dan tak tahu langsung masa itu. Ha... Tapi itu dulu, sekarang Alhamdulillah Princess sudah menjadi ahli dapur sepenuh masa. Boleh? Itu pun dengan tunjuk ajar dari Princess's Beloved Husband sendiri. Tengok punyalah tak malu sampai husband yang ajar memasak. Tapi Princess's Beloved Husband tak kisah untuk ajar mengajar ini sebab sebelum berkahwin Princess dah beri tahu awal-awal yang Princess ini sebenarnya bukanlah ahli dapur tapi ahli silang kaki... Hahaha, boleh? Sebenarnya Princess's Beloved Husband ini keturunan tukang masak istana Terengganu suatu ketika dahulu. Sebab itulah Princess's Beloved Husband ini pandai masak. Cakap sahaja masakan yang ingin dimakan pasti akan dibuatnya. Biasanya jika teringin makan sesuatu yang agak susah dibuat Princess akan minta Princess's Beloved Husband yang masak. Tapi dalam meminta itu Princess akan belajar. Sekarang Princess sudah boleh menandingi Princess's Beloved Husband. Suka...

Tapi ada juga jenis masakan yang Princess belajar sendiri, contohnya Princess banyak belajar dari mak mertua dan ibu Princess. Ada satu masakan yang dapat mengikat selera Princess's Beloved Husband. Biasanya dalam 2 minggu sekali Princess akan masak PUDDING CAREMEL. Ini pencuci mulut kesukaan Princess's Beloved Husband. Princess belajar dari mak cik kepada Princess's Beloved Husband. Senang saja nak buat, tidak mengambil banyak masa. Dalam entri ini Princess tak masukkan resepi. Insyaallah untuk entri akan datang Princess akan beri resepi untuk membuat PUDDING CAREMEL ini okay. Itu pun jika ada permintaan... Senang, cepat dan sedap...

Bagi Princess, suami adalah keutamaan. Tiada yang dapat mengekalkan ikatan kasih sayang antara suami isteri selain dari masakan...

Published with Blogger-droid v2.0.4

KISAH BURN-BURN THE CAT PULA...

Selepas pindah ke Melaka, perangai Burn-burn dah banyak berubah. Burn-burn tak seaktif dulu. Suka menyendiri dan tidur saja. Sekarang dah pandai melawan cakap. Bila kita tak bagi keluar rumah mula lah buat bising. Kita tak bagi keluar sebab nak jaga bulu dia. Almaklumlah kesayangan tuannya. Bulu Burn-burn warna putih jadi senang sangat nampak kotor. Tapi sesekali beri juga dia keluar. Tapi bila dah keluar liat pula nak balik. Kita pula malam-malam nak pergi cari si Burn-burn ini. Tapi itu semasa mula-mula Burn-burn dipindahkan. Dia masih nak menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran baru.

Apa yang mengejutkan kami sekarang, Burn-burn dah pandai cari girlfriend. Girlfriend dia selalu datang rumah kononnya nak jumpa si Burn-burn. Disebabkan selalu datang rumah kami letak nama girlfriend Burn-burn itu MARY... Bukan main lagi. Mary nyah. Hahaha... Tapi kami tak bela pun si Mary ini. Tak tahu kucing siapa kan. Takut si Mary ini ada tuan. Tak memasal kena marah dengan tuan dia sebab bela tanpa kebenaran. Boleh...

Bila Burn-burn dah ada teman baru, kita dirumah selalu dilupakan. Sebabnya Burn-burn dah tak mahu main macam dulu. Asalbalik rumah saja minta makan. Lepas makan tidur. Itu sahaja yang aktiviti si Burn-burn ini setiap hari. Apa-apa pun kami tetap sayang Burn-burn the cat...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday 30 January 2012

LARA SANG HATI

Bila mereka tidak berkata apa-apa itu tidak bermakna mereka tidak mahu. Pada hakikatnya mereka telah berbohong. Biar mulut kata tak apa janji dia merasa bahagia. Kebahagian yang ada masih tidak cukup. Kebahagian yang ada hanya untuk menggembirakan mereka. Mereka tidak sedar perbuatan mereka itu telah mengguris perasaan dia. Walaupun dia tidak berkata apa-apa tapi hati dia terasa sayu. Ini semua bagai sebuah mimpi ngeri buat dia. Dia tahu, mereka berbohong pada dia. Dia tahu, mereka mahukannya. Dia tahu, mereka juga sunyi. Tapi apa yang dia dapat lakukan? Apa yang dia boleh buat untuk menggembirakan hati mereka? Persoalan demi persoalan bermain diminda. Itu hanya persoalan dari minda. Ada juga persoalan dari mereka. Persoalan yang sama dari mereka. Tapi dia masih mampu tersenyum dengam persoalan mereka yang kadang kala boleh mengusik jiwa. Dia biarkan, kerana dia tidak mahu mereka terlihat wajah dia yang sedih. Dia masih berusaha untuk membahagiakan mereka. Hanya kerana dia belum ada mereka pergi ke mereka yang lain untuk mengubat sunyi di hati. Bila mereka berbuat begitu dia menjadi serba salah. Dia tidak tahu mana hendak ditujunya. Kenapa mereka berbuat begini padanya? Apa salah dia? Dia hanya mampu menangis. Tapi tangisannya disertakan doa kepada Allah supaya diberikan apa yang boleh membahagiakan mereka. Dia tetap mengharapkan mereka faham akan isi hati dia. Dia ingin mereka tahu bahawa dia masih boleh bersabar hingga ke hari ini hanya kerana ingin membahagiakan mereka. Harapan dia agar mereka juga faham seperti dia. Biar dia sendiri yang pendam lara di hati demi membahagiakan mereka...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday 27 January 2012

MEMORI

Bila hati masih mengingati. Mengingati kisah-kisah lampau. Kisah-kisah yang pernah menjengah kedalam peti ingatan. Ingatan yang ingin dihapuskan, kerana ia mengukir lara dihati.

Setiap yang terjadi di ingatan ingin dibetulkan semula, tetapi masa tidak boleh diputarkan semula kerana yang sudah adalah sudah. Tidak ada lagi yang boleh diperbetulkan. Biar ia menjadi ingatan walaupun ia susah untuk diterima.

Walaupun semakin dilupa ia semakin menjengah ke kotak ingatan, ia tidak dapat menghalang untuk peti memori menyimpan ingatan baru yang lebih indah. Ingatan lama dan pahit itu tetap tidak dapat dilupakan tetapi dengan ingatan baru yang indah dapat memberi sinaran baru.

Dengan ingatan yang baru dan indah hati menjadi tenang. Setenang air di tasik. Tiada kocakan dari ingatan yang pahit. Kerana hati mahukan ketenteraman.

Kata hati, biarlah ingatan pahit itu menjadi rahsia hati dan ingatan baru nan indah itu akan sentiasa menjadi memori untuk kehidupan yang akan datang...


Published with Blogger-droid v2.0.3

Thursday 26 January 2012

HATI DAN DIRI

Hati tidak pernah menipu diri. Tetapi diri sentiasa menipu hati. Kerana hanya keegoan yang melampau, diri menjadi penipu hati. Hati tahu bahawa dirinya sanggup lakukan apa saja untuk diri. Tetapi ego yang menghalang hati berbuat demikian. Hanya sebuah ketulusan dapat menyingkirkan ego dari terus memakan diri. Tapi itu perlukan keikhlasan dan ketegasan. Diri masih ragu-ragu dengan apa yang akan dilakukan. Diri amat menyayangi hati. Diri tidak mahu hati terluka apatah lagi tercalar. Tapi diri tidak tahu bagaimana untuk membahagiakan hati. Diri masih ragu-ragu.

Hati menunggu diri dengan penuh jiwa dan raganya. Hati belum pernah menutup pintu untuk diri. Hati masih menunggu.

Tetapi diri masih mencari-cari apa yang perlu dilakukan untuk merapatkan hati dengan dirinya. Harapan hati hanya satu biar diri menjadi tegas dengan setiap apa yang dilakukan. Hati berharap diri dapat menyingkirkan ego dari perhububgan antara hati dan diri. Hubungan antara hati dan diri masih boleh diselamatkan dengan hanya bertindak tegas. Hati masih menunggu waktu itu. Kerana hati tidak akan meninggalkan diri...


Published with Blogger-droid v2.0.3

Wednesday 25 January 2012

KEHIDUPAN

Assalammualaikum... Hi you all's... Wah habis laman sesawang Princess ini penuh dengan sawang-sawang. Macam lama sangat lah terbiar kan.

Hah? Kemana menghilang? Hehehe... Dah hampir seminggu Princess demam. Kali ini demam betul-betul menguji diri dan kesabaran Princess... Bukan apa demam sekali dengan asma. Hmm... Memang sakit lah kan.

Macam biasa kalau demam sekali dengan asma memang perlu sangat-sangat untuk berjumpa dengan doktor. Dan seperti biasa juga bila dah berjumpa dengan doktor, doktor suruh sedut lah. Maksudnya, perlu sedut gas oksigen sekali dengan ubat. Bagi mereka-mereka yang sama penyakit seperti Princess pasti tahu.

Bila selesai sedut gas barulah terasa lapang semula dada ini. Sebelum sedut gas ini tak payah cerita lah azabnya macam mana. Memang mengerikan sedikit lah kan. Tapi, alhamdulillah Allah telah memberi jodoh yang baik untuk Princess. (Apa kena mengena ya) Bukan apa Princess bersyukur sangat sebab dikurniakan oleh Allah seorang suami yang tidak mementingkan diri sendiri. Selama Princess sakit Princess's Beloved Husband lah yang berjaga malam supaya Princess tidak rasa sakit sangat. Dia jugalah yang tolong urut dan sapu ubat semasa Princess rasa sesak nafas.

Terima kasih Ya Allah kerana engkau telah kurniakan padaku suami sebaik dia, aku bersyukur dengan anugerah itu.



Published with Blogger-droid v2.0.3

Sunday 15 January 2012

BAHAGIA ITU MILIK KITA

Setiap perhubungan yang dibina pasti inginkan perhubungan yang bahagia dan penuh dengan kasih sayang. Perhubungan yang ikhlas adalah perhubungan yang berlandaskan kejujuran dan kepercayaan dari dua insan. Setiap pasangan inginkan perhubungan yang kekal hingga akhir hayat mereka. Setiap permulaan pasti inginkan pengakhiran dan setiap apa yang terjadi pasti inginkan kesudahannya. Begitulah kesudahan cinta sesama manusia. Tetapi apa yang diharapkan bukan semuanya terjadi. Tidak semestinya pasangan kita akan menjadi teman hidup kita. Mungkin orang yang kita benci atau musuh kita suatu ketika dulu menjadi teman hidup yang paling setia dalam hidup kita. Tidak semua yang kita rancang akan menjadi kerana Allah lebih mengetahui dari kita. Allah telah tetapkan jodoh, rezeki, ajal dan maut kita tatkala Dia meniupkan roh kita didalam kandungan ibu kita. Semuanya telah direncanakan olehNya. Jadi kita sebagai hambaNya hanya perlu berserah dengan setiap ketentuanNya. InsyaAllah dengan apa yang ditulis olehNya adalah yang terbakik untuk kita.


JODOH ITU TELAH DITULIS OLEH-NYA



KEMAAFAN

Setiap kesalahan yang dilakukan pada seseorang pasti akan ada kemaafannya. Tapi jika kesalahan yang melibatkan hati dan perasaan apakah ia dapat dimaafkan? Tanpa kemaafan tiada kedamaian di dalam hati. Tapi jika kesalahan yang dilakukan itu terlalu pedih untuk diterima, terlalu perit untuk ditelan adakah ia dapat dimaafkan hanya dengan menyatakan maaf. Setiap manusia ada pandangan hidupnya sendiri. Jika ia terlalu perit untuk dimaafkan mungkin ia akan bertukar kepada dendam yang tak sudah. Bergantung kepada penerimaan individu itu sendiri. Ada sesetengah individu yang telah dimaafkan tetapi kesalahan yang sama dilakukan semula. Kesalahan itu dimaafkan semula dan ia menjadi suatu kisah lama dan biar ia berlalu pergi. Dan suatu masa lagi ia melakukan kesalahan yang sama dan tidak pernah serik. Adakah itu boleh dimaafkan? Jika kesalahan yang sama berulang lagi dan lagi. Kesalahan seperti itu hanya menjadi duri yang sentiasa menusuk di hati. Setiap kali ia dikeluarkan masa yang lain akan tertusuk kembali. Ia mungkin tidak adil pada pihak yang satu lagi. Tapi ianya tidak menjadi suatu masalah pada pihak itu kerana ia rencah dalam kehidupan. Tetapi lukanya tetap menjadi parut dalam hati. Walaupun ia perit ia tetap mahu menelannya.
Dengan kemaafan yang ikhlas pasti kesalahan yang sama tidak akan berulang semula....

A TASTY CHOCOLATY

Wah... Sedapnya... Apa yang sedap? COKLAT lah... Princess suka sangat makan COKLAT. Di rumah, Princess akan pastikan yang bekalan COKLAT Princess mencukupi tau. Wah gitu... Selalunya kalau shopping barang rumah  list yang wajib ada mestilah COKLAT. Hehehe... Tapi hairan juga Princess, ramai yang suka makan COKLAT tapi  tak ramai yang nak memakannya. Kenapa? Takut? Kenapa ya? Hmm... Mungkin banyak mitos yang kita dengar bahawa memakan COKLAT itu akan menggemukkan. Ada juga yang kata COKLAT boleh membuatkan gigi kita rosak dan tak kurang juga makan COKLAT boleh membuatkan seseorang itu dihinggapi jerawat. Hmm... Betul ke? Selama Princess menjadi penggemar COKLAT tak pernah pula semua itu terjadi pada Princess. Pada Princess, COKLAT banyak keistimewaannya. Kadang-kala dengan hanya memakan COKLAT hati yang sedih boleh menjadi gembira. Mungkin tidak terjadi pada semua orang. Tapi pada Princess itulah ubat penenang yang paling mujarab saat ketika Princess dalam kesedihan. Baiklah, disini Princess ingin berkongsi sedikit sebanyak cerita mengenai COKLAT...

(Sumber dari Mr. Google)

Antara perkara karut yang paling umum ialah coklat menyebabkan jerawat, terutamanya di kalangan remaja. Ini sama sekali tidak benar. Maklumat sekian lama jelas membuktikan bahawa coklat tidak menyebabkan jerawat. Sebaliknya, amalan pemakanan yang kurang baik, punca utama jerawat, tetapi kita lebih mudah menyalahkan coklat. Perubahan hormon ketika baligh, ditambah pengambilan makanan kurang zink dan banyak iodin, punca utama mengapa jerawat tumbuh. Jerawat biasanya tumbuh apabila seseorang mencapai usia remaja. Pertambahan hormon menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum, yang mengalir ke permukaan kulit secara semulajadi. Jika pengaliranya tersekat, sebum terkumpul lalu membentuk jerawat. Ensiklopedia Dermatologi menjelaskan dengan tepat bahawa  pemakanan tiada kena mengena  dalam pembentukan jerawat. 

Coklat tidak menggemukkan. Isu sebenarnya, apabila kita makan berlebihan. Perangkaan terbaru dari  seluruh dunia menunjukkan, bilangan orang gemuk kian ramai. Makan sederhana termasuk coklat, diiringi  senaman kardiovaskular, adalah rahsia mengekalkan berat badan  sihat. Yang penting, tahap kecergasan, bukan hanya kehilangan berat badan. Doktor dan pakar pemakanan, orang terbaik yang boleh menasihati mengenai pengurusan berat badan.  Bagaimanapun, petua termudah  ialah makan secara sederhana.  Sebenarnya, tiada sesuatu makanan  tertentu yang boleh menggemukka.  Lazimnya, yang menentukan berat badan seseorang ialah jumlah  makanan yang dimakan. 

Penghidap diabetes boleh makan  coklat. Dalam tempoh 20 tahun yang  lalu, pelbagai perubahan besar dalam nasihat pemakanan diberiakan kepada penghidap diabetes. Persatuan Diabetes Britain, Persatuan Dietitik Amerika Dan Persatuan Diabetes Malaysia kini mengakui bahawa  pengambilan gula, atau makanan  bergula, dalam jumlah terhad sebagai sebahagian diet tinggi serat dan   rendah lemak boleh diterima. Justeru, penghidap diabetis boleh menikmati coklat, tetapi secara sederhana,  mengikut nasiahat pakar pemakanan. 

Coklat tidak sebabkan sakit jantung. Dalam kes sakit jantung, coklat juga yang dipersalahkan. Punca utama peningkatan kes sakit jantung di Malaysia ialah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas. Merokok, kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang dan berlemak tepu adalah penyebab sebenarnya. Sebaliknya coklat mengandungi antioksidan, dikenali sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada klesterol darah.

Coklat menyebabkan kerosakan gigi. Jangan risau, kajian mendapati bahawa 1 daripada bahan yang terdapat dalam serbuk koko menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak gigi. Oleh itu, coklat bukanlah penyebab terjadinya kerosakan gigi. Dengan pemakanan yang tidak dijaga atau kandungan gula yang berlebihan dalam setiap hidangan yang dimakan sehari-hari akan terjadinya kerosakan gigi.

Kafein dalam coklat menyebabkan kanak-kanak terangsang dan menyebabkan mereka terlalu aktif. Sebenarnya, 1 auns coklat adalah 5 miligrams. 1 cawan kopi mengandungi antara 93 dan 153 miligrams dan bagi teh pula ia bergantung kepada berapa lama ia dibuat, mengandungi antara 28 dan miligrams kafein secawan. Ada juga minuman ringan yang mengandungi antara 32-65 miligrams bagi 1 tin seberat 12 auns. Anda terpaksa makan banyak bar coklat (lebih kurang 50-1.5 auns bar coklat) barulah anda boleh menyalahkan coklat jika anda tidak nyenyak tidur.



(Sumber dari image Mr. Google)
Cadbury Dairy Milk
Princess suka COKLAT plain macam ini. 

Jadi, apakah pandangan anda? Ingin tinggalkan COKLAT hanya kerana mitos-mitos yang mengarut itu? Pada Princess, setiap apa yang Allah jadikan didunia ini ada baik dan buruknya. Kita sebagai insan perlu bijak memilih. Ikutlah kata hati anda kerana ia lebih tahu yang mana lebih baik untuk diri kita...

Saturday 14 January 2012

BERCAMPUR-CAMPUR...

Ramai yang mungkin tidak puas hati dengan BLOG Princess ini kan. Kenapa ya? Baiklah, biar Princess sendiri yang beri jawapan kenapa ada ketidakpuashatian dalam membaca BLOG Princess. Sebabnya mungkin BLOG Princess ini adalah BLOG rojak boleh dikatakan. Kenapa? Pada pandangan Princess, jika sesuatu BLOG itu hanya menampilkan fakta semata-mata ia mungkin dikenali sebagai BLOG yang berfalsafah. Jika ada pula BLOG yang hanya memaparkan entry-entry yang lawak sahaja ia boleh dikatakan BLOG yang kelakar pada mata umum. Tapi kenapa BLOG Princess ini kadang-kadang ada entry berunsur jiwang lah kot, dan kadang-kala entry yang berunsur diri sendiri dan ada kala memaparkan entry yang memuatkan info-info yang Princess ingin sampaikan dan kongsi. Beginilah, ingin Princess katakan. Ini adalah BLOG KISAH SI PRINCESS. Jadi tidak mustahil semua entry-entry didalamnya adalah kisah yang pernah dan telah terjadi pada Princess. Jadi apa yang Princess ingin sampaikan dalam BLOG ini adalah, tentang diri Princess atau tentang kehidupan Princess dan apa yang Princess ingin kongsi bersama pembaca-pembaca semua. Princess tak kisah ada yang menyukai atau pun tidak. Pada Princess semua BLOG ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Bila kita menjadi pembaca jadilah pembaca yang jujur. Jangan ada yang mengutuk bila suatu BLOG itu mempunyai kelemahan yang tersendiri. Biarlah ia menjadi rahsia kita sebagai pembaca. Jadi fikir-fikirkanlah yang mana baik dan yang mana buruk.

Hanya luahan hati yang telah lama tersimpan.
Tidak terletak pada satu perkara, banyak lagi perkara ingin dikongsi...

Friday 13 January 2012

KEGEMARAN SEKARANG...

Wahaha... Apa tu? Nak kongsi kat sini. Princess sekarang ni dah terjebak dengan TAUHU BAKAR. Wahaha.. Dulu masa duduk di Klang, ramai kawan-kawan se'office' Princess ajak makan tauhu bakar. Masa tu tak tahu lah tauhu bakar ni macam mana rasa. (Tengok tu, punya la ketinggalan zaman) Tahu lah juga rupa tauhu bakar tu macam mana sebab dulu pernah tengok dekat pasar malam area Merlimau. Bila dah pindah ke Melaka teringat pula pasal tauhu bakar yang selalu kawan-kawan Princess ajak pergi makan tu. So, dengan gigihnya jalan-jalan dekat pasar malam area Merlimau semata-mata untuk cari tauhu bakar. Nasib baik la pak cik yang jual tauhu bakar dulu tu masih jual lagi. Jadi, try la beli. Sampai rumah rasa dan nyum, nyum... Hehehe.. Sedapnya... Sejak dari itu tauhu bakar lah kegemaran Princess... Gambar di bawah ini Princess baru beli di pasar malam. Request to Princess's Beloved Husband "Jom pergi pasar malam. Nak beli Tauhu Bakar." Princess's Beloved Husband plak cakap "Ai, semata-mata nak cari tauhu bakar je?" Dengan tak bersalah tersengih-sengih dan buat muka cute ala-ala Princess yang tengah lapar. Hehehe....


KEBAHAGIAN YANG SELALU ADA

Ketika hati dipenuhi dengan kesedihan...
Bila semuanya perlukan penjelasan hanya kehidupan memberi pengajaran. Tidak semua kesusahan dapat diungkap dengan kata-kata dan tangisan. Hanya lirikan mata membolehkan diri tahu akan kecelaruan hati yang tidak menentu. Kesedihan, kesunyian dan kepedihan membuatkan seseorang itu matang dengan kehidupan yang penuh dengan liku-liku ranjau cerita hidup. Cerita hidup tidak pernah putus selama kita masih bernafas dibumi yang nyata ini. Semuanya kenyataan bukan mainan tidur atau khayalan. Bila kesedihan hati mula membiak maka kesenangan yang dirasai dulu hilang tanpa tanda. Hati menjadi mati tanpa meninggalkan sedikit kesenangan dan kebahagian. Tapi bila ada yang bijak menilai, bahagia dan kesenangan itu ada disebalik kesediahan dan kesunyian yang sentiasa menguasai kehidupan. Kehidupan yang dulunya gelap, terang semula dengan cahaya kebahagian. Walaupun kebahagian itu datang sekejap tetapi kehangatannya dapat dirasai seumur hidup. Tidak terbatas oleh waktu, kebahagian yang hakiki selalu ada bila kita memerlukan. Bila ada yang diperbodohkan dengan kebahagian palsu ia menjadi suatu kekejaman dari dalam diri dan ia menutup semula kebahagian yang ingin mula menyinari hidup. Kejujuran dan keikhlasan yang diharapkan menjadi suatu harapan yang tidak mungkin pasti. Bila ia terjadi hati menjadi gelap disisi yang lain. Membuatkan hati tidak ingin menerima kebahagian yang diimpikan selama ini. Semuanya seperti permainan hidup yang tiada keikhlasan dalan setiap langkah. Hanya mainan semata-mata. Bila hati ditipu dan dikecewakan sebegitu membuatkan hati berfikir untuk terus menjadi gelap dan tidak mahu menerima bahagia walaupun bahagia yang akan menjenguk itu adalah bahagia yang benar-benar ikhlas dan jujur. Semuanya hanya menjadikan hati beku tanpa menerima yang sejujurnya. Di suatu sisi yang lain, hati yang jujur dan ikhlas itu akan sentiasa menunggu hati yang gelap menjadi terang dengan keikhlasan yang ingin disuluhkan. Walaupun seringkali di tolak dan dipergunakan ia tidak menjadi suatu kekecewaan bagi hati yang jujur kerana dia tahu suatu hari nanti ia akan membuka hatinya untuk disuluh dengan keikhlasan dan kejujurannya. Dan bila hari itu datang ia akan membuahkan kebahagian yang kekal abadi. Semuanya hanya dengan kuasa Yang Maha Esa.

Thursday 12 January 2012

ANTARA POLIS DAN FESYEN DESIGNER

Apa yang best tentang POLIS dan FESYEN DESIGNER? Pada Princess dua-dua menarik... Menarik bagi diri Princess. Ingat lagi bila zaman sekolah rendah. Cikgu mesti minta kita beri cita-cita kita untuk cikgu tulis pada Rekod Pelajar. Wahaha... Setiap tahun cita-cita Princess tak pernah berubah. Pastinya POLIS. Hehe... Suka sangat dengan kerjaya POLIS ini. Sebabnya Princess telah dididik oleh ayah Princess tentang kehidupan POLIS. Teratur, berdikari, tegas dan bertanggungjawab adalah nilai-nilai yang ayah Princess sentiasa terapkan dalam setiap diri anak-anaknya. Lagi satu Princess suka mengenai POLIS adalah uniformnya... Wahaha.. Itu yang buatkan Princess teruja sanga-sangat. Cuba tengok seperti gambar dibawah :-

(Sumber dari image Mr. Google)


Ha... Cantik tak. Smart je kan.. Itu yang Princess suka. POLICE UNIFORM...
Okaylah, kenapa Princess yak jadi POLIS??? Hmm... Princess wearing a glasses lah... Nak masuk POLIS mana boleh pakai cermin mata. SEDIH sangat. That is Princess first ambitions and ia terkubur begitu sahaja hanya kerana sepasang cermin mata. Sedih okay... Tapi Princess tak kisah, sebab banyak lagi yang Princess boleh "JADI". Princess pernah bagi tahu ibu Princess "Kalau orang tak boleh jadi POLIS tak apa lah, tapi boleh tak kalau orang kawin dengan POLIS?" Wah... Gedik disitu... Huhuh... So sekarang impian Princess itu sudah jadi kenyataan - berkahwin dengan Princess's Beloved Husband iaitu seorang POLIS. (Bangga disitu)

Selepas cita-cita Princess yang pertama terkubur Princess pasang cita-cita lagi. A FAMOUS FASHION DESIGNER. Wah gitu... Besar cita-cita tu. Memang Princess suka sangat bab-bab fesyen ni. Suka sangat sebab dangan fesyen terlahirlah kecantikan seorang wanita itu. Wahaha... Tak agak statement tu. Sebenarnya Princess suka lukis-lukis atau designkan baju dekat atas kertas. Lukis, lukis dan lukis lagi. Seronok... Nak lukis baju macam gambar di bawah ini :-

(Sumber dari image Mr. Google)



Kalau boleh Princess nak ada Fashion Boutique sendiri. Wah... Mesti FAMOUS ala-ala DIVA kan. Masa dekat kolej ramai kawan-kawan Princess gelar Princess ni DIVA. Wah meletup sekejap. Bukan sebab berlagak DIVA okay, tapi mungkin sebab semua baju Princess adalah sedikit fashionable sikit kot. Hehehe... I'm not DIVA okay. Tapi sayang juga, ingatkan bila dah habis sekolah boleh lah Princess ambil jurusan FASHION untuk lanjutkan pelajaran tapi ayah Princess tak izinkan untuk Princess ambil jurusan itu. So, Princess pilih jurusan Perakaunan Perniagaan atas desakan ayah Princess. Nasib baik semasa di sekolah menengah Princess ada basic Perakaunan jadi tak lah terlalu dungu dalam kelas kan.

Tapi bila Princess habis study Princess telah dilamar oleh Princess's Beloved Husband. Maka, berkahwinlah Princess pada umur 21 tahun tanpa ada pekerjaan. Heheh...Bila sudah berkahwin Princess masih lagi ada cita-cita untuk jadi A FAMOUS FASHION DESIGNER. Wah berangan lagi... Tapi mungkin dengan pengalaman Princess yang hanya menerima tempahan jahit manik akan membawa Princess pergi jauh. Siapa tahu. Suatu hari nanti... Insyallah...



Wednesday 11 January 2012

BLING-BLING WITH ME - PRINCESS

Sebenarnya dah lama nak post entry mengenai jahit-menjahit manik ini. Tapi asyik lupa je. Hmm... Sekarang ini memandangkan Princess dah teringat jadi Princess post la entry mengenai bling-bling your baju with Princess. Wah... Title ke statement tu...

Okay, mula-mula Princess nak cerita dulu. Dua tiga hari lepas BFF Princess, Syu'ai ada datang ke rumah Princess. Masa sembang-sembang itu ini, dia ada request something dengan Princess. Dia nak kami jadi rakan seperniagaan. Wah gitu, kelassss... First, Princess tanya nak buat business ape? Dia kata nak jadi partner untuk  ambil tempahan menjahit manik. Wah gitu dia... Princess suka lah... Sebab itu memang bidang kegemaran Princess sejak dari dulu lagi. Maklumlah nak masuk sekolah fesyen tak lepas lagi kelayakan, jadi dengan cara ini sajalah Princess mengasah bakat semulajadi gitu. Jadi Princess setujulah. Jadi dengan kesukaan yang melampau Princess minta izin Princess's Beloved Husband untuk berniaga bersama BFF Princess itu. Kerjanya senang sahaja. Duduk rumah dan tunggu customer hantar baju. That's all... Lepas itu mula menjahit... Waaah... Suka-suka.. 

Jadi jika anda yang mahukan baju anda ala-ala mak datin bolehlah request pada Princess untuk bling-blingkan baju korang. Tak kiralah anda dari mana, Princess sedia ambil tempahan dari seluruh negeri Malaysia. Boleh guna pos laju atau courier. Harga untuk tempahan menjahit tidak terlalu mahal sebab boleh dibawa berunding dan harga adalah berpatutan. Material yang digunakan adalah dari high quality okay, dari benang hinggalah ke manik semuanya high quality sebab Princess juga menggunakan manik yang sama pada semua baju Princess yang telah dijahit manik. 

Dibawah ini adalah antara baju-baju kurung Princess yang telah dijahit manik... 
Check it out :-









Ini adalah sebahagian koleksi yang Princess ada. Sebenarnya banyak lagi. Jadi, jika ada sesiapa yang berminat boleh contact or PM di FB - carian Princess Nurul Atie. (sorry sebab tak letak app. untuk FB di page ini.) Boleh juga request disini just comment.

CEMBURU KOT...

Ha... Memang ar CEMBURU kan. CEMBURU sebab tengok diorang-diorang semua PREGNANT, BERSALIN dan ADA BABY... Bila hati ini dah terdetik perasaan CEMBURU tu memang susah la nak kikis. Hati kecil ini terlalu sensitif okay... Selalu luahkan perasaan ni kat Princess's Beloved Husband. Sampai satu tahap boleh menangis tanpa henti. Tension pun boleh jadi. Bila berjumpa mesti ada yang tanya "Masih berdua lagi ke? Tak rancang nak ada anak ke?" Maunya tak nak. Orang tak waras pun boleh fikir la. Setiap pasangan yang sudah berkahwin mesti lah nak anak kan. Hati Princess ni pulak membara-bara, berkobar-kobar nak ada BABY. Princess nak juga merasa mengandung macam wanita-wanita lain. Nak juga merasa ada anak sendiri. Asyik tengok anak orang je.
Pada Princess bila seseorang wanita itu mengandung ia adalah suatu anugerah bagi mereka. Anugerah yang tidak ternilai harganya. Lagi, bila kita mengandung banyak kelebihannya yang Allah beri pada kita sebagai seorang ibu mengandung. Okay Princess nak kongsi kelebihan-kelebihan itu ye :-

(Sumber dari Mr. Facebook & Mr. Google)

1. 2 rakaat solat wanita yang hamil lebih baik daripada 80 rakaat wanita tidak hamil.

2. Wanita yang hamil mendapat pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat pada malam hari.

3. Wanita yang bersalin mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa setiap kesakitan 1 uratnya.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin, ia dikira mati syahid.

5. Mendapat 1 pahala setiap titik susu yang diberikan pada bayinya.

6. Wanita yang cukup 2 setengah tahun menyusukan anaknya, maka malaikat di langit akan mengkhabarkan berita bahawa syurga adalah wajib baginya.

7. Seorang ibu yang mengorbankan waktu tidur yang selesa untuk menjaga anaknya yang sakit akan memperolehi pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

ALLAHUAKBAR... Besarnya ganjaran yang Allah berikan pada ibu-ibu yang mengandung. Sebab itu lah  Princess berkobar-kobar sangat nak mengandung. Sifat keibuan tu dah melonjak-lonjak. Jika rezeki itu ada Princess lah orang yang pertama yang akan gembira dan bersyukur sangat-sangat, sebab Princess telah ke tahap yang seterusnya dalam hidup ini selepas menjadi seorang anak dan juga seorang isteri. InsyaAllah jika doa ini diperkenan oleh-Nya. Kita sebagai manusia hanya boleh merancang dan sentiasa berdoa kepada-Nya, selebihnya biarkan Allah sahaja yang susun dan rancang kerana rancangan dan susunan hidup kita hanya Dia yang maha Esa saja tahu. ALLAH Maha Mengetahui...

Tuesday 10 January 2012

WE ARE BFF

Who's???? Hahaha.. Princess dan Princess's Best Friends Forever lah... Hehe... Okay, Princess perkenalkan pada korang okay...


Ni nama dia kitorang panggil IKA. Masa mula-mula masuk sekolah baru di Melaka Princess kenal Ika dulu dari kawan-kawan yang lain, sebabnya kami sekelas. Kita jadi kawan baik lepas tu sebab ramai yang tak suka kami dalam kelas tu. Bukan tak suka apa, cuma disebabkan kami orang baru dalam kelas tu so ramai yang tak kenal sangat dan kurang bercampur. Ika ni orangnya baik, kadang-kadang ada gak moody dia. Dulu masa zaman sekolah dia selalu ke rumah Princess, biasalah orang perempuan. Sembang sampai tak ingat waktu. Sembang pasal semua benda, kadang-kadang pasal boyfriend, pasal lelaki-lelaki yang suka kat kami, pasal sekolah, pasal semuanya lah nak di ringkaskan cerita. For information, Ika ni dah kawin.. Hehehe... Dia kawin lebih dulu dari Princess. Sekarang ni dia dah ada 2 orang anak. Ika ni sama macam Princess juga Housewife sepenuh masa. 


Inilah BFF Princess yang lagi satu. Kami panggil dia Syu'ai. Syu'ai ni macam Ika juga perangai dia. Baik hati dan suka menolong orang. Bila kami ada masalah kami senang minta pertolongan dari Syu'ai saja. Syu'ai ni pula jenis pantang dengar bila kawan-kawan dia dalam kesusahan. Pendek cerita dialah orang pertama yang akan bantu bila ada diantara kami dalam masalah. Dalam kebaikan dia ni ramai yang ambil kesempatan. Kesian pula. Syu'ai ni belum berkahwin lagi. Dia tak macam Princess dan Ika, dia ada komitmen pada keluarga dia. Dia ambil alih tugas mak dia sebagai pengurus kedai bunga. Hehehe... Seriously, memamg keluarga dia ada kedai bunga di Merlimau, Melaka. So sekarang dia lebih tertumpu pada kedai dia dari kehidupan dia. 

Itulah serba sedikit mengenai BFF Princess


Princess dan Syu'ai


Ika dan Syu'ai


Dalam hidup ini tak semuanya boleh dibuat KAWAN. Tak semua kita nak jadikan musuh. Bila kita ada KAWAN hidup pasti lebih bermakna. Tak semestinya keluarga kita akan sentiasa ada dengan kita dalam setiap masa. KAWAN juga perlu. Tidak semestinya KAWAN itu lebih penting dari keluarga, tapi perlu lah ada keseimbangan diantara keduanya.

Seperti Princess, KAWAN dan keluarga sama penting. Kedua-dua KAWAN Princess ini adalah yang terbaik pernah Princess ada. Mereka pasti ada bila Princess dalam kesusahan. Kami juga sering berkongsi masalah. Itu semua lumrah. Itulah BFF boleh berkongsi apa saja (kecuali suami lah, hehehe). Jika berjauhan kami pasti akan merindui antara satu sama lain. Walaupun kini kami sudah ada kehidupan masing-masing, kami tak pernah lupa antara satu sama lain. Kami tetap berhubung seperti biasa. Jika kami ada masa kami akan berjumpa, sembang macam dulu lagi. Semuanya tak pernah berubah. Walaupun ada masanya kami ada juga salah faham sesama kami tapi itu hanya rencah dalam hubungan. Bila kami bergaduh tak lama, for a while je. Bila dah reda semuanya kami tetap berkawan macam biasa. Itulah erti persahabatan. Susah senang kami pasti bersama. Bergaduh atau salah faham hanyalah perkara biasa. Persahabatan kami bertiga boleh diibaratkan seperti isi dan kuku. Pada Princess, Ika dan Syu'ai adalah BEST FRIENDS FOREVER...

Korang pulak macam mana? Ada BFF tak? Kalau ada, hargailah mereka. Jadikan PERSAHABATAN itu suatu yang indah dalam hidup korang...

Sunday 8 January 2012

BILA ADA YANG TAK PUAS HATI, RASA SAKIT HATI

Bila ada yang tak pernah nak puas hati ini lah jadinya. Jadi stalker kat sana sini. Boleh??? Sakit hati la kita bila ada yang kononnya suruh rakan-rakan yang lain "be friend" kita kat FB dan report semua aktiviti kita kat orang yang kononnya nak jadi musuh kita. Hoh, boleh??? Sakit tu... Yang kita pulak boleh tahan sengalnya, dah lama dia tu jadi kawan kita baru sekarang perasan yang dia adalah kawan kepada "enemy to be" kita tu. Baru perasan bila kita saja-saja jalan-jalan kat "Page FB" dia. And then ternampak dia post kat kawan dia punya page pasal aktiviti kita, apa yang kita tulis-tulis tentang "enemy to be" kita tu. Huh... Manusia, manusia... Apa nak jadi? Tak apa lah. Biarkan dia bahagia dengan cara dia yang suka cari sakit hati tu... Tak kuasa mak nak layan nyah...


Published with Blogger-droid v2.0.2

Sunday 1 January 2012

KISAH PRINCESS DAN GUESS

Wah title tak agak babe... Hari ini rasa nak buat entry kisah Princess dan GUESS... Wohoho... Tak boleh dengar tentang GUESSS BRAND. Become CRAZY!!!!! Pendedahan dengan GUESS BRAND from my fiance yang sekarangnya Princess's Beloved Husband. Thanks to him because give me a first GUESS its GUESS JEANS dan dari situ jatuh lah cinta pandang pertama Princess pada GUESS. Masa tu Princess masih tinggal di Melaka dan for information susah untuk dapat barang GUESS dekat Melaka. Outlet dia pun tak ada. Sedih tau sebab tak ada outlet Princess favourite brand. Kalau jumpa pun mesti barang tiruan.  Selepas berkahwin Princess berpindah ke Klang ikut Princess's Beloved Husband. Di Klang, Wohoho... Berlambak GUESS outlet. Wahaha... Seronok sangat bila dapat pergi GUESS dan borong banyak-banyak.. Hehehe... Suka-suka... Not all la Princess beli setakat ni. Selalunya Princess hanya beli apa yang mampu je dan kalau Princess teringin nak shopping dekat GUESS, Princess hanya beli handbag saja. Setakat ini banyak juga lah handbag and others, tak nak bagi tahu berapa banyak sebab Princess takut orang cop Princess suka menunjuk-nunjuk... Huhuhu...

Sekian,
Kisah Princess dan GUESS nya...

TAHUN BARU INI....

Selamat Tahun Baru semua. Alhamdulillah kita masih bernafas dan masih menghambakan diri pada Allah untuk tahun baru ini. InsyaAllah semoga tahun baru ini akan menjadi tahun yang baik dan penuh dengan memori yang indah-indah.

Bagi Princess tahun 2011 meninggalkan banyak kenangan dan memori yang akan sentiasa diingati. Bila bercerita tentang tahun baru pasti ramai yang tidak ingin mengingati kisah bagi tahun-tahun lalu. Tapi bagi Princess tahun-tahun sudah mengajar kita erti kehidupan supaya menjadi seorang insan yang matang pada tahun-tahun akan datang. InsyaAllah...

Sedikit coretan sepanjang tahun 2011 seorang Princess :

- Dengan bantuan seorang rakan, kebetulan di tempat kerja rakan tersebut ada jawatan kosong yang perlu diisi dengan segera. Princess mula bekerja selepas berkahwin. Alhamdulillah... Rezeki Allah. Segala macam dugaan semasa bekerja dari seronok membawa ke tekanan. Alhamdulillah Princess boleh menghadapi segala tekanan itu. Tempat kerja yang menyeronokkan walaupun ada segelintir rakan sepejabat yang banyak kerenah. Biasalah, ragam pekerja lama mestilah nak tunjuk belang pada pekerja baru atau junior. Tapi itu semua sekejap sahaja bila Princess letak jawatan as a customer service atas kehendak suami. maaf pada Encik Bos sebab saya berhenti atas sebab ITU... Harap Encik Bos faham...

- Merupakan tahun pertama Princess dan Princess's Beloved Husband celebrate our first anniversary. Tersangat-sangat teruja untuk menyambutnya bersama Princess's beloved husband. Princess menghargai hari itu sehingga hari ini walaupun menyambutnya dengan sederhana. Memory with the beloved is the best memory ever.

-Tahun ini juga membawa kepada kesedihan, kepedihan dan kecemburuan hati Princess pada rakan-rakan Princess. Bukan semua rakan-rakan tapi hanya pada segelintir. Segelintir yang telah mendapat rezeki lebih dulu dari Princess. Rezeki yang sentiasa diingini oleh semua suami dan isteri di dunia ini setelah mereka berkahwin. iaitu rezeki cahaya mata. Bukan Princess menidakkan rezeki yang Allah beri tapi, hati wanita mana yang tidak penasaran jika melihat rakan-rakan dan saudara-mara yang lain terlebih dahulu dapat menimang cahaya mata. Sungguh perit hati ini bila mana pada tahun ini sentiasa mendengar perkhabaran ramai raka-rakan dan saudara terdekat menimang cahaya mata. Mengalir air mata ini setiap kali mendengar perkhabaran itu. Sentias bersabar. InsyaAllah selagi adanya kesabaran dihati Princess akan setia untuk bersabar.

- Pada tahun ini merupakan tahun terakhir Princess dan Princess's Beloved Husband berada di Klang. Princess sudah berpindah dari Klang ke Melaka. Alhamdulillah semuanya kuasa Allah. Ketika rumah ayah dan ibu terlalu sunyi tanpa gelak tawa kami Princess sekeluarga berpindah ke teratak bahagia ini. Alhamdulillah... Sekarang Princess dan Princess's Beloved Husband adalah penyeri bagi rumah ini.

Itulah sedikit sebanyak coretan tahun 2011 seorang Princess...

Salam tahun baru 2012...