Wednesday 28 March 2012

SELAMAT MENJAMU...??? ---- MATA



Itu yang ditunggu...

Itu yang dicari...

Bila dah dapat lupa diri alls...

Hahaha...

Okay tips dari pekerja dan peniaga di Cameron Highland...

Bila beli buah, makan dekat situ juga baru rasa dan aromanya tetap sama seperti yang sering diperkatakan...

Tapi itu memang betul. Princess sendiri dah terkena...

Bukan apa. Strawberry coklat ini masa makan di tempat beli iaitu di Kea Farm memang terasa kemanisan dan kerangupan buah Strawberry itu. Tapi bila Princess beli lebih untuk di makan di hotel lain pula rasanya. Bukan tak manis cuma kurang rasa saja...

Okay lah you alls. Cuci mata dulu ya dengan gambar di atas...

Jemput tengok you alls...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday 26 March 2012

BERJALAN KITA...

Assalammualaikum alls...

Sekarang ini Princess dan Princess's Beloved Husband dalam perjalanan untuk makan angin.

Semalan lepas Princess's Beloved Husband habis kerja, kami terus ke Klang, Selangor. Pukul 12.00 mlm kami sampai dan terus check in. Hari ini pula lepas check out kami terus menuju ke Cameron Highland. Yeah!!! Akhirnya setelah sekian lama baru dapat merasa bercuti. Wink...

Suka... Suka...

InsyaAllah, selepas 2 atau 3 hari di Cameron Highland kami akan ke Terengganu. Yeah!!! Berjalan lah kita...

Lepas balik bercuti Princess update blog ya.

Tata alls...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday 23 March 2012

SEMALAM SENYUM, HARI INI???

Entry semalam. Rasa nak sneyum je. Hari ini???
Hmm...
Sebenarnya, semalam Princess pergi ke klinik untuk buat pemeriksaan. Just nak tahu.
Test and get a result.
Result semalam very-very impressive... Sebab itu rasa nak senyum saja.
Tapi kata doktor, that's a weak result. Tak boleh nak sahkan sangat. Tapi mungkin ianya positive.
Rasa happy sangat bila doktor kata macam itu.
Bersyukur sangat.
Doktor kata perlu scan untuk dapatkan kepastian. Okay lah...
Terima nasihat itu.
So, hari ini pergi ke klinik itu semula bersama Princess's Beloved Husband untuk scan.
Semasa scan itu rasa berdebar juga. Sebab macam tak nampak pun tanda yang adanya baby kat situ.
Bila mana sedang scan itu doktor kata macam ada sesuatu dalam ovari Princess. Yang pasti ianya bukan fetus atau pun baby. Tapi doktor tak boleh nak beri tahu apakah itu.
Princess pula, rasa macam tak sedap hati saja. Mungkinkan???
Aaahh!!! Tidak, tidak...
Tak mahu fikir yang bukan-bukan sebab doktor pun tak sahkan lagi apakah itu.
Lagi 2 minggu doktor suruh datang semula untuk buat follow up tetang apakah itu.
Buat masa sekarang just nak chill up saja...
Walaupun rasa macam iya je tapi sebenarnya tak, rasa tersangat sedih.
Tapi Princess's Beloved Husband tetap beri semangat. Walau apa pun terjadi dia tetap disisi Princess.
Oh... So sweet...

Hmm... Apa-apa pun tunggu saja lah keputusan 2 minggu lagi...


JIRAN KE??? ------ (PART 2)

Assalammualikum alls...

Haa... Pagi-pagi lagi dah buat entry kan.

Okay, entry lepas cerita mengenai jiran sebelah rumah yang berbangsa melayu dan beragama ISLAM!!!

Sekarang ini nak cerita mengenai jiran sebelah rumah juga, tetapi berbangsa India.

Wahaha... Dah boleh buat jiran 1 Malaysia ini... Hehehe...

Jiran berbangsa India ini ramai anak. Ada dalam 8 atau 9 orang semuanya. Ramaikan? Nak tahu kenapa? Sebab suami dia simpan perempuan simpanan dalam rumah. Pelikkan? (Ini dah jadi kes mengumpat dah ini. Astaghfirullahalazim...)

Okay, bukan nak mengumpat pasal dia tapi nak beri tahu keadaan rumah yang terlalu bising you alls...

Sebab itu Princess rasa macam nak duduk dalam hutan. Aman rasa...

Ini tak, setiap pagi sebelum pergi sekolah mereka akan bising dulu. Yang si mak akan menjerit pada anak, yang si anak-anaknya akan menjerit antara satu sama lain. Bayangkanlah. Begitu ramai anak mereka dan menjerit pada masa yang sama. Rasa seperti berada di perang dunia alls... Wahahaha... Tension alls...

Itu baru pagi. Belum part balik sekolah, cuti sekolah, waktu petang. Wah... Tension lagi!

Kadang-kadang bila diorang buat bising rasa nak pergi report je pada polis mengatakan ada PENCEMARAN BUNYI di kawasan rumah Princess. Boleh?

Disebabkan Princess ini seorang jiran yang baik, "Ku tahan juga Jebat." Wahahaha... (Apa kena mengena entah jebat dalam ceritera ini. Wink...)

Walaupun Princess tak pandai bercampur atau beramah mesra dengan jiran-jiran tapi Princess tak pernah kacau hidup mereka. Bila mereka memerlukan pertolongan, Alhamdulillah setakat ini kami sekeluarga sedia untuk memberi pertolongan.

Bila mana mereka bising, Alhamdulillah Princess sekeluarga tak pernah sesekali sound mereka.

Susah nak dapat jiran maca Princess... (Riak disitu... Wahahaha)

Jadi kepada jiran-jiran Princess yang sangat-sangat dihormati, pandanglah kepada jiran anda yang baik ini. Sesungguhnya untuk menghormatinya adalah suatu kebaikan yang telah anda lakukan... (Baik sangat ke jiran korang ni. Wahaha)

Kepada korang semua pula, jangan sombong-sombong pada jiran ya. Tak kira lah jiran sebelah menyebelah ke, belakang rumah ke atau depan rumah ataupun satu taman atau satu kampung. Janganlah sombong pada mereka. Biar mereka buat jahat pada kita, kita pula jangan balas dengan kejahatan tapi dengan SENYUMAN...

Senyum... Tak perlu kata apa-apa...

SENYUM!!!

WAHAHAHA... Sewel dah... Wink.



Published with Blogger-droid v2.0.4

JIRAN KE???

Assalammualaikum alls...

Hari ini nak kongsi satu kisah hidup. Kisah hidup ke? Wahahah... Boleh lah...

Okay, semenjak dua menjak ini rasa sedikit kecewa dengan orang sebelah menyebelah ini. Nak tahu tak kenapa?

Almaklum hidup berjiran, harap masing-masing pandai untuk hidup berjiran. Tapi ada masa rasa nak duduk dalam hutan saja bila dapat jiran-jiran yang begini dan begitu.

Alkisahnya... Satu hari, kereta Princess's Beloved Husband rosak. Start banyak kali tak boleh hidup. Puas dah cuba. Jadi ingat nak cari jumper untuk hidupkan kereta. Hidup untuk sampai bengkel pun jadilah. So dengan muka tak berapa nak malu ini bagi salam pada jiran sebelah rumah ini. Keluarlah pasangan itu. Cakaplah pasal masalah kereta itu. Muka macam berat saja nak beri pertolongan, tapi hati ini tetap tak nak fikir macam itu sebab nasiblah dia nak tolong.

Okay, itu awal bulan hari itu. Jadi, tadi kereta buat hal lagi. So dengan muka yang tak berapa nak malu minta lah sekali lagi pertolongan. Nak tahu tak apa jiran itu kata.

"Kereta baru basuhlah. Takut pulak nak bawa keluar."

Okay boleh???

Kami pun rasa macam nak terjun longkang depan rumah je.

Princess's Beloved Husband kata "Tak apalah, mungkin sekali itu saja kita minta tolong pada dia. Tapi ingatkan ya, bila dia minta tolong pada kita cepat-cepat bagi tahu tau. Walaupun tengah kerja kita sanggup balik. Biar dia terasa sikit. Biar dia buat pada kita tapi kita jangan balas pada dia."

Itu jiran sebelah rumah berbangsa melayu dan beragama ISLAM!!!

Tapi jiran depan rumah yang berbangsa cina dan bukan beragama islam dengan rela dan ikhlas hatinya memberi pertolongan bila mana kami ini buntu dan tak tahu pada siapa untuk meminta bantuan. Ikhlasnya jiran yang berbangsa cina itu, siap offer untuk panggil rakannya yang kebetulan ada syarikat toe trak untuk tarik kereta dari rumah ke bengkel yang berdekatan. Sampai macam itu sekali!!!

Tapi jiran sebelah yang berbangsa melayu dan beragama ISLAM itu.... Apa terjadi???

Hmm... Bila ada jiran yang macam itu rasa serba salah pula nak minta pertolongan walupun pertolongan itu kecil. Ya lah. Walaupun jiran itu bukan saudara mara kita tapi bila susah dan terdesak jiran itu juga yang akan kita cari satu hari nanti.

Semoga Allah memberi petunjuk dan memaafkan mereka berdua itu. Amin...

Published with Blogger-droid v2.0.4

SENYUM...

Nak senyum saja boleh tak? Senyum tanpa kata apa-apa... Bahagia rasa hati.

Apa yang didoakan selama ini Allah telah makbulkan. InsyaAllah jika itu benarnya.

Kita tunggu esok untuk tahu lebih lanjut...

Dari tadi sampai lah nak tidur rasa nak senyum je. Kalau boleh tidur pun nak senyum. Tapi nanti dikata sewel pula oleh Princess's Beloved Husband.

Tapi hakikatnya hati ini terlalu gembira dan berbunga...

Alhamdulillah Ya Allah...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday 19 March 2012

MANIK DAN MANIK LAGI.... JOM TEMPAH DARI PRINCESS

Assalamualaikum alls...

Hari itu Princess ada kata nak buat entry mengenai rate price untuk jahitan manik kan?
Okay hari ini, Princess nak tunjuk pada korang semua harga dan jenis jahitan manik ya...

Check it out babes!!!


Design 1
(Gambar kiri) Bahagian leher - RM45
 (Gambar kanan) Hujung lengan - RM20

Harga keseluruhan untuk sepasang baju - RM65
___________________________________________________

Design 2
Bahagian leher - RM30
Bahagia pinggang atau dada - RM 40
(Menggunakan batu manik bersaiz besar)

Harga keseluruhan untuk sepasang baju - RM70
______________________________________________

Design 3

Hujung lengan - RM20


Bahagian leher - RM50
(Susunan manik yang padat dan banyak)

Jumlah harga keseluruhan untuk sepasang baju - RM70
__________________________________________________

Design 4

Manik tabur untuk lengan - RM 30
Bunga pada lengan - RM20



Hujung lengan bahagian atas - RM20
Hujung lengan bahagian bawah - RM20



Jumlah keseluruhan untuk kedua-dua lengan atau sepasang baju - RM90
 ____________________________________________________________

Design 5

Bahagian lengan - RM45
Motif bunga dan daun.
__________________________________________________

Design 6

Bahagian leher - RM80
Menggunakan manik yang banyak dan padat.
__________________________________________________

Design 7

Hujung lengan - RM15
__________________________________________________

Design 8

Hujung lengan - RM20




Semua harga adalah termasuk manik. Para pelanggan tidak perlu bersusah payah untuk membeli manik. Hantar sahaja baju anda dan Princess sedia menjahit untuk anda.

Jika yang berminat sila PM Princess di princess_ns_1020@yahoo.com.my


Sunday 18 March 2012

UNTUNGNYA JADI RAKYAT MALAYSIA...

Assalamualaikum alls...

Semalam seperti biasa di kawasan kerjiranan Princess ada buat senam robik. Macam biasa Princess join, kata nak buang lebihan lemak kan.

So, semalam sebelum buat senam robik ada buat medical check up. Ianya percuma tau! Wah bertuah sangat. Nak buat check up dekat klinik dengan sendirinya memang tak lah kan nak pergi. Bukan apa, takut kena ambil darah guna jarum suntikan. Okay, boleh... Oh ya, kebetulan yang menganjur senam robik ini adalah seorang nurse, sebab itulah percuma.

Tak banyak yang di check oleh nurse. Mereka hanya check, kandungan gula dalam darah, tekana darah dan perkara-perkara basic seperti ketinggian, berat badan, BMI badan, ukuran pinggang dan pinggul. Itu saja... Boleh lah kan dari tak ada. Lagi pun dengan pemeriksaan secara percuma ini membolehkan kita tahu tahap kesihatan diri kita. Betul tak?

Dengan adanya pemeriksaan secara percuma ini membolehkan rakyat Malaysia seperti Princess yang malas untuk ke klinik boleh mendapat manfaatnya.

Princess bersyukur sangat sebab dilahirkan dibumi Malaysia yang bertuah ini. ALHAMDULILLAH...

Okay, sampai bertemu lagi.

Tata alls!!!

Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday 17 March 2012

TAK NAK KECEWA...

Badan rasa tak sedap...

Badan pun ada rasa lemah-lemah...

Kepala pening...

Perut rasa memulas...

Perut pun asyik rasa lapar je...

Sistem peranakan rasa tak selesa...

Tekak rasa nak muntah...

Apakah???

Tak mahu test lagi. Sebab takut kecewa lagi...

Tapi hati rasa macam ya je...

Tapi masih takut kalau-kalau apa yang diharapkan tak menjadi...

Bila rasa-rasa macam ya, tapi Princess pernah di "suspek" gastrik...

Tak kan gastrik kot???

Makan ikut time... Bila lapar mesti makan... Kalau lapar sangat tidur je. Dah nama pun pemalas...

Hmm... Okay kita biar dulu, bila dah teruk baru gi klinik... Ya, boleh jadi manusia paling teruk... Hehehe...

Kalau ada berita happy baru lah seronok sikit kan? Tapi kalau pergi klinik tak ada apa-apa rasa macam sengal je. Huhuhu...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday 15 March 2012

BILA MAK MERTUA NAK DATANG ---> KELAM KABUT LAH JADINYA!!!

Assalamualaikum alls...

Hari ini rasa semangat sikit nak bangun pagi. Semalam bukan main bertungkus lumus lagi nak menyiapkan baju seorang mak cik itu.

Okay... Okay...

Sekarang ini Princess tak nak bercerita mengenai tempahan menjahit manik tapi Princess nak cerita mengenai panggilan telefon semalam. Apa terjadi semalam??? Wahahaha...

Okay, semalam mak mertua Princess call. Katanya nak datang. Sebenarnya, hari ini dah masuk 5 hari mak mertua and ayah mertua Princess ada di Melaka. Mereka tidur di rumah kakak ipar Princess. Hari isnin lepas Princess ada juga pergi rumah kakak ipar itu untuk jumpa mak and ayah mertua Princess. Ada juga mereka kata nak datang rumah Princess tapi tak tahu sempat atau tak.

Jadi hari ini, jika diizinkan Allah sampailah mereka ke rumah Princess.

Tapi yang Princess kalut sangat ini sebenarnya sedang mencari idea ubtuk memasak untuk dihidangkan kepada mereka.

Macam ini lah Princess. Asal nak memasak saja mesti kena fikir dulu. Tak fikir tak boleh kot. Huhuhu...

Okaylah, nanti Princess update lagi okay. Nak kemas apa yamg patut.

Tata alls...

P/S : Nanti ada masa Princess nak update harga tempahan manik okay...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday 14 March 2012

SATE DI PAGI HARI???

Assalamualaikum...

Cerita yang dah masam dah. Tapi tak lah lama sangat. Baru empat hari je kot simpan.
Okay lah. Princess nak cerita mengenai kejadian yang tak disangkakan terjadi.

Hari Jumaat lepas ayah Princess balik secara mengejut ke semenanjung atas urusan kerja. Hari ahad baru pulang ke sabah.
Jadi kami habiskan hari Sabtu dengan berjalan. Jalan lah sangat.

Pagi-pagi lagi ayah Princess ajak kami ke Muar. Katanya dah lama tak ke Muar. Jadi bersiaplah Princess dan adik Princess. (Oh, kebetulan Princess's Beloved Husband kena kerja di pagi Sabtu)
Pelik juga Princess kenapa pagi-pagi lagi ayah Princess ajak keluar. Pagi pun tak lah pagi sangat tapi dalam pukul 7.00am dah ajak keluar kan.

Bila sampai Muar ayah Princess ajak sarapan. Okay kedai macam perasan dan pernah masuk saja. Bila tengok betul-betul memang sah. Rupanya ayah Princess ajak makan SATE lah.

PAGI lagi dah makan SATE!!!

Okay tak payah nak pelik sangat. kebanyakkan kedai sarapan pagi di Muar akan ada jual sate dipagi hari ye. Itu sebenarnya sudah menjadi rutin makanan harian orang Muar untuk sarapan.

Disebabkan Princess dah biasa dengan suasana dipagi hari seperti itu jadi Princess tak lah pelik sangat. Tapi bila ada saudara mara yang datang dari JB atau KL pasti Princess atau ahli keluarga Princess ajak sarapan di Muar. Pekena sate lah apa lagi kan.

Bukan saja sate yang mereka jual tapi banyak lagi makanan lain yang mereka sediakan contohnya seperti SOTO, LONTONG dan pelbagai lagi.

Okaylah jom layan gambar yang tak berapa nak ada ini...




Adik dan ayah Princess


Sesi melahap sate.


Lihat sate kami. Itu sebenarnya kali kedua kami tambah sate.
Gila niih!!!


Semangat makan.






Saturday 10 March 2012

TAK KISAH PUN!!!

Princess tak pernah kisah apa orang nak cakap mengenai Princess's Beloved Husband. Mungkin ramai yang bercakap-cakap mengenai rupa paras. Rupa paras itu penting ke???

Penting sangat ke sehingga ada yang bertanya Princess:

"Tak menyesal ke rupa Husband kau mcm tu?"

Princess tanya balik

"Menyesal macam mana tu? Perlu ke menyesal?"

Nak tahu apa mereka cakap...

"Ya lah, Husband kau kan tak hensem, kulit pulak gelap. Tak rasa apa-apa ke?"

Okay... Boleh kau tanya macam itu.

Princess jawab balik.

"Kalau kau macam dia apa orang akan cakap tentang kau? Kau rasa apa? Kau patut rasa malu ke? Tak kan? Macam ini lah, kita sebagai manusia kena bersyukur dengan setiap apa yang telah dikurniakan pada kita. Tak perlu membandingkan antara satu sama lain. Tak perlu rasa malu dengan rupa kita. Dekat akhirat nanti bukannya rupa kita yang ditimbang tapi sebanyak mana amalan kita."

Lepas jawab macam itu Princess tinggal bodoh je dia dekat situ.

Apa perasaan korang bila ada yang membandingkan rupa paras seseorang?

Bagi Princess. Buruk ke, kacak ke itu semua tak penting untuk Princess. Yang penting bagi Princess adalah hati dan imannya. Itu yang penting.

Begitu juga dengan kasih sayang Princess terhadap Princess's Beloved Husband. Princess tak pernah mengharapkan rupa paras yang kacak untuk dijadikan suami. Dan juga tidak mengharapkan duit yang banyak sebagai kebahagiaan hidup. Tapi hati yang ikhlas dan taatnya diri kepada Allah adalah harapan Princess pada seorang lelaki.

Alhamdulillah, Allah telah kurniakan lelaki itu kepada Princess. Dan Princess sangat-sangat bersyukur kerana dikurniakan lelaki itu.

Walaupun Princess's Beloved Husband tidak terlalu hensem tapi pada Princess, Princess's Beloved Husband lebih kacak dari semua lelaki yang ada didunia ini. Kenapa???
  .
  .
  .
  .
  .
  .
  .
  .
  .
 
Kerana dia adalah suamiku...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday 9 March 2012

TAK ADA MASA KE???

Memang tak ada masa. Kenapa? Dengan baju yang berlambak-lambak nak dijahit memang tak ada masa sangat nak update Blog. Boleh...  Bukan apa, setiap hari ada saja mak cik-mak cik yang ketuk pintu untuk hantar baju. Kadang-kala rasa menyesal pula ambil semua baju-baju untuk jahitan manik. Tapi disebabka minat dan rasa ingin membantu mencantikkan wanita hanya dengan pakaian membuatkan Princess semakin berkobar-kobar untuk teruskan perniagaan ini. (Perniagaan ke???) Heheh...

Alhamdulillah rezeki yang Allah beri memang menakjubkan. Bersyukur sangat sebab dilimpahkan rezeki yang banyak. Alhamdulillah. Kadang-kala kalau dah rasa bosan sangat menghadap baju, Princess letak ketepi dulu baju dan mula buka laptop dan jalan-jalan di Blog kawan-kawan. Hilang sikit stress di kepala.
Stress woo jahit manik. Kadang-kala ada customer nak jahitan manik yang sarat pada baju. Ada juga hantar hari ini nak esok. Boleh... Lagi bercinta kalau ada customer yang suruh jahit manik tabur. Itu memang bercinta nak menyiapkannya.

Tapi berkat keikhlasan Princess semua itu mungkin tak jadi masalah. Alhamdulillah mempunyai seorang Husband yang memahami. Terima kasih Sayang. Leb u lah...

P/S : Kalau nak tempah jahit manik sila PM Princess okay. princess_ns_1020@yahoo.com.my
Harga yang berpatutan akan diberikan kepada anda.



Wednesday 7 March 2012

JOB YANG MENGEJUT...

Entry sebelum ini Princess ada tunjukkan gambar baju kan? Hmm... Sebenarnya itu gambar baju customer Princess yang dihantar pada Sabtu lepas. Nak tahu tak, customer itu nak baju 2 hari lagi. Okay. dengan baju yang banyak-banyak lagi nak bercinta dengan baju dia. Boleh... Lepas itu, customer nak design manik yang punyalah sarat. Tapi nasib baik untuk bahagian tangan saja.
Mula-mula Princess tak nak ambil tempahan itu sebab banyak lagi baju yang menggunung untuk disiapkan. Tapi customer itu pujuk dan pujuk lagi Princess supaya jahitkan baju dia sebab katanya Princess sorang sahaja yang ambil tempahan menjahit manik dengan murah dikawasan itu. Jadi dengan berat hati Princess ambil juga. Tapi dalam berat hati itu juga merupakan satu cabaran buat Princess sebab perlu menyiapkan tempahan dalam masa 2 hari!!! Demi customer Princess sanggup buat dan bersengkang mata untuk membuatnya. Alhamdulillah berkat kesabaran dan keikhlasan Princess akhirnya baju itu siap juga dalam masa yang ditetapkan.



Bunga besar yang macam bintang. Boleh...


Jahitan manik dikaki lengan baju.


Harga yang Princess letak adalah RM80. Murah tak? Customer itu kata terlalu murah yoo...
Harga di butik dan kedai lain 2 kali ganda dari harga Princess tau. 

Banyak lagi jahitan manik yang Princess hasilkan tapi tak kan lah jahitan yang ringkas pun nak letak disinikan. Lagipun banyak baju yang tak siap nak jahit. Jadi takkan asyik-asyik nak update semua bajukan. Nanti ada masa Princess update lagi tentang jahit manik ya.

P/S : Princess sedia mengambil tempahan dari rakan Blogger juga. Penghantaran baju boleh dilakukan dengan cara courier ataupun pos laju. Sila PM Princess di princess_ns_1020@yahoo.com.my jika ingin bertanya lebih mengenai jahitan manik ataupun untuk menempah jahitan manik.










Tuesday 6 March 2012

SELESAI

Apakah??? Saja nak tunjuk apa yang Princess baru hasilkan. InsyaAllah nanti Princess akan buat entry mengenainya ya. Sabar ya... Tungguuuu...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday 5 March 2012

JALAN, BERJALAN DAN MENJALANKAN???

Dua tiga hari ini suka berjalan-jalan ke blog kawan-kawan. Bukan apa nak lihat tempat yang sesuai untuk dijadikan rancangan Malaysia... Eh bukan, dijadikan rancangan untuk pergi bercuti. Holiday dalam Malaysia saja. Tak payah nak keluar negeri sangat. Malaysia pun tak habis teroka lagi kan. Jadi, bila jalan-jalan blog kawan-kawan tu sambil-sambil bacalah journey mereka yang pernah bercuti di tempat-tempat tertentu. Seronok rasa baca catatan journey mereka. Banyak sangat pilihan tempat untuk bercuti.

Ada yang pergi ke Pulau Langkawi, Pulau Perhentian, Pulau Pangkor, Pulau Pinang, Cherating, Cameron Highland dan sebagainya. Semua tempat menarik. Rasa nak pergi saja tempat-tempat itu sekali gus. Tapi dengan bajet yang ala-ala turun naik ini mungkin hanya boleh pergi ke dua tiga tempat sahaja rasanya.

Masih dalam perancangan Princess dan Princess's Beloved Husband.

Jika ada yang sedia kongsi pendapat mungkin itu akan membantu Princess.
Pada Princess....
Biar percutian yang sederhana tapi penuh dengan keindahan dan memori.

APA KAMI MAKAN???

Our lunch and dinner hari ini Princess and Princess's Beloved Husband masak Ayam Percik Terengganu. Apa yang best? Memang berbeza dengan ayam percik yang biasa kita lihat di pasar malam atau pasar minggu. Biasanya ayam percik yang ada di pasar malam itu akan deperap dengan rempah bagai dan dibakar. Selepas dibakar barulah disira atau diletakkan kuahnya. Betul tak?

Lain pula dengan cara penyediaan ayam percik Terengganu. Ayam akan dibakar untuk membuang air yang ada didalam daging ayam kemudia selepas ayam agak kering angkat dari pemanggang dan siramkan dengan kuah santan yang telah dimasak. Setelah disiram dengan kuah letak kembali diatas pemanggang dan bakar hingga kering atau kuah tadi meresap kedalam ayam. Kemudian setelah kuah di ayam agak kering angkat kembali dan siram semula dengan kuah santan. Ulang semua langkah tadi sehingga ayam masak.

Cara penyediaan memang rumit tapi berbalaoi tau. Hari ini lauk hanya ini saja. Itupun sudah memadai.


Ayam Percik Terengganu, Budu dan Timun.


Tadaa... Inilah Ayam Percik Terengganu itu. 
Selesai bakar lebihan kuah tadi dijadikan kuah untuk ayam.
Rasa a little bit manis dan terasa herba sebab letak serai dan halba.


Budu okay. Tak sah makan kalau tak ada BUDU...
Kata kawin dengan orang Terengganu mestilah pandai makan BUDU ye tak?
Sebenarnya sebelum Princess kenal dengan Princess's Beloved Husband lagi Princess dah pandai makan BUDU.
Walaupun makan BUDU tapi title Princess tak jatuh tau.

InsyaAllah jika ada request untuk resepi Ayam Percik Terengganu Princess akan buat entry-nya okay.
Selamat menjamu mata...

Sunday 4 March 2012

BERSENAM ROBIK KITA!!!

Pukul 9 malam tadi, taman tempat Princess tinggal ada buat senam robik. Princess dan Princess's Beloved Husband join senam robik tu. Wah... Tak agak, bersenam robik bagai. Join with mak cik-mak cik lah. Kebanyakkan yang tinggal ditaman Princess ini adalah golongan mak cik-mak cik yang sebaya dengan ibu Princess.

Senam robik ini mereka adakan seminggu sekali. Sekepala RM5. Boleh lah dari tak ada. Alang-alang hujung minggu tak ada aktiviti, baik join mak cik-mak cik tu senam robik ya tak. Sambil-sambil tu boleh lah nak buang lebihan lemak yang ada. Tak gitu...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday 2 March 2012

GILA NI!!!

Okay... Pagi-pagi buta buat entry pasal makan. Boleh? Gila kentang ar... Sebenarnya, tengah tidur tadi perut ini pasang speaker dan nyanyi lagu I Love You Like A Love Song... Ahahaha... Boleh? Dah habis merepek...

Bila perut dah buat perangai yang tak reti-reti nak duduk diam time lapar jadi dengan berat badannya terpaksa bangun dan melangkahkan kaki ke ruangan dapur yang tak berapa nak berasap tu.

Sesampai sahaja di dapur baru teringat nothing yang ada kat dapur. Sebab sup untuk makan malam tadi telah habis menuju ke perut sang adik Princess yang kelaparan lepas balik dari kelas. Tinjau-tinjau rak macam nak cari harta karun dan... Zasss... 2 keping roti yang masih berbaki semasa makan sup tadi. Yes!!!

Buka peti sejuk cari kaya dan butter. Gandingan yang perfect. Korang mesti cuba tau. Nak nak korang toast dulu roti tu. The butter will melt in your mouth... Eh no, in your bread. Hahaha...

Perut sudah kenyang sang Princess ingin beradu semula. (teruk perangai tu lepas makan tidur balik)

Nite alls... Ops! Morning alls...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday 1 March 2012

PERTANYAAN DARI SI CANTIK...


Assalamualaikum alls... Princess nak kongsi tentang makeup stuff yang selalu Princess gunakan dalam makeup rutin Princess.

Masa di kolej dulu Princess bukanlah seorang yang popular sangat dan bukan tergolong dalam level cantik macam sesetengah pelajar. Jadi Princess adalah student yang biasa-biasa saja dan kadang kala dianggap DIVA oleh rakan-rakan sekelas Princess. Okay mengarut disitu. Mungkin disebabkan pakaian Princess yang agak up to date dari pelajar lain. Mungkin...

Suatu hari, the most popular girl in the kolej tegur Princess. Boleh... Dia tanya Princess, Princess guna eyeliner apa? Okay... Mula-mula Princess tercengang juga sebab kenapa dia nak tanya Princess guna eyeliner apa? Sebab pada Princess mungkin dia guna makeup stuff yang lebih mahal harganya dari makeup stuff Princess. Princess ni guna barang murah saja tapi berkualiti okay.

Dia tanya sebab eyeliner yang dia gunakan tak tahan lama sebab akan bersememeh atau luntur bila tengahari atau bila berpeluh. Jadi Princess berilah jawapan dengan persoalan dari si cantik tadi.

Princess guna eyeliner jenis waterproof. Bila basah atau lembab eyeliner itu tak akan luntur. Princess suggest pada dia untuk guna jenama Elianto yang seperti Princess gunakan atau beli dari jenama Maybelline atau apa-apa jenis jenama asalkan ada perkatan kalis air atau waterproof.


Okay, ini jenama eyeliner yang selalu Princess gunakan. Dari jenama Elianto color Black. Tak mahu tukar-tukar dah. Senang guna yang ini saja. Liquid eyeliner pun ada tapi tak mahu pakai sebab kalau kita nak pergi solat, eyeliner itu luntur bila kita ambil wuduk. Jadi eyeliner pencil adalah lebih selamat. 

Teringin juga nak guna eyeliner gel seperti dibawah. Tapi takut strukturnya sama macam liquid eyeliner. Jadi mungkin lepas-lepas ini boleh cuba.


Princess tiada masalah untuk apply eyeliner pada mata. Selalunya BFF dan cousin belajar apply eyeliner pada mata dari Princess
Adalah sikit-sikit ilmu makeup ini. Mungkin entry lain Princess akan buat tutorial cara makeup atau perkenalkan makeup stuff yang lain ye. InsyaAllah dan sampai berjumpa lagi...




Published with Blogger-droid v2.0.4