Saturday 29 September 2012

INDAH YANG BURUK...

Tak semestinya bawang yang busuk luarnya mempunyai isi yang busuk dan buruk juga. Cuba kita kupas lagi dan lagi. Pasti kita akan terlihat isi yang cantik dan segar.

Begitu juga dengan bawang yang kulitnya cantik dan bersih. Tidak semestinya isi didalam pun turut cantik. Cuba kita potong dan lihat. Mungkin kulit yang cantik tadinya mempunyai ulat atau busuk isinya.

Begitu juga lumrah hidup manusia. Tidak semestinya buruk itu akan kekal buruk. Cuba kita pandang jauh ke lubuk hatinya. Mungkin rupa yang buruk itu mempunyai hati yang cukup cantik, bersih dan suci. Siapa tahu...

Dan, tak semestinya rupa yang cantik dan menjadi pujaan ramai itu mempunyai hati yang bersih, sebersih wajahnya. Mungkin rupa yang cantik itu hanya topeng semata-mata untuk menutup sisi hitam dalam hatinya. Siapa tahu juga...


Tanya hati sendiri adakah itu pilihannya...


Nota gila si Princess : Ilham dari dapur kecil ku...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday 18 September 2012

SENYUM TU KAN SATU SEDEKAH...

Assalamualaikum alls...


Hari ni Princess teman Princess's Beloved Husband pergi klinik. Kesian dia, demam. Panas sangat badan dia. Satu malam Princess tak tidur hanya kerana jaga Princess's Beloved Husband yang tengah demam.

Pergi klinik kerajaan je sebab Princess's Beloved Husband hanya boleh ambil MC kerajaan.


Apa yang best klinik kerajaan ni? Hmm... Pada Princess boleh la. Biasanya kalau Princess sakit atau demam Princess lebih suka pergi klinik swasta. Maaflah ya Princess katakan ni. Sebahagian kakitangan mereka ni kedekut nak senyum. Susah sangat nak tengok senyuman tu. Bukan nak kondem atau menjatuhkan seseorang tapi itulah kenyataan didunia realiti ni. (Maaf lah jika ada yang terasa.)


Bukan apa. Terpampang disana sini mengataakan mereka akan melebihkan senyuman pada setiap waktu. Tapi mana senyuman yang diperkatakan tu? Susah kot nak buka mulut dan melebarkan bibir untuk memberi sekuntum senyuman.

Mereka bukan bekerja dibawah panas terik matahari. Tapi dalam air-cond. Mereka bukan bekerja sebagai buruh binaan tapi hanya melayan dan bertanyakan masalah pesakit. Susah ke? Hanya sebuah senyuman pada seorang pesakit. Itu kan sedekah. Allah suka. (Maaf semula jika ada yang terasa.)


Princess cakap ni bukan semua. Tapi sebilangannya saja. Ada yang baik dan sentiasa memberikan senyuman. Haaa... Itu Princess respect sangat-sangat. Syabas pada yang memberi senyuman yang manis itu.


Tak susah beri senyuman. Semua orang sukakan senyuman. Princess pun suka sangat dengan senyuman. Orang kata Princess ni tak kedekut senyuman. (Okay bangga disitu.) Kalau muka korang masam je mana orang nak suka. Allah pun tak suka. Sebaik-baik sedekah adalah senyuman yang ikhlas. Walaupun terpaksa untuk senyum korang senyum je lah. Lama-lama mungkin keterPAKSAan itu akan bertukar menjadi keIKHLASan. IsyaAllah...


Okay lah alls. Jumpa di lain entry okay.

Tata....

Assalamualaikum...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday 17 September 2012

JALAN-JALAN HABISKAN DUIT!!!!

Assalamualaikum alls...

Ni nak cerita sikitlah kat korang-korang semua. Hari tu kan kita pergi Cameron Highland. Hahahah... Cerita dah berkulat dah sebenarnya. Tapi tetap nak cerita.

Sebenarnya kami pergi Cameron Highland tu tanpa dirancang. Saja suka-suka jalan hujung minggu.

Tahun ni kali kedua kitorang pergi Cameron Highland. Kebetulan Princess's Beloved Husband dapat pelepasan 2 hari. Sukalah tu...

Kami pergi hari Jumaat. Tapi tidur semalam di KLIH (Kuala Lumpur International Hotel) mahal sikit lah tapi berbaloi juga sebab selesa sangat. Esoknya, pagi-pagi kami bergerak terus ke Cameron Highland. Yeargh!!!

Tapi walaupun kami pergi main terjah tanpa dirancang tapi kami dah siap booking hotel. Maklumlah hujung minggu mesti ramai orang punya.

Tiba disana. Ya Allah punya lah banyak umat manusia. Jalan jem gila. Kenapa? Sebab hari Sabtu malam di Cameron Highland ada pasar malam. Oh, best okay pasar malam dia. Ada jual buah-buahan, sayur, soft toy dan macam-macam lagi diorang jual.

Tang paling best dan paling Princess suka sangat ada sorang mak cik ni dia sorang je yang jual apam balik. Oh, apam balik dia SUPER SEDAP lah. Korang kena cuba apam balik telur dia. Tak rugi korang beli. Walaupun apam balik tapi rasa kerangupannya. (Oh, rasa nak nangis teringatkan kesedapan apam balik mak cik tu). Wahahaha.

Kali ni kami tak berjalan ke mana pun. Kami banyak berSHOPPING dari berjalan tapi yang semestinya holiday kali ni Princess dapat makan strawberi cicah coklat (rujuk gambar diatas). Saya suka, saya suka.


Entry kali ni Princess tak boleh nak tunjuk gambar gedik kami. Sebabnya kami tak snap apa-apa gambar pun kecuali gambar strawberi coklat fondue tu.

Sebabnya, oh sungguh berasa hati. Kami boleh TERTINGGAL kamera atas meja kat rumah. Boleh?

Phone kami pula bukanlah phone yang cangih macam korang so tak adalah entry bergambar kali ni. Lain kali lah ya kami pergi dan bergedik bergambar bagai.


Okaylah lain kali Princess cerita-cerita lagi ya.

Love you alls...

Assalamualaikum...


Nota gila si Princess : BerHoliday sambil berHoneymoon.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday 13 September 2012

SILA BERATUR --- SUSAH SANGAT KE???

BERATUR tu susah ke? Tak kan? Korang cuma perlu berbaris dan korang tunggu giliran korang pula. Tak susah kot Princess rasa.

Tapi yang Princess nak marah ni. Ha... Ada sesetengah manusia memang tak reti nak beratur. Mungkin diorang tak faham apa itu maksud BERBARIS atau BERATUR.

HELLO!!!! Berbaris pun tak tahu? Pergi duduk hutanlah wei...

Budak tadika pun reti beratur tahu.

Kadang-kadang perkara macam ni memang selalu akan menimbulkan kemarahan seseorang. Kita penat-penat beratur bagai nak rak tetiba dengan selambanya orang tu terus pergi depan kaunter dan letak barang dia. Boleh?

Kadang tu, pakai punya lah smart ala-ala artis gitu tapi time nak buat pembayaran boleh pula nak potong barisan yang sepanjang alam tu.

Ohoi... Itu namanya tak ada adab cik abang oi, cik akak oi. Nama saja orang MALAYSIA tapi adab tak ada.

Tak kira lah korang tu bangsa apa sekali pun tapi adab tu kena lah jaga. Jangan sampai korang dicop sebagai KURANG AJAR....

Princess bising-bising ni bukan apa, perkara ni selalu terjadi pada Princess. Tapi biasanya dengan lancang mulut ini berkata-kata lah "Akak/abang orang semua penat beratur. Jadi tak salah kalau akak/abang beratur sekejap."

Ha... Tu makan dia. Wahahaha...

Ingat lah ya. Kat mana pun kita adab tu kenalah jaga walau kat tandas awam sekali pun. Tak susah pun beratur tu. Sabar sikit je.

Kalau budak tadika boleh buat kenapa tak anda...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday 12 September 2012

BILA ADA YANG TANYA - KITA PUN JAWAB...

Asslamualaikum alls... Hari ni Princess nak cerita-cerita sikit la.

Cerita tak lah berapa nak panjang tapi terkesan dijiwa juga lah.


Kadang-kadang kita tak boleh nak ramal apa soalan yang akan orang tanya kat kita. Mungkin soalan mereka tu kita boleh jawab dan mungkin tidak.

Macam Princess. Ramai sangat orang tanya.


"Kau tak bosan ke duk rumah?"


"Kau tak nak kerja ke?


"Tak kisah ke tak ada duit sendiri?"


"Best sangat ke jadi housewife ni?"


Punya banyak soalan yang biasa Princess kena jawap. Korang tak rasa bersalah ke tanya macam tu pada kami-kami yang bergelar Housewife ni?

Okay lah, bagi jawapan korang-korang yang sibuk sangat nak tahu perasaan ni ha... Baca...


- Bosan tu memang lah bosan. Tapi kalau kita anggap duk rumah tu bosan kita akan semakin bosan. Lagi pun bukannya setiap masa duk terperap dalm rumah ni. Ada kalanya kita keluar lah juga. Macam pergi pasar ke. Pergi supermarket ke. Pergi kedai ke. Kadang-kadang ada lah juga husband kita bawa jalan-jalan, shopping, makan angin. Macam tu korang kata bosan lagi duk rumah.


- Buat masa ni kalau orang bagi kerja tak nak kot. Dengan business yang ada ni pun masih terkapai-kapai lagi ni kan pula nak suruh cari kerja. Huhu...


- Ha... Yang ni soalan yang susah sikit lah nak jawap. Kenapa? Sebab rasa rendah diri sikitlah. Tak kisah pun tak ada duit sendiri ni pun. Setiap bulan husband kita bagi duit kat kita cukup je. Lebih dari gaji kita masa keje dulu. Kau hado? Hehehe.... Rezeki ni milik Allah. Kalau Allah nak bagi kita terimalah dengan tangan terbuka dan sentiasa bersyukur dan mengucap Alhamdulillah. Tak bererti tak ada kerja rezeki pun tak ada. Rezeki tu sentiasa ada. Cuma kita sebagai umatnya ni kena sentiasa bersabar. Jangan sesekali kedekut setiap kali kita ada rezeki lebih. Lagi pun jika suami seorang saja yang bekerja tak semestinya kita tak boleh shopping. Boleh bershopping tapi tengoklah dulu bajet suami tu...


- Wa... Gila kau tak best. Best gila duk rumah. Kalau ngantuk boleh tidur. Kalau lapar boleh makan. Tak ada orang nak marah-marah kalau tak buat kerja. Kalau time kemas rumah pula tak payah nak cepat-cepat sangat macam nak kejar dateline. Senang cerita memang best sangat-sangat le...


Ha.... Amacam ada yang terfikir nak jadi Housewife macam Princess?

Tapi kalau korang memang suka dan senang dengan kerja korang sekarang ni tak payah la nak berhenti kerja pula lepas baca entry Princess ni kang ada yang kata Princess ni paksa orang jadi Housewife. Ikut pada kemampuan korang.

Jadi Housewife ni banyak benda yang kita rasa best. Salah satunya bila Husband balik kerja ada juga orang kat rumah yang boleh bawakan dia air. Bila dia balik kerja pun rumah nampak teratur je. Dia pun rasa best nak balik rumah.

So Housewife-Housewife diluar sana. Korang ada rasa bosan ke duk rumah? Kongsilah cerita dengan Princess...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday 9 September 2012

DARI HATI TURUN KE TANGAN...

Assalamualaikum alls...

Salam Syawal. Maaf kerana sudah hampir sebulan Princess tidak bersiaran disini. Sayu sungguh hati. Banyak nak kongsi tapi masa tak mengizinkan. Sejak-sejak jiran sekeliling ni tahu yang Princess ambil tempahan jahitan manik dengan murah, mereka suka serbu rumah Princess hari-hari. Letih sikit. Tapi pada Princess berbaloi walaupun letih dan kadang kala menyeksakan mata. Itu semua rezeki Allah. Alhamdulillah.

Tu, title di atas tu. Sebenarnya Princess nak minta maaf kepada korang yang selalu baca blog Princess ni (ada ke?) sebab Princess tak update dah sebulan lebihkan. Raya pun nak habis dah. Cerita Raya memang tak adalahkan dah kelaut dah semua tu. Huhuhu...

InsyaAllah ada masa Princess bersiaran lagi okay.

Love you alls....


Published with Blogger-droid v2.0.4