Wednesday 31 October 2012

TERENGGANU LAGI!!!

Yeay!!! Alhamdulillah masih diberi kesempatan dan kesihatan yang baik untuk pulang ke kampung halaman. Huhuhu... Princess anggap macam rumah sendiri okay. (Walaupun itu rumah mak mertua Princess.) Tak pe lah feeling-feeling macam kampung sendiri lah.

Kenapa Princess suka balik Terengganu? Sebab boleh membesarkan badan yang tersedia besar ni. Hahaha...

Banyak makanan best-best kot. Mintak-mintaklah Princess's Beloved Husband tak bawak Princess ni berjalan sangat. Kalau tak... Makan je lah kerjanya. Keluar rumah je makan. Makan, makan dan makan lagi sampai obesiti. Ha... Boleh?

Okaylah alls... Lain kali kita cerita-cerita lagi ya. InsyaAllah malam ni akan bertolak ke Terengganu. Doakan perjalanan kami dipermudahkan dan selamat sampai. Amin.

Tata alls...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday 28 October 2012

SALAM DIHULUR SEKALI LAGI...

Assalamualaikum alls...


Hari ni mesti semua sibuk nak pulang ke rumah masing-masing setelah 3 hari cuti Raya Qurban. Ya tak?

Honestly, Princess tak balik beraya ke mana-mana pun. Duduk je kat rumah ni. Rasa boring barulah keluar lepak. Bukan tak nak balik, tapi Princess's Beloved Husband yang tak boleh cuti. Tak pe lah, sebagai seorang isteri yang mithali kononnya ni haruslah faham tugas suami yang perlu ada bila negara memerlukan. Eceh, terpatriotik la pulak!

Okay, berbalik kepada Raya Qurban. Macam mana raya korang? Best? Banyak bawa balik daging qurban?

Wah best lah korang kan. Lepas ni naik muak lah korang mengadap daging je setiap hari. Hehe...

Dikesempatan ni, Princess ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga pengorbanan anda semua diberkati oleh Allah.. InsyaAllah...


Nota gila si Princess : Eh, you alls tak nak hantar ke lauk daging kat rumah Princess. Wahahaha...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday 19 October 2012

SEBUAH MEMORI ------------ YANG GILA


Gambar lukisan yang telah disimpan selama 2 tahun.
Dilukis masa baru 6 bulan berumah tangga...
Syahdu je...
Rasa sweet sangat masa ni...
Di Kota Kuala Lumpur yang penuh sesak dengan orang.
Peduli apa kata hati...

Terhasillah lukisan dari jejari seorang seniman jalanan.
Thanks bro sebab hasilkan lukisan yang cantik ini.

Hanya kami berdua ditengah kesibukan orang ramai...


Sweet kan?
(Sila muntah hijau sekarang. Uhuhuhu)

KL STEERT - 23/12/2010

3 hari selepas birthday Princess. 20/12/2010...

Hadiah paling sweet...
Sweet sangat-sangat...

PRINCESS AND BEAUTY (2)

Assalammualaikum alls...

Hari ni macam terlebih rajin je nak kongsi dengan korang tentang beauty-beauty ni kan.
Baru dapat idea yang tak seberapa ni... Baru tersedar dari lamunan... Ahaks...

Okay tak nak buang masa. Hari ni nak cerita tentang penanggal make up you alls...

Mesti korang bila dah make up dan nak buang make up tu cuma guna wet tissue je kan? Pastu cuci muka. Kan kan kan... Betul tak?
Haaaa.... Ni Princess nak kongsi sikit dengan korang macam mana nak hilangkan betul-betul make up tu kat muka korang tanpa merosakkan muka korang tapi boleh membuatkan muka korang lembut dan lembap lepas tu. Produk yang murah dan senang dapat. Princess dah guna lama dan Alhamdulillah kulit semakin lembut dan lembap.

Okay... Mula-mula korang bersihkan make up yang ada dengan wet tissue. Mungkin pada korang bila dah bersihkan dengan wet tissue korang akan rasa bersih dan tak de make up dah kat muka korang kan. Itu SALAH ya. Kita tak nampak apa yang ada kat muka tu sebenarnya.

Lepas tu korang cuba guna ini 


Baby oil dan minyak kelapa.
Haaa... Ni semua stok-stok yang dah nak habis dan tak reti-reti nak beli baru.
Boleh...

Letak sedikit baby oil atau minyak kelapa atau kalau bajet korang lebih korang boleh guna olive oil pada facial cotton.
Haaa... Lepas tu korang sapu kat seluruh muka macam korang guna toner. Masa tu korang akan nampak banyak kotoran make up pada facial cotton tu. Baru korang sedar yang sebenarnya wet tissue tak membantu sangat untuk menanggalkan make up. Lepas tu boleh la korang cuci muka korang dengan pencuci muka dan selepas tu buat macam biasa rutin kecantikan korang seperti pakai toner dan pelembap muka.

Cuba lah. Mungkin korang akan dapat hasil kulit yang lebih cantik, lembut dan lembap. InsyaAllah liang roma muka korang tak akan tersumbat pun dengan minyak ni semua. Sebab ianya semulajadi. Seperti baby oil ramai yang guna kat badan untuk melembutkan kulit. Jadi korang cuba guna untuk tanggalkan make up pula. Lagi pun senang je nak cari baby oil ni kan.

Minyak kelapa pula korang cuba lah cari di toko-toko jamu atau kedai herba moden mungkin ada kot. Princess pun tak ingat mana Princess dapat minyak kelapa ni. Uhuhu...

Okaylah alls...
Selamat mencuba ya.. 

Nota gila si Princess : Princess sayang korang semua sebab tu Princess nak kongsi ilmu kecantikan yang tak seberapa nak ada ni.

Wednesday 17 October 2012

NO ENTRY NO IDEA....

Ouh... Susahnya nak keluar idea kat otak ni... 
Tu lah. Asyik guna otak kiri je. Otak kanan jadi tepu tak memasal. 
Bila tak ada idea rasa buntu gila. 
Otak ni macam tak berfungsi je. 
Ouh... Dimanakah kau wahai ilham...

Duduk dapur tak ada. 
Duduk ruang tamu tak ada. 
Duduk bilik lagi lah tak ada... 
Tak apa kot. 
Biarkan jari ini menari-nari dihujung keyboard. 
Ikut saja gerak langkah jari yang kecil tapi versi gemuk ini.. 
Biar idea muncul disebalik gerak tari si jari kecil...

Bila fungsi otak tidak digunakan sebaiknya...
Inilah jadinya.
Otak oh otak mana kau sembunyi idea yang kononya melambak banyak.
Disorok kenapa?
Biarlah orang tahu apa yang kau fikirkan.
Biarlah orang tahu apa yang ada dalam otak tu.
Bagus ke tidak.

Gerak langkah si jari kecil mula perlahan.
Dan
Terhasillah entry kacau bilau ini...


Wednesday 10 October 2012

KISAH HATI... SIAPA YANG TAHU...

Sediakan tisu sebagai teman untuk menghabiskan entry ini. Syahdu si Princess. Tak tertahan dek hati hanya mampu meluahkan disini.

Hati ni redha denga rencana Allah. Mungkin Allah ingin kami berdua betul-betul bersedia. Inilah ujian Allah pada hambanya. Siang malam tak lupa untuk memanjatkan doa kehadrat ilahi bagi meminta dan berdoa supaya dikurniakan apa yang dihajati. Tapi itu semua rencana Allah yang maha esa. Dia yang tahu bila masa yang sesuai ingin diberi.

(Sila kesat air mata bersama air dihidung. Sikit je)


Walaupun hambanya ini sabar dan bersabar lagi namun tetap diuji dengan orang sekeliling. Manusia... Benar kata orang, mulut tempayan boleh ditutup tapi mulut manusia akan tertutup bila diorang penat bercakap je.

Redha dengan apa yang mereka katakan. Redha bila mereka memandang rendah. Tapi hina sangatkah orang yang belum lagi dikurnikan zuriat? Hina ke kami? Korang tak tahu apa yang kami lalui. Apa yang kami rasa. Korang boleh bercakap tapi korang tak pernah rasa apa yang kami rasa.

(Tahan dari air mata bergenang. Pejam mata... Okay boleh teruskan)


Terasa diri ini dipinggirkan. Terpinggir jauh dari mereka yang ada anak. (Bukan semua ya. Tapi sebahagian)

Pernah satu ketika, dah jadi habit Princess untuk pergi ke tempat barangan bayi untuk window shopping. Ada sorang akak ni, mengandung tapi tak tahu berapa bulan. Dia boleh tengok perut Princess. Okay fine. Lepas tu dia jeling pula pada Princess. Tak tahu apa yang dia fikir. Dan tak tahu kenapa dia tengok dan jeling pada Princess. Padahal Princess tak buat apa-apa pun pada dia. Kenapa? Orang tak mengandung dan tak ada anak tak boleh pergi tempat barangan bayi ke? Oh ya Allah...

Tak apa sabar disitu...

Walaupun dipandang rendah tapi hati ini sentiasa bersyukur kepada Allah.

Kami tak pernah merancang. Bukan kami tak mahu anak tapi mungkin Allah kata belum masanya. Tahu apa yang mereka selalu ceritakan tentang diri ini. Tapi diri ini pekakkan telinga pejamkan mata dan berdoa agar hati mereka terbuka untuk mendoakan diri ini dari reka cerita tentang diri ini. InsyaAllah...


Nota gila si Princess : Selalu doakan mereka yang selalu memandang rendah pada diri ini. Semoga Allah membukakan mata mereka untuk melihat kebaikan dan membuang keaiban. InsyaAllah...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday 8 October 2012

RUANG REHAT SI BURN-BURN...

Assalammualaikum alls...

Selamat hari Isnin korang...

Hari ni nak cerita tentang Burn-Burn yang nakal tu. Lepas pindah Melaka awal tahun hari tu Burn terus berubah perangai. tak mo duk rumah dah. Suka keluar jenjalan ikut suka dia. Princess susah hati dengan perubahan si Burn-Burn tu. Bukan apa, selagi tak panggil balik dia tak akan balik kerumah. Jalan je kerja. Tapi bila keadaan cuaca kat luar rumah panas dia tak lah merayap sangat. 

Lagi satu tentang kesukaan Burn sekarang ni. Dia suka sangatlah tidur kat tepi kolam ikan depan rumah. Oh ya, Princess bukan duk rumah sendiri ya. Princess duk rumah ibu dan ayah Princess. Tapi diorang tak duk sekali dengan Princess. Ibu dan ayah Princess duk Sabah sekarang ni. Okay berbalik cerita pasal Burn-Burn tu. Kat halaman rumah Princess ni ada kolam ikan dan banyak pokok-pokok yang meredupkan pandangan. Oh syahdu.... Burn-Burn suka lah sangat bersantai sambil berehat kat halaman rumah tu... 
Best katanya... Hahahaha....


Nak tidur lah tu.....



Comel tak halaman rumah Princess...
Okay... Riak disitu...



Sepanjang halaman sekangkang kera tu adalah kolam. 
Arkitek yang men'design'kan ruang halaman rumah adalah ayah Princess sendiri.
Ayah Princess rajin okay bab-bab bercucuk tanam dan menghias rumah ni.
Sekarang ni diwarisi oleh menantu kesayangannya Princess's Beloved Husband.
Ada chemistry disitu...



Abaikan orang-orang penghalau burung tu... Wahahah...
Derhaka pada suami sendiri.
Tengok Burn-Burn. Sedap je duk tergolek kat situ.


Huh... Kejap je cerita.. Huhuhu..
Okaylah alls..
Nanti Princess cerita lagi ya.

Terima kasih sudi membaca....