Friday 30 November 2012

PEMANIS MULUT YANG YUMMY!!!

This is one of Princess's favourite.

Very very the suka lah dengan pemanis mulut yang ini...


Apa tu?

Aiskrim vanilla dengan marshmallow je.

Not too special but for Princess, itulah ketenangan jiwa. Eceh...

Okay... Princess tersangat suka dengan marshmallow.

Perlu sentiasa ada stok kat dapur Princess okay.

Biasanya Princess beli stok marshmallow Princess ni kat Aoen Bandaraya Melaka atau kat Tesco Melaka. Dua tempat ni je kat Melaka yang ada marshmallow berwarna putih. Tempat lain Princess tak tahu pula.

Orang Melaka kalau tahu bagi tau Princess okay...

Kenapa Princess suka marshmallow? Sebab boleh feeling-feeling mat salleh. Lalala...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday 27 November 2012

CERITA ITU

Kau sahabat.

Kau juga kekasih.

Dan yang terhebat kau seorang suami kepada diri ini...

Tiada yang lebih hebat melainkan menjadi imam disetiap solat ku.

Alhamdulillah. Diri ini bangga menjadi makmum mu.

Disetiap doa ku adanya kau.

Disetiap zikir ku adanya nama mu...

Tiada yang lebih indah dari setiap kalimah cinta dari Allah disetiap bibir mu.


Ingin diri ini menjadi sahabat yang baik.

Kekasih yang dipuja...

Isteri yang solehah disisimu...

Dan juga makmum yang khusyuk dibelakang mu...


Namun kita manusia ada cacat celanya. Tiada yang sempurna.

Jadi bimbinglah diri ini untuk menjadi apa yang dihajati...

Dengan izin Allah itu semua akan berlaku walaupun tidak sempurna tetapi ada bahagia disitu...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday 24 November 2012

SEMENJAK DUA MENJAK NI-SELALU ORANG DOK KATA...

Durian Crepe...

Apa menatang tu? Ahaha...

Princess yang tak makan durian pun sibuk nak tau benda tu apa.

(Okay fine Princess memang tak makan durian. Ikut suka korang lah nak cakap I ni minah salleh celop.)

Durian tu musuh ketat Princess okay. Ahaha..

Okay terjebak dengan durian crepe ni pasal Princess's Beloved Husband lah.

Hari tu masa gi shopping barang dapur kat Mydin, MITC ada nampak orang jual durian crepe ni. Masa tu tak silap macam ada pameran craft dari negeri-negeri gitulah sebab banyak booth kat situ. Maklumlah lama tak shopping kat Mydin apa yang terjadi kat Mydin pun tak tau.

Masa nampak durian crepe tu dengan lantangnya Princess bersuara.

"Yang nilah durian crepe yang orang duk canang kat facebook tu ea?"

Princess's Beloved Husband cakap.

"Nak ke? Kalau nak abang belikan."

"Apa pulak kita. Awak yang nak makan sebenarnya tapi kita pulak jadi alasan dia nak beli. Durian kot."


Okay Princess's Beloved Husband nak sangat tengok wife dia ni makan durian. Dia kata rugilah kalau orang melayu tak makan durian. Ahah... Tak rasa rugi pun...


Okay berbalik pada durian crepe tu. Princess ingatkan benda alah tu macam rangup-rangup gitulah. Tapi tak pun. Pastu akak tu kata rasa filling dia macam ice cream. Ye ker. Princess tak rasa pun okay. Sebab ianya durian dan satu lagi akak tu kata cream dia dikacau sekali dengan durian tapi tak, durian hidup-hidup kat bawah lapisan cream tu. Oh cannot gi lah...


Princess's Beloved Husband belilah satu. Satu bungkus ya. Ada 4 durian crepe kat dalamnya. Harga... Tak berapa nak ingat pula.

Princess's Beloved Husband kata sedap. Hmm... Orang kalau dah minat durian memang semua tentang durian sedap. Ye dak...


Nota gila si Princess : Musim durian ni mahu pening Princess. Rumah penuh dengan bau durian... Uhuk... Uhuk... Help me!!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday 23 November 2012

RINDU KE????

Sememangnya tak ada idea nak tulis apa untuk korang.
Tak ada perkara menarik pun nak bagi tahu korang.
Tapi disebabkan tak nak korang rindu lama sangat kat Princess so Princess nak merepek sekejap lah kat sini.
Ahah... Boleh?
Bukan merajuk tak nak buat entry baru. Tapi disebabkan idea belum datang so tak ada entry yang best la. Kalau Princess buat entry yang tak best korang nak baca ke? Ha... Mestilah tak nak kan. Jadi daripada korang bosan dengan entry yang entah apa-apa. Baik Princess mendiamkan diri.
Tapi bukan bererti mendiamkan diri je tau. Ada juga blogwalking kat blog-blog korang yang best tu. Okay serius best.
Bila baca blog korang terus rasa malas nak buat entry baru. Hahaha...
Kenapa? Sebab bila Princess baca blog korang terus rasa tak nak berganjak dari situ dan masa untuk Princess tulis entry pun berlalu begitu saja. Ahaks...

Okay banyak merepek.
Lain kali Princess buat entry lagi eh. Tengok kepada kerajinan dan keaktifan Princess lah waktu tu..
Okay alls... Tata...
Assalamualaikum...


Monday 12 November 2012

BAD HAIR DAY

Korang pernah rasa macam mana kejadian tu...

Alhamdulillah Princess tak pernah kena lagi lah.

Syukur pada Allah juga Princess dikurniakan rambut yang cantik. (Okay puji diri sendiri, tak malu.)

Bikan nk kata cantik sangat pun. Tapi selama Princess pandai jaga rambut ni Alhamdulillah lah tak ada lagi kejadian rambut kusut dipagi hari. Cuma bila kita bangun dari tidur tu rambut ni berselerak sikit la.

Princess ni jenis setiap kali sebelum masuk tidur mesti sikat rambut dan selepas bangun tidur pun mesti sikat rambut. Dah jadi macam habit lah pulak...

Disebabkan Princess ni seorang yang bertudung jadi penjagaan rambut itu perlu lebih lagi daripada mereka-mereka yang free hair. Sebab pakai tudung ni kan bertutup semua kepala sampai tak ada pengudaraan kat kepala ni kan. So bila dah seharian bertutup kesian lah sang mahkota ni kan berpeluh je. Nak lagi teruk berminyak pulak.

Al maklumlah Princess ni orangnya biasa-buasa saja, jadi pakai syampo pun biasa-biasa saja. Tak adalah pakai yang mahal-mahal pun. Princess pakai Sunsilk je. Okay suka dengan Sunsilk Lively Clean & Fresh. Ha... Sebab syampo ni sesuai untuk mereka-merek yang bertudung. Tapi memang betul pun, sebab bila kita guna pastu pakai tudung Alhamdulillah bila balik berjalan je tak ada lagi rambut yang berpeluh dan berminyak.

Lagi satu Princess ni jenis suka basuh rambut hari-hari. Dan seminggu sekali harus pergi ke salon untuk basuh rambut. Sebab kat salon ni kita noleh minta perawatan rambut yang sesuai dengan rambut kita. Macam Princess ni rambut Princess  jenis gugur jadi kalau nak beli sendiri perawatan rambut Princess tak tahu. Dengn khidmat pakar rambut di salon diorang boleh suggest syampo apa yang boleh diguna.

Tapi kan, Princess hairan lah. Kenapa sesetengah mereka yang free hair rambut diorang macam keras dan rosak je?

Korang pernah tengok? Rambut diorang macam menggerutu lah senang cerita.

Maybe sebab diorang selalu warnakan rambut kot. Princess cakap ni bukan dituju pada sesiapa tapi untuk kesedaran diri sendiri. Bukan saja mewarnakan rambut itu haram tapi ada kesan lain pula.

Ha... Peringatan lah untuk diri sendiri. Korang pula, apa aktiviti korang denganbut korang. Mesti rambut korang lagi cantikkan. Alhamdulillah. Syukurlah dengan apa yang ada. InsyaAllah bila kita bersyukur Allah akan beri lebih banyak lagi ganjaran.


Okaylah all?.. Kita jumpa lain kali lah ya.

Assalamualaikum...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday 10 November 2012

PRINCESS MEMASAK UNTUK KESAYANGANNYA (8)

Assalamualaikum alls...


Hari tu Princess balik rumah nenek Princess kat Batu Pahat, Johor. Mungkin nenek Princess baca blog Princess kot. (Ha... Ambik kau nenek aku baca blog, hohoho.) Princess ada cakap yang tahun ni peti sejuk rumah Princess tak ada daging. Jadi hari tu masa balik rumah nenek, nenek Princess bagi daging qurban. Oh best sangat. Yeah, dapat daging. Thank you grandma.

Selambak kau nenek Princes bagi. Ha... Mau sebulan kau mengadap lauk daging.

Bila dah ada daging mula la otak ni fikir macam-macam nak masak apa. Semalam Princess ingat nak masak lemak daging salai. Tapi Princess's Beloved Husband text Princess. Katanya nak makan asam pedas. Ah sudah... Macam mana nak buat tak tau. Ni daging dah disalai dah. Tinggal nak masak lemak. Tapi nasiblah tak sempat nak letak bahan masak lemak.

Pastu, tetiba dapat idea gila. Berterbangan idea kat atas kepala ni.

Maka dengan idea yang tak berapa nak gila tu terjadilah ASAM PEDAS DAGING SALAI...

Ha... Mampu? Ahak... Bila Princess's Beloved Husband kata sedap dan kenapa macam ada rasa smoky je. Princess bagilah tau rahsianya... (Rahsialah sangatkan.) Kata sedap tu yang buat I sayang you lebih Yang.

Tak lah istimewa mana pun masakan ni. Korang masak lagi sedap dan lagi kreativ kot. Ohohoh.

Okaylah... Hari ni fikir lagi nak masak apa dengan daging yang selambak tu. Makanlah daging tu sampai obes. Uhuhu...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday 8 November 2012

TAK ADA ISTILAH HUJUNG MINGGU...

Assalamualaikum...

Ha... Kenapa Princess cakap macam tu? Haruslah sebab Princess's Beloved Husband kerja macam tu...

Kerja Princess's Beloved Husband ni tak mengira waktu. Kadang-kadang kerja petang. Kadang-kadang kerja malam. Kadang-kadang pula kerja pagi-pagi buta. Bila off day pula tak tentu masa. Kadang kala Isnin pun boleh off. So bagi Princess setiap kali Princess's Beloved Husband off time tu lah boleh keluar gi shopping atau jalan.

Kalau nak harap Princess keluar sendiri memang tak lah. Kering ar kau duk rumah tu. Macam boleh pula Princess's Beloved Husband bagi kan. So kalau nak keluar kemana pun kenalah tunggu Princess's Beloved Husband off day dulu. Ha... Time tu lah nak bermanja bagai untuk dapat kebenaran keluar untuk shopping. Mula ar buat muka manja nak shopping banyak-banyak. (macam laki banyak duit ar kan.)

Biasanya kalau keluar hari orang bekerja ni best. Sebab tak ramai sangat orang. Siap boleh baring kat lantai shopping complex tu ar. (Nampak nau menipunya.)

Time tu la masa paling happy nak shopping. Tak payah berebut bagai. Tenang je rasa. Tapi biasanya kalau shopping hari orang bekerja ni time shopping pun kena ikut time orang kerja ar. 8.00 a.m. sampai 5.00 p.m. je. Lebih waktu tu balik memang sesak ar. Dengan jalan jem, dengan orang singgah pasar malam beli lauk lagi so kena pandai kawal waktu la.

Ha... Korang biasa tak shopping time orang bekerja? Ke korang mengular pergi shopping tak masuk kerja.

Uhuhuhu.... Gurau je okey.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday 6 November 2012

REZEKI ITU MILIK ALLAH...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dengan segala kurnia yang telah Allah berikan pada kita.

Ada sesetengah orang menggangap rezeki itu hanya duit.
Kenapa? Pada mereka duit lebih penting dari segalanya.
Bukankah itu salah?

Pada kita yang berfikiran waras dan sentiasa mengingati Allah, rezeki itu tidak terletak pada duit semata. Tetapi rezeki itu Allah boleh beri dalam bermacam bentuk. Mungkin dalam bentuk makanan, zuriat, harta benda dan bermacam lagi. Bukankah itu yang seeloknya berfikir.

Ada juga walaupun dia tahu dirinya susah, tetapi masih tidak bersyukur dan berterima kasih kepada Allah. hanya tahu bila tiada duit mereka tiada rezeki. Mengapa? Cuba kita cari balik kesilapan kita yang telah kita buat kepada Allah. Mungkin kata syukur dengan nikmat itu kita lupa untuk ucapkan.

Ada sesetengahnya, Allah susah untuk beri dia rezeki. Senang kata rezeki susah masuk. Kenapa? Kena tanya pada diri sendiri.

Ada juga, sentiasa merungut tak cukup duit. Nak tahu tak, bila kita merungut Allah akan tarik sedikit demi sedikit rezeki yang telah dia beri. Sebab itu Princess selalu ingatkan diri sendiri dan juga Princess's Beloved Husband supaya jangan merungut jika duit tidak cukup atau apa. Tetapi kita tukar rungutan itu dengan bersyukur dengan apa yang ada. InsyaAllah rezeki itu tetap ada.

Tak kurang juga yang sering lupa bila ada banyak duit . Lupa akan kedua ibu bapa mereka dan orang susah. Apa salahnya sumbang sedikit kepada kedua orang tua dengan rezeki yang ada. Jangan terlalu berkira sangat dengan orang tua. Ingatlah mereka dulu yang susah payah menjaga kita dan membanting tulang mencari rezeki untuk memberi kita makan. Orang tua ni tak mintak banyak. Kita berilah walaupun sedikit tanda kita mengingati mereka. InsyaAllah jika kita berkongsi rezeki itu tak akan berkurang.

Satu lagi, Princess cukup pantang bila ada orang main campak-campak je makanan tu. Itu kan rezeki juga. Walaupun hanya makanan kucing. Itu rezeki. Allah dah beri kita rezeki itu kenapa harus dicampak-campak. Tak bersalah ke buat macam tu. Ya Allah....

Perlu fikir. Kenapa Allah susah nak beri kita rezeki. Kenapa Allah senang nak bagi dia rezeki. Perlu cari sendiri. Rezeki itu boleh dikongsi. Tak berkurang pun kalau sedekah. Tak akan habis pun beras seguni kalau bagi secupak. InsyaAllah dengan pemberian kita itu Allah akan beri ganjaran yang lebih besar.
Berkongsilah walau sedikit pun dengan ibu bapa kita. InsyaAllah tak akan habis duit dipoket kita. Kerana setiap kali kita memberi pada mereka pasti akan ada doa yang akan diberi kepada kita.
Anggaplah makanan itu rezeki yang paling mulia Allah beri pada kita walaupun makanan itu hanya nasi putih kosong dan berlaukkan ikan kering. Jangan merungut. Mungkin itu saja rezeki yang ada untuk hari ini dan bersangka baiklah mungkin Allah akan beri rezeki lebih baik esoknya.

Sebab tu, REZEKI ITU MILIK ALLAH.

Allah boleh tarik rezeki kita tu bila-bila masa saja. Sentiasa bersyukur dan tidak merungut kunci utama dalam  memiliki rezeki yang mulia dari Allah. InsyaAllah...

Nota gila si Princess : Peringatan sesama umat dan juga diri sendiri...


Monday 5 November 2012

TERENGGANU YANG BEST!!!

Assalamualaikum alls...

Ini bukan entry bergambar. Musim hujan oi...
Lain kali balik bolehlah bergambar sakan.

Alhamdulillah setelah 4 hari di Terengganu sekarang kembali semula ketempat asal, Melaka.
Aaargh!!! Tak puas rasa bercuti kat Terengganu.
Banyak lagi tempat tak pergi. Tapi tak pe. InsyaAllah bulan 12 ni balik lagi.

Balik kali ni musim hujan, jadi taklah banyak aktiviti yang boleh buat.
Cuma banyak duk rumah je. Pergi melawat sedara mara.
Apa yang best setiap kali balik. Haruslah masakan mak mertua tersayang. Ahaks..
Princess ni boleh dikatakan pemalas gak ar bab memasak ni. Tapi bab mengemas dan membasuh kat rumah mertua Princess lah yang paling rajin sekali. Princess suka basuh-membasuh ni you alls.

Setiap kali balik, haruslah bawa mak mertua Princess shopping barang dapur. Itu dah jadi macam kewajipan Princess setiap kali balik kampung. Bila bawa mak mertua Princess shopping suka tengok bila dia gembira. Biasanya mesti mak mertua Princess bunyi macam ni.

"Bagus Nurul ni. Tak kedekut. Murah rezeki."

Okay I bangga you all. Ahaks...

Bagi Princess itu perkara biasa. Memang biasa sangat. Bila dengan ibu sendiri pun memang Princess akan buat perkara yang sama.
Tak ada perbezaan.

Okay berbalik kepada cerita asal. Terengganu.
Balik kali ni pergi minum air buah gelas besar. Oh gila besar.
Tapi sorrylah tak ada gambar nak tunjuk korang. Tapi serius gila besar. Princess's Beloved Husband yang order gelas besar untuk dia. Lepas tu menyandar kekenyangan minum air. Penuh air dalam perut. Tapi disebabkan ianya air buah tak apa lah sebab ia menyihatkan walaupun minum banyak.

Kali ni pun tak sempat makan ikan celup tepung. Tapi walaupun terkilan tak dapat makan mak mertua Princess tolong buatkan. Beli ikan kat pasar dan goreng dengan tepung. Oh sedap ok. Ah sudah teringin lah pulak. (Mak nak ikan celup tepung lagi!!!)

Kat sana ikan segar-segar. Tu yang sedap nak masak apa saja. Ikan segar ni istimewa sikit. Rasanya manis. Dekat Melaka ni ada ikan segar tapi payah nak jumpa. Disebabkan susah nak jumpa ikan segar kami makan ayam je banyak. Tapi bila teringin nak makan ikan cari juga kat pasar.

Okaylah alls...
Korang mesti bosan kan baca entry tak bergambar ni...
Dah, tak nak cerita banyak. Nanti korang muntah baca banyak-banyak ni..
Huhuhuhu..

Tata alls...