Tuesday 29 January 2013

TERENGGANU AGAIN AND AGAIN

Asaalamualaikum all...

Princess masih ada di Terengganu.
Maaf sebab dah lama tak update blog...
Al maklumlah kalau balik Terengganu  tak sah kalau tak pergi jalan-jalan dan menghabiskan masa dengan MAKAN!! Motif...

Harus lah membesarkan badan yang dah sedia besar ni kan.
Nanti balik Melaka control pula makan...

Hey korang, korang apa cerita?

Rindu dengan blog korang dan catatan harian korang.
Blog-blog korang adalah perkara wajib yang harus di jenguk setiap hari.
Sebabnya blog koranglah sumber inspirasi... Eceh...

Okaylah korang. nanti update later okay.
InsyaAllah entry akan datang akan ada gambar-gambar yang menarik.
Semestinya fresh dari kamera kesayangan dan dari Terengganu!!!

Tata korang...

Tuesday 22 January 2013

PRINCESS AND BEAUTY (5)

Assalamualaikum all...


Nak cerita tentang beauty lagi walaupun tahu diri ini tidak se'gorgeous' mana pun. Tapi bila dah melaram haruslah fikir diri ini gorgeous dan feeling diva lebih. Ahaks...


Hari ni nak cerita one of my beauty product. Bukan untuk ditepek dimuka ya. Tapi hanyalah body wash yang biasa. Oh love this very much. Kenapa? Oh, sebab banyak benda yang buat Princess jatuh cinta dengannya.

Memang tak dinafikan yang Princess ada banyak body wash dalam satu masa. Yes, Princess is the boros one. Selalunya ada tiga jenis je. 'JE'. Nampak sangat lah kan. Ahaha... Kononnya ada banyak body wash ni boleh guna ikut mood. Ye la, kalau happy guna yang ni. Kalau malas guna yang tu, kalau nak rasa wangi guna yang lagi satu. Ha, macam tu lah... Tapi tak nak cerita yang lain tapi nak cerita body wash yang ni je.

LUX WHITE IMPRESS - For fair, smooth skin (mulberry extract, honey & microcrystals)

Kenapa suka? Sebab yang utama sebab dia bau wangi sangat. Macam pakai minyak wangi lepas mandi. Kulit jadi lembut, halus dan cerah. Lepas tu masa mandi bila tuang kat tapak tangan boleh tengok macam ada bebola emas kecik. Bila kita picit bebola emas tu rasa macam meletup dan benda tu pecah. Oh suka time tu. Tu yang mau lama duk berjam dalam bilik air. Eh... Ahahaha...

Princess's Beloved Husband pun suka dengan keharuman body wash tu. Tapi, no no no... Ingat dia boleh pakai ke? Dia punya sabun mandi lagi mahal okay. Sebab dia selalu terdedah cahaya matahari so perlu beli yang sesuai dengan kulit dia lah.

Tu yang tiap bulan kami banyak habiskan duit untuk beli sabun mandi je. Tapi tak la tetiap bulan beli sampai 3 jenis tu. Ko ingat boleh habis ke pakai sorang 3 jenis untuk sebulan. Tak de nya nak habis. Sebulan sejenis je beli, tapi beli yang botol besar. Boleh tahan 2 ke 3 bulan. Sampai Princess's Beloved Husband cakap "Kalau dah nama feeling puteri tu puteri jugak. Puteri raja pun tak pakai banyak macam tu." Ha, ko tahu maksud sindiran tu? Sentap okay... Uhuhuhu...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday 21 January 2013

THE LAST WEDDING OF THE 2012 YEAR...

Assalamualaikum all...

Seperti yang dijanjikan akhirnya ada juga masa nak buat entry pasal wedding sepupu Princess ni.
Haruslah ada entry khas untuk si pengantin.
For Princess's Beloved Cousin this entry dedicate to you dear....

29-12-2012 yang lepas. ( Dah nak dekat sebulan dah kejadian berlaku)
Sepupu Princess yang Princess panggil Kak Lin akhirnya kahwin juga selepas Princess.
Oh ya kami sebaya tau. Tapi Princess yang kaein dulu sebab Princess's Beloved Husband masuk meminang awal. Eh... Ahahah.
Kak Lin ni anak kedua kepada Pak Long Princess.
Pak Long Princess pula adalah abang kepada ibu Princess.
Tapi masa majlis tu ibu dan ayah Princess tak dapat hadir sebabnya mereka di Sabah.
Jadi Princess sebagai anak sulung kepada ibu dan ayah Princess maka Princess lah yang perlu ganti tempat ibu dan ayah Princess.
Sedih okay time tu.
Sebabnya selalu adik-beradik ibu Princess mesti berkumpul kalau ada event besar macam wedding ni.
Nenek Princess pula sehari sebelum wedding berlangsung asyik menangis je ingatkan ibu dan ayah Princess kat Sabah.
Okaylah tak nak sedih-sedih.
Jom layan gambar yang tak berapa nak banyak ni. Al maklumlah orang kuat majlis. Tak de masa nak snap gambar banyak-banyak.

Mula-mula sekali haruslah nak introduce the beautiful Pengantin...



The Pengantin...

You're beautiful dear...



The Sepupu...

The Pengantin (Kak Lin) dan Princess
Sorang kurus dan sorang kurang kurus @ tembam.



Hantaran dari pihak perempuan.



Hantaran dari pihak lelaki.



The Sepupu lagi.

Aimi dan The Pengantin (Kak Lin)



The akad nikah.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Bro welcome to our crazies family.



The Pengantinssss...
Selamat Pengantin Baru!!!

Korang sangat cantik dan kacak hari itu.



Cantik kek korang. Tapi ada cerita disebalik kek tu. 
Hanya kami sekeluarga saja yang tahu... Biarlah ia menjadi rahsia. Ups...
Ahaha... So funny that time... Semua terkejut.



Hey gorgeous!!!
Amin untuk setiap doa mu dear...



We are yang gorgeous juga time tu!!!
Suka gambar ni sangat-sangat...

The Pengantin, Aimi, Princess dan Ain.
We are the sepupu.
Oh ya Ain ni wife kepada sepupu Princess yang juga abang kepada The Pengantin.


Dan akhir sekali haruslah gambar kami husband and wife yang sibuk nak jadi pengantin kononnya.
Bila lagi nak ambil gambar berdua di tempat yang romantik.
Haruslah bergambar di pelamin.
Tapi sayang sebelum kami bergambar ada sesi bergambar pengantin dan kerusi telah dialihkan dari pelamin.
Tapi tak pe aura pelamin tu ada. Ahahaha...
Apa-apa je la. Janji dapat bergambar.



We are...
The lovely husband and wife.

Mr. & Mrs. Tengku


Alhamdulillah majlis tu berjalan dengan lancar dan meriah.

Kepada The Pengantin --- Selamat Pengantin Baru
Semoga rumahtangga yang dibina akan berkekalan hingga ke syurga.
Semoga korang cepat-cepat timang baby. InsyaAllah doa ini juga untuk tuan empunya blog...

Amin, amin Ya Rabbal a'lamin...

TERGENDALA LAGI...

Assalamualaikum alls...

Ya, tergendala lagi entry yang dijanjikan. Sebenarnya nak cerita tentang the very excited wedding sepupu Princess tu. Kenapa excited? Ahahaha... Haruslah excited sebab pengantin perempuan adalah sepupu Princess yang paling rapat. Rapat sangat. Sebab kami sebaya. Oh, miss you darling...

Okaylah. Nanti nak godek memory card kamera. Cari gambar wedding sepupu Princess tu.

Eh, kamera kat mana erk??? Lalala...

Will update later guys...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday 16 January 2013

UNTUK BULAN NI...

Ya... Untuk bulan Januari ni banyak benda yang kami suami isteri perlu lakukan. InsyaAllah kalau buat satu-satu secara teratur akan menjadi mudah dan berjalan dengan lancar.

Bulan ni agak slow sikit Princess berblogging sebabnya Princess ni pemalas. Ahaha... Tak lah. Sebabnya semua entry update guna tab. So agak terbatas sikit penggunaannya. Tapi best sebab boleh update kat mana-mana je.

Apa yang Princess nak kongsi dengan korang sebenarnya benda ni ada dalam wishlist kami untuk tahun ni..

Antara perkara yang kami perlu selesaikan untuk tahun ni dan bulan Januari ni juga adalah :

- Selesaikan urusan beli tiket filght untuk ke Sabah untuk bulan Mei ( Wajib buat bulan ni juga).

- Rancang balik Terengganu untuk bulan Januari. ( Balik bulan ni sebab Princess's Beloved Husband nak simpan cuti untuk pergi Sabah).

Buat masa ini, dua ni yang paling wajib perlu selesai untuk bulan Januari ni. InsyaAllah kami akan laksanakan dengan teratur.


Korang pula ada yang perlu dibuat sempena bulan ni?

Rancang lah dengan teliti supaya ianya berjalan dengan lancar.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday 15 January 2013

PRINCESS MEMASAK UNTUK KESAYANGANNYA (13)

Assalamualaikum alls...

Tadi buat pengat. Tak tahu nak bagi nama apa kat pengat ni. Sebabnya pengat yang simple ni Princess cipta sendiri.

Okay lah bagi nama sikit...


Pengat tepung pulut...


Eheheh... Boleh?

Tengah geledah dapur tadi ternampak tepung pulut. Pastu ada santan kotak. Pastu teringat pengat tepung yang ibu Princess selalu buat dulu. Oh, super sedap. Miss my ibu.....

Resepinya terlalu lah mudah...

Mula sekali, uli tepung pulut tu dengan air hingga menjadi doh dan dibulat-bulatkan kecil lalu direbus sehingga masak. Kalau tak nak buat bulat-bulat pun tak pe, korang cubit-cubit dan terus rebus. Buat gaya freestyle!! Ahaha...

Lepas masak atau dah timbul semua tepung tu masukkan gula melaka dan tambah sikit gula kalau nak rasa manis. Letak daun pandan. Letak santan dan kalau nak lagi best letak sagu sikit. Siap!!

Sedia dihidangkan...


Kalau rajin cuba kalau tak rajin tengok je...

Ahahah...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday 13 January 2013

PRINCESS MEMASAK UNTUK KESAYANGANNYA (12)


Assalamualaikum alls...

Hari ni ulang lagi percubaan buat PUTERI MANDI...

Kali ni alhamdulillah menjadi dan Princess's Beloved Husband suka sangat... Tapi kali ni buat 2 warna. Warna hijau dengan warna pink... Gigih kau membuatnya.

Ahahah... Pink the Princess colour... Dasar warna pujaan katanya.

Tapi cik abang tu makan warna hijau je dan warna pink tu dia tinggal untuk bini dia ni.. Kononnya nak bagi I ni nampak pink la kot...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday 10 January 2013

PRINCESS AND BEAUTY (4)

Assalamualaikum all...

Lamanaya tak cerita tentang beauty-beauty ni. Rindu tak?

Huhu... Okay perasan sebab kononnya ada orang lah yang rindu kat dia.

Okay tak nak cerita panjang. Sekarang ni Princess nak cerita tentang masker lagi.

Sekarang ni duk suka lah sangat dengan masker dari SASATINNIE from SASA... Apa yang best? Oh haruslah best sebab murah kau.. Ahaha.. - Barang murah yang menguntungkan. Eceh...

Okay sebenarnya dah lama guna. Asal masuk SASA je harus grab masker dia dulu pastu baru tengok barang kecantikan lain. Princess biasa beli 4 jenis ni. Ada warna pek yang lain-lain dan ingredients pun lain-lain.

4 jenis maker ni termasuklah ingredients:

- Platinum White Truffle (pek warna kelabu)

- Rose Hip Oil (pink)

- Aloe & Olive (hijau)

- Pomegranate & Collagen (oren)


Semuanya Princess suka.. Tapi yang suka dan seribu kali suka adalah yang ::::

Pek warna kelabu - Platinum White Truffle (Brightening Silky Mask) sesuai untuk kulit yang tona tak sekata. Ia juga boleh mencerahkan kulit wajah.

Pek warna pink - Rose Hip Oil (Tightening & Rejuvenating Silky Mask) sesuai untuk kulit yang pori terbuka. Lepas pakai rasa lembut dan pori pun mengecil. SUKA!!!!

Yang lain pun okay gak tapi kalau nak guna perlu lah tahu kesesuaian kulit wajah kita. Macam Princess dah banyak produk masker Princess guna (jangan tiru macam Princess) sebab Princess nak tahu apa yang berkesan untuk kulit wajah Princess. Alhamdulillah walaupun banyak yang Princess dah guna tapi tetap semuanya okay. Walaupun okay tapi kena berjaga-jaga juga. Patutnya biar kulit tu serasi dengan satu produk saja dulu. Barulah boleh dapat kulit wajah yang bagus.

Penjagaan wajah tu penting bagi setiap wanita sebabnya bukan untuk orang lain tapi untuk pasangan kita yang bernama suami saja. Dan dengan wajah yang bersih ia melambangkan penampilan kita tau...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday 6 January 2013

MIMPI --- KENYATAAN

Semenjak dua menjak tiga menjak ni...

Selalu je kami suami isteri mimpi benda yang sama tapi jalan cerita lain-lain...

Ha... Boleh??

Nak tahu kami mimpi tentang apa?


Kami berdua mimpi tentang ANAK!!!

Oh, syahdunya mimpi tu. Tapi mimpi lain-lain lah. Cerita pun lain-lain. Tapikan... Kenapa kami mimpi macam tu eak?

Ada maksud ke? Ke.... Hmmm...


Dengan izin Allah mungkin mimpi tu ada kena mengena dengan azam kami tahun ni... Huhuhuhu... InsyaAllah...

Semoga mimpi-mimpi itu menjadi kenyataan...

Ya Allah, Kau perkenankanlah segala hajat dan doa kami ya Allah. Sesungguhnya kepadaMu kami meminta dan kepadaMu juga kami bertawakal. Amin amin ya Rabbala'lamin...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday 2 January 2013

2013 --- SEMOGA KAMU LEBIH MANIS DAN MESRA DENGAN DIRI INI.

Yeay!!! 2013 yo...

Wah... Macam-macam azam ada untuk tahun ni ya.

Haruslah ada azamkan. Kalau tak ada azam raa kosong je hidup ni.

Biarlah azam tu hanyalah sebuah azam tanpa dapat mengecapinya. Tapi walaupun azam itu susah untuk dicapai mungkin dengan sedikit usaha yang bersungguh-sungguh ia mungkin terlaksana.

Princess pulak?

Azam tahun ni...

Dengan izin Allah

Ingin lebih berusaha untuk mengandung.

Ingin berusaha untuk menjadi seorang isteri yang baik, solehah dan disayangi suami.

Ingin menambah amalan sebanyak mungkin dan diberi ketetapan iman dan hati yang terang dalam menjalani ibadah.

Amin Ya Rabbal'alamin...


Sebenarnya banyak azam yang telah diazamkan tahun ni. Tapi cukuplah sekadar yang sederhana saja menjadi azam utama yang lain insyaAllah jika yang utama selesai yang lain akan diselesaikan juga...

Kita sebagai manusia boleh merancang tapi yang maha merancang adalah Allah...


Published with Blogger-droid v2.0.4