Friday 22 February 2013

INI PENGALAMAN...

Assalamualaikum all...


Seriously, sekarang ni rasa macam sakit hati pula bila dengar ada orang cakap "Ala tak nak lah anak awal-awal. Kan baru je kawin. Enjoy lah dulu."

Uih... Ko ingat nak dapat anak tu senang ke? Ingat yer sekali kau tolak berganda-ganda Allah tak nak bagi kat kau tau.

Bukan apa, Princess nak ingat kan je sebab perkara macam ni memang pernah terjadi pada Princess sendiri. Dan sekarang rasa menyesal tak sudah.

Korang bayangkanlah, dulu masa Princess nikah umur Princess belum pun 21 tahun okay. Tapi Princess tetap redha sebab jodoh dari Allah itu awal. Tapi sebelum Princess kawin, Princess ada cakap kat Princess's Beloved Husband. Kalau boleh dalam masa 6 bulan kawin tak nak ada anak dulu sebab kononnya masa tu nak sesuaikan diri dengan alam perkahwinan kononnya. (Terukkan aku...) Tapi dalam pada tu Princess tak kisah pun kalau dapat rezeki zuriat cepat. Lagi lah suka kan. Ha... Dalam pada tolak tak nak anak dalam masa 6 bulan tu Allah bagi 2 setengah tahun kat aku tak ada anak. Rasakan...

Seriously sampai sekarang Princess masih lagi merasa menyesal yang amat dan jika masa boleh diputarkan Princess tak akan sebut perkara tu. Sepatutnya Princess perlu redha dan terima setiap aturanNya. Tapi ini lah dinamakan orang yang sombong...


Korang-korang pula jangan lah korang ulangi kesilapan yang pernah Princess buat ni sebab bila korang ada ditempat Princess ni korang akan rasa menyesal tak sudah. Jangan lah sesekali cakap perkara macam Princess ni. Sebab Allah maha mengetahui. Dia tahu apa yang baik dan buruk untuk hambaNya ni.

InsyaAllah semoga dosa keterlanjuran kata Princess ini diampuni dan diberikan nikmat yang lebih baik. InsyaAllah, amin amin ya rabbal'alamin...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday 21 February 2013

PRINCESS MEMASAK UNTUK KESAYANGANNYA (15)

Assalamualaikum all...


Spagetti day for my lovely husband!!!

Ahahah...

Hari ni Princess's Beloved Husband minta masakkan spagetti...

Semalam nasib baik masa beli barang dapur ada beli stok  spegetti. Biasalah laki I suka minta makanan yang diluar jangkaan ikut selera tekak dia. Nasib baik jugalah bini dia ni makan apa je yang laki dia makan. So ikutkan je la kehendak dia.

Nak buat spagetti ni tak lah susah mana. Kalau tak de sos sapgetti pun tak pe. Janji ada tomato puree atau tomato fresh. Kalau tak de pun ikut suka koranglah nak pakai apa. Ahahaha...


Okaylah all... Kalau korang nak resepi request je kat Princess. InsyaAllah akan ditunaikan. Uhuhuhu...


Tata alls...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday 16 February 2013

WAYANG LAH PULAK : HANTU KAK LIMAH 2:HUSIN,MON DAN JIN PAKAI TONCIT

Sumber Mr. Google


Assalamualaikum all...


Nak bercerita lagi tentang wayanglah kononnya.

Sorry ya korang kalau ulasan cerita dari Princess ni tak berapa nak menarik. Sebab ini hanya pendapat Princess saja. Lain orang lain pendapat.

Kali ni filem HANTU KAK LIMAH 2 : HUSIN, MON DAN JIN PAKAI TONCIT


Uiks, panjang tajuk filem. Huhu... Princess tonton filem ni 2 hari lepas, bila mana Princess's Beloved Husband yang beria nak ajak tengok. Biasanya kami tonton wayang sebulan sekali je. Tu pun kalau ada cerita best tapi kali ni disebabkan banyak lah pulak cerita best keluar untuk awal tahun ni jadi menggila la pergi tengok wayang.

Jalan cerita filem ni pada awalnya sungguh cantik. Awal penceritaan agak kelakar dengan kemunculan Husin (Awie) di Kampung Pisang. Persinggahan di warung Pak Jabit dan bertemu dengan orang kampung. Sesampainya dirumah Husin ditegur pula oleh Kak Limah. Dialog Kak Limah menegur Husin sama seperti ketika Husin menegur Kak Limah dalam filem Hantu Kak Limah. Oh, itu kelakar. Huhu...

Pada pertengahan cerita pula agak mem'boring'kan (maaf kerana terlalu jujur disini). Sebab tiada lagi adegan gelak ketawa. Tetapi menjurus pula kepada adegan serius. Itu pun bila Husin dikatakan diculik oleh orang bunian.

Filem ni nak dikatakan kelakar pun tak juga sebab ada beberapa adegan boleh dikatakan agak seram sedikit tapi tak keterlaluan. Dalam tajuk filem ada dinyatakan jin pakai toncit. Tapi dalam filem tersebut tak dimisahkan pula makhluk bernama jin pakai toncit itu. Dari situ kita jadi tertanya-tanya dari awal hingga akhir apakah yang dimaksudkan dan bentuk makhluk jin pakai toncit itu? Itu hanya pendapat Princess. Tapi filem ini adalah untuk tontonan umum.

Bukan semua adegan tak best tapi bila ada adegan kelakar pastu kita gelak tukar pula ke adegan serius. So rasa macam gelak sekejap-sekejap. Tak puas gelak rasanya.

Cerita ni juga menunjukkan betapa eratnya hubungan sesama penduduk kampung itu. Disitu kita rasa semangat kejiranan yang tinggi dikalangan penduduk kampung walaupun adakalanya ada yang merungut dan tidak sependapat, tapi jika ada masalah sama-sama diselesaikan. Semangat itulah harus dipupuk bersama.

Pada Princess kalau tak tengok kat pawagam pun tak apa kot filem ni. Sebab bila orang macam Princess ni dah set kat minda bahawa filem ni dari mula hingga akhir cerita akan penuh dengan gelak ketawa yang mencuit hati tetapi sebaliknya pula.

Mungkin pada korang cerita ni best. Itu pendapat masing-masing.

Kalau korang ada pendapat lain tentang filem ni boleh lah kongsi.

Tak semua orang ada pendapat yang sama...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday 14 February 2013

WAYANG LAH PULAK : WAWA SEMPUT


Sumber dari Mr. Google

Kali ni bergedik lah pulak nak cerita tentang cerita wayang ni. Nak dikatakan Princess ni kaki wayang pun tak juga sebab Princess ni jenis memilih cerita untuk ditonton. So dengan ilmu yang tak berapa nak ada ni Princess tergerak lah hati nak buat sedikit ulasan tentang cerita-cerita yang dah Princess tengok.

Cerita kali ini, WAWA SEMPUT.

Sebenarnya Princess tengok cerita ni 2 minggu lepas tak silap.

Pada Princess jalan ceritanya sungguh menarik. Dari awal sampai akhir cerita tak habis-habis ketawa. Apa yang menarik adalah cara Bobby (Along Champ) dan Ismat (Angah Raja Lawak) ingin menarik perhatian Wawa (Yana Samsudin).

Mereka berdua sanggup buat apa saja untuk memenangi hati Wawa. Wawa pula dalam pada benci tu masih lagi sayang pada Bobby dan menjadikan Ismat sebagai salah satu cara untuk membuatkan Bobby cemburu.

Ada satu babak tu diorang jadi hantulah. Ada juga adegan kejar-mengejar dengan motor lalu terbabas masuk dalam sawah.

Pendek kata cerita Wawa Semput ni dari awal hinggalah akhir cerita penuh dengan gelak. Rugi tak tengoklah...

Tagline cerita ni : Pandai-pandailah lu hidup sendiri!

Okaylah korang. Kalau korang terlepas cerita ni kat pawagam apa kata korang langgan je cerita ni kat astro first atau korang tunggu je cerita dia keluar DVD. Tapi pastikan beli yang original ya.

Tata korang...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday 8 February 2013

WALAUPUN CUMA ANAK SAUDARA...

Assalamualaikum all...

Kali ni cerita tentang anak-anak saudara Princess.

Ya, walaupun mereka semua hanyalah anak-anak saudara kepada Princess dan Princess's Beloved husband.  Kami tak pernah anggap mereka hanya anak saudara. Tapi sebagai anak.
Diorang ni terlalu baik, pandai, bijak dan ceria. Mommy suka.
Owh ya, Princess bahasakan diri Princess sebagai 'Mommy' pada mereka.

Diorang anak kepada Princess's Beloved Husband. 

Mereka sajalah pengubat luka dihati. InsyaAllah.
Walaupun kami duduk berjauhan tapi diorang ni tak lupa telefon mommy diorang ni.
Diorang ni teramatlah manja dengan Mommy diorang ni. Nak berkepit je.
Tapi tak pe. Itu buat Mommy senang...



Mai dan kakak



Mai, Mommy dan kakak



Ni anak kesayangan mommy.
Hanan atau Nana...
Nana manja dengan mommy dia ni.



Nana yang comel.



Irdina Maisara (Mai), Mommy, Damia Hanan (Nana) dan Nur Najwa Husna (Kakak)

LOVE all of them very much...


Thursday 7 February 2013

TERENGGANU THE BEST HOMETOWN EVER!!!

Assalamualaikum all...

Lama nak update cerita tentang keterujaan Princess ketika balik ke Terengganu.
Secara jujurnya Princess teramatlah tertarik hati dengan keindahan dan keaslian negeri Terengganu.
Alhamdulillah Allah telah pertemukan Princess dengan orang Terengganu - Princess's Beloved Husband.

Menariknya Terengganu ni adalah makanannya, orangnya, pantainya dan semualah tentang Terengganu yang boleh buat hati ni terpikat.
Alhamdulillah juga Princess dapat sebuah keluarga mertua yang sangat-sangat baik hati dan penyayang.

Oh ya, bukan Princess nak kata Terengganu je best. Semua negeri pun best juga.
Negeri kelahiran Princess Johor pun best juga.
Cuma Terengganu ni ada keistimewaannya yang tersendiri yang tak terdapat kat negeri lain.
Lain tempat lain cara dan budaya.

Boleh dikatakan Terengganu is my hometown rite now!!!

Okay tak nak cerita panjang, jom tengok apa yang membuatkan Terengganu tu istimewa di mata Princess.


Hari pertama ada di Terengganu haruslah ajak Princess's Beloved Husband minum air buah gelas besar.
Biasanya kalau balik dan nak minum air buah ni minum waktu petang.
Lepas balik dari jalan-jalan kat pantai pastu singgah kat kedai air buah ni.

Tak payah la nak percaya minum air je.
Harus lah ada makanan sebagai tambahan kepada menu kami. Ahahahah...
Yang harus dimakan - Laksam dan keropok lekor.



Okay jangan percaya dengan gambar ni ya. Princess minum gelas sederhana je.
Gelas yang besar tu Princess's Beloved Husband punya okay.
Princess minum jambu batu. Princess's Beloved Husband minum mangga.



Princess dan Ku. 
(Panggilan untuk ayah Princess's Beloved Husband adalah Ku.)

Haruslah bawa mak dan ku makan-makan dan minum-minum.



Tempat yang wajib dikunjungi setiap kali balik Terengganu.



Pasar Besar Kedai Payang!!!
Owh, love this place very much.

Apa yang best.....


MAKANANNYA!!!


 Dasar la kan...
Si pencari makanan. Tu lah sebab meter makan makin naik dan berat haruslah naik sekali.


Owh, balik kali ni sempat lah juga Princess dan Princess's Beloved husband jalan-jalan kat Taman Tamadun Islam. tapi kali ni malas pula nak buat review tentang Taman Tamadun Islam. Boleh...
Huhuhuhu...
Okay tak pe kalau jari jemari ni nak bekerjasama, korang dapatlah tahu tentang tempat ni.




Dihadapan pintu masuk Taman Tamadun Islam.




Taman Monumen lah pulak.








Ni jurugambar kami. (Adik Princess's Beloved Husband)









Kami berdua...

Seriously semua monumen-monumen yang ada nampak real sangat.
Cuma dibuna dalam bentuk miniature.
Owh Princess love miniature...
Masa kami pergi tu tak ramai orang sebab hari orang bekerja.
Cuaca pun teramatlah panas. Terpaksa berpayung bagai.
Sunburn kami laki bini. Ahahaha....


Tak jauh dari taman Monumen kami ke Masjid Kristal pula.
Berhenti sekejap untuk solat Zohor.
Owh, masjid yang cantik sangat-sangat.



Were the love begin...
Eceh...



Masjid Kristal




Memang sesuatu yang menyeronokkan dan mengujakan kalau dapat bercuti di Terengganu.
Banyak yang dapat dipelajari dan dihayati.

Terengganu will come again and again and again...

Eh, tahun 2013 ni tahun melawat Terengganu kan.
Apa lagi meh pakat mari Ganu...

Ahahahaha...

Tata all!!!


Wednesday 6 February 2013

APA SALAH ORANG MACAM AKU???

Ya, sejak aku kawin dan masih belum diberi rezeki seorang anak korang pandang rendah dengan aku.

Sebabnya korang kawin kendian tapi korang yang dapat anak dulu. Tu je sebabnya?

Aku bersabar dengan ujian yang Allah turunkan kat aku. Tapi dalam pada aku bersabar korang kutuk aku, korang pulau aku. Macam tu ke namanya manusia?

Bukan ke seorang manusia yang baik akan memberi semangat kepada mereka yang dalam kesusahan.

Weh, aku tak kemaruk sangat lah dengan kata-kata semangat dari kau.

Tapi sekurang-kurangnya jangan lah buat aku ni macam tak berguna!

Ya, aku marah sekarang ni. Tapi bila aku fikir balik buat apa aku nak marah dengan orang macam korang ni.

Memang ujian macam ni Allah tak bagi pada korang, tapi pernah tak korang terfikir kenapa benda ni berlaku pada mereka yang terdekat dengan korang.

Sebab Allah nak bagi korang nampak betapa besarnya ujian Allah tu dan bagi korang bersyukur dan bukannya perkecilkan orang lain.

Tak pe lah, mungkin ini bahagian kau. InsyAllah satu hari nanti Allah akan tunjukkan sebenar-benarnya bahagian aku...

Semoga Allah buka besar-besar mata korang yang buta tu...


(Maaf sebab Princess guna perkataan 'aku'. Hanya sebuah ekspresi untuk meluahkan rasa.)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday 5 February 2013

APA PULA AZAM UNTUK BULAN 2 NI???

Ahahah..

Kalau bulan lepas sibuk nak buat azam untuk bulan tu. Alhamdulillah kedua-dua azam dah terlaksana. Azam pertama nak beli tiket flight ke Sabah. InsyaAllah kami akan pergi bulan 5 ni. Kami kesana selama 10 hari je. Urusan tiket, ayah Princess yang uruskan. Kami bank in duit je kat ayah Princess. Azam kedua pula nak balik Terengganu. Alhamdulillah tercapai juga azam tu. Ouh... Entry di Terengganu tertangguh lagi... Hehehehe.

Sekarang ni dah masuk bulan 2, apa pula azamnya?

Hmm... Nak tahu ke? Memang ada merancang tapi tak tahu jadi atau tak. InsyaAllah perkara tu akan jadi sebab ianya termasuk dalam list azam utama kami. Tapi tu nanti Princess buat entry lain ya.

Korang pula dah plan ke aktiviti yang korang akan lakukan sepanjang tahun ni?


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday 4 February 2013

TAK ADA IDEA...

Tahu tak apa maksud tak ada idea?

Maksudnya...


Kepala kat bawah kaki kat atas.

Merujuk kepada pemahaman kita yang tak berapa nak betul ni. Tak ada idea sama juga dengan ketandusan dalam kemalasan pemikiran. Hal in terjadi kerana kemalasan di tahap maksima telah membantutkan pemikiran untuk menulis entry baru.


Hasilnya kita akan terasa nak tidur sepanjang hari... Aaaargh!!!!


Faham apa yang kita sampaikan? Tak faham?

Okay buat kerja sendiri...

Lalalala...


Tata ...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday 3 February 2013

PRINCESS MEMASAK UNTUK KESAYANGANNYA (14)

Assalamualaikum all...


Ini kisah semalam punya cerita. Hari ni sungguh malas nak masak. Jalan senang ajak Princess's Beloved Husband makan kat kedai nasi ayam depan taman perumahan Princess ni.

Hahaha... Dasar...


Okay, okay tak nak cerita hal tu...

Semenjak balik dari Terengganu ni ambe doh pandai masok care orang ganu. Hahaha... Doh pandai cakap orang ganu doh. 2 tahung ambe blajo dengang tok laki.

Masa kat Terengganu Princess belajar masak makanan kegemaran Princess's Beloved Husband dari mak dia. Haruslah mak mertua Princess tu nak ajar. Owh, my mak mertua ni tak kedekut ilmu orangnya. Dia akan ajar selagi boleh. Itu yang buat Princess sayang sangat kat mak.

Mak mertua Princess ajar banyak menu tapi hari ni Princes nak tunjuk satu menu je lah. Menu yang SENANG, CEPAT dan SEDAP. Rasa rugi pulak tak belajar dari awal kawin dulu. Ehehe...


Masakannya simple se'simple' bahan dan rasanya mesti meletup kau...


MASAK LEMAK SAYUR KOBIS...


Mesti korang kata senang je kan masak lemak sayur kobis ni?

Ya, memang senang tapi ada bahan rahsia yang membuatkan masak lemak ni bertambah sedap. Tahu ikan selayang? Atau orang sini panggil ikan sardin. Ha... Isi ikan sardin tu bahan utamanya. Okaylah-okaylah kita tunjuk resepi sikit ya...


Bahan-bahan :

1 cawan santan pekat atau sebiji kelapa

2 cawan air atau boleh kurangkan kalau nak pekat

2 ekor ikan selayang/ikan sardin

Setengah ulas bawang merah

1 tangkai cili merah

Sayur kobis secukupnya (ikut korang nak letak berapa banyak. Lagi banyak lagi bagus. Princess tak pandai nak agak berapa banyak nak guna)

Garam secukup rasa


Cara-cara :

- Masukkan ikan, santan, air, bawang dan cili dalam periuk. Panaskan hingga ikan hampir masak.

- Agak-agak ikan dah masak, keluarkan ikan dan tutup api. Masukkan garam dan kobis. Asingkan isi ikan dari tulangnya. Hancurkan isi ikan dan letak dalam periuk tadi.

- Buka api dan kacau hingga sayur masak.

Dah siap...


Princess's Beloved Husband kata sedap sangat. First trial adalah berjaya... Yeargh!!!

Selamat mencuba korang...


Published with Blogger-droid v2.0.4