Saturday 30 March 2013

BICARA SANG HATI - ITU KEMAMPUAN MASING-MASING...

Kadang-kadang apa yang kita rasa tak sama dengan apa yang orang rasa.

Kadang-kadang apa yang kita dapat tak sama dengan apa yang orang dapat.

Kadang-kadang apa yang kita terima tak sama dengan apa yang orang terima.

Kadang-kadang apa yang kita nak tak sama dengan apa yang orang nak.


Kadang-kadang perkara macam ni memang akan menambahkan iri hati dan cemburu sesama sendiri.

Kadang-kadang perkara seperti inilah yang akan membuatkan sesetengah orang rasa ketidakadilan tu.


Sebenarnya dunia tak kejam. Allah juga tidak kejam.

Sebabnya apa yang berlaku adalah kehendakNya sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Allah dah rancang dengan elok. Setiap manusia memang berbeza.

Ada yang sempurna, ada yang kurang sempurna.

Ada yang kaya, ada pula yang miskin.

Ada yang sihat, ada yang sakit memanjang.

Ya sebab Allah sayangkan hamba-hambaNya lah Dia buat macam ni.


Sama seperti yang aku rasa.

Bila orang mengandung aku rasa iri hati sangat. Rasa cemburu yang membuak-buak.

Bila orang ada anak aku rasa 'down' sangat. Rasa bersalah sangat pada diri sendiri, suami dan keluarga.


Ada tu sampai tak nak bagi tahu aku langsung yang dia mengandung. Kononnya nak sorokkan dari pengetahuan aku sebab takut aku sedih.

Eeergh!!!

Tahu tak kau buat macam tu lagi aku sedih tau.

Sedih sebab orang cuba nak sembunyikan sesuatu perkara yang gembira dari pengetahuan aku.

Sedih sebab aku rasa orang nak pinggirkan aku hanya kerana aku ni dah nak masuk 3 tahun kawin tapi masih belum mengandung dan ada anak.


Boleh tak kau bayangkan kalau aku kat tempat kau dan kau kat tempat aku.

Bukan aku nak cakap besar.

Mungkin kau tak setabah aku untuk harungi benda ni.

Serius... Tak ramai orang yang diuji Allah sebegini rupa.

Tapi kadang-kadang orang yang tak diuji ni lupa dengan apa yang mereka dapat. Pada kau itu nasib masing-masing.

Ya itu semua nasib masing-masing tapi sekurang-kurangnya jadilah manusia yang peka. Peka terhadap apa yang berlaku disekeliling. Orang disekeliling kau.

Pada kau salah kalau orang tak mengandung. Salah kalau orang tak ada anak. Semuanya salah.

Cubalah berdiri di kaki aku ni. Rasakan betapa beratnya ujian yang Allah beri ni.

Aku pasti kau tak akan sanggup untuk menahannya walau untuk setahun.


InsyaAllah dengan berkat kesabaran dan semangat yang aku pegang selama ni akan membuaka mata semua orang.

Aku tak mintak banyak. Tapi...

Tolong jangan pinggirkan orang macam kami. Kami tak bersalah. Tapi kami hanya menjalani sebuah dugaan kecil dari Allah.

Tolong jangan berkata apa-apa tentang kami. Tapi berikanlah kami sedikit semangat untuk menempuhi ujian Allah ini.

Tolong jangan hanya menunding jari pada kami. Tapi cubalah duduk ditempat kami.


Itulah yang selama ini kami rasa. Walaupun ujian itu pahit insyaAllah sabar itu akan membuatkan ia menjadi manis...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday 27 March 2013

MASUK HOSPITAL DAH...

Assalamualaikum all...

Bukan Princess yang masuk hospital tapi adik lelaki Princess yang masuk hospital.

Semalam dia demam, muntah dan cirit -birit. Hari ni kononnya dia nak ambil MC sebab tak pergi ke kelas. So masa pergi ke Klinik Kesihatan doktor amik sample darah dia dan terus masukkan air. Dah petang dalam pukul 5, doktor suspek dia demam denggi. Lepas tu klinik terus bawa gi hospital besar. Tapi baru suspek je. Tapi minta-minta lah tak ada apa-apa. Risau juga. Lagi pun risau kat ibu Princess yang dok menangis kat Sabah sana sebab mengenangkan anaknya masuk hospital.

Princess cakap insyaAllah selagi Princess ada dia akan terjaga. InsyaAllah.

Esok nak pergi lagi hospital. Kesian kat Princess's Beloved Husband sebab tak cukup tidur. Tak pe lah berkorban sikit katanya...

Semoga adik Princess cepat sembuh...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday 22 March 2013

NASI ARAB JASIN

Assalamualaikum all...

Sejak akhir-akhir ni Princess's Beloved Husband asyik sibuk je ajak Princess gi makan Nasi Arab.
Entah apa yang sedap pun tak tahu.
Serius Princess tak terfikir pun nak ajak Princess's Beloved Husband pergi makan Nasi Arab.
Walaupun tahu yang kat Melaka ni berlambak kedai Nasi Arab.
Okay fine sebenarnya tak terliur pun kalau orang sebut pasal Nasi Arab ni... Ha.. Boleh?

Dan semalam akhirnya berjaya juga Princess's Beloved Husband ajak Princess gi makan Nasi Arab yang baru buka kat area Jasin.
Haruslah ikut cakap suami kan...



Soooooooo..... Ke Pisang Kafe lah kami...


Secara seriusnya Princess tak tahu nak makan apa.
Nasib baik ada menu kan. (Nampak tak kolot disitu)
Menu dia tak lah banyak mana sebab kedai baru kan.



Antara Nasi Arab yang ada.
Memang Nasi Arab ni je yang ada ea???



Haa... Tengok...

Tak lah banyak mana. Cukuplah untuk sorang makan.
Sebab biasanya Princess dengar orang kata Nasi Arab ni banyak.
Mungkin lain kedai lain kuantitinya kot.



Princess makan Nasi Mandy Kambing.
Princess's Beloved Husband pula Nasi Mandy dan Kari Ayam Masala.

First expression...
Bolehlah... Kambing tu mungkin macam tu kot rasa di..
Dan nasi tu rasa tawar sikit. (Ha... Jujur tak I...)
Kari Ayam Masala tu sedap. Itu je lah yang boleh diungkapkan.

Ingatkan nak order Kebab tapi terasa malu lah pulak nak order banyak-banyak kan. 
Kononnya malu, pada hal dalam hati melonjak-lonjak nak tambah makan. Ahahah...

Tapi insyaAllah lain kali boleh lah cuba Kebab dan Roti Arab diorang.

Oh ya, ada beberapa orang pekerja kat sini memang didatangkan khas dari Arab kot.
Sebab dapurnya boleh nampak dari luar.
Kedai pun bersih je. Selesa lagi. 
Tapi kalau time hujan tempat duduk adalah limited.
Sebab kebanyakkan meja ditempat tak ada bumbung.

Okaylah... Sekarang orang-orang Jasin tak payah nak ke bandar Melaka lagi untuk makan Nasi Arab.
Kat Jasin pun ada dah.

Okay korang...
Jumpa lain kali okay.
Tata korang...


Sunday 17 March 2013

BERMALASAN DENGAN BERSUSHI...

Assalamualaikum ladies...

Ber'ladies'bagai lah pulak. Okay...

Jumaat lepas adalah our malas day. Ergh!!! Sungguh malas...

Nak masak nasi pun terasa malasnya.

Sooooooo... Princess's Beloved Husband ajak makan sushi lah pulak.

Oh my... My husband ajak makan sushi you...

Ahaha... Terharu I.

Makan dimana? Makan di Sushi King je.

Itulah tempat favourite kami yang best setakat ni. 

Disebabkan terlalu lapar masa makan tu, jadi tak banyak gambar yang Princess snap. Sushi-sushi yang bergerak mengelilingi meja lebih menggoda dari snap gambar.


Ha... Nampak tak gambar kicap dengan wasabi tu? Princess kalau makan sushi harus sangat-sangat ada wasabi. Pastu masa makan mulalah menitik air mata jatuh. Itu lah kenikmatan sebenar. Ahaks...

Sushi ni dah lama jadi favourite food dan makanan 'sawan'an Princess. Tapi sejak-sejak kawin dengan Princess's Beloved Husband, dah berjangkit pula sawan sushi ni dekat dia.

Setiap bulan sekali atau 2 kali mesti pergi makan Sushi King. Dah jadi satu kemestian pulak untuk makan setiap bulan...

Sebenarnya ada banyak lagi makanan favourite Princess tapi yang satu ni yang selalu teringat-ingat kalau dah lama tak makan. Ha... Boleh?

Korang pulak ada makanan favourite ke?


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday 13 March 2013

BILA ADA ORANG KATA AKU KERA SUMBANG???

Ehem... Ya disini Princess sendiri nak buat pengakuan yang Princess ni kera sumbang. Ahahaha... Cara tak?

Okay fine, kenapa lah nak sibuk sangat pasal hal orang. Serius Princess rasa rimas weh. Sebab tu lah malas nak bercampur dengan orang.

Eh, tapi bukan tak bercampur langsung tau. Princess kenal jer kot mak cik, pak cik kat taman ni. Kalau ye pun Princess ni kera sumbang lah sangat haruslah aku ni tak kenal sapa-sapa kan.

Masalah nya sekarang ni yang kau nak kata aku ni kera sumbang kenapa?

Ada aku kacau hidup kau?

Oh sebab aku dah tak pergi senam robik yang kau anjurkan tu?

Ohoi hoi... Nak tahu kenapa aku tak pergi dah senam robik tu? Aurat mak cik, aurat... Faham.

Laki saya yang tak bagi join dah group senam robik tu.

Sebabnya senam robik tu dibuat kat tempat terbuka dan lagi satu. Lelaki boleh nampak je kita ni terkinja-kinja macam kera tau. Kan aurat tu... Tak tau ke bila kita terlompat sana terlompat sini habis semua bergegau. (Ha... Kan dah keluar bahasa Melaka aku.)

Lagi satu sebabnya aku tak nak campur dengan geng kau lah kan mak cik sebab mulut kau tu macam hareeeeeem...

Ha, suka jaja cite orang, suka jaga tepi kain orang tapi kain kau yang rabak tu kau tak nampak. Ni lah yang dikatakan "gajah depan mata kau tak nampak, tapi kuman seberang laut yang kau nampak."

Pergh... Sakit pulak hati kita ni!!!

Dah, dah... Lagi banyak Princess tulis lagi banyak ayat yang tak sepatutnya keluar kan? Ahahaha...

Okay fine...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday 5 March 2013

INI USAHA KAMI

Assalamualaikum semua...


Bulan Jun akan datang genaplah 3 tahun Princess dan Princess's Beloved Husband berkahwin. Selama hampir 3 tahun kami mencipta ruang hidup kami sendiri. Walau hampir menjangkau 3 tahun tapi kami tak pernah penat untuk berusaha bagi mendapatkan zuriat.

Walaupun usaha kami belum membuahkan hasil InsyaAllah kami tak akan berputus asa. Dengan semangat dan usaha kami InsyaAllah akan diredhai oleh Allah...

Alhamdulillah ini adalah sebahagian dari azam kami tahun ni. Salah satu azam utama kami suami isteri tahun ni. InsyaAllah akan dipermudahkan.

Sekarang ni Princess usaha cara kampung pula, berurut. Itu pun setalah 2 tahun usaha cara moden. InsyaAllah dengan usaha dan tawakal kami ini akan ada rezeki zuriat itu.

Sehingga ke hari ini sabar, usaha, doa, tawakal dan redha adalah peganggan hidup kami.

Suatu hari nanti InsyaAllah  Allah akan membalas ujian ini dengan sebuah kenikmatan yang tiada tolak bandingannya. InsyaAllah...

"Ya Allah, Kau kuatkanlah hati kami dengan apa yang Kau telah uji. Kami redha ya Allah. Kami hanya dapat berserah dan bertawakal ke padaMu ya Allah. Muliakanlah usaha kami dan redhailah tawakal kami. Amin amin ya rabbal'alamin."


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday 3 March 2013

WAYANG LAH PULAK : ROCK OO!! RIMBA BARA KEMBALI

Sumber dari Mr. Google


Oh bergedik lagi nak bagi tahu pasal filem-filem bagai. Macam pandai sangat la dia tu... Huhuhu.


Tapi ajak Princess's Beloved Husband pergi tengok wayang. Yeay! Wayang lagi. Nasib baik cik abang tu dah bagi green light kalau tak buat-buat tidur sambil pekakkan telinga. Malas katanya oi... Tapi kali ni pujuk rayu telah mengena jerat. Lagi pun dia juga beria nak tengok filem ni.

Okay, ak nak cerita banyak. Kali ni filem ROCK OO!! RIMBA BARA KEMBALI.

Serius filem ni kelakar sangat. Tak sanggup kau nak ketawa banyak-banyak. Penat mulut ni asyik ketawa tak berenti. Dari mula sampai akhir penuh dengan lawak jenaka.

Awal cerita mengisahkan tentang Amy (Que Haidar) yang menceritakan bagaimana terseksanya hidupnya bila di keluarkan dari Rimba Bara. Tapi tak lah serius mana terseksanya tu sebab awal-awal cerita pun korang dah boleh gelak dah. Lepas tu dengan kemunculan Jo (Khir Rahman) dengan falsafah-falsafahnya yang sentiasa buat orang gelak. Azmi Black, Pekin Ibrahim, Shoffi Jikan, Saiful Apek dan ramai lagi artis menghangatkan lagi filem ni. Bertambah lagi galaknya kami ketawa.

Ada babak yang mengisahkan Amy sedang berangan dengan menyanyikan lagu Teratai Bunga Indah. Oh, pakai suara Que Haidar sendiri okay. Gila rock lah. Ahaha...

Apa yang nak dikisahkan adalah suka duka kumpulan Rimba Bara dalam meniti untuk mendapatkan kembali namanya dalam dunia rock. Walaupun ada sudut sedih dalam filem ini tapi ianya tetap kelakar.

Akhir cerita pula dipertontonkan dengan gambar-gambar dari kumpulan Rimba Bara yang sebenar.

Okay lah all. Kadang-kadang jadi 'blur' pulak nak bercerita ni. Huhu... Kalau korang nak best korang gi ar tengok sendiri. Huh boleh?


Tata korang...


Nota gila si Princess : Sorry okay kalau korang rasa review Princess ni sungguh bosan... Motif???


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday 2 March 2013

TASIK AYER KEROH MELAKA

Assalamualaikum all...

Minggu lepas Princess ajak Princess's Beloved Husband jalan-jalan.
Biasanya kalau nak keluar kami mesti pergi mall atai shopping complex.
Tapi kali ni rasa macam bosan pulk bila asyik gi tempat sama je.
So, ajak lah Princess's Beloved Husband pergi tempat lain.
Tempat yang boleh buat macam-macam aktiviti.

Hari tu adik Princess ada cakap yang dia pergi Tasik Ayer Keroh dengan kawan dia.
Katanya sekarang ni dah banyak aktiviti ada kat tasik tu.
Wah cam teruja je nk pergi.
So request kat Princess's Beloved Husband untuk gi tasik tu.
Lagi pun Princess's Beloved Husband tak pernah pergi tasik tu.
So pergilah kami petang itu.
Kami bukan pergi berdua. Tapi bertiga dengan adik Princess...

Dari rumah kami tak lah jauh mana. Setengah jam je.
Kalau dari tol Ayer Keroh lagi lah tak jauh. Dekat sangat dah tu.

Apa yang ada kat sini? Ha... Jom tengok...



Bergambar lah dulu ya.....






Selamat Datang ke Tasik Ayer Keroh




Masa tu kitorang tak tau nak buat aktiviti apa.
Sebabnya banyak sangt aktiviti yang ada. 
Dan semuanya murah sangat. Serius murah.
Adik Princess suggest naik padel boat sebab kami berdua.
Dia pulak berkayak. Ada juga kayak untuk 2 orang. Tapi Princess's Beloved Husband tak nak sebab kononnya nanti jatuh dalam tasik tu..
Tak pe la. Janji I dah merasa air tasik tu. Rasa dengan tangan lah.



Adik Princess dengan kayaknya...



Akhirnya... Dalam padel boat juga...



Princess's Beloved Husband... Dia pengemudi bot kami...



Kawasan sekitar tasik. Damai dan tenang je.




Sana tu kawasan zoo.
Oh ya lupa nak bagi tau. Tasik di Zoo Melaka bersambung dengn tasik ni okay.
Kir satu tasik lah. Kalau gi dekat dengan kawasan tu. Korang boleh tengok burung flamingo, swan yang ada kat zoo tu. Serius okay...


Bawah ni adalah harga bagi setiap aktiviti kat tasik ni.





Ada aktiviti berbasikal, memanah, wall climbing. Eh, macam-macam lagilah...
Harga pulak dalam lingkungan RM50 kebawah...


Hah.... Suka??
Kalau korang yang sukakan riadah yng beraktiviti. Sini lah tempatnya!!!


HATI SEORANG ISTERI KEPADA ANGGOTA POLIS

Ya... Aku seorang isteri kepada anggota polis...

Isteri yang tahu tentang kesusahan anggota polis itu bekerja.
Isteri yang selalu melihat keringat yang keluar dari badan anggota polis itu.
Isteri yang sedia mendengar cerita tentang kerjanya.
Isteri yang sanggup menenangkan diri sendiri bila anggota polis itu perlu bekerja dalam keadaan diluar jangkaan.
Isteri yang sentiasa ada disisinya bila anggota polis itu memerlukan sedikit sokongan.

Tidak pernah isteri ini mendengar anggota polis itu merungut dengan kerja yang diberikan
Tidak pernah isteri ini melihat anggota polis itu membawa masalahnya ke rumah.

Setiap kali anggota polis itu keluar menjalankan tugas isteri ini akan mendoakan keselamatannya.
Setiap kali itu juga lah hati isteri ini tertanya-tanya.
Selamatkah suami aku?
Adakah dia baik-baik saja?
Apakah tugasnya hari ini akan menggugat keselamatannya?

Itulah perkara yang sentiasa bermain dikotak fikiran.

Setiap kali anggota polis itu pulang dari menjalankan tugas isteri ini ingin melihat ia pulang dalam keadaan seperti mana ia pergi.
Setiap kali itu juga lah hati isteri ini sangat lega.
Lega melihat suaminya pulang dengan selamat.
Lega melihat suaminya baik-baik saja.
Lega melihat suaminya dapat menjalankan tugas dengan baik.

Tidak pernah terlintas di fikiran jika ada perkara yang tak diingini berlaku.

Isteri ini tahu anggota polis itu dapat menjalankan tugasnya dengan baik.
Isteri ini tahu anggota polis itu sentiasa ada untuk menjaga keamanan negara ini.
Isteri ini juga tahu anggota polis itu ikhlas untuk mempertahankan keselamatan negara ini.

Setiap semangat dan keikhlasan anggota polis itu juga menjadi semangat dan keikhlasan kepada isteri ini.
Setiap kegembiraan dan kepenatan anggota polis itu melaksanakan tugas akan menjadi kegembiraan dan kepenatan kepada isteri ini juga.

Apa yang dirasa akan sama dirasa.
Apa yang dilihat akan sama dilihat.
Apa yang didengar akan sama didengar.
Apa yang dilakukan akan sama dilakukan.

Itulah tugas seorang isteri kepada anggota polis.
Setiap yang akan berlaku telah diterima terlebih dahulu.
Setiap yang sudah berlaku diterima dengan redha dan ikhlas.

Jika anggota polis berjuang untuk keamanan negara isteri ini pula akan berjuang demi keluarga.

Inilah nukilan Hati Seorang Isteri Kepada Anggota Polis.

Ya, aku seorang isteri kepada anggota polis.

Semua telah dirasa.
Semua telah dilihat.
Semua telah didengar.
Dan semua telah dilakukan.

Jika dia setia pada negara aku juga setia.
Jika dia ikhlas melaksanakan tugas aku juga ikhlas.
Jika dia gembira dengan tugasnya aku juga gembira.
Jika dia sedia untuk mempertahankan negara aku pun ikut sedia dengan apa yang akan mendatang.

Inilah yang akan diharungi bila bergelar Isteri kepada Anggota Polis.

Bukan senang tapi hati ini redha.
Bukan merungut tapi ini yang dilalui.
Bukan meminta simpati tapi ini lah hati kami.

Walau nampak lembut tapi disebaliknya tegas.
Walau nampak lemah tapi disebaliknya kuat.

Itu yang aku ada sebagai seorang Isteri kepada Anggota Polis...

Kata hati kecil ini "AKU BANGGA MENJADI ISTERI KEPADA ANGGOTA POLIS."



Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday 1 March 2013

PRINCESS MEMASAK UNTUK KESAYANGANNYA (16)

Assalamualaikum alls...


Kali ni terasa nak makan kek batik pulak. Biasnya Princess beli je kat pasar malam. Sebabnya asal buat je mesti tak jadi. Serius wei. Princess dah banyak kali buat kek batik yang senang giler ni (tangan ke bahu mata ke atas). Dah banyak versi cuba buat tapi satu pun tak pernah menjadi. Ada je spoil. Ada yang terlembik lah. Ada tu keras sampai tak boleh potong. Hah, boleh?

Kali ni Princess cari lagi resepi kek batik yang mudah dan senang dan yang penting tak banyak bahan. Gi ar merajinkan diri ni Princess google pasal resepi ni. Itu pun sebab teringat yang hari tu ada beli biskut marie. Godek punya godek jumpa pula resepi yang terlalu senang. Kali ni tak nak ikut sukatan resepi sangat. Ikut suka sendiri nak sukat macam mana. Kadang-kadang resepi menipu diriku... Ahaks!

Mesti korang pelik kan. Kenapa resepi yang budak darjah satu pun boleh buat yang Princess ni masih belum tahu nak buat cam mana. Dah asyik buat tak jadi je. Maknanya tak gigih sangat lah tu.

Dan akhirnya kali ni buat menjadi setelah banyak resepi kek batik yang telah di try dan errow... Ahaks...

Terjadilah kek batik yang diidamkan...

Korang nak resepi? Ahahaha... Korang buat lagi sedap. Uhuh..

Okay lah. Okay lah... Dia nak resepi kita bagi resepi...

Princess tak tahu nak sukat macam mana. Korang agak-agak je la ya...

Sebuk koko (Princess main tuang je) campur dengan milo (dalam 4-5 sudu makan)

Susu pekat (secukup rasa)

Biskut marie yang dipatah-patahkan

Campur susu pekat dengan serbuk koko dan milo tadi. Kalau agak biskut marie korang banyak buatlah banyak. Tuang susu pekat tu ikut keperluan. Kalau korang nak pekat tuang cukup-cukup je. Kalau nak cair tuang banyak sikit. Atau korang tuang sikit pastu gaul. Tuang sikit lagi pastu gaul lagi. Agak-agak dah pekat tu tuang atas biskut marie yang telah diletak dalam loyang. Atau korang boleh masukkan biskut marie tu dalam adunan dan gaul dengan campuran tadi. Pastu masukkan dalam loyang dan tekan-tekan sampai dia jadi padat. Pastu masukkan dalam peti sejuk. Princess simpan semalaman. Princess buat malam dan petang keesokkan hari baru potong.

Akhirnya berjaya juga kek batik yang selama ni asyik tak jadi je... Siap bagi resepi kat korang lagu. Uhuhu...

Okaylah korang... Agak-agak kalau korang selalu try dan errow buat resepi kek batik ni korang cubalah buat versi Princess yang telah di Google dan diedit sendiri... Uhuhu...

Tata korang...


Nota gila si Princess : Sebab Princess sayang kat korang lah sebab tu Princess kongsi apa yang Princess tahu...


Published with Blogger-droid v2.0.4