Friday 31 May 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU KAWAN...

Esok 1/6/2013 kawan baik Princess atau budak-budak sekarang cakap apa BFF. Hah...

BFF Princess kawin esok. Tahniah sayang. Welcome to the gorgeous life as a wife. Dan selamat menjadi orang Terengganu. Bertambahlah geng orang Terengganu lepas ni.

Tak pe nanti Princess up cerita kawin BFF Princess ya.

Tata korang...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday 28 May 2013

PRINCESS MEMASAK UNTUK KESAYANGANNYA (18)

Assalamualaikum all...


Hari Sabtu lepas Princess balik rumah nenek. Banyak sangat mangga baru berbuah kat depan rumah. Lepas tu masa makan malam nenek hidang kerabu mangga. Sedap sangat! Sampai tambah 2 kali tau. Tak pernah-pernah makan malam tambah nasi sampai 2 kali tau. Biasanya tak makan pun. Okay tak nak cerita pasal diet bila diri ini suka sangat makan sekarang ni.

Sebelum balik Melaka, Princss's Beloved Husband petik mangga untuk bawa balik. So Princess request petik banyak sikit sebab rasa cam nak buat KERABU MANGGA je. Ahahahah...

So... Tadi mulalah aktiviti menyagat mangga. Huh. Lenguh kau. Tak ingat berapa biji mangga Princess guna tapi yang pasti banyak. Nak menggaul semua bahan tu terpaksa guna bekas besar sikit supaya tak tertumpah keluar. Gila banyak. Buat stok untuk seminggu. Huh, pengsan laki I makan kerabu mangga je minggu ni.


Apa? Nak resepi? Ahahahah... Tak kan lah resepi kerabu mangga yang senang ni pun nak kena bagi resepi kot. Okay lah, okay lah. Princess bagi resepi ya. Nanti takut korang kecewa pulak kang. Huh...

Okay kakak-kakak, adik-adik sediakan pen dan kertas. Eh, tak payah, printscreen je sekarang ni. Haha.

Sukatan ikut korang lah. Princess tak pandai nak sukat sebab Princess main campak-campak je.


Resepi Kerabu Mangga Simple ala Princess :-

Bahan:

2 @ 3 biji mangga

1 batang bunga katan (dihiris halus)

2 batang cili merah (dihiris halus)

1 biji bawang besar (dihiris halus)

1 Tomato @ lobak merah

Segenggam udang geragau @ udang kering

Gula ikut suka

Garam sedikit


Cara penyediaan:

- Kupas kulit dan sagat mangga tadi hingga habis.

- Goreng tanpa minyak @ sangai udang kering tersebut sehingga kekuninggan. Tumbuk udang kering tersebut tapi jangan terlalu halus.

- Kalau guna tomato potong dadu atau kalau guna lobak merah sagat macam mangga tadi.

- Masukkan mangga, bunga kantan, cili merah, bawang besar, tomato @ lobak merah dan udang kering kedalam bekas.

- Letak sedikit garam (jangan banyak sangat sebab udang dah masin). Masukkan gula (kalau suka manis masuk banyak tapi kalau tak suka masuk 2 @ 3 sudu dah cukup).

- Gaul kesemua bahan dengan mesra. (pakai sarung tangan plastik kalau korang tak nak tangan korang bau macam belacan lepas tu).

- Kalau korang rasa tak manis tambah lagi gula tapi kalau korang suka masam okay lah.

- Simpan dalam bekas kedap udara dan sejukkan dalam peti sejuk supaya semua bahan bercampur dengan baiknya. Boleh tahan selama semingu atau lebih.


Haaa.. Simlple tak resepi ni. Yang banyak-banyak tu mukadimah dia jer. Hahahaha...

Okaylah korang. Lain kali Princess kongsi resepi dengan korang lagi ya.

Tata korang...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday 23 May 2013

TENTANG BANYAK HAL

Assalamualaikum all...

Lama Princess tak jumpa korang kat sini ya.

Sebenarnya tak tahu nk tulis apa. Dan lagi, kepala tengah kusut.

Memikirkan banyak benda. Banyak juga perkara nak dilaksanakan.

Awal bulan depan insyaAllah mak dan ayah mertua Princess nak datang rumah. Hari tu Princess ada mengadu kat mak mertua Princess yang Princess sakit pinggang. So pasal tu agaknya dia nak datang sini. Nak tengok menantu kesayangan dia ni agaknya. Huhu...

Princess pun tak tahu kenapa mak mertua Princess tu suka sangat kat Princess. Asal Princess balik Terengganu je mesti nak ajak Princess jalan-jalan lah. Shopping lah. Macam-macam lagi kami buat bersama. Seronok rasa.

Tapi apa yang Princess perasan, Princess ni bukan jenis yang bermuka-muka. Kalau Princess tak puas hati Princess cakap je. Kalau agak Princess kurang suka pun Princess cakap juga. Macam Princess's Beloved Husband selalu cakap pada Princess "By ni terlalu jujur sebenarnya." Ha, tok laki kita kata gitu weyh...

Princess perasan juga sebab ramai orang cakap yang Princess ni terlalu jujur. For example la, time beli barang atau makan kat kedai ke kalau pekedai tu bagi duit lebih walaupun 10sen Princess akan pulangkan. Serius. Princess tahu tu bukan hak Princess so buat apa kita nak simpan yang bukan hak kita kan.

Lagi, kalau balik Terengganu harus lah pergi menjenguk mak-mak sedara Princess's Beloved Husband. Diorang, sangat tertunggu-tunggu kalau Princess balik. Rindu kata mereka. Kalau jumpa habis pipi Princess dicium-cium diorang. Lagi-lagi tok (nenek Princess's Beloved Husband) siap peluk cium bersungguh-sungguh macam Princess ni budak kecik. Tak de pulak Princess tengok tok cium cucu-cucu dia yang lain sebegitu rupa. Huh, malu I. Senang kata Princess ni favourite menantu untuk keluarga Princess's Beloved Husband lah. Terharu rasa hati. Diorang teramat ambil berat pasal Princess. Rindu pulak kat diorang.

Okay lah, sebelum Princess menangis merindui Terengganu baiklah Princess beransur dulu. Nanti banjir blog ni. Dah tak de sapa nak baca blog ni pulak. Ah canner... Hehehe.

Okay all. Tata.......


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday 13 May 2013

SAKIT...

Assalamualaikum all...


Sorry korang sebab lama Princess tak jenguk korang. Ya... Semua blog Princess tak sempat nak jenguk. Tapi ada gak curi masa sikit kadang-kadang untuk jenguk blog sendiri. Huh...

Ha... Nampak tak title kat atas tu. Dah 2 hari Princess sakit pinggan. Sakit yang teramat sangat. Biasanya kalau sakit pinggang ni sekejap je. Tapi kali ni 2 hari dah tanggung rasa sakit ni. Nak duduk susah. Nak berdiri susah. Nak membongkok susah. Semuanya susah. Sakit...

Tadi pergi klinik kesihatan kat Merlimau ni. Doktor cakap kejang urat. Doktor bagi ubat makan dengan ubat sapu. Tapi... Tetap tak de kesan. Mungkin belum serap betul-betul kot. Doktor kata kalau 2 3 hari ni tak elok juga kena rujuk hospital. Oh, jangan lah sampai nak pergi rujuk hospital. Tak sanggup rasanya...

InsyaAllah baik lah nanti. Berserah pada Allah saja la.

Sakit ni penghapus dosa-dosa kecil kan... Redha itu lebih baik.

Princess bagi tahu Princess's Beloved Husband nak beli vitamin tambahan. Tapi sedang mencari vitamin yang betul-betul bagus.

Kalau korang ada info tentang vitamin yang bagus bagi tahu Princess ya.

Okay lah korang. Tata.

Love you all...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday 8 May 2013

NAK KONGSI DENGAN KORANG

Sekarang ni tengah menggila buat tempahan bunga telur. Ya la. Tak lama lagikan nak cuti sekolah. So ramailah yang nak buat majlis perkahwinan.

Sekarang ni Princess rasa tak menang tangan nak buat. Sekali post kat facebookgambar bunga telur tu, bertalu-talu orang pm nak tahu harga dengan nak buat tempahan.

Sebab tu Princess jarang post entry kat blog.

Inilah rezeki Princess. Alhamdulillah. Jangan ingat suri rumah tak boleh buat duit. Cuma perlu kerajinan dan sikit kreativiti je. InsyaAllah ada jalannya.

Okaylah korang. InsyaAllah ada masa Princess kongsi cerita dengan korang lagi ya.

Tata...


Published with Blogger-droid v2.0.4