Friday 14 March 2014

DIRI KITA, KITA YANG BENTUK

Assalammualaikum all...

Teringat Princess dengan kata-kata seorang guru Princess suatu ketika...

"Bila kita selalu berkata benda kotor, hati kita juga akan jadi kotor. Sebab itu lah, otak kita susah nak menerima benda yang baik.
Perkataan yang cantik datang dari hati yang bersih. Otak yang cergas juga datang dari hati yang bersih."

Kata-kata ini masih lekat di ingatan. Sejak dari itu, setiap apa yang akan Princess luahkan Princess akan jaga.
Bila ada terdetik untuk luahkan perkataan yang kotor atas sebab marah atau apa pun terus teringatkan kata-kata guru itu dan istighfar jalan penyelesaian.

Ya, ramai antara kita masih sewenangnya mengeluarkan perkataan yang tak sepatutnya.
Tak terfikir ke bila anda mengeluarkan kata-kata kotor tu akan menjadikan anda seorang manusia yang sombong.
Ya, sombong!
Bila kita dapat meluahkan perkataan kotor itu mesti kita berasa PUAS, dan secara tak langsung hati mula menjadi sombong kerana berjaya menghamburkan kata-kata itu pada orang.

Dan tanpa kita sedari juga ia membuatkan kita rasa bebas melakukan apa saja termasuk melakukan perkara-perkara jahat.
Allah telah menciptakan kita sebaik-baik makhluk.
Tapi kadang kala kita sebagai makhluknya tak pernah bersyukur.

Bukan susah pun untuk bersyukur.
Bila kita kita jaga adab kita, itu juga sudah dikira kita bersyukur dengan kejadian kita.
Bila kita melakukan kebaikan itu juga dikira bersyukur.

Senangnya nak dapat pahala.
Bila kita jaga mata kita. Mulut kita. Telinga kita.
Secara tak langsung kita telah jaga hati kita dari perkara-perkara yang kotor.

Biarlah kita jadi seorang yang buta, bisu dan pekak dari kita boleh melihat, bercakap dan mendengar perkara-perkara yang kotor.

Diri kita, kita lah yang perlu bentuk.
Jika kita sudah terbiasa berkata perkara yang kotor dan buruk sehingga akhirnya kita akan menjadi manusia seperti itu jika kita sendiri tidak memperbetulkannya.

Jadilah manusia yang sentiasa tahu kesilapan sendiri, bukan sentiasa mencari kesilapan orang lain.
Jaga perilaku sendiri dulu sebelum menunding jari pada orang.

InsyaAllah, bila kita jaga mulut dari mengeluarkan kata-kata kotor hati kita akan senang menerima perkara yang baik.
Bila kita berjaya membentuk diri kita menjadi manusia yang baik insyaAllah kita juga akan disanjungi oleh orang lain.

Nota gila si Princess : Peringatan untuk sesama manusia. Bukan untuk riak tetapi untuk menjadi bahan nasihat yang berguna buat sahabat sekalian.