Saturday 21 June 2014

PULAU REDANG ---- REDANG BEACH RESORT

Assalamualaikum all....

Seperti yang dijanjikan.
Entry percutian telah siap!!!
Yeay!!!
--Amik masa oooi nak siapkan entry ni.

Princess gembira korang pun gembira.

Huh.... Pulau Redang je pon.
Heboh macam gi Jepun bedah ooii...
Ngahaha... Ada aku kesah!!!

Princess pergi Pulau Redang bersama dengan Princess's Beloved Husband. -- Haruslah dengan husband sendiri kan.
Kami pergi berkumpulan.
12 orang satu kumpulan.
Antara 12 orang ni Princess kenal seorang je.
Yang lain-lain kami kenal dalam trip ni.
Kenal pun atas dasar kawan kepada kawan. -- Hah faham? Tak faham sudah


Kami pergi 30 April 2014 hingga 2 Mei 2014
3 hari 2 malam...

Huuuuh!!! 3 hari 2 malam yang sungguh menyeronokkan.

Disebabkan kami pergi Pulau Redang. Yang terletak di Terengganu.
Princess's Beloved Husband ambil keputusan cuti 10 hari.
Kami balik 2 hari awal. Jadi 28 April 2014 tu kami dah ada di kampung.

Kami naik feri dari Jeti Syahbandar, Kuala Terengganu.
Huh, senang keje. Dari rumah tak la jauh sangat.
Tak sampai 30 minit pun.
Pagi tu adik ipar Princess hantar kami ke jeti.

Kami naik feri pukul 10.30 pagi.
Oh ya. Tiket semua terletak dalam pekej kami.
Jadi Princess tak tahu berapa harga tiket dari jeti ke pulau.
Perjalanan mengambil masa 2 jam lebih.

Pakej kami ni termasuklah bayaran :-
Makan tengahari 2 kali
Makan malam 1 kali
BBQ 1 kali
Sarapan 2 kali
Snorkelling 3 trip
Penginapan dan
Tambang bot pergi dan balik

Tidak termasuk dalam bayaran (Duit sendiri) :-
Pas masuk ke Marin Park (RM5.00/pax)
Alatan snorkelling (RM25.00-RM35.00/pax)

Pesanan dari Princess.
Sebelum pergi beli bekalan makanan untuk kudapan siap-siap.
Di pulau barang makan untuk kudapan memang mahal.
Huh, tak sanggup nak belinya.



Ni kat atas jeti la ni nak ke feri.


Feri datang on time tau.
Jadi korang kena sampai tepat pada waktunya.

Bila dah nampak pulau excited gila kitorang semua.
Bila dah sampai pulau pula, kami tak naik terus ke jeti.
Sebaliknya kami tunggu feri lain ambil kami.
Feri ni khas untuk bawa kami ke resort kami.
Nama resort kami Redang Beach Resort.

Nanti diorang panggil "Redang Bech Resort, sila ke bot sebelah!"



Open boat katanya!!!


Best dapat naik bot ni sebab sepanjang perjalanan dapat tengok air yang sangat-sangat jernih.
Atas bot tu pun dah excited tengok air.
Huh... rasa nak terjun time tu juga.



Masa ni tengah on the way nak ke resort kami.


SubhanAllah...
Betapa hebatnya ciptaan Allah.
Air yang bersih, jernih membiru. 
Pulau yang cantik sangat.
Tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata.
Korang kena pergi sendiri dan tengok sendiri betapa cantiknya pulau ni.

Kami sampai resort lebih kurang pukul 12.30 tengahari.
Masa ni dah masuk waktu makan tengahari. 
Jadi bila dah check in semua kami terus ke dewan makan.
Makan sampai kenyang pastu masuk bilik semula untuk solat zohor.



Belakang sebelah kiri Princess tu bilik kami.
Nampak macam dorm je.


Facilities setakat ni okay la.
Cuma mungkin dalam pakej kami tak termasuk pakej bersama TV.
Dalam bilik kami tak ada TV oooi.
Kawan-kawan group pun sama, bilik tak ada TV.
Ala, tak apa la. 
Kami datang bukan nak tengok TV.
Kita datang nak bersosial, nak tengok keindahan pulau.
So, kalau datang nak tengok TV baik bercuti kat rumah je kan.

Patutnya petang tu kami ada 1 trip snorkelling.
Tapi kami tak pergi pun.
Ahli group pun ramai yang tak pergi.
Sebab pagi tu mereka baru je sampai Terengganu dari Kuala Lumpur.
Disebabkan mereka berjaga semalaman.
So diorang kata nak berehat je.

Kami berdua laki bini....
Hahahah....
Masa berdua itu lebih baik.
Disebabkan kami berdua.
Jadi, mari lah kita feeling lomantik dekat pulau yang indah ini.
Kami jalan-jalan sekitar resort je.
Duduk berdua di bawah pokok kelapa sambil melihat keindahan alam didepan mata kami.



First time tengok perkara yang menakjubkan seperti ini.
Ya Allah, syukur kepada Mu yang telah memberi kami peluang melihat kebesaran Mu.

Apa lagi yang dapat kita gambarkan keindahan Allah hanya dengan zikir kepada PenciptaNya.
Masa ni rasa macam nak menitis air mata melihat keindahan alam ini.
Biar lah orang nak kata jakun ke, batak sangat ke.
Tapi ini yang Princess lalui.
Dapat merasakan kita ni kecil.
Tak ada yang Maha Besar selain Allah.



Fe'feeling' Princess in the world la konon.



Princess's Beloved Husband pun sama naik.
Time ni la baru nak rasa lomantik dengan Princess's Beloved Husband.



Biar gambar berdua yang bercerita.
Eceh...
Lomantik tak kami? --kelip-kelip mata
Ngahahaha.
(Selfie guna kamera DSLR. Kau mampooo)


Tapi bila dah ada kat pulau.
Princess's Beloved Husband yang beria nak tunjuk lomantik dia tu.
Beruntung la laki kau nak lomantik kat tempat yang lomantik tu.
Comel-comel je laki I masa kat sana you alls.
Hahahaha.
Jalan nak pergi ke dewan makan pun pegang tangan bagai.
Jalan-jalan tepi pantai pun pegang tangan.
Rasa suweeet sangat.
Hahahaha.

Bila dah balik dari pulau hilang lomantik-lomantik dia tu.....
Mula la I nak tunjuk muncung yang macam itik ni....



Cantik kan?
Eh, no no.
Bukan I.
Belakang tu ha.



Ini lah yang dikatakan air sejernih kristal.
Tenang je.
First time tengok air sejernih ini.
Haaaa...  Bertambah jakun lagi.



Princess's Beloved Husband yang selalu ada untuk Princess nya.
Terima kasih awak sebab bawa saya kat tempat yang cantik ini.



Bila DIVA beraksi.
Hahaha... Dah keluar DIVA dia dah.
I rasa DIVA sangat you alls....




Bila kat tempat macam ni.
Kita sendiri akan ada satu perasaan.
Perasaan yang tak nak kotorkan tempat ni.
Serius kita akan terfikir sendiri untuk tak buang sampah merata-rata.
Tak kan lah kita tak rasa untuk pelihara kawasan secantik ini.

Kalau tak banyak rasa tu sikit mesti ada.
Kita sendiri akan rasa insaf untuk melakukan kekotoran.
Tapi kalau dah jenis yang degil.
Tak nak buang sampah kat tempat yang disediakan tu tak tahu la nak kata apa.




Bila kita pergi berkumpulan mesti nak berkumpul bersama.
Princess respect sangat dengan rakan-rakan kumpulan Princess.
Sebab diorang ni walaupun baru je kenal tak sampai pun sehari tapi kami boleh berkumpul dan berborak bersama-sama seperti sebuah keluarga.
Tak ada yang memencilkan diri.
Dan tak ada pun yang sibuk dengan handphone masing-masing!!
Memang tabik la dengan diorang ni.



Masa ni diorang tengah main kad.
Malam hari pertama.
Itu tangan masing-masing sibuk pegang kad.
Tak ada langsung yang pegang handphone.

Lepas kami main kad, kami pergi main bola tampar pantai pulak.
Huh, penuh aktiviti untuk hari tu.
Di malam hari okay.
Cuma kumpulan kami je main.
Itu pun dah cukup seronok tau.
Lepas tu masing-masing balik bilik kepenatan.

Ada kat tempat macam ni.
Memang rugi kalau tangan tu asyik pegang handphone je.
Rugi seribu kali rugi sebab dari sibuk pegang handphone baik tengok pemandangan depan mata ni.
Kalau sibuk sangat dengan handphone baik jangan pergi tempat-temnpat macam ni.
Sebab klau korang nak berfacebook sangat baik korang duduk je kat rumah.



Malam kedua kami.
Tetap dengan aktiviti yang sama.
Cumanya malam ni kami tak main bola tampar pantai.
Penat woo main bola tampar pantai.


Hari kedua kami ada trip snorkelling lagi.
Kali ni pergi ke Marin Park.
Trip bermula pukul 10.00 pagi sehingga waktu makan tengahari.
Huh... Teruja sangat.
Tapi dalam keterujaan tu kami tak ambil sebarang gambar dan kenangan pun kat Marin Park.
Sebab tak ada seorang pun yang bawa waterproof camera.

Tak apa lah.
Biar kami simpan kenangan tu dalam kotak memori kami je la ya.
Kalau korang nak tengok korang kena pergi sendiri dan rasai sendiri.

Penat rupanya snorkelling ni.
Sesampai je resort kami boleh terus ke dewan makan untuk makan tengahari.
Tapi Princess kena balik ke bilik dulu sebab Princess kena muntah dulu sebelum makan.
Sebabnya Princess mabuk laut.
Bukan mabuk masa naik bot.
Tapi lepas Princess snorkelling Princess tak sedap badan.
Rasa pening.
Masa kat Marin Park lagi Princess rasa nak muntah.
Balik je bilik Princess terus muntah sampai rasa lega.

Huuuh... Bila dah lega.
Siap-siap terus pergi makan.

Petang tu kami berdua laki bini snorkelling kat depan resort je.
Huuui...
Lagi best sebab ada ikan yu besar.

Siapa yang pernah snorkelling je tahu macam mana perasaan tengok ikan dalam air.
Hahhahaha.



Terbakar dah kulit masing-masing.
Last day di Pulau Redang.
Masa ni tengah tunggu feri nak balik.



Ini lah kumpulan kami.
Semuanya friendly.
Nice to meet you all.
Ada masa kita jumpa lagi.



Last but not least.
Gambar kami laki bini. -- Yang terbakar kulit kami disalai dek matahari
Huui huui huui...

Lomantik la sangat!!!


Sampai disini sajalah kisah kami yang tak seberapa ni.
Banyak kenangan yang kami bawa balik.
Walaupun kenangan itu tak lah seberapa bagi korang.
Tapi ia cukup bermakna bagi Princess dan Princess's Beloved Husband.

In Sya Allah.
Next trip kita ke Pulau....

Kita tunggu je la.
Ada rezeki lebih boleh la ke pulau-pulau lain.
Rezeki Allah itu luas.

Okay korang.
Tata korang.

Nota Gila Si Princess : Dah buat entry panjang-panjang lepas ni berehat lagi 2 3 bulan. Hahahaha...
In Sya Allah kalau tak sibuk boleh la buat entry baru.

Assalamualaikum...


Thursday 5 June 2014

4 TAHUN YANG INDAH


4 tahun usia perkahwinan kita

5 Jun 2010 - 5 Jun 2014

Walau tiap-tiap tahun tak ada candle light dinner 
Tapi Princess awak masih setia bersama awak

Princess awak ni tetap sayang awak walau awak tak LOMANTIK
Tak kisah la kalau tak lomantik pun sebab kadang-kadang tanpa sedar awak lomantik juga apa

Princess awak ni setia menunggu setiap kali awak balik kerja
Tidak keluar rumah tanpa awak
Tidak makan tanpa awak disisi

Walau awak sering ajak saya bergaduh tanpa sebab
Saya tahu awak sebenarnya nak saya manjakan awak kan

In sya Allah suatu hari nanti Allah akan kurniakan apa yang kita minta
Bukan sesuatu yang mudah untuk menempuhi alam rumahtangga tanpa zuriat
Tapi Allah maha mengetahui

Saya tak kuat untuk tempuh ujian ini
Tapi terima kasih kerana sentiasa disisi ketika saya tak kuat untuk hadapi ujian ini
Kita sama-sama yang rasa perasaan ini
Biar kita saja yang simpan perasaan ini

Saya nak bagi tahu awak ni
Awak sebenarnya seorang suami yang baik
Seorang imam yang soleh
Seorang sahabat yang setia
Dan seorang kekasih yang penyayang

Saya sayang awak lillahita'ala
Awak suami saya dunia dan akhirat




Suami - Isteri
Imam - Makmum
Kawan Lelaki - Kawan Perempuan
Boyfriend - Girlfriend

Tengku Mohd Syamzari - Nurulfatkhi


5-6-2014