Monday 27 October 2014

HELLO KITTY KETERUJAANKU

Assalamualaikum all...

Ya Allah... Apa dah jadi dengan tuan punya blog ni.
Pemalas yang amat oooi...

Haaaish...
Rasa bersalah sikit....
Heheheh....

Meh la nak cerita dengan korang.
Selama menghilang ni malas gila nak buka blog.
Hahahaha... Keji sangat perangai.

Sebenarnya nak bagi tahu.
Ada sesapa sudi nak bagi hadiah Hello Kitty kat Princess tak?
Hahahahah....



Sumber En.Google yang baik hati


Keterujaan kepada Hello Kitty dah lama berlaku dalam diri ini.
Tapi ku pendam.
Bila dah tak boleh pendam lagi marilah kita keluar dari kotak belenggu dan mula kumpul koleksi sendiri.

Bahagia rasa kalau boleh kumpul koleksi yang besar-besar.
Tapi Princess mampu kumpul koleksi yang kecik-kecik je.

First koleksi Hello Kitty tak ingat tahun bila tapi masih digunakan sampai ke hari ini.
Iaitu bantal berupa kepala Hello Kitty.
Tak nak tunjuk kat sini. Malu... Hahahah..

Lepas tu mula la koleksi-koleksi yang lain.
Seperti baju tidur.
Selipar tidur yang fluffy-fluffy tu.
Sikat Rambut.
Cermin tangan.
Botol air minuman.
Cawan minum pun nak Hello Kitty jugak.
Lepas tu eh, banyak lagi lah.
Panjang sangat list, malas nak taip.
Hahahaha... Lagi perangai keji.

Bila dah kahwin still kumpul koleksi Hello Kitty.
Tapi Princess's Beloved Husband tak suka sangat dengan Hello Kitty.
Tapi dia okay je. Asalkan tak ada muka Hello Kitty kat atas badan dia.
Dan big NO Hello Kitty dalam kereta dia.

Pergi mana-mana Princess tetap bawa Hello Kitty Princess.
Seperti kat bawah ni.



Bekas kepala Hello Kitty dan sikat comel Hello Kitty.
Bekas tu Princess letak lipstick dan lip balm dalamnya.
Sentiasa ada dalam handbag.
Benda wajib ada okay.



Benda ni pun item wajib yang perlu ada dalam handbag.
Hello kitty ni bekas je.
Kepala dia boleh buka.
So boleh letak barang dalam tu.
 Tapi Princess tak letak pun.
Buat peneman Princess masa pergi Shopping.
Hahahaha...


Masih ada lagi perempuan yang ada permainan dalam handbag??? 
Ya orang tu adalah Princess.
Huhuhuhuh...
Selalu kena buli dengan Princess's Beloved Husband sebab ada toy dalam handbag.

Itu je koleksi Hello Kitty yang Princess boleh tunjuk pada korang.
banyak-banyak tak boleh.
Nanti orang kata riak.
Hahahahaha.....

Kalau dulu susah nak dapat barang-barang yang ada muka Hello Kitty.
Tapi sekarang dah senang.
Dekat instagram atau online shop pun dah ada orang jual.
Senang nak buat pilihan.
Pilih je mana yang suka.

Haaa.... Tu la cerita Princess.
Sapa yang pernah ikuti blog Princess ni.
Dulu Princess ada cerita Princess addicted gila dekat suami sendiri iaitu Princess's Beloved Husband.
Addicted tu tak pernah berubah.
Addicted pada Hello Kitty pula wujud dulu sebelum Princess jatuh cinta pada Princess's Beloved Husband.

Tapi sekarang Princess addicted sangat pada kedua-duanya.
Tak kan berubah....

Korang teruja pada apa?
Jom lah kongsi....