Saturday 22 November 2014

KAKI YANG TAK PERNAH PENAT UNTUK TERSANDUNG

Assalamualaikum...

Hari ni terasa seperti ingin meluahkan apa yang terpendam. Bukan ingin meminta simpati tetapi hanya ingin meluahkan rasa.
Cerita dari hati untuk memberi mereka rasa apa yang kami rasa.
Bukan senang nak jadi golongan terpilih seperti kami.
Golongan yang Allah uji kesabaran mereka.
Diuji dengan ketiadaan rezeki zuriat.

Senang ke anda rasa hidup seperti kami.
Ya mungkin sesetengah dari anda kata senang kerana kami tak perlu fikir nak jaga anak, nak uruskan anak.
Tahu tak yang kami teringin sekali untuk merasai pengalaman itu.
Pengalaman menjaga, mengurus dan membesarkan anak.

Alangkah indahnya jika Allah beri itu semua.
Ya, kami redha kerana itu ketentuan Allah.
Tapi iman kami hanyalah senipis kulit bawang.
Bila-bila saja boleh terkoyak. Dan sering hilang pertimbangan.
Kami pernah rasa dimana setiap kali ada kenalan rapat memberitahu mereka mengandung , dan kami hanya mampu tersenyum dengan rasa hati yang sedih dan pedih.
Kami pernah menangis setiap hari mengenangkan nasib kami.
Kami pernah rasa dicerca orang hanya kerana kami tiada zuriat.
Kami pernah rasa betapa sakitnya hati bila orang membandingkan antara kami dengan si dia dan si dia.
Kami lalui semua itu.
Sekarang belum sempat air mata tumpah kami akan kesatnya terlebih dahulu.
Sepertinya, kami melangkah dan setiap kali itu juga kami tersandung dan jatuh, kami akan bangkit. Beberapa langkah selepas itu kami tersandung dan jatuh lagi. Kami akan tetap bangkit.
Begitulah seterusnya sehingga kami benar-benar tahu bagaimana untuk melangkah dengan betul.
Kami tak akan pernah mengalah.
Itu saja...

Satu tabiat Princess. Kalau pergi shopping atau window shopping. Princess akan habiskan waktu sekurang-kurangnya selama setengah jam hanya untuk belek barangan baby.
Ya, setiap kali bila nampak bahagian baby di shopping mall.
Setiap kali ada baby expo di kawasan Princess ni, Princess tak pernah lepaskan peluang untuk pergi.
Bukan nak beli pun. Hanya lihat, belajar dan rasa kegembiraan menjadi seorang ibu dan ayah walau kami belum dikurniakan zuriat.
Keluarga Princess tak pernah tahu pun pasal ni. Dan kalau ibu Princess tahu mungkin dia akan marah sebab katanya akan menambahkan stress pada diri Princess.
Tapi, bagi Princess itu lah kebahagiaan. Dapat tengok barang baby comel-comel.
Siapa yang tak suka kan dengan barang baby. Comel sangat.
Pernah sekali Princess pergi baby expo.
Seorang penjual ni jual makanan sunnah.
Dia promosi produk dia. Katanya produk ni sesuai untuk kanak-kanak dan ibu menyusu.
Princess dengar je penerangan dia. Nak buat macam mana kan.
Bukan dia tahu kita ni ada anak atau tak.
Sebab pada penjual disitu ingat. Mereka yang pergi ke baby expo seperti itu hanyalah yang ada anak.
Tak apa lah kan.
Dan setiap kali pergi baby expo, keluar dengan tangan kosong. Dah nama pun cuci mata...

Kata orang, Princess kena elak pergi tempat macam tu.
Tapi kenapa? Apa salahnya untuk pergi tempat macam tu?
Bukan kami pergi guna duit kamu. Seperti yang Princess kata, hanya untuk merasai pengalaman.
Itu yang boleh buat hati Princess senang.

Satu je. Princess pergi tempat-tempat macam ni. Bukan berseorangan tau. Selalunya akan ditemani suami sendiri iaitu Princess's Beloved Husband.
Dia je lah selalu yang faham apa yang Princess buat.
Dia je lah yang ikut segala apa yang Princess nak walau untuk pergi tempat-tempat macam tu.
Alhamdulillah dikurniakan suami yang ikut je kamahuan isterinya.
Walaupun kemahuan itu tak masuk akal.
Bawa isteri tengok barang baby tanpa sebarang tujuan. Inilah dia...
Kami selalu ada untuk menyokong antara satu sama lain.

Bila berbicara pasal anak mulalah diri ini sebak. Tapi Princess tak pernah mengalah.
Sebab Princess tahu bukan semua orang dapat rasa ujian sebegini dari Allah.
Hanya yang terpilih saja dapat nikmat ujian dari Allah ni.

Alhamdulillah...

Terima kasih Allah. Aku bersyukur kerana Engkau telah memilih kami untuk lalui ujian ini. InsyaAllah kami akan lakukan yang terbaik. Bimbinglah kami ya Allah.
Amin...

No comments: