Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Wednesday, 24 April 2013

DINNER WITH ALUMNI KKJS

Assalamualaikum all...

20-4-2013 bersamaan hari Sabtu yang lepas Princess telah dijemput untuk menghadiri majlis Alumni bekas pelajar Kolej Komuniti Jasin (KKJS). Yeaaargh!!!

Majlis yang cukup happening tapi tak berapa nak teruja sebab tak ramai kawan-kawan dari batch Princess yang hadir.
Yang ada pun junior kami dan beberapa orang pelajar dari batch Princess.

Tema majlis 'RETRO 60-AN".
Tapi tengok ramai je yang tak ikut tema.

Termasuk Princess. Buat tema sendiri - DIVA IN RETRO.
Haaa... Boleh???

Majlis bermula dari pukul 7.30 hingga 11.00 malam...
Tapi Princess pergi lambat sikit dalam pukul 8.30 baru kami sampai.
Bukan apa, menghormati waktu maghrib je.
Tapi tak kisah lambat pergi majlis tu, asalkan yang wajib kita dah buat.



Sebelum pergi haruslah berposing dulu ye tak...



Majlis berlangsung di 99 Garden Cafe, Melaka.



Cameraman of the day...
Princess's Beloved Husband.



Meja kami.



Princess pergi dengan best friend Princess, Syu'ai. 
Memang kami dah rancang nak pergi bersama sebab nak elak jem oooii...
Melaka sekarang ni asal malam minggu je mesti dan wajib jem.
Dah macam KL lah pulak asal malam minggu je jem tak tentu pasal.

  

Ni pun best friend Princess juga masa kat Kolej. 
Tak kan pernah lupa jasa dia yang selalu tumpangkan Princess bila motor Princess rosak.
Terima kasih kawan.



Kami bertiga.
Princess, Syu'ai dan Zahidah.
Kami selalu bersama masa kat kolej dulu. 
Pergi mana pun mesti bertiga.



Kami berdua lah pulak. Haruslah ada gambar kami husband and wife kan....
Tak semenggah je rupa laki aku. Penat katanya sebab siang hari tu dia jaga lalu lintas untuk penamaan calon.
 Princess's Beloved Husband as my couple at the day.



Pensyarah dan pelajar. 
Senior dan junior masa zaman kolej dulu.
Dan kini kami bertemu as a friend.


Bersama pensyarah kami. 
Kelas Perakaunan...



Okay, nak suh korang puji diri ini...
Ahahaha....



Princess's beloved Husband yang hensem sikit dari biasa.
Ahahaha...



Posing adalah perkara wajib...
Budak-budak junior kata akak diva ni tak pernah berubah. 
Tetap macam dulu juga. Diva dan mempunyai confident level yang tinggi.
Ahaks...

Nasiblah tak dinobatkan sebagai Princess of the night. Kalau tak pengsan korang nyah...



Jom layan gambar posing kami yang tak berkesudahan.
Nasiblah cameraman nak layan...












 Last sekali sebelum kami balik.
Bergambar beramai-ramai bersama semua pensyarah dan pelajar.



The best "Menggamit Memori Bersama KKJS" ever...
Lain tahun kita jumpa lagi warga KKJS.
KKJS kenangan yang tak akan dilupa walau ditahap mana kami berada.


Nota gila si Princess :
- Sebelum ni banyak entry tak bergambar. Tapi bila sekali letak gambar hambik kau. Selambak aku bagi. Ahaha...
- Princess's Beloved Husband tahu yang Princess akan update cerita pasal majlis tu. Sebab tu dia amat bekerjasama untuk jadi cameraman Princess.


Tuesday, 9 April 2013

HARI-HARI YANG MEMBUATKAN HATI INI IKHLAS...

Assalamualaikum all...


2 3 hari ni Princess tersangat lah sibuk. Serius begitu sibuk sehinggakan Princess rasa penat sangat. Walaupun hanya sorang suri rumah tapi kesibukan Princess ni macam orang yang ada bisnes berjuta ringgit. Eeergh!!!

Okay... Princess teramatlah sibuk dari minggu lepas lagi. Menyiapkan tempahan bantal dari kain felt, tempahan bunga tangan dari kain felt, tempahan menjahit manik dan melawat orang sakit. Ya... Melawat orang sakit untuk 2 hari...

Hari Sabtu Princess dapat panggilan telefon dari kampung mengatakan pak cik Princess masuk hospital sebab batuk berdarah. Tapi kami tak dapat datang pada Sabtu tu sebab Princess's Beloved Husband kerja 24jam untuk hari tu. So, kami bercadang hari Ahad kami akan ke Hospital Batu Pahat untuk pergi melawat.

Tak sampai 5 minit dapat panggilan dari kampung kawan Princess's Beloved Husband kat Klang pulak call. Katanya kawan baik Princess's Beloved Husband masuk ICU sebab excident. Ya Allah sungguh menduga hati kami berdua.

Jadi, kamu decide untuk atur jadual untuk ke Batu Pahat dan Klang. Hari Sabtu kami ke Batu Pahat untuk melawat pak cik Princess. Hari Isnin pula kami akan ke Klang untuk melawat kawan baik Princess's Beloved Husband.

Jadi hari Sabtu ke Hospital Batu Pahat lah kami berdua. Kami sampai dalam area pukul 2 petang. Tapi kami tak dibenarkan masuk sebab kata petugas kat situ waktu melawat dah habis. Waktu ni memang terlalu menguji kesabaran kami. Sebab 3 kali dihalang untuk jumpa dengan pak cik sendiri. Katanya sekali lagi waktu melawat dah habis tapi masih boleh melawat kalau pergi sorang-sorang. Okay fine. Mula-mula Princess's Beloved Husband naik dulu pastu bila tiba giliran Princess tak boleh pula. 3 kali okay. Princess rasa muka Princess ni dah wanted kat hospital tu. Anggap je kau tengah jalankan tugas kau dengan ikhlas... 2 jam juga Princess tunggu untuk masuk pada waktu melawat yang seterusnya. Dan akhirnya dapat juga Princess jumpa pak cik kesayangan Princess tu. Malam tu juga kami balik ke rumah sebab esok nak ke Klang.

Hari Ahad pula, pagi-pagi lagi kami dah gerak ke Klang. Sebabnya tak nak terlepas waktu melawat pukul 12.30 tengahari. Alhamdulillah dengan izin Allah kami selamat sampai ke hospital tepat-tepat jam 12.30 tengahari. Sampai je di wad kawan Princess's Beloved Husband tu kami dapat tahu ada 3 lagi orang yang kami kenal ada dalam hospital yang sama. Mak angkat Princess tingkat 2 hospital, rakan sekerja tingkat 8, dan anak kepada incharge Princess's Beloved Husband tingkat 7. Dan kawan baik Princess's Belived Husband tingkat 5. Kami habiskan masa 3 jam lebih untuk pergi melawat kesemua mereka. Bayangkan kami turun naik tangga dan lif. Alhamdulillah asma Princess tak menyerang time tu.

Memang menduga sangat-sangat keikhlasan kami. Walau apa pun kami ikhlas melawat mereka.

Dalam pukul 3 lebih kali baru nak lunch. Dan lunch dengan sorang lagi kawan rapat Princess's Belived Husband yang sememangnya sangat rapat dengan kami berdua. Dalam pukul 4 petang kami ke GM Klang pulak. Hoyeay!!!

Shopping, shopping dan shopping!!! GM ada kat bangunan baru okay. Lagi tersusun dan teratur. Lain sangat dari GM kat bangunan lama yang berserabut. Macam biasa, pergi bukan saja-saja tapi ada misi. Nak cari stok manik yang dah nak habis!

Masa tengah cari manik dah dapat sorang kawan kat situ. Dia jahit manik untuk baju sendiri tapi Princess jahit manik untuk buat berniaga lah kan. Dia tanya kalau ada blog. Oh, dengan bangganya bagi tau nama blog Princess yang tak popular ni.

Kepada awak yang kita jumpa kat kedai manik tu. Terima kasih ya sebab sudi singgah jalan-jalan kat blog saya. Maaf sebab lupa nak tanya nama awak. Klau awak jalan-jalan kat blog saya sila tinggalkan jejak ya. Supaya boleh berkawan dengan awak lebih rapat lagi.


Okay lah all... Nanti nak update tentang manik lagi. InsyaAllah dalam masa terdekat ni.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, 31 December 2012

FAMILY DAY OUT - BERSAMA SEPUPU MENGHABISKAN MASA

Oh, the family day out yang paling best ever!!!
Maklumlah jarang jumpa sebab masing-masing sibuk dengan kerja, belajar dan sekolah...
Tapi yang sekali sekala jumpa tu lah yang paling best!!!



Aimi and Nina



Aiman and Uda (adik Princess)





Aiman and Uda again.


Nina



Aimi, Nina and Princess.






They are...
Bila dah berjumpa memang gila lah jadinya.


Malam tu kami keluar pulak.
Pergi Angsana. nak main bowling katanya...
Ikutkan je la budak-budak tu.



Sebelum main bowling haruslah makan dulu.



Kami main bowling 2 round setiap sorang...
Ala bukan pandai main pun masing-masing.
Cuma nak habiskan waktu bersama je.



Aiman dan skill nya...



Kami bertiga...
Aimi, Princess dan Nina.



Kami lagi...



Aimi dengan skill yang kononnya...



Nina...


Aimi...


Mereka berdua ni memang tak boleh tengok kamera.



Round pertama...



Round kedua...



Kami keluar dari pusat bowling tu dalam pukul 11.30 malam.
Ahahah....
Lambat kan.
Sebelum balik haruslah bergambar dulu...
As usual...



Aimi, Nina, Princess dan Aiman.



Aimi, Nina, Princess dan Aiman.
Over nya I posing...



Again
Aimi, Princess, Nina dan Aiman.



Kami bertiga pulak.
Aimi, Princess dan Nina.





Habis bergambar je kami terus balik. Penat wooo....
Esoknya pulak nak prepare untuk majlis kahwin untuk hari Sabtu.

Hari yang hebat untuk bersama dengan sepupu...

Okay... Untuk majlis kawin sepupu Princess tu next entry la.
Next entry tu untuk tahun depan la okay...
Tata all...

Sunday, 2 December 2012

MUAR BANDAR DIRAJA


Assalamualaikum alls....

Kejadian pada hari Ahad lepas 25 November 2012.
(Baru sekarang nak cerita.)

Princess dan Princess's Beloved Husband pergi Muar.
Berjalan luangkan masa berdua.
Kebetulan ada keramaian di Bandar Muar.
Oh ya sekarang Muar telah dinaik taraf menjadi Bandar DiRaja.
(TAHNIAH!!!)

Bersempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor. (Maaf jika ada kesalahan penggunaan nama atau perkataan)

Jadi kami berdua datang untuk memeriahkan lagi majlis lah kan. (Sangat lah.)


Sesak sangat orang!!!!


Dihadapan Jam besar Bandar Muar.
Penuh sesak dengan orang. 


Malam tu adalah malam terakhir majlis. Dan kami berpeluang tengok bunga api. Gila banyak bunga api diorang pasang. 
Pertunjukan bunga api tu lama juga adalah dalam 15 minit macam tu.
Macam-macam bentuk dan warna ada.





Ada bunga api bentuk hati kau...
Teruja!!!








Tak sangka dalam kesibukan orang yang ramai tu Princess boleh jumpa kawan Princess masa kat Kolej dulu. 
Dia memang duduk kat Bandar Muar.
Nasib baik dia ingat lagi kat Princess yang tak berapa nak diva ni.



Syazana and me.



Lepas pertunjukan bunga api tu habis kami pun balik lah.
Oh ya. Sepanjang jambatan Muar dan jalan-jalan di Bandar Muar ditutup selama seminggu.
Nilah fisrt time Princess berjalan kaki sepanjang jambatan Muar tu. 
Penat?
Tak lah. Sebab ramai orang. Ahaha..
Lagi pun TERUJA sangat.
Fisrt time lah kata kan. Jakun kejap.