Showing posts with label Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Terengganu. Show all posts

Thursday, 7 February 2013

TERENGGANU THE BEST HOMETOWN EVER!!!

Assalamualaikum all...

Lama nak update cerita tentang keterujaan Princess ketika balik ke Terengganu.
Secara jujurnya Princess teramatlah tertarik hati dengan keindahan dan keaslian negeri Terengganu.
Alhamdulillah Allah telah pertemukan Princess dengan orang Terengganu - Princess's Beloved Husband.

Menariknya Terengganu ni adalah makanannya, orangnya, pantainya dan semualah tentang Terengganu yang boleh buat hati ni terpikat.
Alhamdulillah juga Princess dapat sebuah keluarga mertua yang sangat-sangat baik hati dan penyayang.

Oh ya, bukan Princess nak kata Terengganu je best. Semua negeri pun best juga.
Negeri kelahiran Princess Johor pun best juga.
Cuma Terengganu ni ada keistimewaannya yang tersendiri yang tak terdapat kat negeri lain.
Lain tempat lain cara dan budaya.

Boleh dikatakan Terengganu is my hometown rite now!!!

Okay tak nak cerita panjang, jom tengok apa yang membuatkan Terengganu tu istimewa di mata Princess.


Hari pertama ada di Terengganu haruslah ajak Princess's Beloved Husband minum air buah gelas besar.
Biasanya kalau balik dan nak minum air buah ni minum waktu petang.
Lepas balik dari jalan-jalan kat pantai pastu singgah kat kedai air buah ni.

Tak payah la nak percaya minum air je.
Harus lah ada makanan sebagai tambahan kepada menu kami. Ahahahah...
Yang harus dimakan - Laksam dan keropok lekor.



Okay jangan percaya dengan gambar ni ya. Princess minum gelas sederhana je.
Gelas yang besar tu Princess's Beloved Husband punya okay.
Princess minum jambu batu. Princess's Beloved Husband minum mangga.



Princess dan Ku. 
(Panggilan untuk ayah Princess's Beloved Husband adalah Ku.)

Haruslah bawa mak dan ku makan-makan dan minum-minum.



Tempat yang wajib dikunjungi setiap kali balik Terengganu.



Pasar Besar Kedai Payang!!!
Owh, love this place very much.

Apa yang best.....


MAKANANNYA!!!


 Dasar la kan...
Si pencari makanan. Tu lah sebab meter makan makin naik dan berat haruslah naik sekali.


Owh, balik kali ni sempat lah juga Princess dan Princess's Beloved husband jalan-jalan kat Taman Tamadun Islam. tapi kali ni malas pula nak buat review tentang Taman Tamadun Islam. Boleh...
Huhuhuhu...
Okay tak pe kalau jari jemari ni nak bekerjasama, korang dapatlah tahu tentang tempat ni.




Dihadapan pintu masuk Taman Tamadun Islam.




Taman Monumen lah pulak.








Ni jurugambar kami. (Adik Princess's Beloved Husband)









Kami berdua...

Seriously semua monumen-monumen yang ada nampak real sangat.
Cuma dibuna dalam bentuk miniature.
Owh Princess love miniature...
Masa kami pergi tu tak ramai orang sebab hari orang bekerja.
Cuaca pun teramatlah panas. Terpaksa berpayung bagai.
Sunburn kami laki bini. Ahahaha....


Tak jauh dari taman Monumen kami ke Masjid Kristal pula.
Berhenti sekejap untuk solat Zohor.
Owh, masjid yang cantik sangat-sangat.



Were the love begin...
Eceh...



Masjid Kristal




Memang sesuatu yang menyeronokkan dan mengujakan kalau dapat bercuti di Terengganu.
Banyak yang dapat dipelajari dan dihayati.

Terengganu will come again and again and again...

Eh, tahun 2013 ni tahun melawat Terengganu kan.
Apa lagi meh pakat mari Ganu...

Ahahahaha...

Tata all!!!


Tuesday, 29 January 2013

TERENGGANU AGAIN AND AGAIN

Asaalamualaikum all...

Princess masih ada di Terengganu.
Maaf sebab dah lama tak update blog...
Al maklumlah kalau balik Terengganu  tak sah kalau tak pergi jalan-jalan dan menghabiskan masa dengan MAKAN!! Motif...

Harus lah membesarkan badan yang dah sedia besar ni kan.
Nanti balik Melaka control pula makan...

Hey korang, korang apa cerita?

Rindu dengan blog korang dan catatan harian korang.
Blog-blog korang adalah perkara wajib yang harus di jenguk setiap hari.
Sebabnya blog koranglah sumber inspirasi... Eceh...

Okaylah korang. nanti update later okay.
InsyaAllah entry akan datang akan ada gambar-gambar yang menarik.
Semestinya fresh dari kamera kesayangan dan dari Terengganu!!!

Tata korang...

Monday, 5 November 2012

TERENGGANU YANG BEST!!!

Assalamualaikum alls...

Ini bukan entry bergambar. Musim hujan oi...
Lain kali balik bolehlah bergambar sakan.

Alhamdulillah setelah 4 hari di Terengganu sekarang kembali semula ketempat asal, Melaka.
Aaargh!!! Tak puas rasa bercuti kat Terengganu.
Banyak lagi tempat tak pergi. Tapi tak pe. InsyaAllah bulan 12 ni balik lagi.

Balik kali ni musim hujan, jadi taklah banyak aktiviti yang boleh buat.
Cuma banyak duk rumah je. Pergi melawat sedara mara.
Apa yang best setiap kali balik. Haruslah masakan mak mertua tersayang. Ahaks..
Princess ni boleh dikatakan pemalas gak ar bab memasak ni. Tapi bab mengemas dan membasuh kat rumah mertua Princess lah yang paling rajin sekali. Princess suka basuh-membasuh ni you alls.

Setiap kali balik, haruslah bawa mak mertua Princess shopping barang dapur. Itu dah jadi macam kewajipan Princess setiap kali balik kampung. Bila bawa mak mertua Princess shopping suka tengok bila dia gembira. Biasanya mesti mak mertua Princess bunyi macam ni.

"Bagus Nurul ni. Tak kedekut. Murah rezeki."

Okay I bangga you all. Ahaks...

Bagi Princess itu perkara biasa. Memang biasa sangat. Bila dengan ibu sendiri pun memang Princess akan buat perkara yang sama.
Tak ada perbezaan.

Okay berbalik kepada cerita asal. Terengganu.
Balik kali ni pergi minum air buah gelas besar. Oh gila besar.
Tapi sorrylah tak ada gambar nak tunjuk korang. Tapi serius gila besar. Princess's Beloved Husband yang order gelas besar untuk dia. Lepas tu menyandar kekenyangan minum air. Penuh air dalam perut. Tapi disebabkan ianya air buah tak apa lah sebab ia menyihatkan walaupun minum banyak.

Kali ni pun tak sempat makan ikan celup tepung. Tapi walaupun terkilan tak dapat makan mak mertua Princess tolong buatkan. Beli ikan kat pasar dan goreng dengan tepung. Oh sedap ok. Ah sudah teringin lah pulak. (Mak nak ikan celup tepung lagi!!!)

Kat sana ikan segar-segar. Tu yang sedap nak masak apa saja. Ikan segar ni istimewa sikit. Rasanya manis. Dekat Melaka ni ada ikan segar tapi payah nak jumpa. Disebabkan susah nak jumpa ikan segar kami makan ayam je banyak. Tapi bila teringin nak makan ikan cari juga kat pasar.

Okaylah alls...
Korang mesti bosan kan baca entry tak bergambar ni...
Dah, tak nak cerita banyak. Nanti korang muntah baca banyak-banyak ni..
Huhuhuhu..

Tata alls...

Wednesday, 31 October 2012

TERENGGANU LAGI!!!

Yeay!!! Alhamdulillah masih diberi kesempatan dan kesihatan yang baik untuk pulang ke kampung halaman. Huhuhu... Princess anggap macam rumah sendiri okay. (Walaupun itu rumah mak mertua Princess.) Tak pe lah feeling-feeling macam kampung sendiri lah.

Kenapa Princess suka balik Terengganu? Sebab boleh membesarkan badan yang tersedia besar ni. Hahaha...

Banyak makanan best-best kot. Mintak-mintaklah Princess's Beloved Husband tak bawak Princess ni berjalan sangat. Kalau tak... Makan je lah kerjanya. Keluar rumah je makan. Makan, makan dan makan lagi sampai obesiti. Ha... Boleh?

Okaylah alls... Lain kali kita cerita-cerita lagi ya. InsyaAllah malam ni akan bertolak ke Terengganu. Doakan perjalanan kami dipermudahkan dan selamat sampai. Amin.

Tata alls...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, 25 July 2012

TERENGGANU, HERE WE COME!!!

Assalamualaikum alls...

Alhamdulillah sudah masuk hari ke-5 kita di bulan Ramadhan. InsyaAllah setelah lima hari kita beribadat kerana Allah mungkin hati kita telah menerima hidayahNya dan sentiasa terbuka luas untuk mengejar saham akhirat.

InsyaAllah hari ini selepas asar Princess dan Princess's Belived Husband akan bertolak ke Terengganu. Yeay!!!

Seronok rasanya hati. Alhamdulillah, berkesempatan juga Princess dan Princess's Beloved Husband berpuasa di sana.

Apa yang seronok berpuasa disana?

Hmm... Jika jawapannya dari Princess, haruslah makanannya yang menyeronokkan Princess untuk berpuasa disana. Makanan atau juadah berbuka yang ada disana jarang boleh didapati di selatan tanah air kita. Mungkin ada tapi tak berapa nak original lah kan. Alhamdulillah, seperti tahun-tahun sudah Princess tak lah membazir dengan juadah berbuka yang banyak walaupun pergi ke bazaar ramadhan. Biasanya Princess beli mana yang perlu sahaja.

Princess sebenarnya tak suka makanan berat ketika berbuka sebab takut Princess tak boleh menunaikan ibadah-ibadah yang lain. Cukup sekadar memakan kurma dan kuih-muih. Tapi lain pula dengan Princess's Beloved Husband, juadah berbuka yang berat seperti nasi adalah menu wajib yang perlu ada. Katanya itulah stail orang pantai timur. Kalau Princess 'connot gi gitu'. Wahaha...

Alhamdulillah Princess masih mampu untuk menahan nafsu setiap kali ke bazaar ramadhan. Biasanya Princess akan kebahagian orang menjual kuih sahaja. Itu pun ketika membeli Princess ini memilih juga. Agak-agak kuih tu nampak keras saja Princess pergi ke kedai lain. Tapi kalau kena kedai yang molek makan masa juga kat situ. Bukan apa hanya untuk memilih jenis kuih yang Princess suka saja.

Ada sekali tu, Princess pergi bazaar ramadhan di Merlimau. Punyalah banyak orang menjual juadah untuk berbuka, bak kata orang kalau ikutkan nafsu nak je beli semua tu. Tapi last-last Princess keluar dari bazaar ramadhan tu tanpa membawa apa-apa bungkusan pun. Boleh?

Princess's Beloved Husband kata dia respect kat Princess, sebabnya dia tak pernah jumpa orang macam Princess ini walaupun pergi ke bazaar ramadhan yang penuh dengan bau makanan yang boleh membuka selera tapi Princess boleh keluar ke bazaar ramadhan dengan tangan kosong.

Wahahaha... Itu namanya BAJETS...

Okay lah alls... Princess nak mengemas apa yang patut. InsyaAllah kita jumpa lagi dilain entry okay.

Tata alls..


Published with Blogger-droid v2.0.4