Showing posts with label SHOPPING. Show all posts
Showing posts with label SHOPPING. Show all posts

Thursday, 6 December 2012

PRINCESS AND BEAUTY (3)

Assalamualaikum alls....

Kali ni nak kongsi tentang sabun mandi pula dengan korang...
Haaa... Ni bukan sabun mandi biasa ya. Tapi sabun mandi yang sedikit istimewa.
Tak silap Princess, Princess dah guna sabun ni hampir setahun.
Tu pun lepas beberapa kali terpandangkan sabun yang sama dekat Mydin MITC Melaka.

Mula-mula tak nak pun beli. Yelah... Sebuku mau cecah RM6.00. Gila kau. Sebuku je pun.
Tapi Princess gatal juga tangan gi beli. Kononnya nak try test la ni.
Mula-mula try la bau. Pergh... Wangi gila sabun dia. tak buka kotak pun dah dapat bau wangi tu...
And then try guna. Wah... Wanginya badan I... Macam bau Puteri kau...
Ha... Sejak first time guna setahun yang lepas terus jatuh cinta you all...

Ha ni lah sabun dia...


(Sumber Mr. Google)

Yardley London
Luxury Soap

Princess guna yang warna ni English Rose.
Sebab dia PINK!!!
Hahaha...
Ada juga wangian versi lain macam bau Lavender dan yang lain-lain Princess tak berapa nak ingat.

Bau dia memang korang akan felling-felling puteri raja lah..
Hahahah... Jangan berangan sangat macam Princess ya..
Bau macam korang pakai perfume satu badan.
Princess's Beloved Husband pun kata wangi sangat lepas mandi. Hehehe...
Lagi satu sabun dia tahan lama. Tak kira lah mahal pun janji dapat menawan hati Princess's Beloved Husband. Eh....

Ahah... Ni je pun sabun yang dapat suggest kat korang yang mementingkan wangian sepanjang hari.
Kulit pun jadi sangat lembut. Dan lembap.
Yang Princess tahu ada jual kat Mydin. Kat tempat lain Princess tak tahu pula.
Korang try la cari. Maybe ada jual kot kat pasaraya lain.

Nota gila si Princess : Takkan rugi pun beli sesuatu yang mahal untuk pikat hati suami sendiri...

Saturday, 1 December 2012

BERJALAN KITA ---- MEMANG GILA

Semalam Princess's Beloved Husband ajak berjalan. Kebetulan dia off duty.
Lepas je Princess's Beloved Husband balik solat Jumaat kami bertolak.
Nak tahu Princess's Beloved Husband ajak kemana?
Pergi Klang. Dan balik malam tu juga.

Okay fine kami dah biasa buat macam ni. Jangan terkejut okay.

Konon nak berjalan sangatkan.
Pastu Princess ajak pergi Nilai 3...

Konon nak ajak makan sup kat situ lah. Oh ya ada kedai sup kat situ yang super sedap. Mesti korang-korang yang dah biasa pergi Nilai 3 mesti tau kedai dia. Kedai dia kat kawasan Medan Selera Nilai 3. Tak silap Princess nama kedai sup tu Sup Berdengung kot. Ahah....

Bukan nak shopping sangat pun. Cuma nak beli barang untuk ibu dan mak mertua Princess je sebenarnya.
Beli kain pasang je Dah lama rancang nak beli kain pasang yang sama untuk kedua-dua mereka. Tapi asyik tak de mood nak masuk kedai kain je. (Ahah--- Nak masuk kedai kain kena ada mood ye. Kalau tak mau pening kepala nak cari kain yang berkenan.)

Princess's Beloved Husband ajak beli kat kedai-kedai yang ada je. Tapi Princess tak nak. Nak juga pergi kat Textile Walk. Ha... Walk la kau kat situ puas-puas..


Sebenarnya jakun sebab tak pernah sampai kat Textile Walk ni. Bila sampai agak teruja lah tapi bila dah masuk... Hmm... Bukan ada pun. Memang ada kedai kain tapi kat tengah-tengah alam tu mamat pakistan dok jual frame lah, tudung lah eh macam-macam lah. Tapi nasib baik mata Princess hari tu baik. Tak de lah nak rambang sangat. Cuma terpesona lah sikit. 

Nasib baik masa Princess pergi tak ramai orang. Agaknya kalau ramai orang semakin sesak lah kot kat situ. Dan lagi bila tak ada orang pun memang sesak kat situ. 
Tak de langsung kaki lima yang boleh berjalan. 
Kau buat lah berjalan dalam satu barisan tu je.

Tapi Princess ni pun bukan nak beli sangat. Saja nak jalan. 
Sebab Princess ni tak berapa nak pekenan nak beli atau shopping barang yang tak berkenaan.

Tapi bila dah ada kat Nilai 3 ni haruslah pergi menjengah ke kedai-kedai barangan perkahwinan. Oh itu tempat yang paliiiing Princess suka. Gila tak suka. 
Mau berejam duk kat kedai-kedai tu. 
Bukan beli apa pun. Cuma jalan saja dan tak beli pun.
Itu satu kepuasan sebenarnya.
Rasa macam nak kawin lagi sekali.. Ahahaha... Tapi kawin dengan Princess's Beloved Husband je lah....

Lepas balik dari Nilai 3. Destinasi seterusnya ke Klang pula. 
Huhuhu... Kali ni perrgi saja nak jumpa kawan lama. 
Yang paling nak jumpa sangat adalah mak angkat Princess. Okay. Rindu kat dia sebenarnya. Ihihi..
Thank you Cik Sal sebab masak bihun gorang yang super sedap tu.
Lain kali Princess datang boleh lah masakkan lagi.. 
Lepas tu jumpa kawan baik Princess's Beloved Husband juga. Dulu masa kat Klang kami duk rumah sebelah menyebelah. 
Pergi makan-makan dan malam tu kami balik ke Melaka pula.

Pergh... Rabak juga lah mata ni bila berjalan malam. Tapi tetap happy. Nama pun berjalan kata kau.
InsyaAllah pertengahan bulan ni kami akan ke Klang lagi. InsyaAllah...


Nota gila Si Princess : Mengeratkan apa yang telah terpisah. Bukankah itu lebih baik...

Saturday, 24 November 2012

SEMENJAK DUA MENJAK NI-SELALU ORANG DOK KATA...

Durian Crepe...

Apa menatang tu? Ahaha...

Princess yang tak makan durian pun sibuk nak tau benda tu apa.

(Okay fine Princess memang tak makan durian. Ikut suka korang lah nak cakap I ni minah salleh celop.)

Durian tu musuh ketat Princess okay. Ahaha..

Okay terjebak dengan durian crepe ni pasal Princess's Beloved Husband lah.

Hari tu masa gi shopping barang dapur kat Mydin, MITC ada nampak orang jual durian crepe ni. Masa tu tak silap macam ada pameran craft dari negeri-negeri gitulah sebab banyak booth kat situ. Maklumlah lama tak shopping kat Mydin apa yang terjadi kat Mydin pun tak tau.

Masa nampak durian crepe tu dengan lantangnya Princess bersuara.

"Yang nilah durian crepe yang orang duk canang kat facebook tu ea?"

Princess's Beloved Husband cakap.

"Nak ke? Kalau nak abang belikan."

"Apa pulak kita. Awak yang nak makan sebenarnya tapi kita pulak jadi alasan dia nak beli. Durian kot."


Okay Princess's Beloved Husband nak sangat tengok wife dia ni makan durian. Dia kata rugilah kalau orang melayu tak makan durian. Ahah... Tak rasa rugi pun...


Okay berbalik pada durian crepe tu. Princess ingatkan benda alah tu macam rangup-rangup gitulah. Tapi tak pun. Pastu akak tu kata rasa filling dia macam ice cream. Ye ker. Princess tak rasa pun okay. Sebab ianya durian dan satu lagi akak tu kata cream dia dikacau sekali dengan durian tapi tak, durian hidup-hidup kat bawah lapisan cream tu. Oh cannot gi lah...


Princess's Beloved Husband belilah satu. Satu bungkus ya. Ada 4 durian crepe kat dalamnya. Harga... Tak berapa nak ingat pula.

Princess's Beloved Husband kata sedap. Hmm... Orang kalau dah minat durian memang semua tentang durian sedap. Ye dak...


Nota gila si Princess : Musim durian ni mahu pening Princess. Rumah penuh dengan bau durian... Uhuk... Uhuk... Help me!!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, 17 September 2012

JALAN-JALAN HABISKAN DUIT!!!!

Assalamualaikum alls...

Ni nak cerita sikitlah kat korang-korang semua. Hari tu kan kita pergi Cameron Highland. Hahahah... Cerita dah berkulat dah sebenarnya. Tapi tetap nak cerita.

Sebenarnya kami pergi Cameron Highland tu tanpa dirancang. Saja suka-suka jalan hujung minggu.

Tahun ni kali kedua kitorang pergi Cameron Highland. Kebetulan Princess's Beloved Husband dapat pelepasan 2 hari. Sukalah tu...

Kami pergi hari Jumaat. Tapi tidur semalam di KLIH (Kuala Lumpur International Hotel) mahal sikit lah tapi berbaloi juga sebab selesa sangat. Esoknya, pagi-pagi kami bergerak terus ke Cameron Highland. Yeargh!!!

Tapi walaupun kami pergi main terjah tanpa dirancang tapi kami dah siap booking hotel. Maklumlah hujung minggu mesti ramai orang punya.

Tiba disana. Ya Allah punya lah banyak umat manusia. Jalan jem gila. Kenapa? Sebab hari Sabtu malam di Cameron Highland ada pasar malam. Oh, best okay pasar malam dia. Ada jual buah-buahan, sayur, soft toy dan macam-macam lagi diorang jual.

Tang paling best dan paling Princess suka sangat ada sorang mak cik ni dia sorang je yang jual apam balik. Oh, apam balik dia SUPER SEDAP lah. Korang kena cuba apam balik telur dia. Tak rugi korang beli. Walaupun apam balik tapi rasa kerangupannya. (Oh, rasa nak nangis teringatkan kesedapan apam balik mak cik tu). Wahahaha.

Kali ni kami tak berjalan ke mana pun. Kami banyak berSHOPPING dari berjalan tapi yang semestinya holiday kali ni Princess dapat makan strawberi cicah coklat (rujuk gambar diatas). Saya suka, saya suka.


Entry kali ni Princess tak boleh nak tunjuk gambar gedik kami. Sebabnya kami tak snap apa-apa gambar pun kecuali gambar strawberi coklat fondue tu.

Sebabnya, oh sungguh berasa hati. Kami boleh TERTINGGAL kamera atas meja kat rumah. Boleh?

Phone kami pula bukanlah phone yang cangih macam korang so tak adalah entry bergambar kali ni. Lain kali lah ya kami pergi dan bergedik bergambar bagai.


Okaylah lain kali Princess cerita-cerita lagi ya.

Love you alls...

Assalamualaikum...


Nota gila si Princess : BerHoliday sambil berHoneymoon.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, 6 August 2012

DIPAKSA DAN AKHIRNYA TERPAKSA....

Assalamualaikum alls...

Oh.... Lama sungguh tak ber'BLOG'. Bukan tak sudi untuk ber'BLOGGING' lagi tapi..... Princess banyak sangat kerja. Bertimbun rumah Princess dengan baju-baju kurung raya customer. Lagi 2 minggu dah nak raya rasa sekejap saja masa berlalu. Alhamdulillah dalam kesibukan yang melanda amal ibadat di bulan Ramadhan ini Princess tidak lupa untuk mengejar. Walaupun terasa sekejap tetapi Alhamdulillah nikmat Ramadhan itu Princess dapat rasai.

Dalam sibuk mencantikkan baju-baju kurung raya customer, Princess rasa malas pula nak shopping baju raya sendiri. Bukan tak mahu beli tapi Princess rasa baju raya tahun lepas masih boleh guna kot. Hah... Boleh??? Orang sibuk beli baju raya baru Princess sibuk nak pakai baju raya tahun lepas.


Memang merancang tak nak beli baju raya tahun ini. Sebabnya baju raya tahun lepas masih elok dan cantik lagi. Tak payah membazir sangat lah kot nak beli baju raya baru untuk tahun ini. Lagi pun Princess's Beloved Husband tak cuti pun tahun ini.

Tapi kan, dalam Princess tak nak tu Princess kena marah kot dengan Princess's Beloved Husband sebab tak ada baju raya baru tahun ini.

Siap dipaksa untuk beli lagi. Princess's Beloved Husband kata dia sanggup belikan baju raya yang mahal-mahal asalkan Princess beli baju raya baru tahun ini.

Hmm.... Dalam DIPAKSA itu Princess TERPAKSA la beli. Sebab yang kedua mak mertua Princess pula marah sebab yang sama. TAK ADA BAJU RAYA BARU...

Oh... Nampak macam kejam je rasa. Huhuhu....

Jadi dalam KETERPAKSAAN itu, Princess's Beloved Husband ajak Princess pergi ke Bazaar Raya. Dan dalam KETERPAKSAAN itu juga Princess ikutkan saja.
Masa jalan-jalan di Bazaar Raya, punya lah ramai manusia. Leceh pula rasa nak beli. Princess tak suka lah tempat yang ramai orang macam tu. Rasa sakit hati pula sebab kena berhimpit-himpit.
Tapi nampak lah kesungguhan Princess's Beloved Husband carikan baju raya baru wife dia ni. Asal Princess belek-belek baju mesti Princess's Beloved Husband suruh beli. Katanya cantiklah, kena dengan Princess lah macam-macam lagilah dia cakap supaya Princess beli baju raya baru untuk tahun ni.

Dan hasil dari rembatan yang tak disengajakan.........

SETELAH DIPAKSA DAN AKHIRNYA TERPAKSALAH.....



Like Princess. Pink and always PINK!!! Yeay!!


Hitam boleh jadi menawan.... Ini belum bling-bling lagi ini.
Wahahah.... 
Jadi DIVA lah Princess tahun ini!!!
Princess always acting being a Princess.

Hasil setelah DIPAKSA oleh Princess's Beloved Husband....
2 pasang jubah yang entah berapa harganya tak tahu. Urusan bayar membayar diserahkan kepada orang yang MEMAKSA. Maka orang yang DIPAKSA hanya senyum saja....

Korang pula, dah beli baju raya baru? Jangan sampai ada yang PAKSA tau...


Nota gila Si Princess : Dalam DIPAKSA-PAKSA pun masih mampu cari baju yang ala-ala DIVA gitu...

Friday, 10 February 2012

PRINCESS AND BEAUTY

Kebanyakkan wanita masa kini sangat-sangat mementingkan kecantikan. Itu adalah betul. Sama seperti wanita lain, Princess juga tidak ketinggalan untuk menjaga kecantikan. Kenapa? Almaklumlah, sudah bersuami. Apa yang pasti Princess menjaga kecantikan bukan untuk dipertontonkan pada orang lain tetapi pada Princess's Beloved Husband sendiri.

Hari ini Princess nak kongsi tentang masker. Biasanya dalam pemakaian masker Princess mengamalkan seminggu sekali. Dilakukan secara rutin. Biasanya Princess akan lakukannya pada setiap hari RABU. Alhamdulillah kulit Princess bukan tergolong dalam kulit yang berjerawat. Sebenarnya kulit muka Princess susah untuk didatangi jerawat. Alhamdullilah juga kulit muka Princess adalah normal dan bukannya sensitif. Walaupun bukan jenis sensitif Princess tetap menjaga kulit dengan sebaiknya.

Ini adalah masker yang selalu Princess gunakan:


Jenama SAVEE - 3D PAPER MASK SERIES
SOY - Spot Elimination
Kebaikannya dapat mencerahkan kulit, antipenuaan, meremajakan kulit, menyamarkan noda dan melembutkan kulit.

Jenama SAVEE - 3D PAPER MASK SERIES
BLACKBERRY - Super whitening
Kebaikannya adalah mengandungi antioksida yang dapat melawan penuaan, mengekalkan keremajaan kulit dan anti kedutan pada kulit.
Jenama ini Princess beli semasa Princess ke Dataran Pahlawan hari itu. Harga Princess tak berapa nak ingat. Ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Branch SAVEE terdapat juga di Kajang, Ipoh, Penang, Kuantan dan juga Singapore. (Princess rujuk di bungkusan)

Selain jenama di atas Princess selalunya menggunakan :

Jenama ELIANTO - VEGE MASK SHEET
Brightening and nourishing
Ini jenama kegemaran Princess. Ia dapat melembapkan kulit dan sungguh lembut dikulit muka. Selepas menggunakannya akan terasa segar dan lembap pada kulit.
Princess juga menggunakan jenama Elianto ini untuk bawah mata yang gelap.

 Jenama ELIANTO - BRIGHTENING
Eye zone treatment patch
Princess guna ini saja untuk bawah mata Princess yang macam mata panda. Didalamnya ada 12 pasang yang digunakan sebanyak 6 kali. Juga digunakan oleh Princess seminggu sekali secara rutin.

Dan last sekali jenama yang Princess gunakan sejak 5 tahun lalu dan juga favourite Princess adalah: 

Jenama GARNIER LIGHT - LIGHTENING PEEL-OFF MASK
Ia mencerahkan kulit dan menghaluskan kulit.
Ada dua dos. Ia seperti gam dan mudah ditanggalkan apabila kering.

Mungkin masker yang Princess gunakan adalah bercampur-campur tapi ia adalah baik untuk kulit Princess. Bagi mereka-mereka yang tidak mengetahui lagi jenis kulit anda jangan amalkan cara seperti Princess. Cukuplah menggunakan satu saja jenama.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, 5 February 2012

HUH... HILANG DAH...

Apa yang hilang? Haa... Hilang sudah stress di kepala. Bagaimana? SHOPPING lah... Hahaha... Rasa seronok bila dapat shopping dan keluar dating bersama Princess's Beloved Husband. Lepas Princess's Beloved Husband habis kerja semalam dia ajak Princess pergi shopping. Oh... Oh... Ini yang buat Princess bertambah sayang pada Princess's Beloved Husband. Tempat yang dituju... Jusco Aeon Bandaraya Melaka. Nama pun tinggal di Melaka kan. So tak adalah Pavilion, Sogo, Suria KLCC bagai kan. Mall yang ada dan popular dekat Melaka ni seperti Dataran Pahlawan, Mahkota Parade, Mydin Mall (nak beli barang dapur boleh lah kan) dan Jusco Aeon Bandaraya Melaka. Itu saja tempat yang popular dan selalu dikunjungi oleh Princess sendiri.

Bila dah shopping mestilah ada barangnya kan? Princess shopping tak banyak. Kali ini shopping tak beli baju, beg dan dress. Just beli Sandal Camel Active dan barang makeup. Wah... Makeup wajib. Mestilah wajibkan kalau tak bukan DIVA namanya. Sandal Camel Active yang Princess beli ni design macam mak cik-mak cik sikit. Wahaha... Boleh... Okaylah... Malas sudah untuk cerita panjang-panjang jadi layan gambar yang tak berapa nak banyak ini sajalah ye...





Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, 1 January 2012

KISAH PRINCESS DAN GUESS

Wah title tak agak babe... Hari ini rasa nak buat entry kisah Princess dan GUESS... Wohoho... Tak boleh dengar tentang GUESSS BRAND. Become CRAZY!!!!! Pendedahan dengan GUESS BRAND from my fiance yang sekarangnya Princess's Beloved Husband. Thanks to him because give me a first GUESS its GUESS JEANS dan dari situ jatuh lah cinta pandang pertama Princess pada GUESS. Masa tu Princess masih tinggal di Melaka dan for information susah untuk dapat barang GUESS dekat Melaka. Outlet dia pun tak ada. Sedih tau sebab tak ada outlet Princess favourite brand. Kalau jumpa pun mesti barang tiruan.  Selepas berkahwin Princess berpindah ke Klang ikut Princess's Beloved Husband. Di Klang, Wohoho... Berlambak GUESS outlet. Wahaha... Seronok sangat bila dapat pergi GUESS dan borong banyak-banyak.. Hehehe... Suka-suka... Not all la Princess beli setakat ni. Selalunya Princess hanya beli apa yang mampu je dan kalau Princess teringin nak shopping dekat GUESS, Princess hanya beli handbag saja. Setakat ini banyak juga lah handbag and others, tak nak bagi tahu berapa banyak sebab Princess takut orang cop Princess suka menunjuk-nunjuk... Huhuhu...

Sekian,
Kisah Princess dan GUESS nya...

Saturday, 16 July 2011

SHOPPING

SHOPPING... SHOPPING... SHOPPING...

Antara perkataan & perbuatan yang tidak dapat dipisahkan dengan insan yang bernama PEREMPUAN atau WANITA ialah SHOPPING atau MEMBELI-BELAH.
Bagi Princess SHOPPING boleh membuatkan Princess rasa tenang, ceria & BEBAS. Ya... BEBAS dari segala macam MASALAH. Sebab, bila kite asyik berSHOPPING kita akan meLUPAkan semua masalah dan fokus pada satu iaitu SHOPPING.
Dulu, sebelum kawin Princess suka SHOPPING dengan Princess's Best Friend Ever iaitu Nursyuhaidah or Princess Syu'ai. She's definitely like Princess. We together like Fashion, Makeup, Dress up and SHOPPING specially. Kami sering bertukar-tukar pendapat mengenai Dunia Fashion & Dunia Wanita. Bila kami keluar untuk SHOPPING bersama kami suka SHOPPING MAKEUP Stuff, DRESS, SHOES and BAGS. Ohohoho... Bila dapat SHOPPING banyak-banyak macam tu rasa BEBAS sangat-sangat. Princess rasa TENANG dan juga SENANG HATI.

Last night, Princess pergi SHOPPING. With Princess's Beloved Husband. Memandangkan kami keluar rumah sudah agak malam jadi kami hanya keluar SHOPPING area KLANG saja la... Bukan SHOPPING untuk kepuasan tapi SHOPPING untuk keperluan. Princess SHOPPING cermin mata & Princess's Beloved Husband SHOPPING kasut kerja. Huhuhuhu... Masih boleh mengawal diri untuk SHOPPING Dress and Bags. Eeeeeee... Semalam ada SALE pulak kat tempat kami SHOPPING. Huhuhu... Lagilah GERAM dibuatnya.. Princess's Beloved Husband cakap "Kalau sekarang nak SHOPPING nanti bila nak RAYA tak payah SHOPPING la ye?" - OH NO......... Rasa kecewa...
So dengan semangat yang kental Princess tahan juga untuk SHOPPING RAYA nanti. Ahahaha... Lantak lah... Princess will make sure untuk dapatkan GUESS BAG from Princess's Beloved Husband... Hahaha... Biar bertambah koleksi Princess's GUESS BAGS yang sedia ada banyak kat rumah... WINK...

Princess & GUESS tak dapat dipisahkan...      

Wednesday, 13 July 2011

~SABAH~

RINDUnya nak pergi SABAH... Pergi untuk meghirup udara segar dan nyaman diSANA. Pergi untuk meLUPAkan segala macam MASALAH yang ada diSINI. Pergi untuk bertemu PARENT and ADIK Princess. Pergi untuk menenangkan diri Princess yang begitu SERABUT. 

Tiba-tiba teringat akan TRIP tahun lepas. Semasa IBU Princess nak pindah ke SABAH. Princess ikut sekali you. But seribu kali sayang. Princess's Beloved Husband tak ikut sebab KERJA. So pergilah Princess dengan FAMILY sahaja. It's such a beautiful TRIP Princess have in Princess LIFE.

Banyak tempat yang Princess pergi masa kat SABAH. Ayah Princess as our Tourist Guide. Kami berjalan area Bandar Kota Kinabalu, Kundasang & Gunung Kinabalu. Woohoo... Seronok sangat-sangat...

Description :

BANDAR KOTA KINABALU - Lebih kurang Kuala Lumpur Town. Cuma tak banyak bangunan pencakar langit seperti KL. Makanan yang pelbagai dan jarang ditemui di Semenanjung. Bandar KK ni sebenarnya berdekatan dengan PANTAI. Princess suka PANTAI. Siapa kate barang-barang dekat SABAH mahal? Itu semua bohong belaka. Iyanya lagi murah berbanding Semenanjung. See Princess ter'SHOPPING' banyak..

Hasil yang sempat diREMBAT for first Picture.

Terlalu sibuk memilih baju yang KONON nya Princess MUAT untuk pakai.
IBU Princess cakap "Tak payah beli dulu, tunggu kecik sikit badan tu baru beli."
Macam boleh KECIK je Princess ni... HUHU 

  Belanja sakan Princess area Bandar KK. Antara tempat yang perlu pergi untuk SHOPPING ialah :-
~ Pasar Philippine = Tempat orang menjual & membeli MUTIARA
~ Pasar Gaia @ Pasar Tamu = Tempat untuk para pelancong SHOPPING sakan untuk beli SOUVENIR.
   Kat Bandar KK ada banyak Pasar Gaia @ Pasar Tamu ni. So tak kira kat area mana pun pergi harga tetap
   sama (MURAH).

KUNDASANG - Tempat ni dekat kaki GUNUNG KINABALU. Kawasan yang sungguh SEJUK & NYAMAN. Kalau dekat Semenanjung lebih kurang macam Cameron Highland. Kalau kat Cameron Highland banyak kebun teh kan. Tapi kalau kat Kundasang banyak kebun sayur & kebun buah. Kundasang juga boleh dijadikan DESTINASI untuk HONEYMOON. Kat Kundasang pun banyak tempat-tempat yang boleh dilawati antaranya British Memorial Park. Cantik sangat tempat dia sebab atas BUKIT dan juga hiasan dalam Memorial Park ni ala-ala British & Inggeris. SO SWEET..Kalau tak percaya cuba tengok picture di bawah :-

British Memorial Park 

Princess rasa seperti PUTERI KAYANGAN
Hahaha...



GUNUNG KINABALU - Siapa tak kenal Gunung Kinabalu sila angkat tangan... Pergi BUNUH DIRI. Kalau orang Malaysia tak kenal Gunung Kinabalu harus berasa MALU ok. Semua orang sedia maklum Gunung Kinabalu adalah tempat yang paling BEST untuk mendaki dan Gunung Kinabalu juga antara GUNUNG yang tertinggi di DUNIA. Huh.. Bangga menjadi anak Malaysia. Gunung Kinabalu juga merupakan sebuah destinasi percutian yang ideal bagi sesiapa yang sukakan kedamaian. Terdapat juga resort & homestay disekitar gunung ini. Walaupun Gunung Kinabalu ini antara yang tertinggi di Dunia tetapi para pendaki tidaklah sampai mendaki beratus-ratus Kilometer dari aras laut. Hanya beberapa Kilometer sahaja nak sampai kat puncak gunung. 



Picture di pintu gerbang permulaan untuk para pendaki mendaki Gunung Kinabalu.


So sampai disini sahajalah kisah pengembaraan Princess di BUMI BAWAH BAYU, SABAH.

Check it out our GEDIK'S ala-ala MODEL photo :


Princess with Ayah


Princess's Little Adik and Bro (ABANG)

Princess's Ibu and Bro (UDA)

KONON - Memasing ala-ala MODEL






TRIP yang SWEET sangat-sangat. Mesti ajak Princess's Beloved Husband pergi for HONEYMOON...