Showing posts with label Burn-Burn. Show all posts
Showing posts with label Burn-Burn. Show all posts

Monday, 8 October 2012

RUANG REHAT SI BURN-BURN...

Assalammualaikum alls...

Selamat hari Isnin korang...

Hari ni nak cerita tentang Burn-Burn yang nakal tu. Lepas pindah Melaka awal tahun hari tu Burn terus berubah perangai. tak mo duk rumah dah. Suka keluar jenjalan ikut suka dia. Princess susah hati dengan perubahan si Burn-Burn tu. Bukan apa, selagi tak panggil balik dia tak akan balik kerumah. Jalan je kerja. Tapi bila keadaan cuaca kat luar rumah panas dia tak lah merayap sangat. 

Lagi satu tentang kesukaan Burn sekarang ni. Dia suka sangatlah tidur kat tepi kolam ikan depan rumah. Oh ya, Princess bukan duk rumah sendiri ya. Princess duk rumah ibu dan ayah Princess. Tapi diorang tak duk sekali dengan Princess. Ibu dan ayah Princess duk Sabah sekarang ni. Okay berbalik cerita pasal Burn-Burn tu. Kat halaman rumah Princess ni ada kolam ikan dan banyak pokok-pokok yang meredupkan pandangan. Oh syahdu.... Burn-Burn suka lah sangat bersantai sambil berehat kat halaman rumah tu... 
Best katanya... Hahahaha....


Nak tidur lah tu.....



Comel tak halaman rumah Princess...
Okay... Riak disitu...



Sepanjang halaman sekangkang kera tu adalah kolam. 
Arkitek yang men'design'kan ruang halaman rumah adalah ayah Princess sendiri.
Ayah Princess rajin okay bab-bab bercucuk tanam dan menghias rumah ni.
Sekarang ni diwarisi oleh menantu kesayangannya Princess's Beloved Husband.
Ada chemistry disitu...



Abaikan orang-orang penghalau burung tu... Wahahah...
Derhaka pada suami sendiri.
Tengok Burn-Burn. Sedap je duk tergolek kat situ.


Huh... Kejap je cerita.. Huhuhu..
Okaylah alls..
Nanti Princess cerita lagi ya.

Terima kasih sudi membaca....


Tuesday, 31 January 2012

KISAH BURN-BURN THE CAT PULA...

Selepas pindah ke Melaka, perangai Burn-burn dah banyak berubah. Burn-burn tak seaktif dulu. Suka menyendiri dan tidur saja. Sekarang dah pandai melawan cakap. Bila kita tak bagi keluar rumah mula lah buat bising. Kita tak bagi keluar sebab nak jaga bulu dia. Almaklumlah kesayangan tuannya. Bulu Burn-burn warna putih jadi senang sangat nampak kotor. Tapi sesekali beri juga dia keluar. Tapi bila dah keluar liat pula nak balik. Kita pula malam-malam nak pergi cari si Burn-burn ini. Tapi itu semasa mula-mula Burn-burn dipindahkan. Dia masih nak menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran baru.

Apa yang mengejutkan kami sekarang, Burn-burn dah pandai cari girlfriend. Girlfriend dia selalu datang rumah kononnya nak jumpa si Burn-burn. Disebabkan selalu datang rumah kami letak nama girlfriend Burn-burn itu MARY... Bukan main lagi. Mary nyah. Hahaha... Tapi kami tak bela pun si Mary ini. Tak tahu kucing siapa kan. Takut si Mary ini ada tuan. Tak memasal kena marah dengan tuan dia sebab bela tanpa kebenaran. Boleh...

Bila Burn-burn dah ada teman baru, kita dirumah selalu dilupakan. Sebabnya Burn-burn dah tak mahu main macam dulu. Asalbalik rumah saja minta makan. Lepas makan tidur. Itu sahaja yang aktiviti si Burn-burn ini setiap hari. Apa-apa pun kami tetap sayang Burn-burn the cat...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, 16 August 2011

BURN-BURN THE CAT & THE CLINIC

Tadi Princess dan Princess's Beloved Husband bawa Burn-Burn pergi KLINIK HAIWAN. Doktor kata Burn-Burn kena kurap. Aik... Cam mana boleh kena plak doktor. Padahal Burn-Burn tak pernah main kat luar rumah. Almaklumlah duduk rumah tingkat 7. Owh... Kesian Burn-Burn... Doktor kata tak teruk sangat sebab baru kena. Mula-mula doktor check up Burn-Burn. Timbang bagai. Berat Burn-Burn 3KG lebih. Uh.. Baru 8 Bulan dah 3KG lebih. Doktor cakap dia boleh bagi injection je. Doktor kata lagi injection ini teramat la sakit untuk HAIWAN. Doktor kata akan rasa pedih pada HAIWAN tu tapi untuk beberapa minit saja. Kesannya pada HAIWAN yang kena injection ini akan berlari satu klinik sebab sakit. So doktor sediakan satu cage kalau-kalau lepas kena injection ni Burn-Burn lari or whatever. Hmm... Princess just say okay. Princess's Beloved Husband pegang Burn-Burn dan Burn-Burn juga ditenangkan oleh doktor sebelum injection. Seperti biasa Princess tak boleh tengok jarum injection kerana terasa tersangatlah lemah. So Princess just memalingkan muka ke belakang tanpa melihat proses itu. Lagi pun Princess takut kalau-kalau Burn-Burn lari or menggila kat klinik tu sebab seperti apa yang doktor cakap injection itu adalah amat menyakitkan untuk HAIWAN. Okay... Jarum suntikan dah ada ubat so masa untuk injection... Menenangkan Burn-Burn yang suka bila orang usap kepalanya. Sekejap je.. Doktor kata "Okay dah siap..." Nak tau Burn-Burn macam mana. Just diam dan tunggu untuk didokong. Uh... Doktor kata bila sakit dia akan berlari satu klinik tapi, Burn-Burn diam je macam tak ada apa yang berlaku. Apakah??? Uhuhu... Doktor pun terkejut sebab Burn-Burn hanya diam je. Sebab doktor tu kata sebelum ni ada juga kucing-kucing yang menerima injection ini akan berlari satu klinik sebab sakit dengan injection tu. Tapi berasa pelik Burn-Burn tak lari pun. Doktor kata Burn-Burn ni kuat. Hehe... Ye la kuat la sangat bunyi kilat pun lari. Apa-apa pun klinik tu memang terbaik. Doktor kat situ pun sempoi dan sporting. Bila kita tanya doktor tu akan bagi penerangan yang lengkap apa dan tidak perlu kita lakukan pada kucing atau HAIWAN kita bila mereka sakit.

HAIWAN juga ada perasaan seperti manusia. Bila kita sakit tentu kita akan ke klinik. begitu juga HAIWAN. Bila dia sakit kita bawalah mereka ke klinik untuk rawatan yang selanjutnya.

Tuesday, 21 June 2011

BURN-BURN yang NakaL


BurN-BurN

Inilah kesayangan ku yang kedua selepas my Beloved Husband.
Nakal sangat-sangat. Terlalu nakal. Kalau dengan Husband aku kemain baik lagi.
Tapi bila dengan aku siap gigit-gigit bagai.

Ni time dia tengah tido. Time dia tido tulah time yang paling aku suka sebab nampak cute sangat-sangat. Cer tengok. Betul tak cakap aku?



Ha... Ni la bila dia dah celik. semua disergahnya. Burn-Burn ni suka sangat main cak-cak. Macam budak-budak. Kita sorok je belakang dinding ke, belakang pintu ke pastu kita cakap je "Cak... Mana Burn tu." Pastu cepat-cepat dia cari kite. Huhuhu... Kadang-kadang kelakar gak tengok kelakuan dia. Itulah dia Burn-Burn peneman hati yang lara.