Saturday, 2 March 2013

HATI SEORANG ISTERI KEPADA ANGGOTA POLIS

Ya... Aku seorang isteri kepada anggota polis...

Isteri yang tahu tentang kesusahan anggota polis itu bekerja.
Isteri yang selalu melihat keringat yang keluar dari badan anggota polis itu.
Isteri yang sedia mendengar cerita tentang kerjanya.
Isteri yang sanggup menenangkan diri sendiri bila anggota polis itu perlu bekerja dalam keadaan diluar jangkaan.
Isteri yang sentiasa ada disisinya bila anggota polis itu memerlukan sedikit sokongan.

Tidak pernah isteri ini mendengar anggota polis itu merungut dengan kerja yang diberikan
Tidak pernah isteri ini melihat anggota polis itu membawa masalahnya ke rumah.

Setiap kali anggota polis itu keluar menjalankan tugas isteri ini akan mendoakan keselamatannya.
Setiap kali itu juga lah hati isteri ini tertanya-tanya.
Selamatkah suami aku?
Adakah dia baik-baik saja?
Apakah tugasnya hari ini akan menggugat keselamatannya?

Itulah perkara yang sentiasa bermain dikotak fikiran.

Setiap kali anggota polis itu pulang dari menjalankan tugas isteri ini ingin melihat ia pulang dalam keadaan seperti mana ia pergi.
Setiap kali itu juga lah hati isteri ini sangat lega.
Lega melihat suaminya pulang dengan selamat.
Lega melihat suaminya baik-baik saja.
Lega melihat suaminya dapat menjalankan tugas dengan baik.

Tidak pernah terlintas di fikiran jika ada perkara yang tak diingini berlaku.

Isteri ini tahu anggota polis itu dapat menjalankan tugasnya dengan baik.
Isteri ini tahu anggota polis itu sentiasa ada untuk menjaga keamanan negara ini.
Isteri ini juga tahu anggota polis itu ikhlas untuk mempertahankan keselamatan negara ini.

Setiap semangat dan keikhlasan anggota polis itu juga menjadi semangat dan keikhlasan kepada isteri ini.
Setiap kegembiraan dan kepenatan anggota polis itu melaksanakan tugas akan menjadi kegembiraan dan kepenatan kepada isteri ini juga.

Apa yang dirasa akan sama dirasa.
Apa yang dilihat akan sama dilihat.
Apa yang didengar akan sama didengar.
Apa yang dilakukan akan sama dilakukan.

Itulah tugas seorang isteri kepada anggota polis.
Setiap yang akan berlaku telah diterima terlebih dahulu.
Setiap yang sudah berlaku diterima dengan redha dan ikhlas.

Jika anggota polis berjuang untuk keamanan negara isteri ini pula akan berjuang demi keluarga.

Inilah nukilan Hati Seorang Isteri Kepada Anggota Polis.

Ya, aku seorang isteri kepada anggota polis.

Semua telah dirasa.
Semua telah dilihat.
Semua telah didengar.
Dan semua telah dilakukan.

Jika dia setia pada negara aku juga setia.
Jika dia ikhlas melaksanakan tugas aku juga ikhlas.
Jika dia gembira dengan tugasnya aku juga gembira.
Jika dia sedia untuk mempertahankan negara aku pun ikut sedia dengan apa yang akan mendatang.

Inilah yang akan diharungi bila bergelar Isteri kepada Anggota Polis.

Bukan senang tapi hati ini redha.
Bukan merungut tapi ini yang dilalui.
Bukan meminta simpati tapi ini lah hati kami.

Walau nampak lembut tapi disebaliknya tegas.
Walau nampak lemah tapi disebaliknya kuat.

Itu yang aku ada sebagai seorang Isteri kepada Anggota Polis...

Kata hati kecil ini "AKU BANGGA MENJADI ISTERI KEPADA ANGGOTA POLIS."



Published with Blogger-droid v2.0.4

6 comments:

Anonymous said...

tahniah dan good luck kepada anda dan suami yang cukup kuat demi tugas suami yang menjaga negara. semoga mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat

Princess Atie said...

Amin... InsyaAllah. Tugas dia tugas saya juga. Sama2 mempertahankan negara dgn cara sendiri.

Farhani Tabrani said...

mohon share sis

MAZNAH JAMILAH said...

In shaa Allah saya juga bakal menjadi suri hati mr police.

Princess Atie said...

Tahniah. InsyaAllah kalau kita redha dgn kerja suami kita Allah juga akan redha dgn kita. InsyaAllah...

Princess Atie said...

Tahniah. InsyaAllah kalau kita redha dgn kerja suami kita Allah juga akan redha dgn kita. InsyaAllah...