Friday 15 June 2012

CERITA SOTONG LAH PULA!!!

Assalamuakaikum alls...


Princess nak kongsi satu cerita tentang sotong ini. Boleh tahan kelakar lah juga. Kisah ini masa tahun 2010. Tahun pertama Princess berpuasa sebagai status bini orang. Wahahah...

Teruja kot masa tu.

Ada sekali tu Princess balik untuk berpuasa di Melaka. Tak silap Princess 5 hari sebelum raya Princess balik ke Melaka.

Malam selepas kami berterawih ibu Princess kata dia nak masak sotong untuk menu sahur. So, ibu Princess pindahkanlah sotong yang ada di freezer ke bahagian bawah peti sejuk. Dalam pukul 10.00 malam Princess keluarkan sotong tu dan buangkan kulit sotong tu. Princess buat senyap-senyap tanpa pemgetahuan sesiapa. Sebabnya Princess's Beloved Husband tak makan sotong yang ada kulit. Katanya macam sotong tu tak habis disiang. Dah habis buang kulit tu Princess letak la balik kat temapt asal yang Princess ambil tadi.

Esoknya tengah sahur ibu Princess dengan terpinga-pinga tanya pada ayah Princess.

"Kenapa sotong letak kat bawah dia boleh hilang kulit ea? Semalam rasanya masa keluarkan dari freezer elok je ada kulit."

Ayah Princess balas balik.

"Dalam freezer kan sejuk, tu sebab dia ada kulit. Bila dah letak bawah dah tak sejuk sangat tu yang dia buang kulit sebab panas."

Wahahaha... Boleh pula macam tu jawapan ayah Princess.

Waktu tu Princess dah tak boleh tahan gelak dah. Masa tu juga Princess gelak semahunya. Sebabnya ibu Princess tak pernah pun buang kulit sotong tu setiap kali nak masak.

Sepanjang sahur tu kami gelak je. Lepas tu ibu Princess cakap.

"Pandai ea kenakan ibu."


Kisah pasal sotong ini pula. Kalau balik Terengganu Princess suka sangat beli sotong. Sebabnya sotong kat sana besar-besar. Puas la kot makan seekor sotong untuk seorang. Bayangkan, seekor sotong Princess pernah beli masa kat Terengganu seekor boleh cecah 1kg. Tapi kata Princess's Beloved Husband. Kalau kena musim sotong lagi besar boleh dapat. Kadang-kadang boleh cecah 2kg dan lebih.

Wah, tak sabar nya nak balik Terengganu. Nak makan sotong banyak-banyak sampai muntah. Wahaha...

Okaylah alls...

Kita jumpa dilain entry.


Tata alls...


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments: