Tuesday 2 August 2011

RASA JE...

Hari ni rasa macam nak demam je... Tekak terasa sakit. Kepala pening. Badan terasa seram sejuk. Ha... Tu semua tanda-tanda nak demam la tu. Huish... Jauhkanlah dari demam Ya ALLAH. Bukan Princess tak terima dugaan dari ALLAH tapi...
For information Princess ada asthma (disebut oleh orang melayu SEMPUT). Jadi setiap kali Princess demam Princess akan kena asthma. Disebabkan itulah Princess tak mahu demam.

Sesiapa yang pernah kena asthma memang tak boleh blah ar dia punya rasa sakit tu. Kalau malam jangan cite la. Rasa separuh nyawa dah. Tak percaya? Kalau tak percaya cer tanya dengan mereka-mereka yang ada penyakit asthma ni. Memang azab la yang menanggungnya.
Tapi... Jangan terpedaya lakonan orang yang kena asthma kat TV ye. Itu semua tipu belaka. Princess dah cakap kan. Hanya yang ada penyakit asthma ni saja tahu bagaimana serangan asthma ni datang. Dia tak datang secara tiba-tiba tau. Asthma tak akan datang tiba-tiba.
Asthma ni dia menyerang secara perlahan-lahan. Mula-mula rasa mengah untuk sehari, pastu akan rasa sesak nafas sikit untuk sehari @ setengah hari, lepas tu bila malam atau waktu sejuk barulah kita akan rasa sesak nafas yang amat sangat. Nak tarik nafas tu rasa cam nak terkeluar urat kat badan. Jalan pun kena perlahan-lahan sebab bila banyak bergerak akan rasa tersangatlah mengah.
Huh... Azab tu... Biasanya klau Princess kena asthma Princess akan dapatkan rawatan kat klinik. Biasanya Princess akan minta untuk sedut oksigen je sebab senang. Lepas sedut oksigen baru la rasa kurang sikit beban didada ni... Sakit ooo... Lagi-lagi kat bahagian dada sebab disitulah terletaknya jantung kita.
Orang-orang yang seperti Princess ni kebanyakannya tak boleh makan benda-benda sejuk sebab akan lebih menggalakkan asthma itu datang.

Huh... Melalut pulak...
Just nak bagi tahu Princess RASA macam nak demam.

No comments: