Thursday 4 August 2011

SI PRINCESS : INGIN BERKONGSI PENGETAHUAN DI SEBALIK KEMUSYKILAN PART 2

Kali ini Princess ingin berkongsi sedikit pengetahuan di sebalik kemusykilan yang sentiasa bermain difikiran kita walaupun dah berkurun lama menjadi umat islam di muka bumi ALLAH yang ESA ini. 
Adalah seorang dua akak-akak kat office ni tanya kat Princess
"Kalau pergi check up doktor pastu doktor ambil darah kita dengan cara cucuk injection batal puasa tak." Uhuhuhu... So Princess jawab "Tak batal sebab doktor bukan memasukkan sesuatu pada rongga badan kita." 
And then akak tu jawab, " Oh ye ke. Akak ingat dah terbatal puasa akak sebab doktor ambil darah tadi. Akak pun dah minum ni." Uh... Pulak...
Lepas tu ada sorang hamba ALLAH ni pulak bercakap. "Kalau mencarut boleh batal puasa kan?" Eh... ada ke? Setahu Princess, puasa itu tak akan terbatal dengan mencarut tapi hanya kurang mendapat pahala puasa. So walaupun Princess sudah menjawabnya tapi terdapat kemusykilan. Jadi dengan ligatnya tangan Princess pergi la search kat MR. GOOGLE. Ok Princess nak kongsi sikit apa yang Princess dah search kat MR. GOOGLE ok..

SUMBER DARI MR. GOOGLE :-
Puasa akan batal dengan salah satu daripada perkara di bawah ini : 
1.
Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.
 2.
Memasukkan sesuatu ke dalam dubur(jalan belakang) atau qubul(jalan depan) dengan sengaja .
 3.
Muntah dengan sengaja (jika termuntah, tidak batal puasa) .
 4.
Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak keluar mani.
 5.
Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan bersuka-suka seperti berpeluk-cium

dan sebagainya.
 6.
Kedatangan haid atau nifas.
 7.
Gila walaupun hanya sekejap masa.
 8.
Mabuk atau pengsan sepanjang-panjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
 9.
Bersalin.
 10.
Berbuka puasa sebelum yakin terbenam matahari.
 11.
Murtad - iaitu orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada dengan hati, perkataan

atau perbuatan.


Jika ingin tidak tahu perlu bertanya kepada orang-orang yang tahu atau nak selamat pergi tanya pada ustaz atau ustazah yang arif dalam bidang ini. Princess hanya ingin berkongsi apa yang Princess tahu. 
Jadi di bulan puasa ini :-
Jagalah mulut dari bercakap tentang perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa kita.
Jagalah mata dari melihat perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa kita.
Dan jagalah hati dari hasad dengki di bulan puasa ini.
Pendek kata semuanya perlu dijaga. Bukan saja di bulan RAMADHAN tetapi pada bulan-bulan lain juga.

No comments: