Monday 13 August 2012

BUDAYA KUNJUNGAN....

Assalamualaikum alls...

Apa itu budaya KUNJUNGAN???
Ini bukan budaya kunjung-mengunjung ya.

Budaya KUNJUNGAN ini dah lama ada di kampung Princess di Batu Pahat, Johor. Budaya KUNJUNGAN ini selalunya mereka memberi atau bersedekah kepada orang kampung juadah berbuka.

Setiap tahun di bulan Ramadhan kebiasaannya mereka akan mewujudkan budaya ini. Di awal kewujudan budaya KUNJUNGAN ini mereka biasanya akan memberi kepada fakir miskin dan mereka-mereka yang kurang berkemampuan di kampung itu. Tetapi sekarang memandangkan tiada lagi mereka yang kurang bernasib baik budaya kunjungan ini diberikan kepada seluruh penduduk kampung tidak mengira latar belakang dan taraf.

Kebiasaannya mereka-mereka yang membuat kunjungan ini akan memberi nasi berserta lauk-pauk. Ada juga yang memberi kuih-muih atau apa sahaja juadah untuk berbuka. Mengikut kepada kemampuan.

Kebiasaannya dalam keluarga Princess kami sanak saudara akan berkumpul dan bergotong-royong memasak bersama. Bekerjasama melakukan aktiviti begini memang menyeronokkan.
Bukan saja dapat mempercepatkan kerja-kerja tapi dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Sebahagian dari kerja akan dilakukan bersama-sama seperti memotong ayam, membasuh ayam, kupas bawang, potong bawang, memasak sehinggalah kerja-kerja membungkus. Semuanya dilakukan bersama-sama.

Kerja-kerja pembungkusan.










Selesai kerja-kerja pembungkusan.
Tiba masa untuk dihantar kepada jiran-jiran sekampung.

Beginilah aktiviti yang dijalankan. Walaupun agak penat sedikit tetapi kami puas hati apabila kesemua juadah itu selamat diterima oleh semua jiran-jiran sekampung.

Alhamdulillah. Bila semua dah selesai hati pun senang...


No comments: