Monday 6 August 2012

DIPAKSA DAN AKHIRNYA TERPAKSA....

Assalamualaikum alls...

Oh.... Lama sungguh tak ber'BLOG'. Bukan tak sudi untuk ber'BLOGGING' lagi tapi..... Princess banyak sangat kerja. Bertimbun rumah Princess dengan baju-baju kurung raya customer. Lagi 2 minggu dah nak raya rasa sekejap saja masa berlalu. Alhamdulillah dalam kesibukan yang melanda amal ibadat di bulan Ramadhan ini Princess tidak lupa untuk mengejar. Walaupun terasa sekejap tetapi Alhamdulillah nikmat Ramadhan itu Princess dapat rasai.

Dalam sibuk mencantikkan baju-baju kurung raya customer, Princess rasa malas pula nak shopping baju raya sendiri. Bukan tak mahu beli tapi Princess rasa baju raya tahun lepas masih boleh guna kot. Hah... Boleh??? Orang sibuk beli baju raya baru Princess sibuk nak pakai baju raya tahun lepas.


Memang merancang tak nak beli baju raya tahun ini. Sebabnya baju raya tahun lepas masih elok dan cantik lagi. Tak payah membazir sangat lah kot nak beli baju raya baru untuk tahun ini. Lagi pun Princess's Beloved Husband tak cuti pun tahun ini.

Tapi kan, dalam Princess tak nak tu Princess kena marah kot dengan Princess's Beloved Husband sebab tak ada baju raya baru tahun ini.

Siap dipaksa untuk beli lagi. Princess's Beloved Husband kata dia sanggup belikan baju raya yang mahal-mahal asalkan Princess beli baju raya baru tahun ini.

Hmm.... Dalam DIPAKSA itu Princess TERPAKSA la beli. Sebab yang kedua mak mertua Princess pula marah sebab yang sama. TAK ADA BAJU RAYA BARU...

Oh... Nampak macam kejam je rasa. Huhuhu....

Jadi dalam KETERPAKSAAN itu, Princess's Beloved Husband ajak Princess pergi ke Bazaar Raya. Dan dalam KETERPAKSAAN itu juga Princess ikutkan saja.
Masa jalan-jalan di Bazaar Raya, punya lah ramai manusia. Leceh pula rasa nak beli. Princess tak suka lah tempat yang ramai orang macam tu. Rasa sakit hati pula sebab kena berhimpit-himpit.
Tapi nampak lah kesungguhan Princess's Beloved Husband carikan baju raya baru wife dia ni. Asal Princess belek-belek baju mesti Princess's Beloved Husband suruh beli. Katanya cantiklah, kena dengan Princess lah macam-macam lagilah dia cakap supaya Princess beli baju raya baru untuk tahun ni.

Dan hasil dari rembatan yang tak disengajakan.........

SETELAH DIPAKSA DAN AKHIRNYA TERPAKSALAH.....



Like Princess. Pink and always PINK!!! Yeay!!


Hitam boleh jadi menawan.... Ini belum bling-bling lagi ini.
Wahahah.... 
Jadi DIVA lah Princess tahun ini!!!
Princess always acting being a Princess.

Hasil setelah DIPAKSA oleh Princess's Beloved Husband....
2 pasang jubah yang entah berapa harganya tak tahu. Urusan bayar membayar diserahkan kepada orang yang MEMAKSA. Maka orang yang DIPAKSA hanya senyum saja....

Korang pula, dah beli baju raya baru? Jangan sampai ada yang PAKSA tau...


Nota gila Si Princess : Dalam DIPAKSA-PAKSA pun masih mampu cari baju yang ala-ala DIVA gitu...

No comments: