Friday 19 October 2012

PRINCESS AND BEAUTY (2)

Assalammualaikum alls...

Hari ni macam terlebih rajin je nak kongsi dengan korang tentang beauty-beauty ni kan.
Baru dapat idea yang tak seberapa ni... Baru tersedar dari lamunan... Ahaks...

Okay tak nak buang masa. Hari ni nak cerita tentang penanggal make up you alls...

Mesti korang bila dah make up dan nak buang make up tu cuma guna wet tissue je kan? Pastu cuci muka. Kan kan kan... Betul tak?
Haaaa.... Ni Princess nak kongsi sikit dengan korang macam mana nak hilangkan betul-betul make up tu kat muka korang tanpa merosakkan muka korang tapi boleh membuatkan muka korang lembut dan lembap lepas tu. Produk yang murah dan senang dapat. Princess dah guna lama dan Alhamdulillah kulit semakin lembut dan lembap.

Okay... Mula-mula korang bersihkan make up yang ada dengan wet tissue. Mungkin pada korang bila dah bersihkan dengan wet tissue korang akan rasa bersih dan tak de make up dah kat muka korang kan. Itu SALAH ya. Kita tak nampak apa yang ada kat muka tu sebenarnya.

Lepas tu korang cuba guna ini 


Baby oil dan minyak kelapa.
Haaa... Ni semua stok-stok yang dah nak habis dan tak reti-reti nak beli baru.
Boleh...

Letak sedikit baby oil atau minyak kelapa atau kalau bajet korang lebih korang boleh guna olive oil pada facial cotton.
Haaa... Lepas tu korang sapu kat seluruh muka macam korang guna toner. Masa tu korang akan nampak banyak kotoran make up pada facial cotton tu. Baru korang sedar yang sebenarnya wet tissue tak membantu sangat untuk menanggalkan make up. Lepas tu boleh la korang cuci muka korang dengan pencuci muka dan selepas tu buat macam biasa rutin kecantikan korang seperti pakai toner dan pelembap muka.

Cuba lah. Mungkin korang akan dapat hasil kulit yang lebih cantik, lembut dan lembap. InsyaAllah liang roma muka korang tak akan tersumbat pun dengan minyak ni semua. Sebab ianya semulajadi. Seperti baby oil ramai yang guna kat badan untuk melembutkan kulit. Jadi korang cuba guna untuk tanggalkan make up pula. Lagi pun senang je nak cari baby oil ni kan.

Minyak kelapa pula korang cuba lah cari di toko-toko jamu atau kedai herba moden mungkin ada kot. Princess pun tak ingat mana Princess dapat minyak kelapa ni. Uhuhu...

Okaylah alls...
Selamat mencuba ya.. 

Nota gila si Princess : Princess sayang korang semua sebab tu Princess nak kongsi ilmu kecantikan yang tak seberapa nak ada ni.

No comments: