Thursday 8 November 2012

TAK ADA ISTILAH HUJUNG MINGGU...

Assalamualaikum...

Ha... Kenapa Princess cakap macam tu? Haruslah sebab Princess's Beloved Husband kerja macam tu...

Kerja Princess's Beloved Husband ni tak mengira waktu. Kadang-kadang kerja petang. Kadang-kadang kerja malam. Kadang-kadang pula kerja pagi-pagi buta. Bila off day pula tak tentu masa. Kadang kala Isnin pun boleh off. So bagi Princess setiap kali Princess's Beloved Husband off time tu lah boleh keluar gi shopping atau jalan.

Kalau nak harap Princess keluar sendiri memang tak lah. Kering ar kau duk rumah tu. Macam boleh pula Princess's Beloved Husband bagi kan. So kalau nak keluar kemana pun kenalah tunggu Princess's Beloved Husband off day dulu. Ha... Time tu lah nak bermanja bagai untuk dapat kebenaran keluar untuk shopping. Mula ar buat muka manja nak shopping banyak-banyak. (macam laki banyak duit ar kan.)

Biasanya kalau keluar hari orang bekerja ni best. Sebab tak ramai sangat orang. Siap boleh baring kat lantai shopping complex tu ar. (Nampak nau menipunya.)

Time tu la masa paling happy nak shopping. Tak payah berebut bagai. Tenang je rasa. Tapi biasanya kalau shopping hari orang bekerja ni time shopping pun kena ikut time orang kerja ar. 8.00 a.m. sampai 5.00 p.m. je. Lebih waktu tu balik memang sesak ar. Dengan jalan jem, dengan orang singgah pasar malam beli lauk lagi so kena pandai kawal waktu la.

Ha... Korang biasa tak shopping time orang bekerja? Ke korang mengular pergi shopping tak masuk kerja.

Uhuhuhu.... Gurau je okey.


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments: