Monday 5 November 2012

TERENGGANU YANG BEST!!!

Assalamualaikum alls...

Ini bukan entry bergambar. Musim hujan oi...
Lain kali balik bolehlah bergambar sakan.

Alhamdulillah setelah 4 hari di Terengganu sekarang kembali semula ketempat asal, Melaka.
Aaargh!!! Tak puas rasa bercuti kat Terengganu.
Banyak lagi tempat tak pergi. Tapi tak pe. InsyaAllah bulan 12 ni balik lagi.

Balik kali ni musim hujan, jadi taklah banyak aktiviti yang boleh buat.
Cuma banyak duk rumah je. Pergi melawat sedara mara.
Apa yang best setiap kali balik. Haruslah masakan mak mertua tersayang. Ahaks..
Princess ni boleh dikatakan pemalas gak ar bab memasak ni. Tapi bab mengemas dan membasuh kat rumah mertua Princess lah yang paling rajin sekali. Princess suka basuh-membasuh ni you alls.

Setiap kali balik, haruslah bawa mak mertua Princess shopping barang dapur. Itu dah jadi macam kewajipan Princess setiap kali balik kampung. Bila bawa mak mertua Princess shopping suka tengok bila dia gembira. Biasanya mesti mak mertua Princess bunyi macam ni.

"Bagus Nurul ni. Tak kedekut. Murah rezeki."

Okay I bangga you all. Ahaks...

Bagi Princess itu perkara biasa. Memang biasa sangat. Bila dengan ibu sendiri pun memang Princess akan buat perkara yang sama.
Tak ada perbezaan.

Okay berbalik kepada cerita asal. Terengganu.
Balik kali ni pergi minum air buah gelas besar. Oh gila besar.
Tapi sorrylah tak ada gambar nak tunjuk korang. Tapi serius gila besar. Princess's Beloved Husband yang order gelas besar untuk dia. Lepas tu menyandar kekenyangan minum air. Penuh air dalam perut. Tapi disebabkan ianya air buah tak apa lah sebab ia menyihatkan walaupun minum banyak.

Kali ni pun tak sempat makan ikan celup tepung. Tapi walaupun terkilan tak dapat makan mak mertua Princess tolong buatkan. Beli ikan kat pasar dan goreng dengan tepung. Oh sedap ok. Ah sudah teringin lah pulak. (Mak nak ikan celup tepung lagi!!!)

Kat sana ikan segar-segar. Tu yang sedap nak masak apa saja. Ikan segar ni istimewa sikit. Rasanya manis. Dekat Melaka ni ada ikan segar tapi payah nak jumpa. Disebabkan susah nak jumpa ikan segar kami makan ayam je banyak. Tapi bila teringin nak makan ikan cari juga kat pasar.

Okaylah alls...
Korang mesti bosan kan baca entry tak bergambar ni...
Dah, tak nak cerita banyak. Nanti korang muntah baca banyak-banyak ni..
Huhuhuhu..

Tata alls...

No comments: