Saturday 16 February 2013

WAYANG LAH PULAK : HANTU KAK LIMAH 2:HUSIN,MON DAN JIN PAKAI TONCIT

Sumber Mr. Google


Assalamualaikum all...


Nak bercerita lagi tentang wayanglah kononnya.

Sorry ya korang kalau ulasan cerita dari Princess ni tak berapa nak menarik. Sebab ini hanya pendapat Princess saja. Lain orang lain pendapat.

Kali ni filem HANTU KAK LIMAH 2 : HUSIN, MON DAN JIN PAKAI TONCIT


Uiks, panjang tajuk filem. Huhu... Princess tonton filem ni 2 hari lepas, bila mana Princess's Beloved Husband yang beria nak ajak tengok. Biasanya kami tonton wayang sebulan sekali je. Tu pun kalau ada cerita best tapi kali ni disebabkan banyak lah pulak cerita best keluar untuk awal tahun ni jadi menggila la pergi tengok wayang.

Jalan cerita filem ni pada awalnya sungguh cantik. Awal penceritaan agak kelakar dengan kemunculan Husin (Awie) di Kampung Pisang. Persinggahan di warung Pak Jabit dan bertemu dengan orang kampung. Sesampainya dirumah Husin ditegur pula oleh Kak Limah. Dialog Kak Limah menegur Husin sama seperti ketika Husin menegur Kak Limah dalam filem Hantu Kak Limah. Oh, itu kelakar. Huhu...

Pada pertengahan cerita pula agak mem'boring'kan (maaf kerana terlalu jujur disini). Sebab tiada lagi adegan gelak ketawa. Tetapi menjurus pula kepada adegan serius. Itu pun bila Husin dikatakan diculik oleh orang bunian.

Filem ni nak dikatakan kelakar pun tak juga sebab ada beberapa adegan boleh dikatakan agak seram sedikit tapi tak keterlaluan. Dalam tajuk filem ada dinyatakan jin pakai toncit. Tapi dalam filem tersebut tak dimisahkan pula makhluk bernama jin pakai toncit itu. Dari situ kita jadi tertanya-tanya dari awal hingga akhir apakah yang dimaksudkan dan bentuk makhluk jin pakai toncit itu? Itu hanya pendapat Princess. Tapi filem ini adalah untuk tontonan umum.

Bukan semua adegan tak best tapi bila ada adegan kelakar pastu kita gelak tukar pula ke adegan serius. So rasa macam gelak sekejap-sekejap. Tak puas gelak rasanya.

Cerita ni juga menunjukkan betapa eratnya hubungan sesama penduduk kampung itu. Disitu kita rasa semangat kejiranan yang tinggi dikalangan penduduk kampung walaupun adakalanya ada yang merungut dan tidak sependapat, tapi jika ada masalah sama-sama diselesaikan. Semangat itulah harus dipupuk bersama.

Pada Princess kalau tak tengok kat pawagam pun tak apa kot filem ni. Sebab bila orang macam Princess ni dah set kat minda bahawa filem ni dari mula hingga akhir cerita akan penuh dengan gelak ketawa yang mencuit hati tetapi sebaliknya pula.

Mungkin pada korang cerita ni best. Itu pendapat masing-masing.

Kalau korang ada pendapat lain tentang filem ni boleh lah kongsi.

Tak semua orang ada pendapat yang sama...


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments: