Thursday 14 February 2013

WAYANG LAH PULAK : WAWA SEMPUT


Sumber dari Mr. Google

Kali ni bergedik lah pulak nak cerita tentang cerita wayang ni. Nak dikatakan Princess ni kaki wayang pun tak juga sebab Princess ni jenis memilih cerita untuk ditonton. So dengan ilmu yang tak berapa nak ada ni Princess tergerak lah hati nak buat sedikit ulasan tentang cerita-cerita yang dah Princess tengok.

Cerita kali ini, WAWA SEMPUT.

Sebenarnya Princess tengok cerita ni 2 minggu lepas tak silap.

Pada Princess jalan ceritanya sungguh menarik. Dari awal sampai akhir cerita tak habis-habis ketawa. Apa yang menarik adalah cara Bobby (Along Champ) dan Ismat (Angah Raja Lawak) ingin menarik perhatian Wawa (Yana Samsudin).

Mereka berdua sanggup buat apa saja untuk memenangi hati Wawa. Wawa pula dalam pada benci tu masih lagi sayang pada Bobby dan menjadikan Ismat sebagai salah satu cara untuk membuatkan Bobby cemburu.

Ada satu babak tu diorang jadi hantulah. Ada juga adegan kejar-mengejar dengan motor lalu terbabas masuk dalam sawah.

Pendek kata cerita Wawa Semput ni dari awal hinggalah akhir cerita penuh dengan gelak. Rugi tak tengoklah...

Tagline cerita ni : Pandai-pandailah lu hidup sendiri!

Okaylah korang. Kalau korang terlepas cerita ni kat pawagam apa kata korang langgan je cerita ni kat astro first atau korang tunggu je cerita dia keluar DVD. Tapi pastikan beli yang original ya.

Tata korang...

Published with Blogger-droid v2.0.4

2 comments:

Zana Adieyza said...

dah lama x tengok wayang.. huhuhu..

Princess Atie said...

Wayang tu satu aktiviti juga... Hehe...