Wednesday 25 July 2012

TERENGGANU, HERE WE COME!!!

Assalamualaikum alls...

Alhamdulillah sudah masuk hari ke-5 kita di bulan Ramadhan. InsyaAllah setelah lima hari kita beribadat kerana Allah mungkin hati kita telah menerima hidayahNya dan sentiasa terbuka luas untuk mengejar saham akhirat.

InsyaAllah hari ini selepas asar Princess dan Princess's Belived Husband akan bertolak ke Terengganu. Yeay!!!

Seronok rasanya hati. Alhamdulillah, berkesempatan juga Princess dan Princess's Beloved Husband berpuasa di sana.

Apa yang seronok berpuasa disana?

Hmm... Jika jawapannya dari Princess, haruslah makanannya yang menyeronokkan Princess untuk berpuasa disana. Makanan atau juadah berbuka yang ada disana jarang boleh didapati di selatan tanah air kita. Mungkin ada tapi tak berapa nak original lah kan. Alhamdulillah, seperti tahun-tahun sudah Princess tak lah membazir dengan juadah berbuka yang banyak walaupun pergi ke bazaar ramadhan. Biasanya Princess beli mana yang perlu sahaja.

Princess sebenarnya tak suka makanan berat ketika berbuka sebab takut Princess tak boleh menunaikan ibadah-ibadah yang lain. Cukup sekadar memakan kurma dan kuih-muih. Tapi lain pula dengan Princess's Beloved Husband, juadah berbuka yang berat seperti nasi adalah menu wajib yang perlu ada. Katanya itulah stail orang pantai timur. Kalau Princess 'connot gi gitu'. Wahaha...

Alhamdulillah Princess masih mampu untuk menahan nafsu setiap kali ke bazaar ramadhan. Biasanya Princess akan kebahagian orang menjual kuih sahaja. Itu pun ketika membeli Princess ini memilih juga. Agak-agak kuih tu nampak keras saja Princess pergi ke kedai lain. Tapi kalau kena kedai yang molek makan masa juga kat situ. Bukan apa hanya untuk memilih jenis kuih yang Princess suka saja.

Ada sekali tu, Princess pergi bazaar ramadhan di Merlimau. Punyalah banyak orang menjual juadah untuk berbuka, bak kata orang kalau ikutkan nafsu nak je beli semua tu. Tapi last-last Princess keluar dari bazaar ramadhan tu tanpa membawa apa-apa bungkusan pun. Boleh?

Princess's Beloved Husband kata dia respect kat Princess, sebabnya dia tak pernah jumpa orang macam Princess ini walaupun pergi ke bazaar ramadhan yang penuh dengan bau makanan yang boleh membuka selera tapi Princess boleh keluar ke bazaar ramadhan dengan tangan kosong.

Wahahaha... Itu namanya BAJETS...

Okay lah alls... Princess nak mengemas apa yang patut. InsyaAllah kita jumpa lagi dilain entry okay.

Tata alls..


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments: