Tuesday 31 January 2012

TAK INGIN BERPISAH

Sejak bertemu dengannya buat pertama kalinya, hati ini terpaut dengan peribadinya. Peribadi yang boleh meruntun jiwa semua wanita. Dia bukanlah seorang yang romantik. Dia juga bukan seorang yang sentiasa meluahkan kata-kata cinta. Tapi hanya dengan mengambil berat dan sentiasa menjaga kehormatan ini, mejadikan diri ini tahu dia meluahkan kasih sayang dengan cara itu. Dia juga sentiasa membuat hati ini gembira hanya dengan senyumannya. Dia bukan jenis lelaki yang suka mengambil kesempatan diatas kelemahan seorang wanita. Dia begitu menjaga kehormatan dan maruah seorang wanita. Dia juga sentiasa menjaga tingkah lakunya dihadapan semua orang. Walaupun dimata umum dia tidaklah sekacak lelaki-lelaki lain tetapi diri ini tahu hatinya lebih kacak dari rupanya. Kerana agamanya diri ini terpikat. Kerana ketakwaannya kepada Allah dan agamanya dia telah berjaya memikat hati kecil ini. Saat dia menyatakan hasratnya untuk memperisterikan diri ini, diri ini terasa bertuah. Bertuah memiliki seorang lelaki yang baik dan sentiasa menjaga peribadinya.
Alhamdulillah, dia sekarang milik diri ini. Dia tetap seperti dulu. Menjaga solatnya, mejaga tingkah lakunya dan juga peribadinya. Sedikit pun tiada perubahan. Kerana peribadinya indah itu, diri ini tidak mahu berpisah dengan dirinya. Kerana diri ini terlalu menyayangi dia. Kerana diri ini terlalu mencintai dirinya. Cinta diri ini terlalu besar buat dirinya. tetapi cinta Allah lah paling besar di dunia ini. Kerana terlalu mencintainya diri ini tahu kita sebagai manusia tidak akan kekal di dunia ini. Jadi biarlah ajal dan maut sahaja yang memisahkan kami. Walaupun satu ketika nanti dia atau diri ini tiada di dunia yang fana ini tetapi diri ini mengharapkan kebahagaian yang selalu ada itu kekal. Kekal bersama kenangan antara dia dan diri ini...

No comments: