Wednesday 7 March 2012

JOB YANG MENGEJUT...

Entry sebelum ini Princess ada tunjukkan gambar baju kan? Hmm... Sebenarnya itu gambar baju customer Princess yang dihantar pada Sabtu lepas. Nak tahu tak, customer itu nak baju 2 hari lagi. Okay. dengan baju yang banyak-banyak lagi nak bercinta dengan baju dia. Boleh... Lepas itu, customer nak design manik yang punyalah sarat. Tapi nasib baik untuk bahagian tangan saja.
Mula-mula Princess tak nak ambil tempahan itu sebab banyak lagi baju yang menggunung untuk disiapkan. Tapi customer itu pujuk dan pujuk lagi Princess supaya jahitkan baju dia sebab katanya Princess sorang sahaja yang ambil tempahan menjahit manik dengan murah dikawasan itu. Jadi dengan berat hati Princess ambil juga. Tapi dalam berat hati itu juga merupakan satu cabaran buat Princess sebab perlu menyiapkan tempahan dalam masa 2 hari!!! Demi customer Princess sanggup buat dan bersengkang mata untuk membuatnya. Alhamdulillah berkat kesabaran dan keikhlasan Princess akhirnya baju itu siap juga dalam masa yang ditetapkan.



Bunga besar yang macam bintang. Boleh...


Jahitan manik dikaki lengan baju.


Harga yang Princess letak adalah RM80. Murah tak? Customer itu kata terlalu murah yoo...
Harga di butik dan kedai lain 2 kali ganda dari harga Princess tau. 

Banyak lagi jahitan manik yang Princess hasilkan tapi tak kan lah jahitan yang ringkas pun nak letak disinikan. Lagipun banyak baju yang tak siap nak jahit. Jadi takkan asyik-asyik nak update semua bajukan. Nanti ada masa Princess update lagi tentang jahit manik ya.

P/S : Princess sedia mengambil tempahan dari rakan Blogger juga. Penghantaran baju boleh dilakukan dengan cara courier ataupun pos laju. Sila PM Princess di princess_ns_1020@yahoo.com.my jika ingin bertanya lebih mengenai jahitan manik ataupun untuk menempah jahitan manik.










No comments: