Saturday 14 July 2012

BOWLING DAN BORING, MANA LAGI BEST?

Wahahah... Tajuk tak agak. Mestilah BOWLING lagi best kan.

Sebenarnya masa Princess dan Princess's Beloved Husband tengah boring-boring duk kat rumah, member-member Princess's Beloved Husband ajak pergi main bowling. Princess pun setuju lah. Mana taknya Princess setuju, dah tahap dewa dah boring ni. Lagi satu stress. Stress dengan siapa? Hah, nanti Princess cerita dalam entry lain ea.

Malam tu kami keluar dulu untuk cari barang dapur. Dan terembat satu Air Cooler. Ini pun nanti Princess cerita dalam entry lain ea. (semua kau nak cerita Princess)

Dalam pukul 8 mlm kami dari Mydin Mall terus ke Melaka International Bowling Centre. (entah ye entah tak nama tempat tu). Tak jauh pun kedua-dua tempat ini. Sebab dalam satu kawasan. Di MITC, Ayer Keroh. Jadi senanglah, tak payah nak mencari-cari lagi. Tempat bowling ni memang cool. Bising tu tak payah cakap la. Memang besar tempatnya. Ada berapa puluh link entah. Princess ini sebenarnya baru first time main bowling di Melaka International Bowling Centre ni. Selalunya Princess main di Mall je. Tapi kat Mall kecil. Tapi bila dapat tempat yang besar nak main ni, aaahhh... Pengsan. Huhuhu...

Bukan setakat Princess dapat main bowling saja, Princess pun dapat kawan baru. Nama yang Princess panggil Kak Zaza. Seronok berbual dengan dia. Kak Zaza ni suami dia satu tempat kerja dengan Princess's Beloved Husband. Jadi kami ni dua-dua ahli PERKEP. (PERKEP la sangat. Join pun tak pernah.)

Lepas penat dan tangan pun dah sakit sebab main bowling kami pun pergilah bersantap. Bersantap sambil borak-borak. Memang seronok. Lain kali InsyaAllah jika ada peluang lagi kami akan berBowling lagi...


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments: