Monday 23 July 2012

SELAMAT BERPUASA!!!

Assalamualaikum alls...

Rasanya belum terlambat lagi untuk Princess ucap Selamat Berpuasa kepada semua warga Blogger yang beragama islam.

Alhamdulillah hari ini dah masuk hari ke-3 kita sebagai umat islam mengerjakan ibadah puasa. InsyaAllah semoga dipermudahkan segala urusan kita sehari-hari.

Lama jugakan Princess tak update blog. Bukan apa sekarang ini dah banyak tempahan jahitan manik (syukur alhamdulillah,rezeki dari Allah). Jadi kurang sedikit masa untuk berinternet bagai.

Dengan tempahan yang banyak ini Princess bukannya mengejar keuntungan semata-mata, tetapi hanya sekadar berkongsi minat dan mengisi masa lapang sahaja. Jika rezeki itu ada Alahamdulillah, jika tiada pun Alhamdulillah juga. Rezeki dari Allah ini kita tidak boleh nak nafikan kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya.

Dikesempatan ini juga marilah kita bersama-sama 'upgrade' segala amalan kita untuk mengejar keuntugan diakhirat kelak. InsyaAllah jika hendakNya kita sebagai hambaNya akan diberi ganjaran yang berlipat ganda. InsyaAllah...

Nasihat ini Princess tujukan bukan sahaja kepada kawan-kawan Princess tetapi kepada diri Princess juga.

InsyaAllah sama-samalah kita...



Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments: