Monday 12 November 2012

BAD HAIR DAY

Korang pernah rasa macam mana kejadian tu...

Alhamdulillah Princess tak pernah kena lagi lah.

Syukur pada Allah juga Princess dikurniakan rambut yang cantik. (Okay puji diri sendiri, tak malu.)

Bikan nk kata cantik sangat pun. Tapi selama Princess pandai jaga rambut ni Alhamdulillah lah tak ada lagi kejadian rambut kusut dipagi hari. Cuma bila kita bangun dari tidur tu rambut ni berselerak sikit la.

Princess ni jenis setiap kali sebelum masuk tidur mesti sikat rambut dan selepas bangun tidur pun mesti sikat rambut. Dah jadi macam habit lah pulak...

Disebabkan Princess ni seorang yang bertudung jadi penjagaan rambut itu perlu lebih lagi daripada mereka-mereka yang free hair. Sebab pakai tudung ni kan bertutup semua kepala sampai tak ada pengudaraan kat kepala ni kan. So bila dah seharian bertutup kesian lah sang mahkota ni kan berpeluh je. Nak lagi teruk berminyak pulak.

Al maklumlah Princess ni orangnya biasa-buasa saja, jadi pakai syampo pun biasa-biasa saja. Tak adalah pakai yang mahal-mahal pun. Princess pakai Sunsilk je. Okay suka dengan Sunsilk Lively Clean & Fresh. Ha... Sebab syampo ni sesuai untuk mereka-merek yang bertudung. Tapi memang betul pun, sebab bila kita guna pastu pakai tudung Alhamdulillah bila balik berjalan je tak ada lagi rambut yang berpeluh dan berminyak.

Lagi satu Princess ni jenis suka basuh rambut hari-hari. Dan seminggu sekali harus pergi ke salon untuk basuh rambut. Sebab kat salon ni kita noleh minta perawatan rambut yang sesuai dengan rambut kita. Macam Princess ni rambut Princess  jenis gugur jadi kalau nak beli sendiri perawatan rambut Princess tak tahu. Dengn khidmat pakar rambut di salon diorang boleh suggest syampo apa yang boleh diguna.

Tapi kan, Princess hairan lah. Kenapa sesetengah mereka yang free hair rambut diorang macam keras dan rosak je?

Korang pernah tengok? Rambut diorang macam menggerutu lah senang cerita.

Maybe sebab diorang selalu warnakan rambut kot. Princess cakap ni bukan dituju pada sesiapa tapi untuk kesedaran diri sendiri. Bukan saja mewarnakan rambut itu haram tapi ada kesan lain pula.

Ha... Peringatan lah untuk diri sendiri. Korang pula, apa aktiviti korang denganbut korang. Mesti rambut korang lagi cantikkan. Alhamdulillah. Syukurlah dengan apa yang ada. InsyaAllah bila kita bersyukur Allah akan beri lebih banyak lagi ganjaran.


Okaylah all?.. Kita jumpa lain kali lah ya.

Assalamualaikum...


Published with Blogger-droid v2.0.4

1 comment:

♥Cik Puan♥ said...

Salam jengah di sini...,