Wednesday 16 January 2013

UNTUK BULAN NI...

Ya... Untuk bulan Januari ni banyak benda yang kami suami isteri perlu lakukan. InsyaAllah kalau buat satu-satu secara teratur akan menjadi mudah dan berjalan dengan lancar.

Bulan ni agak slow sikit Princess berblogging sebabnya Princess ni pemalas. Ahaha... Tak lah. Sebabnya semua entry update guna tab. So agak terbatas sikit penggunaannya. Tapi best sebab boleh update kat mana-mana je.

Apa yang Princess nak kongsi dengan korang sebenarnya benda ni ada dalam wishlist kami untuk tahun ni..

Antara perkara yang kami perlu selesaikan untuk tahun ni dan bulan Januari ni juga adalah :

- Selesaikan urusan beli tiket filght untuk ke Sabah untuk bulan Mei ( Wajib buat bulan ni juga).

- Rancang balik Terengganu untuk bulan Januari. ( Balik bulan ni sebab Princess's Beloved Husband nak simpan cuti untuk pergi Sabah).

Buat masa ini, dua ni yang paling wajib perlu selesai untuk bulan Januari ni. InsyaAllah kami akan laksanakan dengan teratur.


Korang pula ada yang perlu dibuat sempena bulan ni?

Rancang lah dengan teliti supaya ianya berjalan dengan lancar.


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments: