Thursday 16 June 2011

1 Tahun

Dah setahun aku berkahwin dan mendirikan rumahtangga bersama husband tersayang Tengku Mohd Syamzari. Selama setahun juga aku merasai pegalaman berkahwin pada usia muda. Aku berkahwin pada usia 21 tahun. Pada ku, umur 21 tahun itu adalah terlalu muda untuk bergelar isteri. Tapi Alhamdulillah, walaupun usia aku terlalu muda untuk bergelar isteri tetapi aku mempunyai suami yang banyak membimbing aku untuk menjadi isteri yang matang walaupun perangai aku terlalu kebudak-budakkan. Alhamdulillah juga mempunyai mak mertua yang faham dengan perangai menantu nya yang macam budak-budak ni. Sebab aku seorang yang manja tetapi bukan seorang yang sensitif dan juga seorang yang lembut tetapi kadang-kadang ada unsur-unsur untuk mengganas. Huhuhu.... Selama setahun ini juga aku belajar bagaimana untuk menjadi isteri yang baik, lemah lembut & juga solehah. Husband aku tak pernah marah aku sebab bila dia nak marah aku mesti gelak kan muka dia yang ala-ala nak marah tu. Bila aku gelak dia tak jadilah nak marah. Tapi kalau dia nak marah pasal perkara yang aku sendiri tau itu salah aku aku diam dan dengar je dia marah. Dia marah bukan tengking tapi marah nasihat dengan etika suara yang lembut.

Dah masuk setahun usia perkahwinan kami. Kini aku terlalu rasa ingin pregnant. Setahun aku menunggu untuk pregnant. Tapi masih tiada hasil. Semakin hari rasa ingin pregnant itu semakin menebal apabila ramai member-member, saudara mara & juga ipar aku pregnant.. Oh.. tak sanggup bila melalui semua ini.. Huhuhu.. Seperti dikelilingi oleh bakal-bakal mama. Bila pergi Mall aku akan menjauhi untuk melalui Baby's Side sebab akan membuatkan aku menangis dan sayu hati sebab tak pregnant lagi. Husband aku cool je. Bukan dia tak kisah dengan semua ni, tapi dia tak nak aku terlalu menyalahkan diri sendiri sebab tak pregnant lagi. Kalau ikutkan diri memang tak kisah lambat ke cepat ke, tapi aku kesian kat husband aku, kat ibu & ayah aku. Mungkin diorang teringin sangat nak tengok macam mana aku kalau pregnant. Mungkin husband aku teringin nak main dengan budak kecik. Ibu aku plak mesti teringin sangat nak tengok anak-anak aku berjalan dengan baju-baju yang dia belikan. Ayah aku plak mesti teringin nak dukung budak kecik. Indahnya kalau semua itu berlaku. Tapi soalnya sekarang.... Bila??? Bila aku akan mengandung? Bila aku akan dapat pegang anak sendiri, nak cium anak sendiri, nak main-main dengan anak sendiri. Sekarang hanya dapat berangan-angan & berusaha untuk terus memajukan diri hingga pregnant. Hehehe... Aku tidak pernah kecewa malah bahagia. Cepat atau lambat itu urusan Allah yang penting kite telah berusaha.

Semoga Allah mengurniakan aku dengan anak-anak yang soleh, solehah, bijak, pandai & elok rupa. Insyallah, rezeki untuk menimang cahaya mata ada tapi mungkin Allah mahu aku & suami bersedia menjadi ayah & ibu yang baik untuk anak-anak. Insyallah.....

No comments: