Monday 20 June 2011

CERITA SEMALAM

Bila kenangan lalu menjengah kedalam hati dan fikiran. Hanya memori menjadi ingatan. Pabila kisahnya mengungkap seribu cerita di jiwa maka Cerita Semalam bermain di minda.

Apa ada disebalik Cerita Semalam diriku... Teringat kisah 3 tahun yang lepas. Sebuah cerita yang menyingkap kepalsuan dalam perhubungan. Kejahatan diri ini 'terserlah' pabila menipu dirinya yang begitu setia, manakala kepada pihak yang lain menjanjikan impian yang kosong untuknya sehingga mempercayai diriku adalah untuk dirinya. Bolehkah ini dikatakan sebagai kepalsuan dalam perhubungan?

Biarlah aku menggelarkan dirinya sebagai 'F' panggilan untuk pihak ketiga dalam kepalsuan perhubungan ini. 'F' seorang yang ingin mengubah dirinya dari kenangan lampau yang menyelubungi dirinya. Ingin mengubah sikap kepada lebih baik. Tetapi cara untuk memajukan dirinya adalah salah bagiku. Ingin mengubah hidup jika ada perempuan yang sanggup membantunya untuk berubah. Aku menjadi perempuan itu. Tapi sikapnya yang terlalu berharap mambuatkan aku terlalu bosan dengan perhubungan itu. Berubah kerana seorang perempuan. Perkara yang membuatkan aku merasa perhubungan ini tidak akan menjadi kerana memerlukan bantuan dari seorang perempuan untuk berubah bukannya diri sendiri. Kerana itulah aku meninggalkan dirinya terkapai-kapai untuk menggengam tangan ini disaat dirinya memerlukan diriku. Dia perlu berubah, tapi bukan berubah kerana perempuan tetapi perlu berubah kerana diri sendiri. Bagaimana jika perempuan yang dimaksudkan itu meninggalkan dirinya, adakah dia akan kembali kepada perangai yang lama? Jika perempuan itu bukan jodohnya adakah dia akan berubah jika perempuan itu tidak bersamanya? Mengapa perlu perempuan wahai kaum Adam sedangkan umum mengetahui kaum Adam diciptakan untuk melindungi kaum Hawa. Kaum Adam diciptakan mempunyai kekuatan fizikal dan rohani. Tapi... Jika kamu menunjukan kelemahan kamu didepan kaum Hawa maka kamu akan dipandang rendah oleh kaum Hawa itu sendiri. Sedarlah wahai kaum Adam guna kekuatan kamu itu untuk melindungi dirimu serta sikapmu. Oleh kerana kelemahan itulah aku meninggalkannya tanpa khabar berita walaupun dia tetap mencari dan menantiku di penghujung jalan perubahan diri.

Kepada jodohku yang telah ditetapkan oleh Allah aku bersyukur kerana dirinya seorang lelaki yang matang. Dia seorang lelaki yang matang, berkeyakinan diri dan seorang lelaki yang mampu melindungi perempuan. Dia seorang lelaki yang malu untuk menunjukkan kelemahan didepan perempuan walaupun kelemahan itu kadang kala terserlah disebalik raut wajahnya yang tenang. Itulah jodohku, itulah kekasihku, dan itulah temanku. Seorang lelaki yang berjaya menambat hati ini dengan sikap yang matang dan tidak mengharapkan apa-apa. Itulah dia yang telah sah menjadi suamiku. Bagiku dialah nyawaku, dialah hela nafasku dan dialah kehidupanku. Kesetiaan darinya menjadi semangat bagiku. Cintanya menjadi kekuatan diri ini untuk meneruskan hidup. Dan hanya dirinya untuk diriku. Hidup bersamanya melenyapkan Cerita Semalam dalam diri ini.



Cerita Semalam seorang Princess

No comments: