Saturday 30 March 2013

BICARA SANG HATI - ITU KEMAMPUAN MASING-MASING...

Kadang-kadang apa yang kita rasa tak sama dengan apa yang orang rasa.

Kadang-kadang apa yang kita dapat tak sama dengan apa yang orang dapat.

Kadang-kadang apa yang kita terima tak sama dengan apa yang orang terima.

Kadang-kadang apa yang kita nak tak sama dengan apa yang orang nak.


Kadang-kadang perkara macam ni memang akan menambahkan iri hati dan cemburu sesama sendiri.

Kadang-kadang perkara seperti inilah yang akan membuatkan sesetengah orang rasa ketidakadilan tu.


Sebenarnya dunia tak kejam. Allah juga tidak kejam.

Sebabnya apa yang berlaku adalah kehendakNya sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Allah dah rancang dengan elok. Setiap manusia memang berbeza.

Ada yang sempurna, ada yang kurang sempurna.

Ada yang kaya, ada pula yang miskin.

Ada yang sihat, ada yang sakit memanjang.

Ya sebab Allah sayangkan hamba-hambaNya lah Dia buat macam ni.


Sama seperti yang aku rasa.

Bila orang mengandung aku rasa iri hati sangat. Rasa cemburu yang membuak-buak.

Bila orang ada anak aku rasa 'down' sangat. Rasa bersalah sangat pada diri sendiri, suami dan keluarga.


Ada tu sampai tak nak bagi tahu aku langsung yang dia mengandung. Kononnya nak sorokkan dari pengetahuan aku sebab takut aku sedih.

Eeergh!!!

Tahu tak kau buat macam tu lagi aku sedih tau.

Sedih sebab orang cuba nak sembunyikan sesuatu perkara yang gembira dari pengetahuan aku.

Sedih sebab aku rasa orang nak pinggirkan aku hanya kerana aku ni dah nak masuk 3 tahun kawin tapi masih belum mengandung dan ada anak.


Boleh tak kau bayangkan kalau aku kat tempat kau dan kau kat tempat aku.

Bukan aku nak cakap besar.

Mungkin kau tak setabah aku untuk harungi benda ni.

Serius... Tak ramai orang yang diuji Allah sebegini rupa.

Tapi kadang-kadang orang yang tak diuji ni lupa dengan apa yang mereka dapat. Pada kau itu nasib masing-masing.

Ya itu semua nasib masing-masing tapi sekurang-kurangnya jadilah manusia yang peka. Peka terhadap apa yang berlaku disekeliling. Orang disekeliling kau.

Pada kau salah kalau orang tak mengandung. Salah kalau orang tak ada anak. Semuanya salah.

Cubalah berdiri di kaki aku ni. Rasakan betapa beratnya ujian yang Allah beri ni.

Aku pasti kau tak akan sanggup untuk menahannya walau untuk setahun.


InsyaAllah dengan berkat kesabaran dan semangat yang aku pegang selama ni akan membuaka mata semua orang.

Aku tak mintak banyak. Tapi...

Tolong jangan pinggirkan orang macam kami. Kami tak bersalah. Tapi kami hanya menjalani sebuah dugaan kecil dari Allah.

Tolong jangan berkata apa-apa tentang kami. Tapi berikanlah kami sedikit semangat untuk menempuhi ujian Allah ini.

Tolong jangan hanya menunding jari pada kami. Tapi cubalah duduk ditempat kami.


Itulah yang selama ini kami rasa. Walaupun ujian itu pahit insyaAllah sabar itu akan membuatkan ia menjadi manis...


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments: