Wednesday 27 July 2011

...BUKU INI...

Buat kesekian kalinya Princess terlalu meminati untuk membaca BUKU yang tebal. Oho... Bukan NOVEL yang selalu diminati oleh kaum HAWA. Tapi BUKU INI...

A DOCTOR IN THE HOUSE
(THE MEMOIRS OF TUN DR MAHATHIR MOHAMAD)




BUKU INI telah membuatkan Princess berusaha untuk mendapatkannya. BUKU INI membuatkan Princess bangga menjada rakyat Malaysia. BUKU INI juga membuatkan semangat Princess berkobar-kobar untuk mengejar cita-cita Princess. Insyallah...

Apa istimewanya BUKU INI? Istimewanya BUKU INI dihati Princess kerana ia ditulis sendiri oleh seorang inspirasi Princess iaitu TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD. Sedari kecil hingga dewasa Princess amat meminati TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD. Dialah inspirasi Princess dari kecil, kerana keazamannya untuk membina sebuah NEGARA yang maju, aman & damai sehingga sekarang telah membuatkan hati kecil Princess ingin jadi seperti dirinya.

So... Kalau boleh Princess nak BUKU INI menjadi milik Princess selamanya. Tak payah la pinjam-pinjam kat orang. Kalau pinjam tak boleh baca lama-lama. Jadi, kalau boleh Princess nak beli, sebab kalau beli ia akan jadi hak milik Princess. Hehehe... Ramai kawan-kawan Princess tanya. Kenapa nak sangat baca BUKU INI? Diorang tanya lagi Princess ni suka buku berunsur POLITIK ke? Huhuhuhu... Maaf.. Umur Princess baru 22 tahun. Jadi dengan umur begini layak ke Princess bercerita mengenai POLITIK? Princess pun sebenarnya tak suka bercerita atau bercakap mengenai POLITIK sebab Princess tak suka. Jadi, jawapan kepada kawan-kawan Princess itu adalah... Princess terlalu meminati TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD dan juga Princess nak tahu bagaimana perjalanan beliau sebelum beliau menjadi PERDANA MENTERI MALAYSIA. Dan juga dalam BUKU INI juga terkandung nasihat-nasihat disebalik cerita yang terdapat dalam BUKU INI. Hanya yang bijak saja mengetahuinya.

So... BUKU INI adalah impian Princess...
Biar ia menjadi koleksi peribadi Princess...
Kerana ia sungguh berharga jika tahu nilai isi kandungannya...

2 comments:

Unknown said...

Nk ke buku ni.. sy ade version english nk bg sahaja

Princess Atie said...

Serius ke nak bagi? Alhamdulillah kalau ada yang sudi nk bagi.