Friday, 22 July 2011

MENJELANG RAMADHAN

Menjelang RAMADHAN yang akan tiba ni ramai yang sudah buat persiapan. Specially persiapan untuk RAYA la kan. Tapi... Kenapa buat persiapan untuk RAYA??? Kenapa bukan persiapan untuk menyambut RAMADHAN??? Cer cite sikit... Kenapa mesti RAYA didahulukan berbanding RAMADHAN???
Bukankah BULAN ISLAM yang mulia ialah BULAN RAMADHAN???

Sekarang ni Princess lihat dikalangan rakan-rakan disekeliling Princess semuanya sibuk membuat persiapan untuk RAYA. Sekarang ni kita PUASA pun belum tapi mereka semua terlalu sibuk untuk fikir mengenai HARI RAYA. Kebanyakannya yang sibuk adalah dikalangan PEREMPUAN atau WANITA. Kalau tak percaya hujung minggu ni cuba pergi berjalan-jalan disekitar MALL atau kedai kain. Mesti sudah ramai para WANITA yang sibuk memilih kain untuk diri sendiri mahupun untuk keluarga mereka. Tak tertinggal juga kepada mereka yang sibuk memilih jenis corak & fabrik untuk langsir rumah mereka. Pendek kata semuanya nak nampak serba BARU pada MUSIM RAYA nanti.

Selain sibuk memilih corak & fabrik untuk dibuat BAJU RAYA. Ada juga yang sibuk memikirkan jenis kuih raya yang ingin dibuat & jenis kerepek yang ingin dibeli. Hui... Itu kan lama lagi. Merancang tidak salah tapi biarlah yang WAJIB didahulukan.

Bagi Princess pula, Princess tidak lagi membuat apa-apa persiapan untuk RAYA. Princess hanya membuat persiapan menjelang RAMADHAN sahaja. Maaf... Bukan mahu menunjukkan diri ini seorang yang baik. Tapi inilah kebenaran. Princess rasa biarlah yang WAJIB dahulu kita laksanakan. Yang sunat kita akan fikir kemudian. Sekarang ni Princess sedang cari jenis BUAH KURMA yang sedap & tahan lama. Mahal pun tak apa sebab Princess memang suka makan BUAH KURMA.

Bagi Princess BULAN RAMADHAN lah yang ditunggu-tunggu. Kerana, diBULAN RAMADHAN inilah kita akan mendapat berganda-ganda pahala setiap amal yang kita buat. Para Malaikat akan sentiasa menDOAkan kita jika kita mambuat amal ibadat dengan ikhlas ketika diBULAN RAMADHAN. DiBULAN RAMADHAN jugalah kita dapat menginsafi diri & menenangkan diri dengan setiap perkara kebaikan yang kita buat sepanjang BULAN RAMADHAN. Bagi Princess BULAN RAMADHAN adalah bulan yang sesuai untuk kita menenangkan jiwa dengan amal ibadat yang INSYALLAH akan diterima oleh ALLAH S.W.T. Insyalllah... BULAN RAMADHAN hanya sekali dalam setahun. Jadi kita gunakanlah masa-masa yang ada ini untuk membuat amal kebaikan selagi kita masih bernyawa di bumi tuhan ini. Jika kita ditakdirkan panjang umur Insyallah kita akan bertemu lagi BULAN RAMADHAN yang akan datang dan juga tahun-tahun akan datang.  

Untuk persiapan RAYA pula mungkin Princess akan fikir seminggu sebelum RAYA. Hahaha... Pasti ada yang terkejutkan. Ya... Seperti tahun lepas (tahun lepas is my first time RAYA as a WIFE) Princess beli baju lagi tiga hari nak RAYA dan tak langsung buat PREPARATION untuk RAYA di rumah. Sebabnya tahun lepas Princess beraya dirumah mak mertua. So tahun ini pun mungkin menyambut RAYA ala kadar sahaja sebab Parent Princess beraya dekat SABAH. Tahun ini mungkin Princess akan beraya dirumah nenek di BATU PAHAT, JOHOR bersama adik-adik Princess yang lain tanpa ibu dan ayah. OH.. Sedih... Huhuhu...

OK lah.. Apa-apa pun jalankanlah TANGGUNGJAWAB anda sebagai seorang MUSLIM pada BULAN RAMADHAN ini dengan penuh keikhlasan dan penuh ketenangan. Insyallah...

Kepada semua rakan-rakan Princess :-
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG PENUH KEBERKATAN INI...

2 comments:

Kampung Balimbang said...

Assalamualaikum...Orang Kampung follow yer..Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak..TQ

Princess Atie said...

With pleasure Orang Kampung...
Selamat Menyambut Ramadhan juga untuk Orang Kampung.
Sambutlah ia dengan keikhlasan dihati.