Sunday, 27 May 2012

KAIN BATIK - PILIHAN ATAU PAKSAAN?

Assalamualaikum alls...

Korang suka pakai kain batik?

Korang pandai tak pakai kain batik?

Kalau korang pakai kain batik pernah terburai tak?

Apa perasaan korang bila pakai kain batik?


Wahahaha...

Okay... Okay...

Cukup dengan pertanyaan yang mengarut lagi gedik tu.


Persoalannya yang ingin dipersoalkan menjadi soalan... Wahaha!

Korang pakai kain batik kerana terpaksa atau memang itu pilihan korang bila duduk bersantai kat rumah?

Princess pula?


Dulu... Masa level anak dara (wahaha. Sangat lah kan.) Princess cukup tak suka kot dengan kain batik ini. Nak pakai pun tak suka sangat. Satu tak suka dua tak pandai nak pakai! Ibu Princess selalu marah Princess sebab tak pandai pakai kain batik! Selalu kena bebel dengan ibu Princess macam ni.

"Nak jadi apa anak dara tak reti pakai kain batik. Nanti pergi rumah mak mertua buat malu je."

Ha... Macam itu la selalu ibu Princess cakap kalau Princess tak nak pakai kain batik. Masa level anak dara tu, Princess ada 2 pasang je kot kain batik. Itu pun Princess guna masa nak mandi je! Wahahah...

Bukan Princess tak nak belajar pakai kain batik. Tapi setiap kali pakai kain batik mesti rasa ada yang tak kena. First sebabnya bila dah ikat ketat-ketat tak sampai seminit pun pakai rasa kain itu nak terlucut. Betulkanlah balik kita ni. Ikat ketat-ketat lagi macam yang tadi, tapi baru seminit je pakai macam tadilah. Kain nak terlucut semula!!! Wahahah... Punya la buas pakai kain batik. Bila dah 2 kali kena betulkan benda yang sama, tanpa berfikir panjang. Pakai seluar je cara paling selamat!

Sebab itu masa level anak dara tak banyak kain batik.

Tapi manusia boleh berubah kan?

Masa Princess baru berkahwin Princess dapat banyak sangat kain batik dari mak-mak saudara sebelah Princess's Beloved Husband. Ada dalam 8 ke 10 pasang kot! Wahahah... Terkejut Princess tau.

Tak tahulah, mungkin di Terengganu dah menjadi adat diorang kot untuk beri sepasang kain batik kepada menantu perempuan yang baru menjadi ahli keluarga mereka. Itu Princess tak tahu, itu pendapat Princess saja.

Jadi, bila dah ada BANYAK sangat kain batik Princess tak tahu nak buat apa. Sebab Princess pun bukan si pemakai kain batik kot! Seluar memanjang...

Lagi pun, dengan kain batik yang banyak tu Princess nak buat apa? Tak kan Princess nak sambung-sambung dan jadikan LANGSIR!!! Idea yang bernas... Wahaha!

Masa mula-mula kawin ada juga balik rumah mertua. Princess cuba la juga pakai kain batik. Seperti kebiasaan pakai kain batik. Tak sampai seminit Princess masuk bilik dan ganti dengan seluar.

Lepas tu mak mertua Princess tegur.

"Mana kain tadi? Tak pakai dah?"

Princess dengan bangganya menjawab.

"Orang sebenarnya tak reti pakai kain batik mak."

Wahahah... Dengan tulusnya mengaku depan mak mertua yang diri ini tak pandai pakai kain batik!

Jadi dengan muka yang suci kononnya ni, mintak mak mertua ajar pakai kain batik. Boleh?

Alhamdulillah lah Princess ni dapat mak mertua yang jenis sporting tahap gaban. Dia ajar lah juga menantu dia ni yang perangai macam budak tadika pakai kain batik. Dengan sabarnya mak mertua Princess tu ajar menantu dia ni walaupun makan jam juga nak di ajar.

Jadi, sehingga ke hari ni Princess dah pandai dah guna kain batik walaupun kadang-kadang rasa macam nak tercabut setiap kali Princess duduk dengan buasnya. Wahahah...

Berkat kesabaran mak mertua Princess juga yang ajar pakai kain batik.

- Terima kasih mak sebab ajar orang pakai kain batik..

Wahaha...

Sekarang ini, dengan adanya kain batik yang banyak tu tak lah Princess sia-siakannya. Dan lagi pakai kain batik tu senang rupanya kalau kena dengan caranya.

Okay lah alls...

Panjang dah kot Princess taip-taip...

Harap korang tak bosan baca...

Korang pula ada cerita menarik ke dengan KAIN BATIK?

Kalau ada kongsilah...


Tata alls...


Nota gila si Princess : Kalau tak tahu pakai kain batik, belajarlah. Supaya korang tak malu depan mak mertua korang. Tapi kalau korang gila macam Princess bolehlah korang tanya mak mertua korang macam mana nak pakai...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, 22 May 2012

TAK ADA IDEA

Assalamualaikum alls...


Bulan ini entry Princess sikit saja kan. Bukan apa.. Yang pertama malas dan yang kedua tak ada idea kot nak cerita tentang apa. Lagi pun kalau Princess letak entry yang berunsur maklumat mesti korang semua kata dah baca dan dah tahu mengenai maklumat tu. Betul tak?

Hmm... Dari dikata sebegitu baik Princess fikirkan idea lain yang tak serupa dengan sesetengah bloggers. Bila tak serupa baru lah ramai orang nak baca blog kita. Tapi bila maklumat yang ditulis didalam entry sama dengan entry orang lain korang juga yang bosan sebab sebelumnya korang dah baca mengenai maklumat itu di blog lain. Jadi untuk tidak membosankan korang yang membaca, Princess perlulah perah otak lebih lagi cari idea untuk mengarang entry. Bila korang baca korang akan dapat maklumat baru. Tak lah semuanya sama saja. Nanti dikata copy and paste.

Okaylah alls... Nanti Princess update lagi ya. Tak nak rindu-rindu okay nanti Princess's Beloved Husband jeles. Wink...


Nota gila si Princess : Blog kita wajah kita... Jadilah diri sendiri.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, 18 May 2012

ADDICTED

Semua orang ada minat tersendiri. Tak kisah lah minat itu pada apa. Mungkin pada seseorang. Pada sesuatu atau juga pada hidupan. Mungkin juga pada sesuatu jenama. Ianya bergantung kepada apa yang boleh membuatkan mereka berasa bahagia dan gembira.

Kadang-kala ada juga yang cenderung untuk meminati artis, penyanyi dan pelakon. Ada yang sanggup sehingga menampal gambar-gambar artis pujaan mereka. Hebat sangatkah artis yang mereka puja itu? Tak salah dengan apa yang mereka minat. Tapi pada Princess biarlah ianya secara sederhana sahaja.

Ada juga yang Princess lihat sanggup menangis bila artis pujaan mereka maninggal atau ditimpa kemalanggan. Tidak salah untuk bersedih tapi biarlah berpatutan. Ini tidak siap meraung bagai. Lepas itu berhari-hari berkabung atas kematian artis pujaan tersebut.

Ada sesetengah itu Princess lihat terjerit-jetit bila lihat artis pujaan mereka. Dah macam kera kot. Tak payah nak over acting sangat lah kot.

Princess nak cakap sikit.

Masa korang tergila-gilakan artis pujaan korang itu ada tak artis pujaan korang itu ingat atau kenal korang siapa? Tak kan. Tapi Alhamdulillah lah kalau artis yang korang sanjung itu kenal korang.

Pada Princess, tak salah untuk menjadikan sesetengah artis itu sebagai idola. Tapi biarlah sekadar minat untuk cenderung ke arah kebaikan. Jangan terlalu melampaui batas sudah lah.


Princess pula? Hmmm... Princess pun addicted pada seseorang juga. Kalau nampak dia rasa nak jerit-jerit diserang histeria lah pula. Wahahaha... Siapa?


Princess addicted sangat pada Princess's Beloved Husband lah...

Hanya Princess's Beloved Husband yang boleh buat Princess jatuh cinta untuk seumur hidup.


Wahaha....


Nota gila si Princess: Biar jatuh cinta pada husband sendiri jangan pada orang lain...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, 11 May 2012

TAK BERTAJUK

Assalamualikum alls...


Rindu Princess tak? Wahahaha... Princess sibuk okay. Banyak pula tempahan jahit manik baju untuk bulan ini. Penat sikit la. Tapi dalam sibuk-sibuk itu, sempat juga la nak buka blog ini dan walk-walk di blog kawan-kawan. Biar otak ini tahu adanya dunia luar. Informasi terkini dan berita terkini dari rakan-rakan blogger, ya tak?


Sebenarnya dah seminggu Princess's Beloved Husband pergi kursus. Kursus sebulan okay... Tempat kursus itu tak lah jauh mana. Tiap-tiap minggu boleh balik. Tapi sebagai seorang Princess kepada Princess's Beloved Husband HARUSLAH Princess berasa rindu. Walaupun tiap-tiap malam bermesej dan ber'calling' bagai. Wahaha... Dah mengalahkan orang berCINTA you.. Kau ada? Hehehe...

Semalam Princess dapat satu berita dari kampung Princess's Beloved Husband di Terengganu. Sepupu kepada Princess's Beloved Husband baru sahaja lepas bersalin. Hokey... Princess nangis la. Mana tak nya. Princess kawin setahun awal dari dia okay. Tapi, ya la rezeki diorang awalkan. Mula-mula Princess tak nak cerita pada Princess's Beloved Husband takut ganggu ketenangan dia semasa kursus pula. Tapi keluarga di Terengganu pula sudah beritahu pada Princess's Beloved Husband. Hmmm... Kesian dengan Princess's Beloved Husband. Mungkin terusik hati dia. Ya la, 2 tahun kot dia menunggu untuk mendengar tangisan dari seorang anak. Tapi sehingga ke saat ini Princess belum ada tanda-tanda untuk beri dia seorang zuriat. Princess redha dengan ketentuan yang telah Allah rencanakan. Itu semua takdirNya. Princess sebagai hambaNya hanya perlu berdoa dan bersabar. Itu yang Princess lakukan sekarang.

Bukan Princess berputus asa. Tapi Princess redha.

Bukankah itu yang sewajarnya. Bukan Princess tak berusaha. Princess berusaha. Kami berdua berusaha. Tapi Allah lebih mengetahui...

Bila Princess's Beloved Husband dapat tahu mengenai berita itu dia cakap dengan Princess yang berita itu membuatkan hatinya tak nak balik ke kampung. Katanya, kalau dah balik ke kampung kita tak kan tak nak pergi melawat pula kan. Nanti apa pula kata sedara mara yang lain. Tapi, bila kita melawat lain pula jadi pada kami berdua. Sentap sikit. Boleh? Hmm... Apa yang harus diperkatakan? Itu lah yang terjadi kepada kami. Redha dengan ketentuan. Itu saja...


InsyaAllah, dalam perancangan Allah ada bahagian untuk Princess dan Princess's Beloved Husband.

InsyaAllah...

Amin.....


Published with Blogger-droid v2.0.4