Friday 15 June 2012

CERITA SOTONG LAH PULA!!!

Assalamuakaikum alls...


Princess nak kongsi satu cerita tentang sotong ini. Boleh tahan kelakar lah juga. Kisah ini masa tahun 2010. Tahun pertama Princess berpuasa sebagai status bini orang. Wahahah...

Teruja kot masa tu.

Ada sekali tu Princess balik untuk berpuasa di Melaka. Tak silap Princess 5 hari sebelum raya Princess balik ke Melaka.

Malam selepas kami berterawih ibu Princess kata dia nak masak sotong untuk menu sahur. So, ibu Princess pindahkanlah sotong yang ada di freezer ke bahagian bawah peti sejuk. Dalam pukul 10.00 malam Princess keluarkan sotong tu dan buangkan kulit sotong tu. Princess buat senyap-senyap tanpa pemgetahuan sesiapa. Sebabnya Princess's Beloved Husband tak makan sotong yang ada kulit. Katanya macam sotong tu tak habis disiang. Dah habis buang kulit tu Princess letak la balik kat temapt asal yang Princess ambil tadi.

Esoknya tengah sahur ibu Princess dengan terpinga-pinga tanya pada ayah Princess.

"Kenapa sotong letak kat bawah dia boleh hilang kulit ea? Semalam rasanya masa keluarkan dari freezer elok je ada kulit."

Ayah Princess balas balik.

"Dalam freezer kan sejuk, tu sebab dia ada kulit. Bila dah letak bawah dah tak sejuk sangat tu yang dia buang kulit sebab panas."

Wahahaha... Boleh pula macam tu jawapan ayah Princess.

Waktu tu Princess dah tak boleh tahan gelak dah. Masa tu juga Princess gelak semahunya. Sebabnya ibu Princess tak pernah pun buang kulit sotong tu setiap kali nak masak.

Sepanjang sahur tu kami gelak je. Lepas tu ibu Princess cakap.

"Pandai ea kenakan ibu."


Kisah pasal sotong ini pula. Kalau balik Terengganu Princess suka sangat beli sotong. Sebabnya sotong kat sana besar-besar. Puas la kot makan seekor sotong untuk seorang. Bayangkan, seekor sotong Princess pernah beli masa kat Terengganu seekor boleh cecah 1kg. Tapi kata Princess's Beloved Husband. Kalau kena musim sotong lagi besar boleh dapat. Kadang-kadang boleh cecah 2kg dan lebih.

Wah, tak sabar nya nak balik Terengganu. Nak makan sotong banyak-banyak sampai muntah. Wahaha...

Okaylah alls...

Kita jumpa dilain entry.


Tata alls...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday 8 June 2012

THE 2nd ANNIVERSARY YANG AWESOME

Assalamualaikum alls!!!

Just wanna share our happiness to all of my friends.
5th June 2012 --- Our second anniversary!
Yeay!!!

Apa yang best hari itu? Hmm... Nothing special kot. Tapi macam biasa kami pergi bercinta la...
Dating time!!!

Firstly sebelum keluar untuk dating kami bergedik-gedik bergambar bagai dulu la.
Potong kek yang Princess buat sendiri. Of course my special chocolate cake yang amazing tu.



Macam ni la kalau orang yang tak reti nak deko-deko kek ni.
Berterabur......



Princess dan Princess's Beloved Husband



Acara potong memotong kek.



Princess dan kek yang awesome kononnya!!!



Suap menyuap la pula....



Lepas dah potong kek san bergambar bagai kami ke tempat bercinta la pula. 
Kami ke restoran kegemaran kami --- SUSHI KING!!!
Wahahaha... Best sangat-sangat.
Lepas dah makan sampai kenyang.... Kami bercinta kat pantai pula.
Tapi waktu tu malam jadi gambar di pantai tak ada lah...



Princess's favorite dish...
Golden Ball ---- kami juga gelar sebagai Dragon Ball.
Ianya deep fries egg lah.




Ini pula favorite menu Princess's Beloved Husband.
Apa entah nama dia..

Haaa...... Tamat dah kisah satu hari kami yang penuh fantasi.. Wahahaha...
A day full of moment!!!

Nota gila si Princess : Dah 2 tahun rupanya kami berkahwin tapi dalam 2 tahun ini masih kosong dengan gelak tawa seorang anak....

Friday 1 June 2012

JUNE IS BACK!!!!

Assalamualaikum alls...


1st June today rite?

Oh... A month lots of love, memories and happiness for Princess.


Tak sabar nak tunggu 5 Jun 2012 ini. Sebabnya Princess dah rancang untuk menyambutnya. Mungkin Princess sambutnya dengan sederhana sahaja kot. Ya... Mungkin Princess akan buat sendiri kek dan decorate sikit-sikit. Hmm... Idea yang bagus. Bahan-bahan dah ada. Tinggal nak buat saja.

Tak sabar rasanya hati ini.

Mungkin hari isnin ini Princess akan ke klinik untuk buat check up lagi. Harap-harap ada berita gembira.

Princess harap sangat masa check up tu Princess akan dapat berita yang menggembirakan dan ia akan jadi hadiah anniversary yang paling indah untuk tahun ini. InsyaAllah jika itu diizinkan oleh Allah.

Kita hanya boleh merancang tapi semuanya Allah yang tentukan. InsyaAllah...


Published with Blogger-droid v2.0.4