Saturday 28 April 2012

BERSIH OH BERSIH

Tadi Princess tengok tv. Berita mengenai perhimpunan bersih. Biasalah kan? Bila dah berlakunya perhimpunan macam tu mestilah ada keluar di semua stesen-stesen tv. Kecoh sana sini.

Bila Princess tengok berita tadi rasa macam nak menagis pun ada. Sayu hati bila lihat negara Malaysia yang kita agungkan sebagai negara yang aman telah bertukar menjadi negara yang huru hara. Biarpun huru hara yang berlaku adalah kecil tapi ianya tetap terasa sesuatu yang besar. Betul x?

Tadi Princess lihat stesen tv tersebut ada menemu ramah beberapa pelancong asing yang berada di negara ini. Mereka pun takut melihat huru hara yang berlaku. Bukan apa, pelancong-pelancong yang datang di negara ini.merasakan Mlaysia adalah sebuah negara yang selamat dan aman. Tapi bila perkara-perkara seperti ini berlaku apa pula tanggapan pelancong-pelancong yang hadir? Hmmm...


Okaylah, tak nak cerita hal-hal yang bukan bidang kita. Nanti kena saman pulak kan? Buatnya cerita kita ni menyinggung kononnya perasaan hati sesetengah pihak dibawanya perkara ni ke mahkamah. Naya je.


Berita-berita seperti ini juga boleh membuatkan Princess menangis, sebabnya... Princess's Beloved Husband ada disana. Princess terlalu risau dengan keadaan disana. Kesian dia. InsyaAllah tak ada apa-apa yang akan berlaku. Princess harap semuanya selamat. InsyaAllah...


Published with Blogger-droid v2.0.4

BILA KESEORANGAN....

Assalamualaikum alls.


Hari ini Princess sorang-sorang dekat rumah. Sedia maklum Princess's Beloved Husband di Kuala Lumpur untuk stangby perhimpunan bersih. Hari ini, tengahari tadi adik Princess pula keluar. Katanya nak hangout dengan kawan. Tak apa lah. Itu life dia kn.

Princess pula? Hehehe... Bila tak ada orang di rumah Princess lah permaisuri. Wahahaha...


Apa yang best??? Princess boleh control remote tv. Princess tak payah masak. Dan juga Princess tak payah susah-susah nak jaga hati orang. I can do what I want!!! Yes...

Untuk tengahari Princess masak untuk diri sendiri saja. Kalau masak untuk diri sendiri mestilah something special dari biasa kan?


Hari ini Princess masak maggi. Ha... Bukan maggi biasa ya. Princess jarang beli maggi yang ada perasa. Biasamya Princess beli maggi yang tak ada perasa. Hanya maggi kering saja. Perasa tak elok untuk kesihatan. Lagipun Princess tak boleh makan perasa nanti sakit kepala + migrain.

Okay, okay. Princess pun tak tahu nak cakap nama resepi yang Princess buat ini.

Hmm... Bagi nama sikit la kan.


Maggi goreng meatball with fresh tomato.


Wahahaha... Panjang nama kau wahai En. Maggi.


Okaylah... Tak nak tulis panjang2. Nanti korang tak nak baca kan...


Tata alls...


Published with Blogger-droid v2.0.4

BOLEH NANGIS TAK????

Wah... Title macam ya je.

Eh tapi betul tau. Malam ni Princess kena tidur sorang-sorang. Princess sedih you alls.

Kenapa? Sebab Princess's Beloved Husband kena kerja! Princess tak marah pun Princess's Beloved Husband pergi kerja. Tapi Princess marah dengan orang yang membuatkan Princess's Beloved Husband kena kerja jauh-jauh!!!

Esok kononnya ada PERHIMPUNAN BERSIH kan?

So, disebabkan perhimpunan itu lah kononnya Princess's Beloved Husband kena pergi kerja di Kuala Lumpur.

Oh, sakitnya hati kita nih!!!

Disebabkan benda entah apa-apa, orang macam kita ini sakit hati!!!

Seperti perhimpunan yang lepas Princess tak nampak pun apa-apa perubahan yang kononnya mereka nak ubah tu.

Ada?

Tak ada kan.

Hah, sebab itulah nak buat sesuatu biarlah kena pada caranya. Ini tidak. Tak habis-habis MENYUSAHKAN ORANG!!!

Okay, Princess pula yang emo. Sorry ya.

Nota gila si Princess : Dah dah lah buat perhimpunan bersih tu. Baik korang buat perhimpunan bersihkan hati bersihkan jiwa dekat masjid atau surau. Kan itu lebih selesa, tenang dan BERSIH!

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday 26 April 2012

ADA KE ORANG BACA BLOG PRINCESS???

Assalamualaikum alls...

Semoga hari korang ceria dan bahagia ya.

Semenjak dua menjak tiga menjak dan bermenjak-menjak ni, Princess musykil sikit...

Kenapa?

Sebab Princess terfikir. Ada ke orang nak baca blog Princess yang senget macam Menara Pisa ni?

Wahaha... - Princess yang senget sebenornye!

Bukan apa, trafik semakin bertambah (betul ke Princess cakap ni) tapi followers tak pun bertambah. Princess pun tak mengharapkan followers yang banyak pun. Suka hatilah nak follow ke tidak kan? Nanti kalau dipaksa-paksa takut ada yang membenci pula.

Tak apa lah, Princess redha kot.

Princess tahu blog Princess tak setanding dengan blog-blog korang yang vogue lagi popular.

Tapi, Princess respect blog-blog yang Princess follow sebab korang best. Banyak juga idea yang Princess dapat untuk memajukan blog sendiri.

Sebenarnya dalam penulisan, cerita dan kisah Princess dalam blog ini adalah kisah dari hati Princess. Bukan bilangan followers yang banyak yang Princess harapkan. Tapi cukup sekadar apa yang Princess ceritakan dapat diterima semua golongan. Walaupun ianya hanya perkara kosong bagi korang, tapi bagi Princess apa yang Princess cerita itu adalah diri Princess yang sebenar.

Wah melalut plak. Sensetif konon...

Dah lah...

Nota gila si Princess : Dah senget tu senget juga, kan kan kan?

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday 24 April 2012

PRINCESS MEMASAK UNTUK KESAYANGANNYA (6)




Assalamualikum alls...

Wah, lama Princess tak buat entry memasak untuk kesayangan kan?

Bukan tak masak, tapi apa yang Princess masak setiap hari adalah masakan biasa sahaja.

So hari ini Princess terlebih rajin untuk memasak something special untuk Princess's Beloved Husband.

Hari ini Princess cipta satu resepi.

SAMBAL MEATBALL...

Nampak saja special kan? Tapi bahan-bahan yang digunakan semuanya bahan biasa.

Nama pun sambal, jadi bahan utama adalah cili.

Mula-mula Princess goreng dulu meatball dengan menggunakan minyak yang sedikit. Cukup untuk menggaul meatball itu dalam kuali.

Agak-agak meatball dah nak masak angkat dan toskan.

Masak sambalnya pula.

Hai, tak kan masak sambal pun tak tahu cik kak. Masak sambal seperti biasa korang masak. Agak-agak sambal dah masak barulah masukkan meatball yang dah di goreng tadi.

Hah, senangkan?

Mana nak dapat meatball? Beli saja yang dah siap di kedai berhampiran. Mesti ada jual punya. Harga pun tak mahal.

Okaylah you alls.

Kalau korang nak cuba resepi ini dipersilakanlah.

Princess tak kisah pun kalau korang nak cuba resepi ini.

Sharing is caring rite.

Tata alls...



Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday 22 April 2012

TERGOLEK DENGAN AYAM GOLEK!!!



Assalamualaikum alls...

Patutnya pukul 9.00 pm td Princess ada senam robik. Tapi Princess ponteng sebab Princess's Beloved Husband dan adik Princess ajak pergi makan ayam golek!

Wahahaha...

Boleh?

Bila orang dah ajak kita pergi saja lah.

Kedai yang jual ayam golek ini tak lah besar mana pun. Cuma warung biasa saja tapi kedainya penuh dengan orang.

Mana tak nya. Ayam golek dia sedap sangat! Patutlah ramai orang.

Walaupun Princess dah lama tinggal sini (Merlimau, Melaka) tapi Princess tak pernah tau pun kedai makan tu ada jual ayam golek.

Wahaha... Punya ketinggalan zaman Princess ni kan.

Tak apa lah. Walau ketinggalan zaman pun janji Princess dah merasa.

Kau ada???

Ahahahaha...

Okaylah alls..

Dah malam sangat ni. Princess tidur dulu ya.

Princess need a beauty sleep.

Wahahaha... Ayat tak mengagak!!!

Tata alls...

Nota gila si Princess : Kata nak turun berat badan dalam masa sebulan. Tapi makan tak hengat!!! Wahaha...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday 20 April 2012

KETERINGINAN TERLAMPAU

Apa yang teringin sangat???

Ahah...

Dulu Princess hanya seorang anak kepada ibu ayah Princess.

Sekarang Princess adalah seorang isteri kepada Princess's Beloved Husband.

Bila sudah melalui banyak fasa dalam hidup ini mestilah fasa yang seterusnya adalah fasa yang wanita semua inginkan.

Fasa untuk menjadi seorang mommy kepada anak-anak Princess...

Bilakah?

Hanya Allah sahaja yang tahu hakikat itu...

Benar hati Princess ini sungguh teringin untuk mengandungkan anak sendiri, melahirkan anak sendiri dan membesarkan anak sendiri dengan penuh kasih sayang.

Tapi... Itulah takdir yang telah Allah berikan kepada Princess dan Princess's Beloved Husband.

Kami belum dikurniakan anak lagi oleh Allah.

Bukan untuk menyalahkan takdir. Sememangnya Princess redha dengan ketentuan yang telah ditulis.

Tetapi jauh dihati kecil Princess mahukan anak sebagai penyambung kasih antara Princess dan Princess's Beloved Husband.

Dihati ini, hanya Allah yang tahu betapa teringinnya Princess untuk ada anak sendiri.

Ya, setiap hari Princess mengenang.

Bila baca paper atau tengok tv mengenai kes pembuangan bayi yang tiada kesudahannya Princess jadi marah, sayu, pedih hati ini.

Kenapa??

Sebab orang-orang seperti Princess ini yang susah untuk dapat anak merasakan sebuah nyawa itu adalah beharga. Kenapa mereka sanggup untuk membunuh!!! Kenapa? Tak fikir ke mereka bayi yang mereka buang itu adalah suatu anugerah!!! Suatu pemberian yang Allah beri untuk mereka yang terpilih.

Bagaimana orang macam Princess yang belum menjadi insan terpilih itu?

Princess redha...

Kepada yang berkenaan membuang bayi-bayi yang tak bersalah itu!!!

Korang tak terfikir ke bagaimana kalau suatu ketika korang dilahirkan dulu ibu bapa korang membuang korang seperti korang membuang bayi-bayi itu.

Mungkin bayi yang wujud itu adalah kesalahan masa lampau korang tapi jangan disebabkan kesalahan itu korang menambah lagi kesalahan yang ada.

Ingat satu sahaja... Sebesar mana pun kesalahan atau dosa yang korang buat bertaubatlah kerana Allah Maha Pengampun...



Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday 13 April 2012

AT CAMERON HIGHLAND WITH SOME LOVE -- PART 3

Assalamualaikum alls..

Sambungan dari entry sebelum ini.
Hari ke-2 tak habis cerita lagi.
Sikit saja lagi.
Tak banyak dah.
Tapi entry kali ini Princess nak habiskan sekali dengan hari ketiga berada disana.
Iaitu hari terakhir kami sebelum balik ke Terengganu.

Ready alls!!!
Jom kita terjah....


Selepas solat dan berehat di hotel.
Dalam pukul 3.00p.m. kami keluar dari hotel dan ke Rose Valley pula.
Jadi kami pun berjalanlah ke Rose Valley!!!



Sebenarnya kami dah kepenatan.
Tapi disebabkan keterujaan itu masih ada jadi kami teruskan pengembaraan kami di Cameron Highland.
Tengok Princess's Beloved Husband.
Penat pun masih nak posing dan senyum.
EXCITED yow!!!



Apa yang Princess jumpa???
Black Rose!!!
Fisrt time tengok.
Black Rose ini tak kembang lagi.



Yang ini pun Black Rose juga.
Tengok dah kembang sikit.
Suka!!!
Yang dah kembang tak ada lah...



Bunga lain banyaklah kembang...
Sekembang Princess tak?
Wahaha...



Kembang lagi Princess's Beloved Husband kan?
Muka dan bunga dah sama BESAR!!!



Ahah!!!
Cili pun ada macam rose tau.
Ianya memang cili.
Kenapa diberi nama Rose Chili pun Princess tak tahu.
Yang Princess nampak ianya seperti buah jambu air!!!



Ini lagi satu.
Princess tak tahu apa benda ini?
Tapi disitu ada dinyatakan ianya adalah Long Gourd.
Labu air kot...
Entah.... 
Huhuhu.



Bukan sahaja bunga rose tapi diorang ada tanam buah dan sayur juga.
Tapi tak banyak..

Bergambar bersama buah tomato??
Motif?
Nak nampak cute!!!
Hahahah..
Muntah sekarang alls....



Ditengah-tengah kebun ROS!!!
Tak ada orang pun.
Nama pun bercuti dihari orang bekerja jadi haruslah tak ada orang alls...



Sebelum keluar dari Rose Valley, Princess jumpa Burung Merak yang sedang mengembangkan ekornya.
SubhanAllah YaAllah...
Cantikkan???
Rasa bertuah sangat sebab kami dapat lihat burung merak yang sedang mengembangkan ekornya.
Korang ada???


Keluar sahaja dari Rose Valley kami ke Kea Farm pula.
Sebab dah petang, lebih kurang pukul 4.30p.m.
Seperti semalamnya banyak kedai yang pakat tutup beramai-ramai.

Saja jalan-jalan.
Tapi motif yang sebenar adalah untuk cari Strawberry Chocolate yow..
Wahahaha...
Cakap dengan Princess's Beloved Husband yang Princess nak cari Strawberry Chocolate sampai jumpa.
Kalau tak jumpa tak nak balik!!!
Ugut macam tu je.
Boleh???
Semalamnya Princess ada nampak orang jual Strawberry Chocolate sekitar Kea Farm ini.
Sebab itu Princess beriya suruh Princess's Beloved Husband carikan.
Kesian Princess's Beloved Husband kan?
Dapat Princess yang gila lagi sewel.
Wahaha...



Yeay!!!
Dapat juga Strawberry Chocolate!!!
Sedap yow...
Rangup, manis dan nikmat.
Kau ada???
Wahahaha...
Murah saja. 3 cucuk RM5.00
Nasib baik Princess's Beloved Husband dapat jumpa.
Kalau tak duduklah dekat situ sampai semua kedai buka semula.
Wahahah... Jahatkan?
Orang benggong memang macam tu.



Princess's Beloved Husband pula?
Apa yang dia beli?
Jagung mentah!
Wahahah...
Siap mintak kat orang bangla yang jual tu nak beli satu saja.
Boleh?
Sebabnya diorang jual selonggok. Selonggok dalam RM15.00 kalau tak silap.
Tapi mak mertua Princess kata tak payah beli untuk dibawa balik sebab nanti dah sampai bawah rasanya tak sedap.
Eh.. Tapi jagung tu manis tau walaupun tak direbus atau dimasak.
Cuma ianya masak semula jadi saja.


Setelah penat membeli di Kea Farm kami ke Brincang semula untuk makan malam.

Tapi Princess's Beloved Husband terpandang sesuatu yang dia dah lama tak makan...
Apakah???




DURIAN!!!
Princess??? Princess tolong snap gambar saja lah.
Princess tak makan durian ya kawan-kawan.
Wahaha..
Ada ke orang tak makan durian macam Princess???


Dah habis tunai hajat si Prince, kami terus ke Brincang dan cari lokasi restoran pilihan kami.
Restoran ini suggest dari kakak ipar Princess.
Restoran Kelantan ya.
Kalau dah nama restoran Kelantan haruslah ada Tom Yam.
Oh..Oh.. Tom Yam nya sedap yow.
Memang tak sia-sia kakak ipar suggest restoran tu.
Sedap, murah dan Princess nak suggest pada korang jugalah.
Restoran ini terletak berdekatan dengan pasar Brincang.
Restoran bersih, makanan sedap dan harga murah.
Korang patut cuba kalau korang pergi ke Cameron Highland.



Tengok Princess's Beloved Husband.
Tak tengok kiri kanan dah.
Dia ingat perut dia saja.

Nak tahu tak berapa harga kami makan sebanyak itu?


RM15.00 yow!!!
Murahkan?
RM15.00 sebanyak itu!!!
Rasa nak order lagi...
Wahahaha...


Dah kenyang makan kami terus ke hotel dan berehat. Malam kami tak keluar sebab hujan dan sejuk melampau yow.
Masa makan pun menggeletar nak suap makanan.
Jadi kami rehat-rehat saja di hotel sebab penat berjalan seharian.


Esoknya, selepas berkemas kami pun check out dari hotel.
Sarapan dulu di sekitar Brincang dan tempat terakhir kami untuk dituju sebelum bergerak pulang ke Terengganu ialah Kea Farm semula.
Okay tak beli apa pun.
Just repeat beli Strawberry Chocolate again dan buy some Strawberry untuk orang Terengganu.

Tapi betul orang kata.
Kalau makan Strawberry di Cameron Highland lain rasanya. 
Ianya rangup dan kemanisannya terserlah.
Tapi bila di bawa turun rasanya semakin berkurang dan tak rangup dah!!!

Kami beli dua bekas berharga RM15.00 kalau tak silap Princess.
Princess pun lupa harga dia sebenarnya.
Beli satu untuk kami makan.
Dan satu lagi simpan untuk orang Terengganu.




Semasa di Cameron highland rasanya manis dan rangup.
Merah menyala bagai.
Terliur dibuatnya.




Princess' Beloved Husband sedang merasai keenakan buah strawberry tu.
Tak tengok orang pun.
Excited makan buah strawberry.



Itu sahajalah cerita Princess mengenai percutian dan pengembaraan kami ke Cameron Highland.
Bukan bercuti sahaja tapi berhoneymoon sekali ya.
Wahaha....
Sampai berjumpa lagi dilain entry mengenai percutian-percutian yang akan bakal kami pergi lagi selepas ini.
InsyaAllah.

Semoga korang semua seronok membaca dan mengunjungi blog Si Princess ini ya.

Tata alls...






Thursday 12 April 2012

AT CAMERON HIGHLAND WITH SOME LOVE -- PART 2

Assalamualaikum alls...

Rindu Princess tak???
Wahaha.... Perasan disitu.
Tak rindu pun tak apa, nanti Princess's Beloved Husband jeles okay...

Perasan lagi...

Okay lah... Okay lah...
Princess sambung dengan cerita cinta di Cameron Highland okay...


Hari ke dua iaitu hari Selasa 27/03/2012...
Pagi-pagi lagi dah bangun okay. Sanggup lepas solat subuh tak tidur semula.
First sebab sejuk.
Time kami pergi dah kena lah. Sebab time itu masih dalam musim sejuk lagi.
Cuma tak ada salji je... (Hah... Merepek disitu --- Malaysia mana ada salji yow. Cameron Highland je kot)

Pagi-pagi lagi dalam pukul 8.00a.m. Kami sarapan di area Brincang jalan nak ke Tanah Rata.
Harga??? Murah dan makanan boleh lah.

Lepas sarapan kami terus menuju ke Tanah Rata.
Tempat yang dituju.
Taman replika buah-buahan.
Tengok besarkan buah!!




Buah belakang Princess okay.
Jangan fikir bukan-bukan ya...



Princess's Beloved Husband excited yow!!!



Princess...



Princess...

                                 

And Princess again...
Boring rite...




Princess dan Princess's Beloved Husband.




Dah hilang excited dia...


Princess's Beloved Husband tak excited sebab dia ajak pergi tempat lain...


Princess pun ikutkan saja...


Jom...



Tanah Rata --- Cameron Highland.



Lepas berjalan-jalan di Tanah Rata kami repeat ke Bharat Cameron Valley Tea.
Seperti yang dijanjikan oleh Princess's Beloved Husband.
Kononnya dia nak feeling ala-ala mat salleh minum teh tempat sejuk yow...
Boleh???

Mula-mula macam biasa, haruslah bergambar dulu ya.
Budak jakun memang macam itu kan...
Wahahaha...
Lihatlah betapa excited nya kami!!!



Princess excited...



Princess's Beloved Husband yang konon-konon excited terlebih.



Hehe...
Princess's Beloved Husband SENYUM yow...



Tak tahu apa motif Si Princess's Beloved Husband memandang ke sana?
Ada perempuan cantik kot...

Ha... Ha... Tak tahu...



Dah hilang excited kita gedik pula!!!


Princess lagi!!!



Cak!!!



Kami di kawasan 'CINTA'...




Princess sedang buat penggambaran filem cinta okay.
Tajuknya...
From Cameron Highland with love and a little bit crazy....

Wahaha.... Bukan main panjang tajuk.



Pelakon @ DIVA...



Again... Melihat panorama indah gabungan ciptaan Allah dan manusia.
SubhanAllah...


Kawasan CINTA Princess and Prince.


Hero dan Heroin...
(Konon-konon)


Hero Si Princess...



Seperti yang dijanjikan oelh Princess's Beloved Husband...
Tea time!!!
Yeay... Suka... Suka...
Wink...

Menikmati teh tarik dan shortbread cookies in tea valley...
Princess nak bagi tahu. Shortbread cookies dia sedap yow.
Teringat kesedapannya sehingga sekarang...
Susah nak dapat shortbread cookies yang cair dimulut macam tu...


Princess ter'feeling' jadi Paris Hilton yow....
Paris Hilton versi chubby...

Okay, Princess mengaku diri ini CHUBBY...



Oh ya, sebelah cafe tu ada kedai teh. Pelbagai jenis teh ada.
Macam-macam perisa ada. Green tea pun ada.
Gambar ini...
Bukan shopping tapi posing..
Sama??? Lain lah...


Okay, lepas penggambaran filem Sang DIVA habis.
Kami ke Tanah Rata semula dan walk-walk di sana.
Ada rakan-rakan Princess kata, kalau pergi Tanah Rata korang pergilah Smoke House.
Apa yang ada di Smoke House???
Adakah Smoke House itu RUMAH YANG BERASAP @ DAPUR BERASAP????
Wahaha...
Tak yow..
Smoke House itu adalah rumah berseni bina Inggeris.
Best yow.
Princess tak masuk pun Smoke House itu.
Cuma jalan-jalan depan Smoke House itu sambil gedik-gedik posing.
Boleh???
Jangan banyak cerita lah.
Kita layan gambar ya...
Kalau cerita lebih-lebih nanti korang tak nak bacakan?
So, check it out alls...



Princess's Beloved Husband tak habis excited lagi...




Mula-mula excited lepas tu senyum sorang-sorang...
Hahaha...
Excited sebenarnya...



Excited Si Princess semakin berkurang...
Tapi masih gedik berposing...



BerCINTA pula...



Mari bergedik!!!



Cantikkan tempat...
Macam luar negara alls...
Hahaha...
Itu sebenarnya cafe...
Tapi masa Princess pergi cafe itu tutup.

Maklumlah pagi-pagi hari kot.



Okay Princess's Beloved Husband ajak pergi tempat lain dah...
Jangan salah faham, itu bukan kereta kami...
Kereta kami dihujung sana...


Dari Smoke House, Tanah Rata kami ke Brincang semula.
Pergi mari pergi mari saja kami...
Kata bercuti dan berdikari jadi haruslah macam orang sesat cari jalan kan???

Di Brincang kami ke Cactus Valley.
Apa yang ada???
Dah nama pun CACTUS Valley, haruslah ada CACTUS ya kawan-kawan....

Best sangat tempatnya.
Atas Cactus Valley pula adalah Strawberry Red Park kalau tak silap Princess lah.
Okay, macam biasa kita layan gambar yang tak berapa nak cantik ini...



Ini bukti Princess berada di Cactus Valley.
Huh... Siap nak bukti.
Choii...



Bukan Princess sorang nak tunjuk bukti tapi Princess's Beloved Husband pun nak tunjuk bukti.
Wink...



Jom kita!!!



Bukan saja cactus, bunga ros pun ada okay.
Bukan Princess!!!
Sebelah tu lah...



Lihatlah DUNIA!!!
Eh salah....
Lihatlah pokok cactus semua...
Princess dah sampai!!!



Bila Si Princess berposing...
Hilang semua pokok yang ada...







Nampak Princess ke Cactus???

Okaylah BOSAN rite.
Semua gambar Princess...
Ni ha Princess's Beloved Husband...



Kepenatan yow...
Muka pun tak senyum...



Duduk....
Sebab penat...
(Lutut dia tak berapa nak elok, so doktor tak bagi jalan banyak sangat.)



Dan duduk lagi...



Dan lagi...
Princess faham dan ikutkan saja....



Ha... Baru boleh posing...
Main sorok-sorok pula....



Wahaha... Posing lagi...



Dan lagi...



Princess pula...
Terkejut yow banyak bunga cantik!!!
Cactus pun banyak sangaaaaat!!!



Eh.. Eh..
Bukan penat ya...
POSING!!!
Boleh???


Dari Cactus Valley kami berjalan kaki sedikit ke atas untuk ke Strawberry Red Park...
Ianya berada di satu kawasan ya. 
Jadi tak payah nak fikir-fikir kat mana letaknya Strawberry Red Park tu.
Di Strawberry Red Park, sebenarnya tak ada apa yang menarik.
Starwberry pun tak banyak yang ada.
Di Strawberry Red park pula korang boleh pick yourself strawberry tau.
Tapi masa Princess pergi itu Princess tak petik pun Strawberry tu.
Sebab Princess kesian strawberry yang baru nak berbuah dan masih hijau tu.
Hehehe...
Lagi pun, ramai kawan-kawan Princess kata kalau petik strawberry mahal dari membelinya di pasar.
Princess pun tak berapa tahu. 

Okaylah, tak nak cerita panjang-panjang..
Macam biasa....



Jom kawan-kawan...
Kita mengembara ke Strawberry Red Park!!!



Seronok sangat Princess's Beloved Husband tu!!!


Lepas berseronok-ronok.
Jalan kaki ke atas sikit ada cafe tau.
Semua makanan dan minuman berasaskan STRAWBERRY yow...
Ada Pancake Strawberry, Jus Strawberry, Strawberry and Chocolate dan macam-macam lagi makanan yang berasaskan STRAWBERRY.

Princess dan Prince jadi???
Kami jadi SUKA yow....
Bila cakap pasal makan jadi SUKA lah. 
Kan.. Kan.. Kan..



Posing dan minum!!!



Strawberry Milk Shake and Strawberry Juice.


Lepas minum kami turun dan balik ke hotel untuk solat zuhur dan mandi bagai.
Disebabkan dah sarapan dan masih kenyang, kami tak makan tengah hari.
Bukan tak lapar tapi kenyang minum air dan makan angin.
Wahahah...

Okay...
Okay...
Sebenarnya Princess tak nak buat entry panjang-panjang.
Nanti korang malas nak baca pula kan..
Princess sambung di entry lain lah ya.
Tunggu ya.

Apa-apa pun layanlah gambar yang Princess malas nak tulis cerita atau sari kata dibawahnya...

Tata alls...