Wednesday, 12 February 2014

Percutian dirancang atau tidak dirancang pilihan korang?

Assalamualaikum all...

Uhuhuhu... Sadisnya lah tuan blog ni sampai tak menyempat-nyempat nak update blog ye.
Kesian blog terabai begitu saja.
Tak pe kot kalau blog terabai, janji suami kat rumah ni tak terabai.
Eh. Ahahaha...

Okay, okay... Dah banyak sangat mengarut kau ni.
Kali ni kita bincangkan tentang percutian ye kawan-kawan.
Tak de maknanya...
Bincang lah sangat.
Sebenarnya lebih kepada nak tanya pendapat je you all...

Beberapa minggu lepas, Princess's Beloved Husband ada booking percutian dengan kawan dia.
Percutian ke Pulau Redang lah pulak.
Holiday by group okay.
Princess's Beloved Husband la nak sangat pergi.
Lama dah nak bercuti ke pulau-pulau.
Tapi cuma tak de kesempatan je lagi.
So bila kawan Princess's Beloved Husband tawar nak ke pulau terus dia setuju oooi...

Princess tak pasti lah pulak nak pergi ke tak.
Tapi rasanya terpaksa pergi la kot sebab Princess's Beloved Husband dah booking untuk Princess sekali.
Haaai la...
Sebenarnya, Princess tak berapa nak senang kalau bercuti by group ni sebab rasa tak bebas.
Ye la, dah tentu booking.
Pastu dalam booking tu dah ada aktiviti-aktiviti yang akan kita buat. Dah tentu masa kita pack dengan aktiviti-aktiviti tu kan.

Bukankah namanya itu dirancang kalau dah ada jadual aktiviti.
Uhuhuhuhu... Sedih!!!

Bilanya masa untuk kami bersama bercinta ditepian pantai bagai. Hahahaha...
(Banyak berangan la kau ni.)
Tapi tak pe. Kita tengok dulu macam mana...
InsyaAllah ada gembira disitu.
Nama pun bercuti kan.

Oooit... Bukan nak bercuti sekarang lah. Bulan 4 nanti baru pergi. Lama lagi nih.
Boleh lagi ni nak rancang buat persediaan nak ke pulau. Beli pelampung warna-warni ke. Beli payung warna pink ke. Hahahaha...
(Kata tak nak pergi tapi siap nak buat persediaan bagai.)

Korang pulak tak pergi bercuti ke?
Biasanya korang bercuti dirancang atau tak terancang?
- konpius dengan soalan sendiri, hahahahaha...

Nota gila si Princess : Haaaai lah, sunburn balik lah aku. Nak cari sunblock, nak cari sunblock...