Masuk kepada bab 'kesayangan' ni. Sebenarnya aku ni adalah kesayangan ayah mertua aku. Dia sayang sangat dengan aku. Tak tahu kenapa dia terlalu sayang kat aku. Mungkin sebab aku muda dari menantu-menantu dia yang lain. Tapi sebagai seorang manusia yang waras aku rasa malu juga la sebab ayah mertua aku terlalu manjakan aku dari menantu yang lain. Penah terjadi raya tahun lepas. First raya aku kat Terengganu. Husband & mertua aku bawa la ziarah rumah sedara mara kat Terenggau. Ada la sorang mak saudara dia tanya. "Ni menantu yang hari tu kawin dengan anak ke?" Ayah mertua aku cepat je jawab. "Ye la. Yang mana lagi. Ni menantu kesayangan saya ni." Oh..Oh.. Aku yang terasa malu mendengar serta merta men'senyum'kan diri. Ahahaha.. Tak boleh blah.
Kalau aku menantu kesayangan mertua aku. Husband aku plak kesayangan ibu & ayah aku. Huhuhuhu.. Sungguh adil sangat. Ibu & ayah aku selalu call aku. Pastu bila habis cakap dengan aku mesti tak lupa cakap "Kirim salam kat menantu kesayangan ayah/ibu ea." Huhuhu.. tak boleh blah gak ar. Tapi ia adalah adil bagi kami berdua. Menjadi menantu kesayangan kepada mertua masing-masing. Alhamdulillah, bila kita jujur, baik pada semua orang, kita akan jadi kesayangan orang. Tapi bila kite plastik, berpura-pura & tunjuk yang kita baik tapi sebenarnya hampeh memang tak la orang nak sayang apa lagi suka. Sebab kejujuran adalah perkara utama yang perlu ada dalam setiap perhubungan. Bukan sahaja hubungan dengan suami tapi dengan mak mertua, ayah mertua & juga sesiapa saja pasti kita akan disayangi jika kita bersikap jujur.
Pesanan dari Princess :
~Love everybody with honest~
No comments:
Post a Comment