Selamat Hari Raya Princess ucapkan kepada all bloggers yang beragama islam dan yang menyambut syawal. Alhamdulillah Syawal yang ditunggu-tunggu menjelma juga. Akan terasa rindu pada bulan Ramadhan. Insyallah jika dikurniakan umur yang panjang kita semua akan bertemu lagi Ramadhan yang akan datang... Insyallah...
Ok tahun ni Princess tak shopping raya pun.. Kenapa?? Sebab Princess rasa malas nak shopping dan kebetulan Princess ada komitmen lain yang lebih penting dari shopping raya.. Tahun ni Princess cuma memperbaharui baju tahun lepas... Sebab masih boleh digunakan lagi dan nampak baru lagi.. Princess rasa tak payah la membazir untuk beli yang baru jika yang lama masih elok untuk digunakan lagi. Princess buat biskut raya tahun ni, tapi satu jenis je. Itu pun Princess buat untuk Princess's lovely cousin. Entry akan datang Princess akan masukkan sedikit picture RAYA Princess dari biskut sehingga la dipagi RAYA okay. Insyallah... Sebabnya tak boleh upload picture sekarang sebab tak masukkan picture dalam lappy lagi.
Apa-apa pun kepada semua Princess ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...
Wednesday, 31 August 2011
SELAMAT HARI RAYA
Labels:
Tentang Itu Ini
Tuesday, 16 August 2011
BURN-BURN THE CAT & THE CLINIC
Tadi Princess dan Princess's Beloved Husband bawa Burn-Burn pergi KLINIK HAIWAN. Doktor kata Burn-Burn kena kurap. Aik... Cam mana boleh kena plak doktor. Padahal Burn-Burn tak pernah main kat luar rumah. Almaklumlah duduk rumah tingkat 7. Owh... Kesian Burn-Burn... Doktor kata tak teruk sangat sebab baru kena. Mula-mula doktor check up Burn-Burn. Timbang bagai. Berat Burn-Burn 3KG lebih. Uh.. Baru 8 Bulan dah 3KG lebih. Doktor cakap dia boleh bagi injection je. Doktor kata lagi injection ini teramat la sakit untuk HAIWAN. Doktor kata akan rasa pedih pada HAIWAN tu tapi untuk beberapa minit saja. Kesannya pada HAIWAN yang kena injection ini akan berlari satu klinik sebab sakit. So doktor sediakan satu cage kalau-kalau lepas kena injection ni Burn-Burn lari or whatever. Hmm... Princess just say okay. Princess's Beloved Husband pegang Burn-Burn dan Burn-Burn juga ditenangkan oleh doktor sebelum injection. Seperti biasa Princess tak boleh tengok jarum injection kerana terasa tersangatlah lemah. So Princess just memalingkan muka ke belakang tanpa melihat proses itu. Lagi pun Princess takut kalau-kalau Burn-Burn lari or menggila kat klinik tu sebab seperti apa yang doktor cakap injection itu adalah amat menyakitkan untuk HAIWAN. Okay... Jarum suntikan dah ada ubat so masa untuk injection... Menenangkan Burn-Burn yang suka bila orang usap kepalanya. Sekejap je.. Doktor kata "Okay dah siap..." Nak tau Burn-Burn macam mana. Just diam dan tunggu untuk didokong. Uh... Doktor kata bila sakit dia akan berlari satu klinik tapi, Burn-Burn diam je macam tak ada apa yang berlaku. Apakah??? Uhuhu... Doktor pun terkejut sebab Burn-Burn hanya diam je. Sebab doktor tu kata sebelum ni ada juga kucing-kucing yang menerima injection ini akan berlari satu klinik sebab sakit dengan injection tu. Tapi berasa pelik Burn-Burn tak lari pun. Doktor kata Burn-Burn ni kuat. Hehe... Ye la kuat la sangat bunyi kilat pun lari. Apa-apa pun klinik tu memang terbaik. Doktor kat situ pun sempoi dan sporting. Bila kita tanya doktor tu akan bagi penerangan yang lengkap apa dan tidak perlu kita lakukan pada kucing atau HAIWAN kita bila mereka sakit.
HAIWAN juga ada perasaan seperti manusia. Bila kita sakit tentu kita akan ke klinik. begitu juga HAIWAN. Bila dia sakit kita bawalah mereka ke klinik untuk rawatan yang selanjutnya.
HAIWAN juga ada perasaan seperti manusia. Bila kita sakit tentu kita akan ke klinik. begitu juga HAIWAN. Bila dia sakit kita bawalah mereka ke klinik untuk rawatan yang selanjutnya.
Friday, 12 August 2011
TEKANAN
Tekanan sangat-sangat... Dah nak dekat RAYA rasa tekanan yang amat buat Princess... Bukan sebab persiapan RAYA. Tapi tekanan apabila pulang beRAYA dikampung. Nak tahu kenapa?? Pasti ada saudara-mara yang tak lepas peluang untuk bertanya. "Eh dah ada BABY belum?", " Eh you tak pregnant lagi?", atau soalan biasa "Dah mengandung ke?". Oh... Disaster for Princess okay... Tekanan untuk menjawab soalan-soalan itu okay... Jawapan lepas diri " Belum ada rezeki makcik-makcik oi..." Puas hati...
Menjadi lumrah orang yang sudah berkahwin untuk pregnant dan ada anak. Princess pun teringin sangat nak ada anak sendiri, nak ada BABY sendiri. Tapi mengertikah mereka? ALLAH belum beri rezeki anak kepada kami. Kalaulah mereka ada ditempat Princess dan mereasa betapa susahnya Princess nak mengandung, agak-agak mereka akan tanya tak soalan macam tu pada orang-orang yang macam Princess ni? Setiap hari Princess berdoa, mengharapkan keajaiban dari ALLAH. Menunggu ketentuan dari ALLAH. Doa Princess setiap kali selepas solat tidak pernah putus untuk meminta dikurniakan ZURIAT secepat yang boleh. Mereka hanya boleh berkata SABAR pada Princess. Itu saja yang mampu mereka ucapkan. Tapi... Perasaan Princess tak boleh menyembunyikan tekanan yang ada. Princess cuba untuk membahagiakan semua orang, ingin memberi ZURIAT kepada Princess's Beloved Husband. Ingin memberi WARIS kepada ibu dan ayah Princess. Ingin memberi kebahagian kepada keluarga Princess. Tapi... Hanya ALLAH saja yang tahu bila itu akan berlaku. Mungkin disebalik kelambatan ini ada hikmah disebaliknya. Hanya ALLAH saja yang tahu... Insyallah ada rezeki ada lah... Mungkun ALLAH ingin menguji sejauh mana keSABARan hambanya ini...
Labels:
Nukilan Si HATI
Tuesday, 9 August 2011
SI PRINCESS : INGIN BERKONGSI PENGETAHUAN DISEBALIK KEMUSYKILAN PART 3
Alhamdulillah... Semakin ramai wanita diluar sana kini memakai tudung. Tapi sekarang sudah menjadi TREND kepada wanita-wanita diluar sana apabila mengenakan tudung perlu ada bonggol dibelakangnya. Perlukah? Okay find accept it as a TREND. Tapi adakah berbonggol itu dibolehkan dalam ISLAM???
Kemusykilan yang sentiasa bermain difikiran Princess hari demi hari, kerana apabila Princess keluar bershopping di MALL atau bersiar-siar, ternyata ramai para wanita yang memakai tudung berbonggol dibelakangnya. Princess tidak pernah mengenakan bonggol di kepala Princess sebab nampak tidak sesuai dengan Princess. Lagipun ia nampak tidak cantik pada mata Princess apabila mengenakan bonggol dikepala. Maaflah kepada wanita-wanita diluar sana yang terasa dengan apa yang Princess katakan. Itu hak masing-masing untuk bergaya cara apa. Tapi dalam bergaya itu kita harus tahu hukum yang dibolehkan atau tidak dibolehkan dalam ISLAM. Baiklah, Princess ingin berkongsi disebalik kemusykilan ini...
SUMBER DARI MR. GOOGLE
Dari mafhum hadith :-
"Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum aku pernah lihat. 1. Suatu kaum yang memiliki cemeti seperti ekor lembu untuk memukul manusia, dan 2. Perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok, kepala mereka seperti bonggol unta yang bergoyang-goyang. wanita seperti itu tidak akam masuk syurga dan mencium baunya, sedangkan baunya dapat tercium selama perjalanan sekian dan sekian " (hadith riwayat muslim)
Sanggul wanita : Tegahan daripada hadith Nabi Muhammad S.A.W.
Jadi pada fikiran anda... Boleh atau tidak kita berbonggol dalam mengenakan tudung???
Jawapannya adalah tidak boleh malah ia diHARAMkan...
Apa-apa pun jika ingin tahu lebih lanjut sila kemukakan soalan atau kemusykilan ini pada mereka yang lebih tahu seperti ustaz atau ustazah. Princess hanya berkongsi serba sedikit apa yang Princess tahu selebihnya silalah bertanya kepada yang lebih arif tentangnya...
Insyallah ilmu yang dikongsikan ini akan sampai kepada anda semua...
Renung-renungkanlah...

BERSAMA CHEF PRINCESS : MENU HARI INI (PUDING AIS KRIM)
Assalamualaikum semua...
Hari ni Princess nak kongsi apa yang Princess buat hari ni...
Princess baru saja selasai masak...
Masak apakah??
Hah... Apakah ini????
Zoom dengan lebih dekat...
Hik... Hik...
Juadah berbuka untuk Princess's Beloved Husband...
PUDING AIS KRIM
Atau
PUDING BUIH
Ok.. Ini bentuk sebelum dipotong okay...
Belum masuk waktu berbuka tak boleh potong okay nanti ada yang terliur..
Nak resepi??
Hmm... Okay... Chef Princess nak kongsi resepi PUDING AIS KRIM atau PUDING BUIH ni ye...
Baiklah puan-puan dan tuan-tuan sekalian sediakan pen dan kertas anda...
Bahan-bahan:
1 peket agar-agar
5 gelas air (atau mug)
1 tin susu cair
1 kotak santan (200ml)
6 biji telur (asingkan kuning telur dan putih telur)
1 1/4 cawan gula
Sirap secukup warna
Esen vanilla secukup rasa/bau
Sehelai daun pandan
Cara-cara:
1. Agar-agar, gula, air dan daun pandan dimasak sehingga agar-agar hancur. Bahagikan kepada 2 bahagian.
2. Bahagian 1 - Pukul putih telur hingga kembang atau ringan. Apabila sudah kembang campurkan kedalam bahagian agar-agar pertama yang telah diwarnakan dengan sirap.
3. Bahagian 2- Kuning telur, susu cair, santan dan esen vanilla dicampur kedalam periuk. Pukul hingga sebati. Panaskan hingga berbuih. Masukkan bahagian agar-agar yang tinggal dan kacau hingga sebati.
4. Sendukkan kedua-dua bahagian kedalam loyang secara berselang-seli sehingga habis. Sejukkan.
SELAMAT MENCUBA...
Labels:
Aktiviti,
Makan is food
Sunday, 7 August 2011
BARU
Esok bermulalah kehidupan yang BARU...
Tanpa kekusutan yang bersemak difikiran...
Tinggalkan DUNIA yang lalu...
Kembali kepada DUNIA yang diinginkan...
Pemergian ini merupakan suatu kepuasan...
Itu bukan lagi DUNIA diri ini...
Itu bukan lagi milik hati ini...
Itu bukan lagi tempat diri ini...
Biar ia menjadi kenangan...
Biar ia menjadi sejarah...
Biar ia menjadi sebahagain diri ini dahulu...
Kini ingin yang BARU...
Melupakan segala kisah lalu...
KUSUT...
SERABUT...
--> Emosi yang kembali tenang

Friday, 5 August 2011
RASA ~ B.E.B.A.S.
Hati terasa BEBAS...
Badan terasa BEBAS...
Otak juga terasa BEBAS...
Bila hati, badan dan otak tidak lagi terikat lagi...
Semua terasa indah...
Kehidupan terasa nyaman...
Kesenangan mula terasa...
Tapi tetap merasa musykil...
Tapi itu pilihan hati...
Itu pilihan badan...
Itu pilihan Otak...
Kehidupan yang menyenangkan......
Labels:
Nukilan Si HATI
HARI INI...
Hari ini nak letak...
Tapi hati berbelah-bagi...
Hari ini nak letak...
Tapi serba salah...
Kalau tak letak macam mana dengan kesihatan?
Dah lama menanggung...
Biar diri berehat...
Tak usah memikirkan...
Tak usah mengingatkan...
Biar diri BEBAS...
Berehat buat seketika dari DUNIA itu...
Untuk menumpukan pada DUNIA dalam diri...
BEBAS & REHAT...
Merehatkan diri kerana diri lebih penting...
Mencari ketenangan dalam kedamaian...
Mencari kehidupan dalam kesesakan...
Mencari kesenangan dalam kesakitan...
Kesakitan yang ditanggung harus ada penawarnya...
Bertawakal, redha dan berserah hanya pada ALLAH...
Dia yang menyembuhkan...
Dia yang mengubatinya...
Emosi yang tak menentu mengenangkan diri ini...

Thursday, 4 August 2011
SI PRINCESS : INGIN BERKONGSI PENGETAHUAN DI SEBALIK KEMUSYKILAN PART 2
Kali ini Princess ingin berkongsi sedikit pengetahuan di sebalik kemusykilan yang sentiasa bermain difikiran kita walaupun dah berkurun lama menjadi umat islam di muka bumi ALLAH yang ESA ini.
Adalah seorang dua akak-akak kat office ni tanya kat Princess.
"Kalau pergi check up doktor pastu doktor ambil darah kita dengan cara cucuk injection batal puasa tak." Uhuhuhu... So Princess jawab "Tak batal sebab doktor bukan memasukkan sesuatu pada rongga badan kita."
And then akak tu jawab, " Oh ye ke. Akak ingat dah terbatal puasa akak sebab doktor ambil darah tadi. Akak pun dah minum ni." Uh... Pulak...
Lepas tu ada sorang hamba ALLAH ni pulak bercakap. "Kalau mencarut boleh batal puasa kan?" Eh... ada ke? Setahu Princess, puasa itu tak akan terbatal dengan mencarut tapi hanya kurang mendapat pahala puasa. So walaupun Princess sudah menjawabnya tapi terdapat kemusykilan. Jadi dengan ligatnya tangan Princess pergi la search kat MR. GOOGLE. Ok Princess nak kongsi sikit apa yang Princess dah search kat MR. GOOGLE ok..
SUMBER DARI MR. GOOGLE :-
Puasa akan batal dengan salah satu daripada perkara di bawah ini : | |
1. | Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja. |
2. | Memasukkan sesuatu ke dalam dubur(jalan belakang) atau qubul(jalan depan) dengan sengaja . |
3. | Muntah dengan sengaja (jika termuntah, tidak batal puasa) . |
4. | Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak keluar mani. |
5. | Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan bersuka-suka seperti berpeluk-cium |
| dan sebagainya. |
6. | Kedatangan haid atau nifas. |
7. | Gila walaupun hanya sekejap masa. |
8. | Mabuk atau pengsan sepanjang-panjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari. |
9. | Bersalin. |
10. | Berbuka puasa sebelum yakin terbenam matahari. |
11. | Murtad - iaitu orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada dengan hati, perkataan |
| atau perbuatan. |
Jika ingin tidak tahu perlu bertanya kepada orang-orang yang tahu atau nak selamat pergi tanya pada ustaz atau ustazah yang arif dalam bidang ini. Princess hanya ingin berkongsi apa yang Princess tahu.
Jadi di bulan puasa ini :-
Jagalah mulut dari bercakap tentang perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa kita.
Jagalah mata dari melihat perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa kita.
Dan jagalah hati dari hasad dengki di bulan puasa ini.
Pendek kata semuanya perlu dijaga. Bukan saja di bulan RAMADHAN tetapi pada bulan-bulan lain juga.
Labels:
Tentang Itu Ini
SEMALAM PUNYA CERITA
Semalam lepas pergi klinik Princess balik rumah dan terus tido.
Oh ye... Princess dapat MC dari doktor ok... MC yang Princess tidak minta ok...
Semalam doktor nak bagi MC 1 hari, tapi Princess minta setengah hari je sebab hari ni Princess nak kerja. Huh.. Boleh... Orang dah bagi MC tak nak. Jual mahal... Ahaha..
Bukan jual mahal. Princess terlalu banyak keje kat office ok.. Nak settle itu lah... Nak settlekan yang ni lah... Banyak yang nak disettlekan. Nak tak nak kena buat la juga.
Hari ni pun rasa badan masih panas. Masih menggagahkan diri untuk terus bekerja. Masih meletakkan semangat yang tinggi untuk terus menyelesaikan kerja yang sedia ada ni. Princess perlu menyelesaikan kerja-kerja Princess hari ni sebab esok...
Esok ada cerita... Hmmm.... Cerita apa???
Tunggu je lah...

Wednesday, 3 August 2011
RASA & BETUL-BETUL
Entry semalam Princess bagi tau Princess RASA nak demam kan... Semalam malam memang betul-betul demam. Princess's Beloved Husband cakap semalam Princess demam panas, badan Princess panas sangat. So Princess's Beloved Husband yang jaga Princess semalam. Bagi makan ubat, lapkan badan Princess dengan tuala basah dan lekatkan Adult Cool Fever kat dahi Princess. Princess pun tak perasan sebab Princess tido. Hari ni pun rasa tak larat je nak bangun. Nak bangun sahur pastu nak bangun pergi office plak. Huh... Lagi la tak larat. Bila mana entry ini ditulis Princess ada kat office dan badan Princess panas plus tak larat. Sungguh tak larat...
Ouh... Pergi klinik la...
Labels:
Tentang Itu Ini
Tuesday, 2 August 2011
RASA JE...
Hari ni rasa macam nak demam je... Tekak terasa sakit. Kepala pening. Badan terasa seram sejuk. Ha... Tu semua tanda-tanda nak demam la tu. Huish... Jauhkanlah dari demam Ya ALLAH. Bukan Princess tak terima dugaan dari ALLAH tapi...
For information Princess ada asthma (disebut oleh orang melayuSEMPUT). Jadi setiap kali Princess demam Princess akan kena asthma. Disebabkan itulah Princess tak mahu demam.
Sesiapa yang pernah kena asthma memang tak boleh blah ar dia punya rasa sakit tu. Kalau malam jangan cite la. Rasa separuh nyawa dah. Tak percaya? Kalau tak percaya cer tanya dengan mereka-mereka yang ada penyakit asthma ni. Memang azab la yang menanggungnya.
Tapi... Jangan terpedaya lakonan orang yang kena asthma kat TV ye. Itu semua tipu belaka. Princess dah cakap kan. Hanya yang ada penyakit asthma ni saja tahu bagaimana serangan asthma ni datang. Dia tak datang secara tiba-tiba tau. Asthma tak akan datang tiba-tiba.
Asthma ni dia menyerang secara perlahan-lahan. Mula-mula rasa mengah untuk sehari, pastu akan rasa sesak nafas sikit untuk sehari @ setengah hari, lepas tu bila malam atau waktu sejuk barulah kita akan rasa sesak nafas yang amat sangat. Nak tarik nafas tu rasa cam nak terkeluar urat kat badan. Jalan pun kena perlahan-lahan sebab bila banyak bergerak akan rasa tersangatlah mengah.
Huh... Azab tu... Biasanya klau Princess kena asthma Princess akan dapatkan rawatan kat klinik. Biasanya Princess akan minta untuk sedut oksigen je sebab senang. Lepas sedut oksigen baru la rasa kurang sikit beban didada ni... Sakit ooo... Lagi-lagi kat bahagian dada sebab disitulah terletaknya jantung kita.
Orang-orang yang seperti Princess ni kebanyakannya tak boleh makan benda-benda sejuk sebab akan lebih menggalakkan asthma itu datang.
Huh... Melalut pulak...
Just nak bagi tahu Princess RASA macam nak demam.
For information Princess ada asthma (disebut oleh orang melayu

Monday, 1 August 2011
RAMADHAN KALI INI
Alhamdulillah, berjumpa juga kita Ramadhan pada tahun ini. ALLAH masih sayangkan kita kerana memberi kita peluang sekali lagi untuk menikmati indahnya Ramadhan kali ini. Ramadhan kali ini memberi MAKNA yang mendalam bagi Princess...
Ramadhan kali ini adalah Ramadhan kali ke-2 Princess sebagai WIFE Princess' s Beloved Husband. Ramadhan kali ini juga adalah Ramadhan ke-2 Princess dan Princess's Beloved Husband menunggu kehadiran cahaya mata. Princess's beloved Husband kata kita sebagai hambaNya perlu banyak bersabar. Mungkin dengan hadirnya Ramadhan kali ini memberi sinar kepada kami. Mungkin ALLAH akan memberi rezeki cahaya mata kepada kami pada Ramadhan kali ini. Insyallah... Jika Allah mengurniakan Princess cahaya mata pada Ramadhan kali ini, rasa bersyukur yang teramat Princess rasakan. Insyallah...
Sekian lama Princess menunggu kehadiran cahaya mata dalam kehidupan kami berdua. Setahun berlalu mengajar kami erti bersabar. Dugaan bagi Princess dan Princess's Beloved Husband. Tapi Princess sangat bertuah kerana dikurniakan Beloved Husband yang memahami dan sentiasa memberi sokongan kepada Princess walaupun kadang-kala Princess terlalu tertekan kerana belum PREGNANT lagi. Diri Princess amat tertekan tambahan lagi sekarang Princess dikelilingi oleh bakal-bakal mama. See... Princess's sister in law pregnant, Princess's cousin pregnant, and Princess have 6 best friends in pregnant right now. Can you all imagine how hurts Princess feeling went see Princess's sister in law, cousin & friends in pregnant right now. It's so hurts...
Ramadhan kali ini, Princess akan tetap menunggu. Dan akan tetap bersabar sehingga ALLAH mengurniakan Princess cahaya mata yang Princess inginkan sejak Princess berkahwin setahun yang lalu.
Insyallah... Jika itu rezeki Princess...

SEDIA
Sudah bersediakah diri ini untuk PERGI dari SINI?
Hati ini hanya berserah...
Hati ini perlu kuat...
Hati ini perlu menerima sebarang kemungkinan...
Berilah kekuatan pada diri ini untuk PERGI dari SINI...
Ini bukan lagi tempat untuk diri ini...
Bukan lagi tempat untuk hati ini...
Bukan lagi tempat untuk jiwa ini...
Bukan lagi...
Diri harus BERANI untuk PERGI...
Kuatkan semangat...
Kuatkan diri...
Kuatkan hati...
Semuanya perlu KUAT...
Jika ingin BEBAS diri ini perlu KUAT...
Labels:
Nukilan Si HATI
Subscribe to:
Posts (Atom)